Nuffnang Ads

Tuesday, January 01, 2013

ENTRI 4 TAHUN : Yang Pertama

(Ingatkan sudah published, rupanya sangkut di draft, so I repost)

Assalammualaikum dan hai,
 
8 January ni masuk tahun keempat aku kerja di sini. Starting aku kerja salary aku sangat agak rendah. Lebih rendah dari kerja lama aku di DE. Masa tu aku baru pulih dari krisis, baru bangun dan bina balik kehidupan. Aku resign kerja lama, pergi convo dan jobless dalam 3 bulan (sengaja, mau rest). Jadi, AMC kerja pertama selepas aku bangun dari lena yang amat panjang. Aku membesar (atau men-tua) di sini. Dari bujang, sampai kahwin. Dari berat 50 kg sampai berat 65 kg. Dari gaji tett sampai naik 200%. Kehkehkeh I learnt a lot.
 
 
Asalnya aku apply post receptionist saja pun, kan masa tu baru mau menapak. Tapi Ms Ginny ambil aku jadi Project Manager (nama post itu dahulu sebelum tukar ke Training Coordinator ), sebab aku boleh cakap Mandarin dan ambilkira aku pernah jadi translator dulu. Boss aku yang pertama adalah si poyo Vic. Perkara pertama Ms G arahkan ialah untuk aku pilih shif kerja. In Charge ICT KK bermaksud kena on shift Sunday, sebab kelas selalu ada on Sunday.
 
Masa tu masih di Karamunsing, tengah sibuk packing untuk pindah Likas Square. Kumpulan pertama aku handle adalah group si Lena dari N.13 Inanam, aku ingat lagi diorang ada 13 orang. Masa tu masih lagi registration manual ah. Kasi masuk dalam kelas kena check form satu-satu, sekarang kami guna online mudah sudah. That's why dulu, bila sebut nama ja aku tahu dia siapa dan pilih kelas apa, ya lah kalau kau sudah hari hari buka fail pendaftaran mestilah terhafal secara auto. Kawan pertama aku selepas Vic adalah Daniel. Sebab dia ja layan aku bercakap. Masa tu masih lagi guna evaluation form yang dikirim bersama attendance list dan buku ke rural centre.
 
TC asal ada 9 orang ja. Aku, Vic, Za, Mas, Lane, Herman, Kak Tiny, Azhar, dan Daniel. Sekarang, tinggal aku, Za, Mas, Daniel dengan Herman ja. 2,3 bulan macam tu baru (late) Jack, Kok, Ruben dan Bruce masuk. Ada beberapa perkara yang masih aku ingat :
 
#1 Si Vic bila aku tanya ada kerja kah mau buat, dia bilang tiada. Tapi aku tengok dia sibuk di pc, jadi aku cubuk lah apa dia buat, rupanya main game. Kbai.
 
#2 Aku kena kasi seat di hot spot, paling dalam perhatian Ms G. Asal orang limpas memang nampak pc aku. Kesian.
 
#3 Seat aku berdepan sama Herman. Dari celah-celah monitor boleh nampak lagi muka masing masing. Sebagai orang baru memang lah kita pok tertengok eye-to-eye sama staff lain kan, boleh juga buatbuat senyum ka membuka bicara. Tapi, Herman selalu nda mau eye-to-eye sama aku, kadang kasi biar aku malu sendiri tengok dia-ingat dia tengok aku-senyum, rupanya nda. Satu hari tu, aku tertengok dia, dia pun ternampak aku, baru aku mau senyum, dia adjust cpu sama monitor block terus pandangan aku. Saitan.
 
#4 Masa memula masuk, masih lagi Karamunsing, Lane sama Mas saiko aku. Diorang tanya-tanya lah berapa starting aku, pastu masa tu Lane paling senior. Terus Lane cakap lah dua tahun dia kerja gaji dia mau sekian-sekian ni sudah, memang aku kagum sebab dua tahun boleh naik begitu banyak. Rupanya kena tipu, lepas Lane resign baru aku tau aku kena saiko. Bhahahaha Tapi syukur alhamdullilah, betul juga saiko Lane tu, sebab apa yang dia cakap tu jadi rezeki aku pula.
 
#5 Masa kami dalam GBT Room, aku kan paling junior, bila diorang semua bercerita aku dengar ja lah nda minat mau menyampuk. Aku selalu dengar diorang cerita pasal terung diorang lah, bila sayur diorang matang lah, baja lah,  boleh jual lah, bersungguh-sungguh betul. Dalam hati aku cakap uii hebatnya staf sini, sudah ada kerja tetap pun masih bercucuk tanam dirumah. Sampai sanggup ni bangun tengah malam mau menuai, set jam lagi. Rupanya, Farmville! Saitaannn.
 
#6 Aku selalu dengar ja diorang cerita kan. Masa ni aku tau sudah kalau diorang sebut sayuran jentolak bagai tu maksudnya FarmVille diorang lah. Diorang semua ni berjiran di sana FarmVille. Pastu entah siapa lah tu komen-komen pasal ladang orang kan, dia bilang kebun si polan ni baru lah kemas, tersusun ja, tomato satu tempat, cabbage satu tempat, terung satu tempat, cantik. Terus yang owner tu cakap, mestilah, aku kan guna topografi sistem ladang terancang. Terus si polan tu cakap, yang aku nda faham ladang Tiny, tomato dia satu batas ja di tepi, nanti sana hujung dua batas labu, sanaaaa lagi satu biji ja cabbage nya, kenapa kau begitu tu, Tinz? Berterabur ladangmu. Pastu terketawa aku dengar Kak Tiny explain, kan buka facebook tu kena kasi minimize supaya nda kedapatan Ms Ginny, jadi nda aku nampak dimana aku tabur tabur benih tu. Aku ketik ketik ja selagi Ms Ginny nda sampai. Kahkahkahkah
 
Nanti kalau rajin aku cerita sama kamu kenapa aku suka dan masih kerja disini. Haritu lagi aku sudah buat tu entri tapi aku terdelete. Ya terdelete ya kawan-kawan. Rasa mau pitam bila tahu aku terdelete entri super panjang. Panjang? Eh jadi banyaklah reasons tu kan.
 
Till then. Have a nice day ahead :) Mungkin belum terlewat untuk wish
 
Merry (belated) Christmas and Happy New Year
to all my friends yang celebrating it.
 
 

No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers