Nuffnang Ads
Tuesday, August 28, 2012
Pick & Pay Likas Square sudah open!
Monday, August 27, 2012
Syawal 9 : Baru update, sorry!
Saturday, August 18, 2012
What's Your Raya Task?
Assalammualaikum. And Hai :)
Esok raya. Not so surprise pun. Masa kecil dulu excited gila okay tunggu pengumuman raya. Sekarang tak pun. Sebab dah tahu bila raya kan. Kalau tengok kalendar (most) memang dia dah bagitau bila raya. Tengok anak bulan tu kasi cukup syarat saja. Mungkin lah.
Kami tak balik kampung. Tiada kampung kan. Dulu kampung di Putatan. Sekarang tak. Tiada siapa disana kecuali saudara saja. Nenek pun dekat Kinarut. Husb punya kampung pun di Kawang ja. Entah berapa kilometer ja dari Kg Anak ni. Tapi memang dekat. Jadi perasaan bergaduh mau raya mana tu tiada.
Awal awal kahwin dulu ada juga husb mau bawa beraya di rumah mami dia. Tapi mungkin sebab dia pun kasihan sama my mum kan, tiada siapa tolong dia masak, lagipun aku kan anak perempuan seorang je. Kehkehkeh Adik aku boleh juga tolong di dapur, tapi I guess feeling dia lain juga hoh. Jadi aturannya raya pertama memang rumah aku. Raya seterusnya baru rumah husb.
Tapi sepanjang malam malam menjelang raya ni husb memang balik rumah mami dia, tolong apa yang patut. Dia pun ada tanggungjawab pada keluarga dia kan.
Menjelang raya adalah waktu crucial bagi aku. Aku punya tasklist memang panjang patbelas muka surat. Adikku punya pun.
Mine are (ehem!):
Keluarkan gelas piring balang etc etc dari stor
Cuci dan lap dan sedia di tempatnya
Kemas dapur
Susun kuih ke balang
Potong bawang halia etc etc
Masak at least one dish
Pastikan semua keperluan raya ada macam balang kuih cukup, gelas cukup, dan lain lain
Sedia iron baju husb dan self
Rasanya ada lagi kot. Nda tertulis. Time bujang dulu aku lagi rajin. Siap lap tingkap ya. Sudahlah tingkap rumah ada 8. Pengsan. Lap almari sama perhiasan lagi. Sekarang ni nda larat aku eh.
Aku buat mana yang mampu ja. Ni pun nasib kami baru berdua. Aku rasa nanti tahun depan bila kami ada anak (InsyaAllah. Amin.) tambahlah aku susah mau buat tugasan raya ni.
Di kesempatan ini, aku mau ucapkan Selamat Hari Raya Aidilditri. maaf Zahir dan Batin. Jika ada silap dan salah aku sepanjang kamu baca belog ni, harap aku dimaafkan. Jangan disimpan di dalam hati.
Selain itu, jemputlah datang ke rumah di Kinarut okay. Tapi calling calling dulu, takut aku dirumah mentua time tu. To ex keliks and current keliks esp Kak Tiny, Rachel, Bruce, Kok, Afendey, Siti, Weedy eh semua lah bah, silalah datang beraya dirumah I k.
So, selamat beraya ya! Have a great aidilfitri peeps :) Take care.
Thursday, August 16, 2012
Seorang Tua Di Kaki Kedai :'(
Assalammualaikum. And hai.
Just now, we went to Golden City di Putatan. Siapa tinggal area Putatan Kinarut semua tu tahulah mana tempat ni ah. Bukan saja murah, tapi agak berbaloi. Mahu pandai pilih lah. Aku kalau beli barang, nda perlu ke mall, kedai biasa pun boleh. Jenis nda kisah. Dan kedekut juga. Kahkahkah
Eh. This is a sad entry sebenarnya.
Keluar dari kedai tu, nampaklah satu pacik eh nenek sebenarnya tengah susun susun kotak. Mungkin itu kerja dia kan. Nenek tu tua sudah tahu. Tua dari nenek nenek aku. Tiba tiba aku sebak tengok dia. See, aku ni memang sensitif nampak orangtua bekerja. Sebak rasa.
Imagine lah. Dengan lagu raya yang meriah sana sini semua orang tengah busy beli persiapan raya bersama keluarga, tapi nenek tu bekerja masih susun susun kotak. Malam malam juga masih bekerja. Mesti ada mulut yang mau disuap di rumah. Atau mungkin dia sebatang kara. Sedih.
Nenek aku pun tua. Tapi dia nda kerja sudah. Cuma kerja kerja sendiri lah macam potong rumput pergi kebun suka suka. Bukan yang cari rezeki menanggung tanggungan lagi. Tapi yang ini?
Masa kami pergi minum pun aku masih teringat ingat nenek tu. Aku rasa nda sedap hati. Aku patahbalik cari nenek tu. Sedekah sikit. Harap harap ini dapat membantu dia.
Terus nenek tu bergenang airmata cakap terimakasih nak. Aku angguk ja. Cepat cepat aku jalan, sebab sedih aku dalam situasi begitu. Nda jauh aku jalan nenek tu teriak lagi, semoga panjang umur dan banyak rezeki kau nak. Ah sudah. Amin, nek.
Eh sedihlah aku. Dalam suasana raya begini. Tengok orang lagi kurang bernasib baik dari kita. Kita ni baju raya baru 2 helai pun tempat mau kecoh, ada orang mungkin berapa tahun sudah tiada baju raya.
Jadi aku bersyukur pada Allah atas segala limpah kurnia rezeki Nya pada kami. Hidup nda lah mewah mana. Sederhana apa adanya. Tapi rezeki alhamdulillah tidak putus. Aku pun dibesarkan bukan dengan cara berbelanja sakan. Masih boleh kawal nafsu berbelanja lagi.
Aku berdoa, agar Allah murahkan lah rezeki nenek tu. Permudahkan lah kehidupan dia.
Setiapkali aku rasa susah hati, atau hidup rasa mencabar betul, aku cuba lah sedekah sedekah apa yang patut kepada orang. Semoga orang mendoakan yang baik baik untuk kita. Semoga orang harapkan yang baik baik untuk kita.
Jangan sesekali pandang rendah sama orang nda berharta, kita nda tahu putaran hidup kita di masa mendatang kan.
Aku pernah terbaca, bersedekah itu tidak sedikitpun mengurangkan harta :)
Kbai. Kami mau kemas rumah. Good night. Saya cutiii sudah!
Tuesday, August 14, 2012
How To Manage Raya Budget
The Ramadhan
- Jarakkan hari ke bazar. Contohnya, seminggu 3,4 kali saja. Elakkan pergi setiap hari.
- Put some budget on bazar day. Contohnya, maksimum RM10- RM15 sahaja. Aku selalu beli kuih 2,3 jenis, air satu jenis, dan satu lauk. Less than RM10.
- Pergi ke bazar bersama, jangan jalan berasingan. Kalau jalan berasingan, chances terbeli benda sama tu ada. Rugi. Macam aku tadi, aku teringat husb mesti mau makan ayam goreng, terus aku beli. Tetiba dia pun fikir yang sama. Dan BELI. T_T
- Pastikan duit kecil cukup-cukup ikut budget. Kalau dalam purse ada sekeping not 50, dan beberapa keping not RM1, pakai lah not RM1 itu sahaja.
- Jangan kasi pecah (tukar)duit di Bazar. Contoh ah, kalau kamu ada RM50 lepastu mau kasi tukar duit, terpaksa juga kamu beli. Mustahil kamu beli barang harga RM1-RM2 kan. Kurang-kurang RM5 juga kamu spend untuk kasi pecah itu duit.
- Ingat berapa duit kamu ada masa ke bazar. To detect how much you have spend lah. Aku biasa pastikan berapa in purse, nanti bila aku balik aku check lagi, jadi aku tahu berapa duit terpakai di bazar.
- Slow down your expenses 2,3 bulan menjelang Aidilfitri. Yang mana jadi kebiasaan kkbox, movies day, shopping / belanja sakan tu, try to reduce beberapa bulan sebelum itu. Trust me, it save a lot I tell you.
- Fokus pada persediaan Raya. Kalau mau shopping pun, start to shop for Raya. Beli baju jadi baju raya, beli kasut jadi kasut raya.
- Buat satu list keperluan raya. So, you have the rough idea how much you need for raya.
- Coba cari extra income to cover for that need in previous tips.
- Buat dan plan baju raya 2,3 bulan sebelum raya. Plan awal-awal baju apa, beli kain siap-siap, hantar tailor siap-siap.
- Elakkan hantar baju di saat akhir. Saat akhir bermakna kita akan di caj lebih dan lebih sebab dia tahu kita desperate to get our kain done.
- Bayar apa-apa yang perlu dibayar sebelum puasa. Macam tailor tu tadi, bayar lah deposit dalam 80% begitu. Macam kuih atau kek yang diorder tu pun sama, bayarlah sebelum puasa. Atau masa order terus bayar. Kalau boleh biar full. Supaya nda lagi terbeban masa mengambil nanti.
- Tentukan apa yang perlu dan tidak begitu diperlu. Saja je cakap Tidak begitu diperlu, kita orang dewasa mana mahu cakap tidak perlu baju raya sampai patbelas pasang kan. Cover lah bilang tidak begitu diperlu. Kehkehkeh Fikir dan tentukan berapa yang diperlukan. Kalau kami satu pasang pun cukup, tapi sebab ada rezeki lebih, maka buatlah lebih untuk baju kerja terus. Pastikan yang perlu sahaja diberi keutamaan.
- Delayed pembelian yang tidak begitu diperlukan itu. Contoh, kasut yang ketiga-keempat yang kita berkenan tu, belilah sahaja lepas raya. Aku rasa orang dewasa macam kita ni nda lah eager sangat mau semua baru kan. Boleh ja pakai lama-lama punya. Peduli orang cakap.
- Buat preparation ikut batch. Contoh, gaji 2 bulan sebelum, untuk bayar baju raya / beli kasut raya / kuih-kuih macam tu. Gaji sebulan sebelum raya tu, guna untuk ketika raya. Ni bagi aku lah yang kerja swasta ni. Gaji kami keluar tetap, bukannya macam kerajaan yang boleh cepat boleh lambat kan. Jadi, mau nda mau, terpaksa lah in control selalu. Macam tahun ni, gaji dapat seminggu lepas raya. Jadi, gaji bulan sebelumnya tu sudah di stock untuk raya ni. Kena berfikiran jauhlah kan ;)
- Bahagikan duit kepada 10-40-50:
- :: 10% untuk baki perbelanjaan sebelum raya, yang baki-baki punya, yang kecil-kecil punya expenses macam tiba-tiba teringat balang kuih sudah pecah, mau beli lah kan, gunalah 10% ni.
- :: 40% lagi untuk kegunaan ketika raya, macam untuk beli raw meat untuk dimasak ketika kawan-kawan datang, kan. Tahulah tinggal sama keluarga, takkan lah kawan sendiri datang pun mak keluar belanja kan. Kehkehkeh Juga perbelanjaan semasa macam fuel untuk pergi beraya. Hehe
- :: 50% untuk post-raya. Maksudnya, duit balance untuk belanja pergi kerja sebelum next paycheck in. Fahamlah kan.
- Spare some for your parents (family). Orangtua ni tahu lah kan mana lah mahu terima kalau kita bagi cash. (In my case, I never tried to give cash, they won't accept it. Lagipun, segan mahu bagi. Income ciput je daripada parent. Kehkehkeh) SO, ambil part untuk some expenses macam ikut beli portions for family kah, belikan air minuman untuk tetamu beraya kah, belikan kuih untuk rumah, things like that. Jangan kedekut sama keluarga sendiri. Besar pahalanya ;)
- Cobalah banyak kan 'memberi'. Bersedekah. Kalau ada rezeki lebih, sedekah. Kalau rasa duit putus, sedekah. Aku percaya, lagi kita memberi, lagi kita menerima. Tapi mesti ikhlas. Ada kawan cakap, janganlah sebarangan bagi sama orang di bazar tu. Kan ada orang yang berdiri pegang kotak derma tu. Dua bazar pergi, dua bazar juga bagi. Itu sindiket menipu, orang cakap. Tapi aku juga pernah baca, kalau kita sedekah pada yang memerlukan tapi dia menipu, kita dapat dua pahala; pahala memberi dan pahala ditipu. Eh? Mudah-mudahan.
PS : Aku sekarang ada rutin baru. Kerja di ofis sambung buat dirumah sampai nda tidur. Kan siok tengok tv sambil buat kerja. Di office baru aku tidur, kan ada aircond. HAHAHA Hebat kan?
Friday, August 10, 2012
Cabaran Berpuasa di Rumah Mentua
Cabaran # 2
Cabaran # 4
Ashraf: Aqil makan lah. Pacik Acap posa ni..
Cabaran # 5
Cabaran # 6
Start With A Tiny Step
Wednesday, August 08, 2012
Penyakit Hati
- Mimpi petunjuk, yang dimimpikan usai solat istikharah. Biasanya didapati pada mimpi di sepertiga malam (dari jam 12 tengah malam hingga jam 3 begitu, lebih kurang). Ini biasanya apa yang kita minta. Kenapa di sepertiga malam? Kerana itulah waktunya diamnya syaitan. Wallahualam.
- Mimpi mainan tidur, yang terjadi kerana trauma atau ingatan dari hari siang. Boleh jadi juga pengalaman yang lalu.
- Mimpi gangguan syaitan. Mimpi yang menyedihkan dan menakutkan anak Adam. Terutamanya mimpi yang didapati ketika tidur selepas azan Subuh.