Nuffnang Ads

Friday, August 10, 2012

Start With A Tiny Step

Assalammualaikum and hi too ;)

Its puasa 21st day. Syukur alhamdullilah, we reached satu pertiga of Ramadhan. Hoping your Ramadhan is good so far, and diharap persiapan raya kamu pun begitu juga. No cookies making this year (proudly say), so jangan datang beraya dengan soalan 'ni kuih raya siapa buat?'. Semua home and hand made, but home and hand orang lain lah. Kehkehkeh

Nda kelakar, okay -_-"

Kalau bersin (ha choo!) apa kamu buat? Eh eh. Tiba-tiba. Baiklah, selain daripada menutup mulut beh? (Takut-takut sesuatu dari mulut kita terbang ke orang lain yang kebetulan di hadapan kita, yuck! HAHA) Jujur. Aku sebut, 'Excuse Me'. Terpengaruh western ya. Sepatutnya, bila bersin kita sepatutnya lafaz,

Alhamdullilah..

(Betulkan aku jika silap info ya)

Kan? Jadi, sempena ramadhan ni aku rasa aku perlu perbetulkan diri aku sedikit demi sedikit. Dari benda-benda kecil yang nda nampak penting dulu. Niat di hati dan cara juga perlu alignment. Ustaz tempoh hari ada cakap, kadang-kadang kita nda sedar kita buat silap, kita rasa selagi bukan dosa besar sampai membunuh, kita rasa it should be okay. Tanpa kita sedar, sikit-sikit punya kesilapan ni lah jadi besar dan buat hidup kurang dirahmati.

Contoh, aku ni selalu saja lah baca beautifulnara lepastu ikut menggosip di situ kan. Ikut mengomen macam aku tau ah. Kalau kamu terbaca silap-silap aku yang tulis itu. Aku pun nda ingat nama apa diguna. Aku nda sedar apa aku cakap tu berkemungkinan jadi doa untuk orang lain. Jadi sekarang, kalau aku nampak dan baca gosip lagi, aku baca-ketawa-tersedar-istighfar panjang okay. Benda kecil begini lah yang boleh rasuk hati kita jadi jahat ;) Tengok orang komen pasal life orang lain, aku pun ikut sama setuju. Macam aku paling tahu. Konon. Tiba-tiba, terfikir diri sendiri macamana, aku juga begitu mungkin, atau boleh jadi aku juga begitu, terus berhenti. Terus mendoakan yang baik-baik untuk semua. Instead of saying, 'jangan lepas ni si polan tu pakai seksi lagi pula', why not we said ' semoga istiqamah' atau 'semoga tuhan lembutkan hatinya kearah kebaikan.'

Aku percaya, aku juga telah didoakan oleh kawan-kawan untuk dilembutkan hati ke arah perkara baik-baik begini. Terima kasih.

Kalau selama ni takut / segan untuk berubah (ke arah kebaikan), apa salahnya jadikan lah ramadhan ini titik tolaknya kan. Shila Amzah pun sudah berhijab. Eh eh apakah ini. Syukur alhamdullilah. Sekarang kalau aku bersin, automatik sebut alhamdullilah ya, bukan lagi excuse me. Anehnya, lepas aku tukar begitu, semakin kerap aku bersin. Mungkin Allah mahu aku lebih banyak bersyukur ya. Aku rasa sebelum ni pun tiap pagi aku bersin, sebab sejuk kan. Tapi dulu kan auto excuse me. Jadi bila tukar pergi auto-alhamdulillah, kejap-kejap bersin terus excuse me lepas tu eh eh silap alhamdullilah. Tu lah baru notice banyak bersin. Kehkehkeh ;) Baru mula. Doakan bah.

BTW, hari tu eh masa ramadhan ke 2 sampai ke 5 kan aku 'cuti'. Amoi masa awal puasa, dia ikut juga puasa kejap. Masa puasa ke dua tu, aku kan nda puasa. Jadi aku pergi dapur makan bun (di Kawang), terus Amoi pergi ikut makan ah. Padahal aku tapuk-tapuk sudah tu. Kasihan bah budak belajar puasa ni, muka yang selama ni segar bugar jadi pucat lesu ah. Balik balik cakap, aunti tapi amoi haus bah mahu minum. Ko' berai no pen. Eceh, cakap bajau konon. Tu je pun I tahu. HAHA

Jadi minggu lepas masa kami iftar rumah mentua, amoi kasitahu mentua Aunti Dayah bukan puasa tu assuming aku memang nda puasa langsung ah. HAHA Budak ah, apalah diorang tahu kan.

Next entry aku cerita ah apa cabaran berpuasa di rumah mentua, bersama anak-anak buah husb'. Menduga iman betul. Kehkehkeh

----
Minggu lepas,
(Amoi pegang remote ASTRO sambil buat muka sedih)

A : Auntie Dayah, tolong bah kasi ISLAM neh  kartun.

(Sekarang diorang panggil sampai nama sekali, Aunti Dayah. Sebab ada satu aunti baru di rumah kan, Aunti Nida. Kehkehkeh Aling paling chomel, panggil aku Yaya ah. Tibatiba aku terfeeling Boiboiboi)

Me : Kasi Islam??

(Aku tengok di TV, ohhhhhhhhhh kasi tukar alihbahasa ke Melayu T________T)

Kasi Islam ah? Sabo je lah.


-------


PS : Kemarin Hairee punya 6th Birthday. Happy Birthday Haireesyah. Dulu aku selalu buatkan kad untk birthday dia, kalau kamu beraya rumah aunti G sama Bungsu, kamu nampak tu kad-kad aku bagi dulu umi dia kasi frame. Kan aku rajin main photoshop dulu ;))

No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers