Nuffnang Ads

Wednesday, August 08, 2012

Penyakit Hati

Assalammualaikum. Hai.

I've been on leave (work) since last Friday (half), lepastu Monday and Tuesday. Nasib Ahad aku ada pergi office sebab on shift kan. Itu tak boleh escape, sebab nanti tiada print sijil dan incharge the training. Kalau tidak, cukup 4 hari setengah aku tidak pergi kerja ya. Aku tidak pernah cuti sakit, EL, atau apa apa cuti sepanjang ini kecuali untuk perayaan atau ada occasion. Tapi kali ni, aku terpaksa ;)

How to say this ya, aku sebenarnya mengalami series of disturbance sepanjang tahun ini. What kind of disturbance? Hrrm. Bermimpikan benda bukan-bukan seperti bayi/budak sampai satu hari budak tu menyusu ya sama aku. Bermimpi jatuh dari tempat tinggi dan tempat yang sangat kotor. Yang paling aku nda tahan (makin menjadi-jadi) adalah di tindih ketika tidur, juga pernah dicekik. Jadi, aku jadi takut untuk tidur malam. Semua ni buat aku malas mau jalani rutin. Aku jadi cepat penat, perengus. Aku malas mau pergi kerja, semua malas sebab aku takut. Dan aku sakit. Backpain. Paling utama, apa kerja semua aku malas, sebab fikiran aku sungguh tidak tenang.

When I spoke to a friend  (few, actually), they adviced me untuk berikhtiar. Berubat. Jumpa yang pakar. Pakar apa bila doktor pun cakap, 'You're fine'. Yes, I met a doctor last week, dia check semua okay, kecuali ada panas sedikit. Aku cakap sama doktor, 'mungkin saya ada tension headache'. Terus dia bilang, 'Ya, begitulah simptomnya. Pandai juga kamu ah, tahu lagi spesifik nama sakit, selalu orang sebut migrain ja'. Haha

Bila doctor pun tidak dapat memberi jawapan yang aku cari, aku lost tau. In fact, aku sampai tahap mau ke doktor meminta painkiller atau ubat penenang sebab sesungguhnya tiba-tiba aku rasa hidup aku miserable. Hanya kerana mimpi begitu. So, kawan-kawan advice, 'cubalah jumpa orang yang pandai mengubat'.

Mungkin penyakit hati.

When I told husb, he felt angry. He was not expected me to be that weak. Hanya kerana mimpi, aku jadi takut, jadi sedih. With the help of his aunty, we went to the ustaz yesterday. Bila aku jejak kaki ke sana, I felt stupid. It was just a dream, why it need to be bother that much. Tapi, kawan aku bilang, teruskan saja, kadang niat kita mau berikhtiar ni selalu saja ada penghalang. Betul. Aku sudah lama sebenarnya tergerak hati mau berubat, tapi banyak alasan; tiada masa, sibuk, nda penting etc.

That ustaz was nice. Full of jokes. Aku takut (segan) sebenarnya mau jumpa ustaz/ustazah ni, tahulah kita ni ilmu dan ibadah pun kurang. Segan kalau ditanya macam-macam. Tapi, ustaz tu tidak begitu pun. Banyak ilmu yang dikongsi sama kami, dan aku mau kongsikannya kepada kamu. Especially kita rakan-rakan yang selalu ber-blog, facebook dan sebagainya ni.

Kadang-kadang bila kita mimpi, kita mesti cari tafsir mimpi kan. Dimana? Google Search pastinya. Bila kita mimpi, kita tulis di laman sosial meminta pendapat atau tafsiran kan? Mengikut pemahaham aku, melalui apa ustaz tu sampaikan, mimpi ini cumalah mimpi. Adapun orang yang menerima petunjuk melalui mimpi itu adalah teramat sedikit. Kita bukannya nabi yang bisa menerima mimpi petunjuk. Mimpi itu ada 3 jenis ya;

  • Mimpi petunjuk, yang dimimpikan usai solat istikharah. Biasanya didapati pada mimpi di sepertiga malam (dari jam 12 tengah malam hingga jam 3 begitu, lebih kurang). Ini biasanya apa yang kita minta. Kenapa di sepertiga malam? Kerana itulah waktunya diamnya syaitan. Wallahualam.
  •  
  • Mimpi mainan tidur, yang terjadi kerana trauma atau ingatan dari hari siang. Boleh jadi juga pengalaman yang lalu.
  •  
  • Mimpi gangguan syaitan. Mimpi yang menyedihkan dan menakutkan anak Adam. Terutamanya mimpi yang didapati ketika tidur selepas azan Subuh.

Jadi, mimpi yang baik dan boleh dijadikan panduan (ditafsir) adalah mimpi yang pertama. Mimpi kedua dan ketiga itu adalah mimpi yang tiada artinya. Mimpi yang sia-sia. Mimpi yang tidak berguna dan tidak perlu ditafsir. Kata ustaz lagi, untuk mentafsir mimpi, haruslah kita merujuk kepada orang yang sesuai, yang berilmu. Takut kelak, tafsiran 'pandai-pandai' dari kita atau kawan-kawan kita bakal menjadi satu doa. Juga, jangan diceritakan mimpi itu pada orang yang dengki atau niat jahat pada kita, takut nanti dia mendoakan yang bukan-bukan atau tafsir yang buruk sehingga kita jadi sedih.

Juga, tidak digalakkan kita berkongsi mimpi kepada orang ramai, kerana hatibudi orang sesungguhnya kita tidak tahu. Ustaz juga ada berkata, adakala kita tanpa sedar telah menyakiti hati orang, melukakan hati orang sehinggakan dia jadi dendam/sakit hati pada kita. Boleh jadi satu masa dulu sebelum berkahwin kita ada boyfriend/girlfriend masing-masing (sumpah, ustaz tu sebut boyfriend girlfriend okay). Lalu selepas kahwin, kita kan sudah ada jalan hidup sendiri, cerita lama kekasih lama langsung putus, dan kita bina hidup baru bersama pasangan. Tapi, boleh jadi bekas kekasih kita kurang berpuas hati lalu berkata yang bukan-bukan, seterusnya boleh menjadi satu doa.

Aku akui, kadang-kadang aku begitu lantang bersuara ya. Lantang bercerita masa lalu atas sebab ingin berkongsi dan ingin orang lainmengambil pengajaran. Niat kita baik. Tapi niat orang kita tidak tahu kan? Jadi, dengan rendah hati, aku mohon maaf seikhlasnya jika aku pernah menyinggung dan lukakan hati sesiapa, atau menulis apa-apa yang dirasakan mengaibkan sesiapa. Maaf ya ;)

Ustaz juga berkata (dan aku juga terbaca di Solusi), kita haruslah sentiasa memaafkan orang lain dengan harapan agar Allah juga akan membuka pintu hati orang lain untuk terus memaafkan kita atas kekhilafan yang tidak kita sengajakan. Jadi, aku juga seikhlasnya memaafkan mana-mana yang pernah menyakiti hati aku ya. Amarah yang disimpan boleh jadi dendam. Dendam boleh jadi barah yang merosakkan hati. Jadi, mulai sekarang aku cubalah berlapang hati, berlapang dada. Mudah-mudahan aku istiqamah.

Jujur ya, jalan menuju kebaikan itu memang panjang dan berliku. Sebelum berhijab, aku tidak pernah ambil pusing perkara-perkara kecil begini. Tapi, sekarang, bila aku ingin membuka lembaran baru dalam hidup, ke sisi yang lebih sempurna, aku rasa cabaran tu besar. Tidaklah sampai patah semangat, tapi mau bersihkan hati tu bukan senang ;) Berkali aku harus ingatkan diri sendiri, harapnya perubahan aku bukan saja dari segi hijab ya, bukan sekadar menutup helaian rambut, tapi juga dari sudut lain. Sudut kecil macam labuhkan sedikit tudung hingga menutupi dada, ucapkan Alhamdullilah ketika bersin (instead of Excuse Me), banyakkan membaca ilmu berfaedah (bukan lagi baca hiburan setiap hati, ouch). Seems like easy to read ya, tapi pelaksanaan nya mencabar amat ;)

Ustaz kata, dalam hidup kita ni, usaha (istikharah) adalah penting. Kita tidak boleh bergantung pada takdir semata. Kalau kaya, kayalah. Kalau miskin, miskinlah. Kan sudah takdir. Bilang ustaz, kalau mau pandai, belajar lah sungguh-sungguh. Kalau mau kaya/banyak duit, kerjalah sungguh-sungguh. Tapi, janganlah sampai kita asyik mengejar dunia.

Jadi, ustaz bilang nanti dia berikan aku sepotong ayat Al-Quran untuk dibaca, diamalkan dan dibawa kemana-mana. Ustaz juga bilang, nanti dibacakan doa  untuk kami selepas terawih, agar ramai yang meng-Amin-kan doa tersebut. Siapalah yang tidak mahu doa-doanya didengari dan diperkenan kan Allah, kan?

Perkara yang keluar dari mulut kita biar perkara dan sebutan yang baik-baik. Itu satu doa. Aku rasa syukur, sebab sekarang aku banyak kawan sama orang baik-baik, orang yang solatnya cukup, punya pegangan ilmu dan iman yang kuat. Kalau kawan sama orang baik-baik, kita jadi segan mau buat dosa. Kawan sama orang baik-baik, kita jadi segan nda solat, nda membaca al-quran. Kita jadi segan bila diorang pergi usrah tambahkan ilmu, kita sibuk overtime cari duit ya ;) Lama-lama, sebab terlampau segan kita pun ikut sama cari agama, cari sejadah, cari quran ;)) Kan bagus begitu?

Syukurlah, sebab aku rasa bila aku ditimpa ujian begini, aku jadi dekat pada Allah. Mula mengkaji mimpi dan apa yang berkaitan, mula melihat dunia dari dimensi baru. Dimensi yang lebih segar. Mulai melihat dunia dari sudut berbeza. Sudut positif ;) Paling penting, mula mensyukuri tiap apa yang diberi. Mudah-mudahan aku istiqamah. Harap kamu pun ;)

PS : Bila kawan kamu mahu berubah kearah lebih baik, ucap lah 'syukur alhamdullilah'. Bukan nya, 'eh, kau ni biar betul, nanti jangan separuh jalan.' Itu boleh buat down, dan mungkin jadi doa bagi nya.

PSS : Menasihati (mengajak ke arah kebaikan) tidak semestinya dengan kasar dan keras. Ada sesetengah orang (macam aku), kena guna psikologi ya. Dulu aku selalu pakai pewarna kuku (4,5 tahun lepas), tapi bila Ieda cakap 'aku nda pakai nail color sudah, Dayah. Mak aku bilang, susah orang mau kasi mandi kalau ada cat kuku.' Insaf. Terus letak balik nailcolor 3 RM10 di kedai sebelah McD ah.

PSSS : Aku bukan mau riak atau tunjuk pandai (maaf kalau kamu rasa begitu), tapi aku suka apa ustaz tu cakap; kadang kita rasa lost dalam diri, rasa semua nda pernah cukup, kenapa? Sebab ilmu kita kurang ;)) I speak for myself.


1 comment:

rose farina said...

as salam dayah. alhamdulillah. semoga terus-terusan ke arah kebaikan ya.=) pasal mimpimu tu dan sakit blkg, ada baiknya ko berubat dengan cara Islam. insha Allah ada penyembuhnya since aku pn pernah melalui perkara yang hmpir tpi lebih teruk.satu petua yang baik, rajin baca surah2 ruqyah (gangguan jin dan syaitan) atau pasangkan sja, lepas solat baca ayatul kursi dan rajin amal 3 qul walau di mana. insha Allah.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers