Nuffnang Ads

Monday, August 05, 2013

Perkembangan Terbaru Sheila on 7

As Salam dan Hai,

Macam nda sesuai ja update ni time mau raya. Hehe 

Aku memang big fan S07, since lagu Dan. Band ni satu-satunya band yang aku follow sejak berzaman. Walaupun zaman rebel sudah berlalu, tapi aku masih mengambil tahu perihal band ni. Aku membesar dengan Perhatikan Rani, Sahabat Sejati dan Sephia. 

Line-up asal adalah Duta, Adam, Eross Candra, Sakti dan Anton. Boleh dikatakan kebanyakan lagu dalam S07 adalah dicipta oleh Eross. Eross the man. Tapi ada sekali dapat juga lah dengar Eross menyanyi di Pria Kesepian. Band ni asal Jogja. Aku dulu pun pasang impian mau pergi Jogja semata-mata sebab itu kampung S07 ya. Most diorang ni dari Univ Gadja Mada.

Sakti, Duta, Eross, Adam dan Anton



Antara album S07 : ( Aku ada semua kecuali Berlayar tapi kaset rosak sebab terlampau direwind etc)


*Dedikasi untuk Korban Tragedi Lampong : ada beberapa sheilagank yang terkorban sebab berhimpit ketika konsert S07 di Lampong, kalau tak silap. [ read more : http://www.tembang.com/info_detail.asp?id=1797&kategori=news / http://musik.kapanlagi.com/berita/artis-artis-indonesia-yang-bermasalah-dengan-konsernya-fbadd4-1.html / http://forumm.wgaul.com/archive/index.php/t-14447.html ]

Tak silap aku, 507 tu last album diorang semua as original line up. Lepas tu, Anton dan Sakti keluar. Sakti keluar sebab mahu mendalami agama. Anton aku kurang pasti. Sakti ada tulis lagu Cahaya Terang before dia keluar, kalau kamu dengar cahaya terang tu pun memang berkisar keagamaan : tentang orang yang menemukan arah kehidupan yang lebih baik.
Ketika aku lihat cahaya terangAku dapat menemukan tujuan hidupkuHilanglah sudah semua masa lalukuAkan kulewati semua dengan hal yang baru

Eross pula ada tuliskan lagu pasal penarikan diri Anton dan Sakti ni dalam lagu Last Pretence : 
kekhilafanku hantarkan kitadi dunia arah yang jauh bedanafas terakhir perjuangan kitaakhiri dengan nada yg indah

Lepas Anton dan Sakti keluar, satu ja ahli baru masuk, Brian Kresno. Sampailah sekarang diorang cuma berempat sahaja. 

Eross, Adam, Duta dan Brian


Duta tu sudah kahwin dengan Adel, kalau kamu tengok vc Seberapa Pantas, model utama perempuan tu adik si Adel ni lah. Macam Adel tu berkenalan dengan Duta waktu kasi kawan adik dia casting. Dua sudah pun anak Duta. Boleh follow Instag Duta juga (lupa apa nama).


Gambar terbaru Sakti pula, boleh baca update terbaru beliau disini  :


Next entri, nanti aku senarai TOP 10 lagu S07 paling aku suka. Kita share share lah ya. Oh untuk mengetahui perkembangan lanjut boleh follow twitter diorang juga. Diorang rajin tu bagi KuizSenin. Aku jawab juga tapi ada ja orang lagi laju dari aku. Geramm tau tau. Boleh lawat official site di sini : http://www.sheilaon7.com/ Unofficial : http://sheilaon7.wordpress.com/

Sekian. 

No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers