Assalammualaikum.
Tinggal beberapa hari lagi mau
raya kan. How was your preparation? Must be good lah kan. Kehkeh We all know,
musim perayaan begini, duit tu laju ja keluar. Mengalahkan air terjun gitu.
Persediaan mana yang tak perlukan uang. Serba serbi perlu.
Aku ada beberapa kawan yang baru
kahwin dan baru mau kahwin (well, you
know who you are). Jadi aku pun suka lah mau berkongsi perihal mengurus
kewangan ketika Ramadhan dan Aidilfitri bersama ahli dan bakal ahli kelab ni. Sharing
is caring.
Puasa pun boleh tahan banyak
pakai duit. Siapa cakap tidak? Belanja pergi bazar, kalahkan belanja lunch
tambah breakfast kita lagi. Macam kami ni lagi, fuel usage tetiba jadi
bertambah sekali ganda eh puasa ni. Bukan 'tetiba' sangat pun. Bob tu sukaaa
sangat hantar aku pergi kerja sepanjang ramadhan. Sebab aku kan tukar working
hour ke 7.30am, supaya dapat pulang 4.30 pm. Dia bilang aku nda hebat bawa
kereta, selalu couldnt make it on time to office. Heh. Memang betul pun. I kan
pemandu berkhemah, eh berhemah. Mana boleh potong memotong. *libastudung
So here we goes, Mengurus
Kewangan Ketika Perayaan. Wah skema. This can applied to other as well. Be
reminded, this is fully based on my own experience during this 2 and a half
year married and 3 kali menyambut Raya sebagai isteri.
The Ramadhan
- Jarakkan hari ke bazar. Contohnya, seminggu 3,4 kali saja. Elakkan pergi setiap hari.
- Put some budget on bazar day. Contohnya, maksimum RM10- RM15 sahaja. Aku selalu beli kuih 2,3 jenis, air satu jenis, dan satu lauk. Less than RM10.
- Pergi ke bazar bersama, jangan jalan berasingan. Kalau jalan berasingan, chances terbeli benda sama tu ada. Rugi. Macam aku tadi, aku teringat husb mesti mau makan ayam goreng, terus aku beli. Tetiba dia pun fikir yang sama. Dan BELI. T_T
- Pastikan duit kecil cukup-cukup ikut budget. Kalau dalam purse ada sekeping not 50, dan beberapa keping not RM1, pakai lah not RM1 itu sahaja.
- Jangan kasi pecah (tukar)duit di Bazar. Contoh ah, kalau kamu ada RM50 lepastu mau kasi tukar duit, terpaksa juga kamu beli. Mustahil kamu beli barang harga RM1-RM2 kan. Kurang-kurang RM5 juga kamu spend untuk kasi pecah itu duit.
- Ingat berapa duit kamu ada masa ke bazar. To detect how much you have spend lah. Aku biasa pastikan berapa in purse, nanti bila aku balik aku check lagi, jadi aku tahu berapa duit terpakai di bazar.
The Aidilfitri
- Slow down your expenses 2,3 bulan menjelang Aidilfitri. Yang mana jadi kebiasaan kkbox, movies day, shopping / belanja sakan tu, try to reduce beberapa bulan sebelum itu. Trust me, it save a lot I tell you.
- Fokus pada persediaan Raya. Kalau mau shopping pun, start to shop for Raya. Beli baju jadi baju raya, beli kasut jadi kasut raya.
- Buat satu list keperluan raya. So, you have the rough idea how much you need for raya.
- Coba cari extra income to cover for that need in previous tips.
- Buat dan plan baju raya 2,3 bulan sebelum raya. Plan awal-awal baju apa, beli kain siap-siap, hantar tailor siap-siap.
- Elakkan hantar baju di saat akhir. Saat akhir bermakna kita akan di caj lebih dan lebih sebab dia tahu kita desperate to get our kain done.
- Bayar apa-apa yang perlu dibayar sebelum puasa. Macam tailor tu tadi, bayar lah deposit dalam 80% begitu. Macam kuih atau kek yang diorder tu pun sama, bayarlah sebelum puasa. Atau masa order terus bayar. Kalau boleh biar full. Supaya nda lagi terbeban masa mengambil nanti.
- Tentukan apa yang perlu dan tidak begitu diperlu. Saja je cakap Tidak begitu diperlu, kita orang dewasa mana mahu cakap tidak perlu baju raya sampai patbelas pasang kan. Cover lah bilang tidak begitu diperlu. Kehkehkeh Fikir dan tentukan berapa yang diperlukan. Kalau kami satu pasang pun cukup, tapi sebab ada rezeki lebih, maka buatlah lebih untuk baju kerja terus. Pastikan yang perlu sahaja diberi keutamaan.
- Delayed pembelian yang tidak begitu diperlukan itu. Contoh, kasut yang ketiga-keempat yang kita berkenan tu, belilah sahaja lepas raya. Aku rasa orang dewasa macam kita ni nda lah eager sangat mau semua baru kan. Boleh ja pakai lama-lama punya. Peduli orang cakap.
- Buat preparation ikut batch. Contoh, gaji 2 bulan sebelum, untuk bayar baju raya / beli kasut raya / kuih-kuih macam tu. Gaji sebulan sebelum raya tu, guna untuk ketika raya. Ni bagi aku lah yang kerja swasta ni. Gaji kami keluar tetap, bukannya macam kerajaan yang boleh cepat boleh lambat kan. Jadi, mau nda mau, terpaksa lah in control selalu. Macam tahun ni, gaji dapat seminggu lepas raya. Jadi, gaji bulan sebelumnya tu sudah di stock untuk raya ni. Kena berfikiran jauhlah kan ;)
- Bahagikan duit kepada 10-40-50:
- :: 10% untuk baki perbelanjaan sebelum raya, yang baki-baki punya, yang kecil-kecil punya expenses macam tiba-tiba teringat balang kuih sudah pecah, mau beli lah kan, gunalah 10% ni.
- :: 40% lagi untuk kegunaan ketika raya, macam untuk beli raw meat untuk dimasak ketika kawan-kawan datang, kan. Tahulah tinggal sama keluarga, takkan lah kawan sendiri datang pun mak keluar belanja kan. Kehkehkeh Juga perbelanjaan semasa macam fuel untuk pergi beraya. Hehe
- :: 50% untuk post-raya. Maksudnya, duit balance untuk belanja pergi kerja sebelum next paycheck in. Fahamlah kan.
- Spare some for your parents (family). Orangtua ni tahu lah kan mana lah mahu terima kalau kita bagi cash. (In my case, I never tried to give cash, they won't accept it. Lagipun, segan mahu bagi. Income ciput je daripada parent. Kehkehkeh) SO, ambil part untuk some expenses macam ikut beli portions for family kah, belikan air minuman untuk tetamu beraya kah, belikan kuih untuk rumah, things like that. Jangan kedekut sama keluarga sendiri. Besar pahalanya ;)
- Cobalah banyak kan 'memberi'. Bersedekah. Kalau ada rezeki lebih, sedekah. Kalau rasa duit putus, sedekah. Aku percaya, lagi kita memberi, lagi kita menerima. Tapi mesti ikhlas. Ada kawan cakap, janganlah sebarangan bagi sama orang di bazar tu. Kan ada orang yang berdiri pegang kotak derma tu. Dua bazar pergi, dua bazar juga bagi. Itu sindiket menipu, orang cakap. Tapi aku juga pernah baca, kalau kita sedekah pada yang memerlukan tapi dia menipu, kita dapat dua pahala; pahala memberi dan pahala ditipu. Eh? Mudah-mudahan.
So, does this help you, my
new-wifey-club mates? I hope so.
Why am I sharing you this? I bet most
newly-weds (or maybe all?) hadapi masalah mengurus kewangan di awal-awal perkahwinan.
Percayalah, urusan kewangan ketika bujang dan sesudah berkahwin adalah jauh
amat bezanya. Lainlah kalau kahwin sama anak jutawan atau kahwin sama
jutawan. Bolehlah abaikan pengurusan
kewangan ni semua. Tapi aku golongan marhaen, orang kebanyakan, mau tidak mau
terpaksa self-controlled. Walaupun kita cakap sebelum kahwin pun memang I ikut
beli persiapan dirumah. Ianya memang tak sama ;) Apatah lagi di waktu raya.
Silap haribulan boleh bergaduh lakibini.
Don't worry. You are not alone.
We were facing the same situation in our first raya too. Sebab silap bajet,
silap planning dan gagal melihat jauh ke depan, our first raya as husb and wife
went terrible. Luckily, we learnt our lesson. Thats how these list invented.
Kehkehkeh Takmau lah cakap how terrible the first raya was, kang mum aku sedih
pula. Haha Aku kan jenis kalau ditanya, semuanya okay. Nda da yang nda okay.
Kalau nda okay, di kasi okay. We can fake our happiness, but we cannot fake
other happiness. Kehkehkehkehkeh
PS : Aku sekarang ada rutin baru. Kerja di ofis sambung buat dirumah sampai nda tidur. Kan siok tengok tv sambil buat kerja. Di office baru aku tidur, kan ada aircond. HAHAHA Hebat kan?
1 comment:
info yang bagus dayah.=)
Post a Comment