Nuffnang Ads

Sunday, December 02, 2012

Mencari Sesuap Nasi


Assalammualaikum dan hai.

Sabtu lepas aku kan buka booth di Suria. Kami satu booth dengan ministry. Baiknya hati mereka sebab providekan makanan sekali untuk kami. Sedangkan dalam brief sheet, 'meals not provided'. I guess its for the urusetia and ministry booth bah tu kali kan.

Since kami sampai awal, kami memang sudah breakfast nasilemak dan kuih tu duluan. Tapi ada baki nda habis. Tengahari ada nasibiryani dengan buah. Pun ada baki sebab kami sibuk sangat sampai makan terpaksa kelam kabut. Petang pula ada kena bagi kek, buburkacang dan air untuk teabreak. Yang ni, kami belum sentuh langsung di masa kejadian ni ah.

Cerita dia macamni. Masa tu all 5 of us busy layan orang. Aku duduk dekat projektor yang shoot slide. Aku notice ada bayang-bayang, sekali aku tengok ada budak main-main disitu. Aku pesan lah, jangan main disini. Budak tu tengok aku lepastu dia gerak. Nda lama tu, ada lagi dia, ni kali dia cam try jalan terbongkok-bongkok ni. Aku sound lagi, ni kali keras sikit. Bukan apa, itu kan kawasan staff, kami simpan barang disitu, takut hilang.

Di masa yang sama ni, aku tengah handle satu pacik ni. Aku memang geram lah sebab pacik ni tanya soalan macam mau minta penampar, tanya dimana jual it lah ini lah. Balik-balik check fon, tapi mau juga register complete 4. Aku bilang satu saja lah kalau begitu. Sebab dia sendiri nda tau apa mau ikut, sudah aku brief benda sama mau 3 kali pun masih tanya lagi. Balik balik tanya Autocad tu apa lah, Excel tu apa lah. I wouldn't mind explaining, tapi kalau menjelaskan perkara sama sampai 3,4 kali dalam 10 minit, kau rasa patut nda darah aku mendidih. Kau cakap kau cakap?

Tambah lagi pacik ni asyik tengok arah belakang aku. Entah apa dia tengok. Aku ni busy pacikkkk oi. Belakang kau bersusun orang tu. Aku nda puashati aku ikut pusing tengok. Tiada apa pun. Tiba-tiba aku perasan ada budak perempuan merangkak di bawah meja tu lepastu hulur kontena sama budak lelaki tadi tu, yang kebetulan berdiri sebelah pacik tu. Dia hulur bubur. Ah sudah, ni bubur kami ni. Pastu aku geram, aku tanya pacik tu, bebudak ni anak pacik ka, dia bilang anak buah dia.

Okay fine. Baru semua make sense. Pacik tu tadi balik balik tengok belakang aku sebab dia signal budak tu supaya ambil makanan kami tu? Budak tu hulur di tepi aku ja, dan aku tengok muka pacik tu tiada rasa bersalah pun, bila dia perasan aku cam mau tanya, terus dia tetiba ubah topik tanya soalan lain. Terus aku suruh dia tunggu sekejap. Aku pergi tempat Siti, masa ni dia di bahagian depan. Aku bisik pelan-pelan suruh tengok-tengokkan area makanan tu sebab ada budak ambil tadi. Bila Siti tanya, yang mana, aku tunjuk, tau apa kami nampak? Budak tadi tu tengah duduk dengan beg dia terbuka, getting ready to kasi masuk our food into his bag!

Kami tengok dia. Dia tengok kami. Lepastu dia jalan buat nda tau. Aku geram sudah time tu, tambah lagi pacik dia nda pun larang kah apa. Pastu pacik dia tu sengaja kasi lambat-lambat pendaftaran. Aku sampai cakap, 'apa, kelas ini? saya kasi masuk sekian haribulan lah'. Random. Dia jawab, ' Eh jangan saya mau pilih betul betul.' Saitan.

Sepanjang aku tunggu pacik dia buat decision tu, perasaan aku menggelegak. Tiba tiba semua make sense. Patutlah pacik tu sengaja lengahkan aku. Patutlah dia asyik pandang sana. Patutlah patutlah patutlahhh.

Bila pacik tu selesai, aku cerita balik sama Siti. Masa ni kami ingat budak tu nda sukses ambil sebab kami nampak dia. Bila kami check stack makanan tu, budak tu sempat ambil semua minuman petang kami ah T___T Astaga. Boleh kamu imejin kah cerita aku ni?

Ruben bilang, biarlah bah. Aku memang nda kisah, kalau dia mau, aku bagi lagi makanan tengahari sama kfc aku, tapi yalah since dia ambil (curi), macam juga kan. Tapi aku sakit hati sama si pacik, sebab cara dia seolah dia meng-halalkan perkara tu. Budak tu baru umur dalam 4-6 tahun tau.

Aku nda tau lah. Bukan aku nda empati. Tapi we all worked hard tu, maksud aku kita semua kerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi. Tiada yang datang bergolek. In any reason sekalipun, mencuri adalah salah. Lebih lagi pelakunya budak kecil. Lebih menyedihkan si pacik biarkan saja. Apa akan jadi pada budak tu in future eh?

Tolonglah kamu jangan pandang ringan perkara ni. Percayalah kamu ada segelintir di luar sana sangat berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi. Kita kita ni masih okay lagi, bekerja keras pun supaya hujung bulan boleh beli beg Vincci baru sama kasut supaya satu set. Hahaha

 
PS : Pernah nampak seorang ibu hantar semua anak dia ikut kelas kami sebanyak mungkin, supaya diorang dapat makanan  T____T All the sons/daughters were forced to come, dalam kelas asyik main game, keep on evaluating us as poor.

6 comments:

Anonymous said...

Ooo. Bla ni?

BCJ

~miszirdawaty~ said...

ya ampun. bikin marahnya baca ni crita. xpatut2. -_-

Dayz J said...

@bruce : sabtu tu bah.

@miszirdawaty : tu la kan. kesian ada. marah pun ada. haih.

Joanne Juend said...

sabarnya ko. klu sy, rileks sy tegur itu pakcik dan itu budak.. anyway, local or not local frm your observation?

Dayz J said...

@JoanneJuend : LOcal chinese beh :) Kesian juga sa, maybe they have difficulties having ends meet.

N.Aima K said...

uncle o uncle kalau mau makan boleh minta nda boleh curi..berdosa!!

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers