Nuffnang Ads

Monday, August 05, 2013

Rambling : Poslaju

As Salam dan hai,

Adakah poslambat?

Kawanku bilang seriously ada. Haha

Aku risau neh hari Isnin dah tapi one of barang customer belum sampai. Sebenarnya semua sudah settle last week, order lain sudah dapat last week. Tapi customer ni repeat order. Sangat berkenan dengan kurung moden biru tu sampai dia kepingin design sama tapi colour lain. Mau diguna raya ketiga.

Aku sudah inform mungkin lambat sampai. Aku nda berani ambil risiko. Tapi dia bilang coba saja lah. Pheww. Biasanya delivery KL-KK memang agak cepat, pos Isnin petang, Rabu memang sampai sudah. Biasanya begitu. Tapi aku dengar dengar poslaju sangat overload sekarang. Even supplier aku pun tak dapat pos on time macam selalu. Biasa supplier aku, order dan payment sebelum jam 12 Isnin memang pos hari sama. Tapi last week dia cakap kena tunggu turn, pos khamis untuk rabu punya yang nda habis. Padahal rabu pun pos juga ah. Imagine berapa banyak tu. *nanges*

Jadi aku inform ja lah sama customer ni, ada possiblities lambat sampai. Worst, after raya baru dapat. Aku dengar 12hb baru poslaju sambung. Aku bagi option, kalau nda mampu tunggu, aku refund saja. Ya lah, kalau orang order untuk raya, mesti mau pakai time raya, kalau lepas raya baru dapat, mana sama feel kan. Nanti dia update.

Aku tiada masalah pun kalau dia mau refund. Biasanya, kalau ada yang terlambat dari tarikh sepatutnya, aku memang bagi option untuk refund. Pertama, customer memang nda senang hati sudah kalau barangnya lambat. Kedua, lagi lambat barang arrive lagi cepat diorang marah. Aku nda suka keep them waiting. Better lah refund dari dua-dua pihak nda gembira. Lagi pula sekarang banyak sudah juga online shop kan, kalau satu dia nda dapat, boleh try shop lain. Poslaju diluar kuasa aku, tapi refund aku boleh buat. Hati dan kesabaran orang pun aku nda boleh kawal. Jadi, jalan terbaik memang refund la. Hehehe

Apa jadi dengan barang yang diorder? Kalau shipping item ke tempat aku, aku just jual balik ja lah kepada customer lain. Insya-Allah, ada ja juga orang mau tu. Sebab free size juga kan baju kurung tu. Setakat ni, dua saja lah yang baru aku advised refund - satu yang lambat ni lah, satu lagi yang supplier aku salah post, bukan salah item tapi kurang item. Patut 4 items, sekali diorang terpos 3 saja. Haha Nda lah aku kuasa mau marah-marah supplier tu for it. Raya macam ni, order banyak, mistake boleh berlaku. Aku just inform diorang salah, and then minta diorang post balik ja lah. Sebab aku ambil pendekatan macam ni lah, aku prefer refund customer. Takkan aku mau bagitau customer aku aku salahkan supplier kan? Nanti salahkan supplier aku, kami bergaduh, pastu barang lambat, dua dua aku hilang, customer sakit hati (sebab lambat) dan supplier juga sakit hati (sebab kena marah). Jadi, better go for win win situation lah.

Syukur lah. Setakat ni, dengan pendekatan macam ni, boleh juga survive. Sekian.




No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers