Nuffnang Ads

Tuesday, January 01, 2013

D'Izz Lodge Kundasang

 
Assalammualaikum dan hai,
Hujung minggu lepas, me and family pergi short vacay di Kundasang, Ranau. Sebenarnya, ada saudara ni bertunang di Kg Lohan Ahad tu, jadi kami ambil kesempatan untuk pergi pada Sabtu, tinggal satu malam di sana.
Tapi kamu tahu lah betapa full nya hotel chalet resort motel inn di Kundasang kalau sudah time time cuti ni. Jadi aku dua minggu sebelumnya sudah survey tempat. Lagi leceh, aunty aku bilang dia mau yang satu buah rumah punya, tapi tapi tapi mesti yang boleh memasak, yang ada kitchen segala. Ada tu memang ada di Poring, tapi tak sure boleh masak kah tidak. Tapi bapa aku pula bilang mesti mau di Kundasang punya. Sebab, bapa aku bilang lagi, apa guna bermalam di Ranau kalau nda sejuk. Ah pening aku cari chalet. Sampai Celyn hotel segala aku call. Ada beberapa tempat yang provide accommodation with kitchen, satu Wind Paradise (800MYR per night, 4 rooms). Celyn tu 720MYR tapi no cooking. Ah stress. 
Last-last aku pergi Mudah, and found one! Amazing gila. Oh mind you, I am the one yang reject homestay idea. I love one with better privacy :)  
Here we goes. Nama tempat tu D’Izz Lodge. Rate satu malam adalah 350MYR sahaja. Ada 3 bilik dan dua toilets. Ada kitchen complete with cooking utensils. Ada balkoni. Ada ruang tamu with Astro. Ada bbq-place. Dan yang paling cool ialah, kau tak perlu risau ke-halal-an icebox ke kuali ke apa, sebab owner lodge tidak benarkan barang sedemikian di lodge. Mula-mula, aku memang ragu-ragu masa dia suruh deposit 100MYR untuk booking, sebab aku takpernah nampak lodge ni sepanjang aku visit Ranau. Last aku pergi bulan November tahun lepas. Ya lah, nanti aku bank in lepastu aku datang Kundasang tengok tiada, nah nangis tau. Mujurlah, bila aku search FB ni tempat memang wujud. FB : D’IZZ HOMESTAY KUNDASANG.
D’IZZ Lodge ( www.homestaykundasang.com)
  • Rate : 350MYR (Depo : 100MYR)
  • Location : Sampai bulatan Pekan Kundasang, belok kiri (macam jalan mau pergi Mesilau), jalan terus, lalu SMK Kundasang & The Cottage di sebelah kanan, lalu beberapa supermarket (sebelah kiri), drive sampai kamu nampak jambatan dan slow, lodge ni betul betul sebelum jambatan dan di sebelah kanan.
  • House features : Ada tiga bilik: Master Room with toilet, Double twin bed room, dan twin bed room.
  • Kitchen : dapur memasak, petisejuk, meja makan (4 seaters), kettle, rice cooker, toaster.
  • Living room : TV with Astro, dua sofa.
  • Balcony : Garden set table.
  • Remark : Setiap rumah ada tangga laluan masing-masing, so memang tidak ganggu privacy guest lain. Rumah ni sebiji, tapi dalam dia ada 4 unit rumah untuk stay. Oh, extra bed 25MYR ja, ia satu set dengan tilam bantal dan comforter.
  • View : Jangan lah expect pemandangan tip top macam dari Kinabalu Pine ka, macam Dream World ka, itu nda lah. Tapi masih boleh nampak Gunung Kinabalu dari balkoni. Sejuk dia memang sejuk gila okay.
  • Check in 2pm, Check out 1 pm.
How to book?
1-    Kamu kena call dulu owner dia tanya available ka sekian-sekian date, atau sms pun dia layan juga, 012-8669616 or 012-8669626.
2-    Deposit 100MYR dalam akaun yang diorang akan beri. Simpan resit tu, sebab nanti kena bawa masa check in. Oh, jangan lupa call/sms owner untuk bagitau sudah bank in, supaya booking kamu boleh di pastikan.
3-    Masa check-in, diorang akan bagi isi dua forms dan bayarlah selebihnya masa tu.
4-    Enjoy your stay.
Paling penting, we feel safe here sebab reception tu buka sampai tengah malam dan betul betul di depan rumah tu sahaja, senang berhubung. Parking pun ada. After midnight, dia akan kunci gate tu. Lagi satu, tempat ni sangat dekat dengan pekan Kundasang. Malah ada beberapa supermarket nearby, jalan kaki pun boleh. 
Sekian sahaja. Oh, bookinglah awal k. Tak silap aku, CNY nanti diorang penuh sudah. Nah, enjoy lah sedikit gambar rumah dan gambar guests rumah k. Kbai.
 
 
 
 
 
Ahahaha, sorry gambars dikompilasikan :)

No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers