As Salam dan hai,
Kali pertama masak rendang secara tradisional. Selama ni main segera ja kot. Segera means dari paket ya.
Raya pertama, aku masak ayam kurma dan daging kari. Raya kedua, daging kicap dan ayam goreng. Raya ketiga tu baru rendang daging.
Sebab sebenarnya aku sangka mak suruh masak tu sebab aku macam ada nampak rempah rendang. Rupanya rempah tu dirumah mentua aku yang aku nampak. Pengsan.
So, mak aku kata masak guna bahan asal lah. Bahan asal? Nah, ini resipi dia. Aku risau nda menjadi, banyak daging daku pertaruhkan ni.
Resipi Daging Masak Rendang versi cincai :
Bahan-bahan
- 1.5kg daging
- 8 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- halia (erm, 3inci? Bimbonya)
- sedikit kunyit dan daun kunyit
- 1 gelas cili giling
- 2 gelas santan pekat
- cengkih, bunga lawang, kayu manis
- kerisik
- garam secukup rasa
Cara Memasak
1. Kisar semua bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia.
2. Tumis bahan kisaran tadi dengan bunga lawang, cengkih dan kayu manis. Tunggu hingga naik bau.
3. Masukkan cili giling. Tumis rata dan masukkan daging. Gaul rata.
4. Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa.
5. Masak atas api sederhana sampai kuah nya kering. (In my case, 40 mins, kena kacau selalu tau)
6. Masukkan kerisik. Siap.
Tips :
*aku kasi masuk sudu dalam kuali semasa dimasak, supaya daging cepat masak. Keluarkan bila kuah mau kering dah.
*pastikan gaul selalu supaya nda hangus. Nanti bau hangus tu masuk dalam daging.
*tak perlu campur air langsung, renehkan daging dengan santan tu ja.
-----
Sepanjang proses aku me-whatsapp thegirls, kami memang ni. Cuak gila diriku kalau rendang nda jadi.
Sorry tapi aku memang tiada bakat baking. Bread pudding baru ni pun seriously nda jadi. Menyampah. Why? Adeq dan Ieda masak macam senang je. Even Jani baking pun jadi, walaupun hiasan dia nda menjadi. Deco bunga tapi nampak macam sarang labah-labah. Eh. Rahsia pecah eh?
Maaflah juga. Tapi bercucuk tanam juga bukan field aku. Tanam kaktus pun boleh mati. Tanam bunga okay bukan tanam sepenuhnya, tapi beli di Ranau bunga yang elok mekar tinggal sambung jaga ja pun di KK, itu pun boleh mati tu bunga. Scary gila kan.
My point is, kalau kamu memasak asyik nda jadi, baking asyik hangus, its okay. Itu bukan field kamu. Teruskan explore diri. Mesti ada juga satu skill kamu yang hebat tu.
No comments:
Post a Comment