As Salam dan Hai,
Kalau kamu mau tau betul betul raw article dari journo,
Especially wartawan bahagian Kemalangan/Jenayah,
Kamu boleh refer satu belog ni ;
ondscene.my
Blog abang sham ni banyak bagi maklumat berguna tentang pemanduan.
Gambar pun terang sebab dia sendiri yang ambil, unless stated otherwise.
Kamu baca dan nilaikan. Semoga kita semua lebih berhati hati di jalan raya.
Abang Sham ni kalau tulis memang ringkas padat tapi menusuk kalbu.
Memang menginsafkan.
Lepas tu, kamu jangan ketinggalan baca komen.
Komen dia kebanyakan semua menarik dan bernas.
Nampak sangat yang reader blog ni matang.
Kadang kadang keluarga mangsa pun komen disitu.
Insya-Allah tiada gambar ngeri ngeri sangat.
Aku paling ingat satu komen tu, lupa exact entry nya.
Dia bilang, satu cara berhati hati di jalan raya adalah dengan
mengenalpasti tabiat pemandu lain.
Walaupun nda kenal, tapi dari cara dia memandu, kita boleh agak pattern pemanduan.
Contoh, kalau kereta tu dipandu tersangat laju potong sana sini,
baik kita jauhkan diri, tendency terbabas tu 0.001% ada.
Wallahualam tapi kita berhati hati.
Begitu juga, kalau kita nampak kereta ni potong kita tiba-tiba tanpa signal, baik kita jauhkan diri
dan letak extra alert ; sebab pemandu ni akan ada tendency masuk mengejut dan brek mengejut.
Yang ni aku setuju.
Beberapa tahun lepas, sebuah wira dipandu laju memotong aku di hadapan LSC secara berbahaya,
aku nda jiwa muda, jadi nda lah aku berminat mengejar, masa tu hujan,
dalam pikiran sudah ada analisis ;
driver ni sudahlah hujan bawa laju lagi memotong lagi, macam bahaya ja dia ni,
beberapa minit kemudian, aku limpas depan Sabah Port,
aku nampak kereta wira merah tu di tepi belukar terbalik ke atas berasap,
pemandu dia sedang merangkak keluar dari kereta tu,
aku berhenti pun aku boleh buat apa kan,
jadi aku teruskan jalan sampai depan bulatan tu ada trafik,
aku bagitau trafik tu sana ada kereta kemalangan
itu saja
Jadi, sama-samalah kita hati-hati.
Lagi satu, elakkan menyumpah orang di jalan raya.
Kena potong sikit, terus menyumpah,
hrmm no good no good.
Lagi satu,
Nanti kalau kamu sudah baca blog abang sham tu,
dan kamu rasa blog tu baik, berguna dan berkualiti,
bolehlah transfer sedikit sadaqah untuk pembangunan blog tu ya.
Nanti lama-lama bila kamu jadi pengunjung setia,
kamu akan perasan tu mid-month memang akan bandwidth exceeded,
ondscene.my tu blog persendirian,
harap kamu boleh lah bantu sedikit untuk kebaikan bersama ya :)