Assalammualaikum
dan hai.
Baru baru ni,
aku nampak lah dekat instagram ni, seorang user upload gambar seorang wanita
berhijab, baju lengan panjang dan long pants tapi semuanya agak ketat dengan
caption ; hanya membalut aurat bukan menutup.
Inapproriate.
Wajar kah kamu
rasa cara itu? Mungkin betul kata kata dia, dan dia mungkin berniat baik, tapi
aku rasa cara itu salah. Kalau niat baik mau menegur, silalah cakap baik baik
dengan perempuan itu kan. Mungkin boleh berkata, ‘dik, saya rasa pakaian awak
kurang sesuai sebagai wanita berhijab.’ Kalau segan, memadailah didoakan agar terbuka
hatinya untuk menutup auratnya dengan sempurna.
Bukan dengan curi curi snap
gambar si wanita, upload ke instag, ajak kawan ramai ramai kutuk kutuk cara
wanita itu. Nonsense. Fikirlah, kamu sedang memalukan perempuan itu. Apa
perasaan kamu kalau adik, kakak, ibu, saudara wanita kamu pula dibuat begitu.
Well, aku nda
cakap nda boleh tegur, cuma ada caranya. Kalau dibuat cara begitu (upload ke
instag dan kutuk), kalau perempuan tu nampak, pasti dia malu kan. Kamu nda rasa
kamu buka aib orang kah begitu? Sudah tentu dia akan defensive, kalau yang baik
hati sikit pun paling dia mesti cakap, ‘terima kasih’ in a sarcastic way.
Kalau di
instag, fb, twitter dan sebagainya lagi senang cerita. Lets say, kamu nampak
kawan kamu upload gambar yang kurang sesuai, what should you do? Immediately
taip something harsh and comment ke? Let everyone know you so concern and
clever to offend someone’s life? No way. Private message lah orang itu, katakan
yang kamu rasa gambar dia agak kurang manis. Kalau dia terima, insya Allah dia
akan remove gambar tu. Tapi kalau dia jawab kasar kasar atau lagi teruk screen-shot
teguran kamu dan upload pula, let just say ini memang jenis orang yang ego dan
nda suka ditegur, next time tak perlu tegur dia, cuma didoakan sahaja. Atau
remove, unfriend, unfollow terus lagi baik. Daripada kamu sakit hati sendiri,
nanti terkutuk dia pula, dapat dosa lagi, baiklah kamu jauhkan diri.
Sekian kbai.
Tegurlah dengan niat yang baik, bukan dengan niat menunjuk-nunjuk baik okay.
PS : Lelaki
yang menegur kepoh kemain di atas itu punya instag penuh dengan gambar dia dan
gf freehair berpeluk sakan. Amboi.
1 comment:
ada masa pula dia menggambar tp nada masa mau tegur..blergh!!
Post a Comment