Nuffnang Ads

Saturday, May 04, 2013

Post Election : DIY Projects

As Salam dan hai,

Esok kan mengundi. So, aku nak ucapkan selamat mengundi kepada semua legal voters diluar sana, Yang legal tapi nda mengudi tu, rugi lah kamu. Yang illegal, tapi dapat mengundi tu, hrmm no komen, tak pernah jumpa lagi, hopefully tiada. Yang belum cukup umur untuk mengundi tu, boleh start fikir dari sekarang siapa kamu mau undi nanti. Heh.

Boss aku pesan, malam result nanti, jangan lah keluar rumah kalau tiada urusan. Mana tau ada sesiapa yang berniat meng-kecoh kan keadaan sebab kalah (atau mungkin juga terlampau meraikan sebab menang?) Yang pastinya, Isnin nanti macam positif je 60% akan cuti umum. Sebab, aku rasa whoever win mesti akan umum cuti ambil hati rakyat. Eh?! Tapi office kami buka. Training jalan macam biasa sebab ada group masuk.

Jadi, mari aku share sama kamu beberapa DIY projects yang kamu boleh buat after election. Dont get it? Ehem. Kamon lah. Tu bendera poster segala macam tu berguna tu selepas pilihanraya.

1) Tiang bendera / tiang gambar calon
Ada yang guna paip ada yang guna beruti ada juga guna bambu kan. Whichever, semua pun useful. Paip boleh guna lagi, you know for what lah kan. Beruti atau bambu tu, boleh modified jadi bangku taman, pagar rumah ke, perhiasan taman ke, macam ni macam ni..



Kot campin sangat bertukang, boleh build terus rumah kucing macam ni,  haa.. 

Yang ni tiga tingkat lagi. Kelas.



2 ) Bendera 
Ni paling meriah. Macam macam colour ada. Biru hijau ada pattern dacing pattern bulan roket segala macam ada. Cantik je kalau jahit jahit jadi blanket. Habis kalau jadi lap kaki, takut kamu nda sampai hati pula kan. Jahit jadi lapis meja kah. Ni contoh..

jahit banyak banyak lapis lapis jadi blanket ok what?


Kalau kreativiti tumpul, guna jadi lapis meja je.

Eh. Ni jujur tau. Bukan sarcasm kah apa. Banyak bah tu bendera, kayu semua tu. Daripada dibuang bagus di-recycle. Macam mana? ORRRR, kamu sudah ada better idea ni? Hiks.

Cuma, aku kurang pasti lah boleh kah kita yang ambil. Tapi yang pastinya, setiap parti kena cabut sendiri sendiri apa bahan kempen diorang, in any other words, kena clearkan their own mess. Tak sure kalau kita yang tiada kaitan ni pula pergi ambil. Tapi diorang happy kot kita tolong bersihkan. No?!

So, bagus baguslah mengundi esok. Jangan timbulkan huru hara. Jangan nakal nakal. Pikir baik baik. Nda kamu pikir untuk diri kamu, at least pikir untuk anak cucu kamu. Rasanya, semuaaa orang pilih for better Malaysia, regardless which party are you in kan?

Happy voting! We'll see each other on Monday :)


2 comments:

Cinoi said...

Aku ingat kontrak pasang poster n bendera tu install and demolished/removed sekali la dayah

Dayz J said...

Ya aku pun dengar camtu. hehe tapi kemarin aku nampak dbkk yang kasi clear. di area kinarut, petang hari mengundi lagi sudah kena cabut penduduk kampung.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers