Nuffnang Ads

Monday, August 27, 2012

Syawal 9 : Baru update, sorry!

Assalamualaikum.
 
 
Maaf lah. Di syawal ke 9 ni baru berkesempatan tulis laporan hari raya keluarga aku. Eh, macam lah ada orang kisah.
 
 
Aku online je sepanjang raya ni. Rumah ada wifi kan *flipdualtoneshawl. Online twitter la, instag la, fb lah, siapa suruh kamu nda follow aku. Ecewah. Promosi lagi.
 
 
So, aku start cuti raya khamis tu. Memang sengaja cuti awal sebab mau kemas rumah ala kadar. Konon. Syukur alhamdullilah. Ada juga dapat kemas sedikit. Contohnya, ruang tv yang sejak aku tingkatan 3 di spot sama sudah berjaya di pindah ke ruang makan, sekaligus memberikan sisi baru lebih segar kepada rumah kami. Wah. Ayat. Jadi aku suka lah ruang tv yang baru sebab membelakang tingkap. Ruang tv sebelum ni kiri kanan depan belakang tingkap, seram juga kalau tengok tv malam-malam sendirian.
 
 
Malam takbir dan raya pertama kami dirumah Kinarut. Aku anak tunggal perempuan sulung. Tiada pilihan. Aku masak Kari Ayam dan mum masak Rendang Daging di raya pertama. Ada kan kamu baca task list hari raya aku tu? Nah itu lah, sebab penat punya pasal, aku tertidur dan mum yang potong daging =.="
 
 
Raya seterusnya kami berulang-alik Kinarut- Kawang lah. Bukan jauh mana pun kan. Poyo je mau gaduh balik mana. Mujur Bob memahami. Bodeks.
 
 
Sebenarnya, kenikmatan paling umppph di hari raya adalah keluarga. Keluarga adalah segala-galanya. We want to make them happy, we want them to be happy. Perkara-perkara begitulah. Berkumpul di hariraya dengan keluarga, nda kira lah jauh dekat rapat renggang, itu lah erti hariraya sebenarnya. Pedulikan lah soalan, 'kenapa belum ada baby??' eh. Saya redha, makcik. Doakan saya.
 
 
Paling penting, raya tahun ni jauh lebih baik dari sebelumnya. Kami lebih bersedia. Dan Insya-Allah akan lebih bersedia untuk syawal tahun hadapan, Insya Allah. Harap Syawal akan datang sudah ada baby penyeri rumahtangga kami. Amin. Doakan bah ;)) Untuk kawan-kawan yang expecting, semoga urusan dipermudahkan. (Aku terbaca tweet Ona, jangan sangka kami pegang smartphone masing-masing nda bercakap kami bergaduh, kami bahagia. Sama juga macam aku sama Bob, jangan kamu sangka kami jalan asing-asing, aku beraya sendiri, kami nda bahagia. Kami bahagia. Itu namanya toleransi dan timbangrasa. )
 
 
Jadi, aku malas bah mau cerita, boleh kami nikmati gambar saja? Bolehlah bahh..
 
 

 
 
Kbai. Nanti update gambar rasmi lepas curi ambil di official photog facebook.
 
 
PS : Paling best, sekarang aku sama cousins aku boleh form satu group; GengNajwa. Hahaha
 

No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers