Nuffnang Ads

Thursday, August 16, 2012

Seorang Tua Di Kaki Kedai :'(

Assalammualaikum. And hai.

Just now, we went to Golden City di Putatan. Siapa tinggal area Putatan Kinarut semua tu tahulah mana tempat ni ah. Bukan saja murah, tapi agak berbaloi. Mahu pandai pilih lah. Aku kalau beli barang, nda perlu ke mall, kedai biasa pun boleh. Jenis nda kisah. Dan kedekut juga. Kahkahkah

Eh. This is a sad entry sebenarnya.

Keluar dari kedai tu, nampaklah satu pacik eh nenek sebenarnya tengah susun susun kotak. Mungkin itu kerja dia kan. Nenek tu tua sudah tahu. Tua dari nenek nenek aku. Tiba tiba aku sebak tengok dia. See, aku ni memang sensitif nampak orangtua bekerja. Sebak rasa.

Imagine lah. Dengan lagu raya yang meriah sana sini semua orang tengah busy beli persiapan raya bersama keluarga, tapi nenek tu bekerja masih susun susun kotak. Malam malam juga masih bekerja. Mesti ada mulut yang mau disuap di rumah. Atau mungkin dia sebatang kara. Sedih.

Nenek aku pun tua. Tapi dia nda kerja sudah. Cuma kerja kerja sendiri lah macam potong rumput pergi kebun suka suka. Bukan yang cari rezeki menanggung tanggungan lagi. Tapi yang ini?

Masa kami pergi minum pun aku masih teringat ingat nenek tu. Aku rasa nda sedap hati. Aku patahbalik cari nenek tu. Sedekah sikit. Harap harap ini dapat membantu dia.

Terus nenek tu bergenang airmata cakap terimakasih nak. Aku angguk ja. Cepat cepat aku jalan, sebab sedih aku dalam situasi begitu. Nda jauh aku jalan nenek tu teriak lagi, semoga panjang umur dan banyak rezeki kau nak. Ah sudah. Amin, nek.

Eh sedihlah aku. Dalam suasana raya begini. Tengok orang lagi kurang bernasib baik dari kita. Kita ni baju raya baru 2 helai pun tempat mau kecoh, ada orang mungkin berapa tahun sudah tiada baju raya.

Jadi aku bersyukur pada Allah atas segala limpah kurnia rezeki Nya pada kami. Hidup nda lah mewah mana. Sederhana apa adanya. Tapi rezeki alhamdulillah tidak putus. Aku pun dibesarkan bukan dengan cara berbelanja sakan. Masih boleh kawal nafsu berbelanja lagi.

Aku berdoa, agar Allah murahkan lah rezeki nenek tu. Permudahkan lah kehidupan dia.

Setiapkali aku rasa susah hati, atau hidup rasa mencabar betul, aku cuba lah sedekah sedekah apa yang patut kepada orang. Semoga orang mendoakan yang baik baik untuk kita. Semoga orang harapkan yang baik baik untuk kita.

Jangan sesekali pandang rendah sama orang nda berharta, kita nda tahu putaran hidup kita di masa mendatang kan.

Aku pernah terbaca, bersedekah itu tidak sedikitpun mengurangkan harta :)

Kbai. Kami mau kemas rumah. Good night. Saya cutiii sudah!

No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers