Nuffnang Ads

Tuesday, December 25, 2012

Menegur Itu Ada Caranya

Assalammualaikum dan hai.
Baru baru ni, aku nampak lah dekat instagram ni, seorang user upload gambar seorang wanita berhijab, baju lengan panjang dan long pants tapi semuanya agak ketat dengan caption ; hanya membalut aurat bukan menutup.
Inapproriate.
Wajar kah kamu rasa cara itu? Mungkin betul kata kata dia, dan dia mungkin berniat baik, tapi aku rasa cara itu salah. Kalau niat baik mau menegur, silalah cakap baik baik dengan perempuan itu kan. Mungkin boleh berkata, ‘dik, saya rasa pakaian awak kurang sesuai sebagai wanita berhijab.’ Kalau segan, memadailah didoakan agar terbuka hatinya untuk menutup auratnya dengan sempurna.
 
Bukan dengan curi curi snap gambar si wanita, upload ke instag, ajak kawan ramai ramai kutuk kutuk cara wanita itu. Nonsense. Fikirlah, kamu sedang memalukan perempuan itu. Apa perasaan kamu kalau adik, kakak, ibu, saudara wanita kamu pula dibuat begitu.
Well, aku nda cakap nda boleh tegur, cuma ada caranya. Kalau dibuat cara begitu (upload ke instag dan kutuk), kalau perempuan tu nampak, pasti dia malu kan. Kamu nda rasa kamu buka aib orang kah begitu? Sudah tentu dia akan defensive, kalau yang baik hati sikit pun paling dia mesti cakap, ‘terima kasih’ in a sarcastic way.
Kalau di instag, fb, twitter dan sebagainya lagi senang cerita. Lets say, kamu nampak kawan kamu upload gambar yang kurang sesuai, what should you do? Immediately taip something harsh and comment ke? Let everyone know you so concern and clever to offend someone’s life? No way. Private message lah orang itu, katakan yang kamu rasa gambar dia agak kurang manis. Kalau dia terima, insya Allah dia akan remove gambar tu. Tapi kalau dia jawab kasar kasar atau lagi teruk screen-shot teguran kamu dan upload pula, let just say ini memang jenis orang yang ego dan nda suka ditegur, next time tak perlu tegur dia, cuma didoakan sahaja. Atau remove, unfriend, unfollow terus lagi baik. Daripada kamu sakit hati sendiri, nanti terkutuk dia pula, dapat dosa lagi, baiklah kamu jauhkan diri.
Sekian kbai. Tegurlah dengan niat yang baik, bukan dengan niat menunjuk-nunjuk baik okay.
 
PS : Lelaki yang menegur kepoh kemain di atas itu punya instag penuh dengan gambar dia dan gf freehair berpeluk sakan. Amboi.
 

1 comment:

Nurul Says said...

ada masa pula dia menggambar tp nada masa mau tegur..blergh!!

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers