Nuffnang Ads

Saturday, September 29, 2012

Berhati-hati dengan pelaburan anda

Assalammualaikum, dan hai.
 
Cakap pasal pelaburan, aku banyak kali juga jumpa kawan-kawan yang promote join macam-macam, dalam erti kata lain melabur wang sama mereka lah.
 
Well, I am no economy or financial expert. Tapi satu paling pasti, sebelum kamu melabur tidak kira lah pelaburan apa, pastikan ianya diperakui atau at least orangnya reliable. Kemudian, check sistem / prosedurnya bagaimana. Kalau kena cari orang atau mungkin juga takperlu cari orang sebab dia (orang atasan kau) yang akan cari atau konon auto finding, nasihat aku baik jangan lah.
 
Pernah ada kawan promote ni business baru. Dia kata kawan dia yang asaskan ni business. Sekarang kawan dia itu pakai sekian sekian kereta mewah, padahal masih muda eh. Yuran sekali je seumur hidup, sekian sekian amaun. Bersama pendaftaran juga ada diberi satu produk istimewa (konon lah). Tapi aku terus terang, kalau kau mau pinjam duit kali aku bagi juga, namun untuk melabur benda begini, tidaklah.
 
Juga ada satu lagi kisah benar ;) Orang terdekat promo ikut pelaburan emas. Sekian-sekian gram, sekian-sekian keuntungan bulanan (dividen kah itu?). Tapi aku bercakap ni berdasarkan diri aku sendiri lah, tiada hujah tetap okay. Cuma, cuba kamu fikir, kalau dia bilang pelaburan emas 10 gram bayar RM1500. Nanti dapat bulanan ratus juga. Fikir logik, kalau beli emas di kedai rasanya dengan amaun itu boleh dapat emas melilit di leher. Pandai pilih, boleh dapat satu set cincin rantai gelang kot. Tapi thats just my opinion, aku orangnya realistik. Aku nda suka fikir melampau batas yang tiada asas. Dont hate me k ;)
 
Ada juga kenalan, ehem, ikut pelaburan emas ni. Dijanjikan macam-macam lah kan. Dividen begitu begini. Tapi, sorry to say, aku kasihan sebab macam tiada dapat apa pun. Sebab orang janji bulan bintang segala, mesti lah orang yang dijanji kan ni mau menagih kan. Tambah pula, kan sudah dibagi duit. Ramai yang macam tunjuk perasaan sama upline ni. Dijadikan cerita, tiba-tiba satu surat rasmi dari syarikat ni dibagi sama pelabur. Mention that, sesiapa yang menyusahkan syarikat atau upline tidak akan diberikan dividen langsung. Pelaburan akan batal. Burn. Eh, mana boleh begitu. Lainlah kalau pelaburan batal, duit dikembalikan, bukankah begitu? Tapi namanya pun pelaburan kan. Pelaburan emas yang kau nda nampak mana emas kau tu. Sebab itu pelabur diam. Ugutan kan. Boleh kah begitu? Kamu fikir lah sendiri.
 
Jadi, biarlah aku berkongsi sedikit tips supaya kamu nda terjebak atau menjebakkan diri;
 
1 Siasat syarikat sampai lubang cacing
Upon approach by upline (yang akan bermulut manis sebelum mendapat duit anda), tanya lah apa-apa yang patut sampai kau puas hati. Tanya syarikat apa, nombor pendaftaran, siapa CEO/Director, minta sekali number phone dan alamat penuh syarikat itu. Biasanya ia akan based di KL. Kita di Sabah ni susahlah mau korek kesahihan syarikat kalau begitu. Minta nama penuh Pengarah. Jangan sekadar tahu, macam 'entah siapa nama tu tapi Datuk lah'. Hmm.
 
2 Google sebelum join
Terima kasih kepada dunia tanpa sempadan hari ni. Semua bebas memberi pendapat di laman masing-masing. Cuba taip nama syarikat atau nama Pengarah syarikat, tengok dan baca apa hasil carian anda. Dari situ, nilaikan. Biasanya, kalau orang sudah pernah terkena / join, dia akan tulis untuk share pengalaman.
 
3 Tanya dari mana duit diperoleh
Contoh, melabur 1200 dapat RM300 sebulan. Tanya from where come that figure. Apa kiraannya. Kenapa 300 bukan 500. Tanya dan tanya. Juga tanya akan dapat 300 sebulan tu sampai bila, takkan forever kot. Kalau forever, ketara lah tipu. In case ada yang masih naif, biasanya duit yang kamu dapat itu, yes that dividend / untung, adalah duit pendaftaran ahli baru yang mendaftar selepas anda.
 
4 Pastikan ada hitam putih
Yes darling. Sign up nanti pastikan ada kontrak ke apa ke yang boleh dijadikan bukti untuk selamatkan diri anda. Kalau bayar tu, pastikan diberi resit. Jangan percaya orang tengah (upline) dengan sebulatnya. Ada orang tengah begitu, bagi ja duit, aku urus semua. Nahh, fikir logik, kalau dia ambil duit kamu, bagi syarikat bilang itu tambahan pelaburan dia, bagaimana? Kalau lah.
 
5 Kalau pun mau gamble juga coba nasib, ambil nilai terendah.
Contoh kau gatal hati juga mau coba, ambillah nilai terendah. Kalau rugi nda lah rugi sampai bergolok gadai. Hati-hati, biasanya pihak syarikat akan cakap, ada promosi lah harga sekarang kalau tambah nilai pelaburan, boleh dapat sekian-sekian diskaun. Konon
 
 
Sedikit itu sahaja lah tips aku. Macam aku cakap, aku nda pernah join. Daripada aku bagi RM1500 ke orang yang aku nda kenal, baik aku simpan atau beli barang. At least duit habis aku nampak hasilnya. Tapi kalau aku ada sejuta sekalipun, aku takkan melabur. Kalau aku ada sejuta baik aku buka business ku sendiri, khen?
 
Ini senarai syarikat yang didapati menjalankan aktiviti pelaburan tidak sah, maklumat dari laman web Bank Negara Malaysia. Tengok balik, ada syarikat pelaburan kamu disitu? Hmm, silap-silap, nama syarikat yang kamu bagi duit tu pun kamu nda tahu ni kan.
 
 
 
 
*PS :  Sengaja kasi besar gambar kedua. Eh, kalau aku nda silap, macam ada artis yang ikut VGMC (No 84) tu. Hmm.
 
View disini untuk lebih jelas Senarai Dari Bank Negara Malaysia
 
Tapi ada juga kes, saudara terdekat yang promote benda ni. Dan adakala kita terjoin pun sebab mau ambil hati saudara tu je. Kesian punya pasal kan. Susah sudah kalau ada hubungan kewangan dengan saudara sendiri. Nanti kalau pelaburan nda dapat, memang berantakan lah. Sebab tu juga, aku nda sesuai ikut business cari orang begini, aku nda sampai hati bawa saudara sendiri ikut skim begini, nanti aku kena tipu, nda pasal-pasal saudara ikut tertipu. Lagi teruk, aku pula disangka saudara, penipu. Jadi, aku nasihatkan sekiranya kamu jatuh dalam kes ini, iaitu ikut sebab saudara bawa, ikhlas kan lah sahaja duit tu. Anggaplah sedekah. Dia menipu nda apa, tapi kamu sudah dapat pahala ditipu. Wallahualam.
 
 
Sekian dan okbai.
 

Monday, September 24, 2012

Emcee Challenge : Accepted!


Assalammualaikum, and hai. 

Ceritanya macam ni. Aku masuk je office Rabu tu tetiba ada meeting. Bukan lah exactly tiba-tiba. Tapi aku nda perasan GBT Meeting tu ada jam 2.30pm. Buat slide report pun kelam kabut. Lepas tu ada discuss pasal CPC pula. Eh, ada CPC sudah? Oh, CPC tu Certificate Presentation Ceremony, penyampaian sijil kepada wakil persatuan atau penerima sijil bagi yang telah mengikuti kursus. Biasanya yang big scale punya ada Datuk Dr Yee lah, dia yang akan sampaikan. Lain lain tu macam biasalah KPSKTM punya officer, press macam tu lah.  [CPC will be held on 24 Sept, Mon 10 am  - 1pm, venue; Meeting Room Tingkat 13 Wisma Bandaraya ]

Setahu aku yang CPC untuk AMC KK bulan 12 macam tu. Yang ini ni untuk Chinese Schools, MCITP and CCNA. Okay. Aku tiada kaitan. Kbai. Terus buat nda tahu. Bhahaha Calculative enough.

Ya lah, nda terlibat maksudnya Isnin nanti aku duk diam-diam di office hokay. Informal punya CPC bilang Mr Paul. Seperti biasa bila ada CPC, memang ada committee akan di bentuk, to split the task. Siapa pegang tray, siapa urus reception, guest, sijil, semua lah. Aku diam lah, tiada kaitan kan. Tetiba Mr Paul bagitau, tiada Emcee sebab informal. Aku rasa pelik. Macam mana majlis tanpa Emcee? Pelik kan you? Emcee penting, dia yang kawal smoothness and flow event. Biasanya CPC formal memang akan hired Emcee.

Jadi, bila Mr Paul tanya okay kah tanpa Emcee, informal kan. Aku dengan lurusnya memberi pendapat seperti di atas. Siap Ms G perakui, siapa mau announce apa semua tu kan. Last last setuju perlu ada Emcee. Tapi siapa? Last minute begini susah mau cari orang. So, guna staff sendiri lah. Masa ni aku tutup mulut sudah. Tiada kaitan kan. Tunjuk punya tunjuk, semua nda berani, last last kamu teka siapa kena suruh jadi Emcee? Yeah, orang yang paling celupar bilang perlukan emcee untuk smoothness majlis tu. Aku. -__-"

HAHAHAHAHAHA Jom gelak ramai-ramai -_-'
 
Tapi peliknya, aku nda pula bersungguh mau reject. Aku tolak sekali je, lepas cakap-cakap sikit, aku setuju pula. Hairan. Maybe sebab I take this as a challenge?? Aku so far nda lah ada  stage fright ke apa. Tapi bukanlah juga berani sangat. Setakat bagi briefing sama students okaylah. Tapi aku berani juga mahu ambil cabaran ni. Bila lagi? Aku kan, sepanjang aku di AMC, aku berani ambil risiko buat benda yang nda pernah dibuat. Aku rasa sebab aku ni selalu jadi anak burung yang belum bersedia mau terbang, lalu ibunya tolak, dan tak semena-mena pandai terbang. Sebab kalau nda kasi kembang sayap untuk terbang, nanti jatuh pula.Maksudnya, aku rasa nda ada apa yang nda boleh dibuat. Especially bila kau terpaksa dan terdesak. Nanti tiba-tiba saja pandai. Kalau salah pun, at least I tried.

Banyak kali aku begitu di AMC. Ada benda aku nda mahu dan nda suka buat, tapi dek kerana terpaksa maka aku buat lah. Macam marketing. Aku nda suka weh pergi sekolah jumpa guru briefing bawa student dia pergi join ICT, aku nda suka pergi company approach HR Manager bagi staff dia ikut kursus free. Kau ingat aku suka ka? Aku nda suka. I never liked it. I hate rejection. I hate those annoying look macam lah aku ni mencuri. Tapi, ianya kerja, aku paksa diri. Perlahan-lahan aku belajar lah buat. Lama-lama jumpa lah cara mau suka benda yang nda di suka tu. Begitu.

Sambung balik cerita emcee tu. Aku nda lah panik terlampau. Sebab aku dulu setiausaha bapa ku. Dia kan Pengerusi PIBG. Jadi aku selalu jadi tukang buat ucapan dia, tukang buat skrip emcee dia. Bukan lah blur mana.  Tapi jujur, aku nda pernah jadi emcee dimana-mana. Pegang mic masa di kkbox je. Hahaha

PS: Mula-mula aku cool lah sebab in BM bilang boss kan. Apalah sangat. Tetiba bilang boss, in English. Duh, kelam kabut buat teks. Aku nda mau malukan diri sendiri esok eh. Ada menteri tu. Walaupun lah bah informal event kan. Wish me luck.

PSS: Besok pagi mau lobi / pujuk Ms G, minta supaya in Malay lah bah. Sudahlah pertama kali khenn. Again, wish me luck.

PSSS: Aku lagi takut terpeleot kaki daripada tersalah cakap -.-"





Of Ming Garden and Pearl Optic


Assalammualaikum, and hai. 

Lama nda write in something here kan? Lama eh? Entah-entah tiada orang perasan pun. Hahaha. Perasannya awak ni.

Minggu lepas aku agak busy. Konon lah. Padahal, Isnin kan cuti, Selasa pun aku cuti, Rabu aku kerja, Khamis aku cuti lagi, Jumaat dan Sabtu kerja. Kiranya last week dua hari setengah sahaja aku kerja. Khamis tu aku dapat MC. Doktor bagi muscle relaxant, sebab bahagian dekat dada sakit bila tulang rusuk bergerak. Malah aku selalu sakit kepala. Mungkin depresi terlampau banyak fikir. Walhal aku rasa bebanan kerja bukan banyak sangat pun. Hrm. Hrmmm. Cakap macam ni baru aku perasan sebenarnya kerja aku banyak last week. Mungkinlah kot. Beliau cakap lagi, banyakkan minum air. Baiklah.

Jadi ada dua perkara aku mau kongsi, satu pasal Ming Garden. Satu lagi pasal cermin mata. Aku malas lah mau buat split entri, campur lah saja eh dekat sini. Kehkehkeh
 
Satu : Ming Garden

Asalnya, kami lakibini plan mau pergi Ming masa Sabtu atau Ahad tu. Tapi, Sabtu husb sibuk dengan kereta dia. Ahad pula, aku terlampau sibuk berjalan, memula pagi pergi Gaya Street dengan parent aku. Lama nda pergi, lagipun mum selalu bawa aku pergi macam dulu-dulu tapi aku selalu balik Kawang kan L Bila Bob sibuk aku ambil kesempatan lah. Lepas Gaya Street, lepak Karamunsing. Lepas Karam, baru je aku tarik nafas gembira sebab balik rumah boleh rest and do some laundry. Sekali ipar-duai bawa jalan lagi -.-" Jadi sementara tunggu mereka, mum bawa minum dekat Grace Court. Barulah aku tahu Pacific Sutera ada buka booth sana jual pastry mereka. Macaroons and Rainbow Cake pun ada. Sedappp. Eh, pendek kan cerita Isnin lepas balik rumah mentua baru kami stay Ming. Itupun tetiba ja. Jam 7mlm check-in. Gila kan?



 Lepastu, Bob patah balik ambil Achai, sebab dia kesian Achai nangis masa kena hantar pulang. Ikutkan hati semua tiga sekali kami angkut. Tapi mama diaorang nda kasi, dia bilang susah mau handle diorang kalau sudah tiga-tiga bersatu. Very true. Jadi, Achai adalah yang terpilih. Ahmoi, kami janji ambil dia esok. Diorang ni mahu mandi kolam saja.


Pagi esoknya, lepas breakfast, survey kolam di tingkat empat, balik bilik tukar baju, terus turun balik keceburrr (bunyi Achai terjun kolam). Tsk tsk. Aku nda mandi. Jadi aku habiskan baca Mengapa Aku Jadi Pengetua. Lepastu Bob keluar sekejap jemput Amoi. Baru jam 9.37 eh pergi jemput Amoi di Taska. Faham-fahamlah kamu. Si Amoi escape. Lepas check out, kami direct pergi Wisma Merdeka; cari makanan. Habis makan, aku pergi urut kaki di tingkat dua (RM22/40 minit). Next time mahu ambil urut badan lah, macam RM50/Sejam. Serius ah punya sakit kena urut. Tapi lepastu rasa ringan kaki. Paling lucu, masa aku mengadu sakit, tukang urut bilang 'Oh, yang ni sakit sebab kau banyak berjalan'. Aku nda tahu mahu ketawa kah apa. Mestilah banyak berjalan kan, takkan berlari pula. Astaga.

 

Pasal Ming tu, hotel dia okay. Just nice. Kami ambil (dapat) Deluxe Room 643 di tingkat enam. Seronok sebab tingkap mengadap KK, aku suka. Suka tengok KK dari pelbagai view. Rasa macam bukan di KK. Rasa macam eh disitukah aku selalu stuck jem pergi office. Hahaha Room rate 243MYR ++ termasuk breakfast for two (government rate). Budak bawah 6 tahun tidak di caj for breakfast. Deposit RM300.

Good things of Ming :
  • Pool dia agak besar. Tidak ada diskriminasi baju mandi disini, bermaksud tak semestinya pakai bikini. Pakai tudung, tshirt biasa pun okay. Eh, bukan aku, tapi ada sorang lagi guest tu. Aku nda tahu lah kalau nda boleh tapi dia tidak juga dilarang mandi tanpa bikini.
  • Buffet Breakfast ia sedap. Banyak pilihan. Ada western, dan timur punya juga. Aku suka banyak pilihan makanan. Ada cereals. Jus pun sampai 4 jenis (Mangga, Jambu Batu, Oren, lupa lagi satu). Ada nasi lemak, mee goreng, bread, toast. Eh memang banyak lah. Nasi lemak dia pedas tapi sedap. Aku memanglah suka sesi makan-makan, tapi bawa Bob ni rugi. Dia makan sikit je. Makan buffet, kena lah sikit-sikit tapi ter-merasa semua. Bukan makan satu banyak-banyak sampai kenyang. Rugi macam tu.
  • Staff friendly. Nda sombong kalau kita tanya bukan-bukan. Akulah tu, suka tanya benda merepek dan mencabar minda.
  • Parking banyak dan tidak dicaj. All you need to do is just minta chop di kaunter bila drive out.

Spoilt of Ming :
  • Bilik dia sederhana. Nothing special. Aku nda tahu lah kan bilik lain. Mungkin ada design lain bagi bilik lain yang harga lain.
  • Washroom, no lock feature, plus it use glass wall. Tandas yang tidak berkunci adalah tidak sesuai bagi guest yang bawa budak, macam kami. Imagine, sanggupkah kamu mau buat nature call number two, dengan perasaan tidak tenteram. How to tenteram if you know bila-bila ja pintu tu boleh kena tolak easily from outside? Macam mau focus meneran begitu? Satu lagi, dinding tandas kaca mengadap katil. Glass wall tu pula hanya blurred dari atas sampai ke paras lutut. Kalau orang luar tunduk ke bawah dapat lah tengok urusan kau di dalam. Wohh. Lakibini ja okaylah kot. With a kid? Kena tunggu budak tu tidur to do nature call. Or in our case, one of us standbye diluar dengan Achai -_- But, I dont know, maybe different room different design kot kan.
  • Jalan masuk ke Ming is scary, and I dont feel safe. Kamu tahu kan masuk Ming kena lalu bulatan tu, banding sebelum ni terus masuk simpang. So, malam yang kami check-in tu, di bulatan tu full with scary people. Mungkin villagers berdekatan (rumah atas air Sembulan). Masalahnya, we saw them sniffing something inside black plastic. Hisap gam mungkin? Bukan seorang, tapi ramai. Berkumpulan. Bikin takutt tahu.


Thats all. Fair review lah tu kan. To book, boleh contact 270681.

 

Dua  : Cermin mata baru

Kan aku cakap aku selalu sakit kepala. Jadi aku syak sebab mata lah ni. Lama sudah aku nda pakai cermin mata. In fact, aku nda tahu dimana keberadaan spek lama itu. Aku pakai sebulan je kot. Sebab kalau aku pakai cermin mata tu aku rasa aku macam Saloma. Entah apa taste SA kedai dulu tu, aku kan first time buat specs, dia suggest aku pilih warna ceria di bingkai, supaya menaik seri konon. Padahal intention aku memang mau bingkai hitam. Last last tu aku pilih bingkai kuning pula. Ciss.

 

Jadi kali ini, aku tidak akan tertipu lagi. Aku tekad mesti bingkai hitam. I dont care what this time punya SA punya suggest ke recommend ke apa. I want it may way. Eceh. Mujur SA kali ni (kedai lain) memberi kebebasan. Ada juga aku minta pendapat (saja mau tengok jawapan dia) , tapi SA tu bilang terpulang pada citarasa masing-masing, sebab kamu yang pakai nanti, bukan saya kan.

 

Aku buat di Pearl Optic Karamunsing. Macam aku ada silau terlampau, jadi lens mahal sikit. Teringin juga pakai contact lens, tapi rasanya nda sesuai kot untuk wanita comot dan capi-capi seperti daku. Nanti pasti (aku yakin) aku tergosok mata. Pakai eyeliner pun boleh comot, contact lens nanti entah apa pula kejadiannya mataku ini. Yang aku suka sangat, cepat je siap tau. Macam aku check mata, pilih bingkai, tulis resit, lepastu cucuk duit di ATM sebelah, pergi McD, tengah makan terus kena call 'siap dah'. Eh. Betulkah ni. Sampaikan aku bersangka negatif, ni mesti orang punya order tapi nda jadi ambil dia pass aku sebab nda mau rugi. Boleh pula pikir camtu?

Harga bingkai RM128, after discount RM100. Lens RM130. Jadi RM230. Kalau mau lens transition, yang boleh tukar pergi gelap tu, harga dia RM400 (lens plus bingkai). Tapi, aku bilang aku try yang biasa (with no transition lens) ni dulu, nanti aku tukar lens lah kalau rasa mau transition lens tu. Sebenarnya, untuk orang yang ada silau melampau ni, digalakkan pakai transition lens. Untuk lindungi mata dari cahaya terang.

Ada satu aku mau share sama kamu. Dulu, aku selalu dengar orang cakap, jangan terlampau pakai spek, nanti tambah cepat naik degree tu mata. Sebab tu aku pakai bila perlu ja. Rupanya, bukan begitu. Kena pakai selalu, supaya nda cepat degree naik. Ohh. Baru saya tahu ni.

 So, kalau kamu pun mau buat cerminmata, boleh try Pearl Optic Karamunsing. Dekat pintu masuk utama tu je. Sebelah E-Noveal sama Pancake International tu. Contact number, 215686. Ada juga branch lain di Segama (221300). Sekian khidmat pesanan sosial dari saya. Eceh. Selamat Memakai Cermin Mata.


Saturday, September 15, 2012

Cousin Taking UPSR

Assalammualaikum.  Dan hai.

Eheh. Aku nda lupa UPSR ongoing this week. We have so many schools students coming in for computer class. Tiada can lupa kalau sudah diorang hari hari lari lari ah.

Tapi aku lupa cousin ku pun tahun 6. Rupanya Dalila ambil UPSR. Aku perasan sebab kemarin pagi aku dengar nenek bising bising. Rupanya dia marah Ila tertinggal stationery dirumah ah, padahal kan mau exam.

Lepastu aunty cerita. Ila ni malar tengok Nada Cinta ja. Ngam betul dia sama mamatua. Kalau maktua missed Nada Cinta dia tanya Ila ja. Ila,  mana si Nada. Nda sudah sama si anu. Si anu kahwin sama yang lain. Nah begitulah cerita diorang tu. Jangan tanya I, nda kenal langsung okay. *Flipshawl

Lepas tu Ila kan UPSR. Aunty aku cakap dia pesan jangan terlalu tengok tv,  nda belajar ka. Ila tu jawab,  jangan risau mak,  5A dalam genggaman. Amboi. Over konfiden nampak. Kahkahkah

Aku jawab,  bagus lah bah tu aunty. Aunty aku jawab, apa yang bagus, aunty tengok dia punya kertas macam tiada harapan ja. Kenapa, aku tanya.

Ada soalan tu macamni,  diberi satu gambar,  lepastu ,

--------- mengalu-alukan kedatangan tetamu ke sekolah itu. Contoh bah. Pastu pilihan jawapan ada macam guru besar, guru kecil, etc.  Ila jawab,  guru kecil. Mak dia tanya kenapa jawab itu, bukan guru  besar? 

ILA:  Aku tengok dalam gambar guru tu kecil ja.

Okay fine. Gila kelakar okayyyy.

Lepastu mak dia cek lagi math dia. Banyak yang salah. Boleh Ila tu jawab,  jangan risau mak. Ada paper 2 lagi. Hamboiiih. Konfiden habis Jo.

Tapi didoakan berjaya lah. UPSR saja tu. Jangan stress terlampau. Kehkeh


Friday, September 14, 2012

Jumpa Rosefarina.

Assalammualaikum. Dan hai.

Tadi aku jumpa keliks lama. Panjang kami cerita. Sampai bercakap depan escalator pastu pindah pergi depan pick and pay. Giteww.

Sampai aku lupa aku rendam maggi di office ya. Last last lunch tadi aku cuma minum bliss saja sama cracker. Oh dan anggur. Haha

Syok cerita sama ros. Sebab most cerita kami sama. Dia pun baru berubat sebab gangguan dan untuk ttc juga. Bila aku cerita dengan dia rupanya apa aku kena tu dia pun ada dapat. Yang mimpi ngeri tu semua. Sakit pinggang. Kepala selalu sakit dan berdenyut. Kadang badan panas.

Aku lagi lah. Kalau aku terlalu fikir tambah sakit dan berdenyut kepala aku. Tangan kiri pun rasa ada benda bergerak di salur darah. Okay. Creepy tau.

Lepastu ros pesan. Kurangkan rasa tertekan. Hmm. Aku perasan begitu juga. Kalau aku stress terlampau fikir,  macam macam aku mimpi. Orang cakap kalau terlampau stress kau bagi ruang jin syaitan tu cucuk jarum ganggu hati dan iman kau. Mungkin betul.

Tapi dalam keadaan sekarang ni,  apa benda yang kau boleh berhenti fikir. Tiada. Kena fikir banyak benda. Lagi satu aku teringat, kami selalu dengar bunyi benda macam guli bergolek di atas bumbung.

Aku alami apa yang ros tu alami. Sama. 

Jadi lepas ni aku mau sambung berubat sikit sikit. Kita ikhtiar saja. Jujur aku cakap sebelum aku berhijab aku jarang terganggu begini. Tuhan menguji bah.

Ros cakap satu cara supaya release stress adalah kurangkan berfikir. Cara kurangkan fikir tu adalah dengan buat benda yang kau suka. Apa aku suka ah?  Lama sudah aku tiada hobi. Kamu macamana?  Share your hobby, perhaps??

Thursday, September 13, 2012

Terdelete Post Baik Punya

Assalammualaikum.  And hai.

Ohmy. Stress betul. Aku terdelete satu post Why I Like My Job.  Gila panjang aku taip tau. Sedih ai.

Boleh dapat balik kah tu ah. Anyone? By the way,  aku taip dari htc i je. I kan jarang buka laptop dari rumah. Mencik tau.

Kbai.

Ps. One of our junior dalam team hoki SMK Kinarut 02 passed away peacefully Selasa lepas. She lost her battle with stage 4 breast cancer. Aku sebenarnya classmate sama kakak dia,  OG. Aku harap OG sekeluarga tabah menghadapi masa sukar ni. Girls, mari bah tolong sedekah kan Al Fatihah buat Arwah Fatmawati Jalil. Semoga Allah mengampuni dosa dosanya. Semoga Allah memberi ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan. Dia meninggalkan 3 anak.  Aku belum lawat lagi. Kalau ada baby kecil dia mau ja aku tolong jaga bah. G, tabah ya.

Sunday, September 09, 2012

Syawal 21 : Open House Kawang!

Assalammualaikum. Dan hai ;)
 
 
Sabtu lepas open house rumah mentua di Kawang. Tapi sangat sorry, sebab tiada picture langsung. Sebab aku sibuk terkejar sana sini (konon). Kedatangan tetamu adalah ramai dan beyond expectation. Err, tak beyond sangat pun. Cumanya they came on the same time, jadi kelamkabut sedikit dong. Our food, memang enough until malam.
 
 
Syukur alhamdullilah, ada juga kawanku yang datang. Jujur, aku pertama kali menjemput kawan sendiri ke open house sebelah mentua ini. Satu, segan menjemput, bukan rumah saya. Dua, kesian kawan-kawan nda ketahuan Kampung Kawang dimana, mana kan lagi kan mencari rumah kami nun jauh di sinun. Peta lagi tiada eh. Terpaksa curi peta kahwin Ona-Kodop, lalu modify. Kelakar tahuu.
 
 
Pertama, pagi open house aku kerja ya. Mula-mula nyaris kena serangan jantung mini gara-gara kelas BES, sebab out of 77 registered / offered / invited / email / sms, 35 confirmed to attend, but only 10 showed up ya. Macam I CANT BELIEVE THIS. Jam 10 aku sms lagi invite another 40 names to come. Tengahari kelamkabut ambil BlackPepper Lamb, lepastu sepatutnya pergi keluarkan duit. Sekali bank buat hal. Damage aku rasa. Pergi Lintas ambil Carrot Cake, pergi Mustika order sate, baru pulang. Masa di Lintas itu, aku terbaca tweet Az macam on the way, takut aku. Cepat cepat
tweet balik gitau aku on the way, mohon mereka perlahankan gerakan.
 
 
Last-last, aku sampai Kawang. Selang beberapa minit sampai Ona, Kodop sama Az. Az kesian ya, sakit muntah-muntah. Masa dia pergi toilet, aku bawa Mira main slide di atas. Mira mula mula nda mau kawan aku ah, lama-lama baru dia layan. Kesian aku. Hahaha. Az nda lama stay, dia pulang sebab nda sihat. Ona ada lama sikit, kalau bukan sebab Kodop ada futsal, nah aku rasa lagi lambat dia stay. Memula aku risau lah Cinoi mau datang, tapi ada Ona aku okay sikit. Sekali Ona balik sebelum Noi sampai ah. Pastu aku nervous sudah mau jumpa Noi ni. First time kan. Bhahahaha
 
 
As seen on tv blog, begitulah si Cinoi. Tinggi sama langsing. Sampai aku rasa macam kalau kami berdiri bersebelah, macam 'kata berlawanan' pula. Tinggi, Rendah. Langsing, Gemuk. EHH? Hahaha Untungnya Jay dapat Noi ;)) Semoga kamu berkekalan hingga ke Jannah. Aku kestau husb, ni first time aku jumpa Noi. Dia hairan. Tapi dia bilang, peramah bah kawan kau lakibini tu. Rajin bercerita. Hahaha
 
 
Paling aku bersyukur (syukur alhamdullilah), tiada satu pun antara mereka ini ingat pada acara bergambar. Pheww. Sebab muka aku macam muka orang baru lepas marathon pun ada (peluh). Baju pun sememeh patbelas macam je aku rasa. Sampaikan blouse merah lembut, tetiba tudung hijau. Ahh, buta fesyen sungguh.
 
 
Akhir kata, terima kasih Az, Ona, Kodop, Noi dan Jay atas kehadiran anda. Kehkehkeh
 
 
BTW, aku sebenarnya tengah draft entry lain (titled 2 tahun pertama perkahwinan) panduan untuk rakan-rakan yang akan berkahwin dan baru berkahwin (konon). Macam hebat kan. Haha Kbai.
 

Sunday, September 02, 2012

Raya Rumah Ona - Kodop | 31 Aug 12

Assalammualaikum. Hai.
 
 
Semalam kan we went to Ona and Kodop Open House. Sebenarnya nda boleh di bilang Kodop open house, sebab Ona ja yang jemput aku. Jadi, open house Ona, bukan Kodop. Bhahaha
 
 
Bob siok lah, sebab dia bawa Nuar sekali. Ada kawan cerita. Aku harapkan Ona je lah yang aku kenal. Sebenarnya, kami ni sudah berjanji. Kami tu ni lah, aku, Lina, Aima sama Az. Kami kan selalu baca blog masing-masing, komen komen di tweet memasing. Janji jumpa jam 2pm.
 
 
Sampai rumah Ona, nampak perempuan duduk di depan pintu mengendong bayi. Macam familiar. Macam pernah nampak lah this baby. Terus tanya dengan nda malunya, 'Lina, kan?'
 
 
Syukur alhamdulillah. Nasib dia bilang 'Ya' ah. Kalau nda, malu I salah orang. Tapi, kalau dia bukan Lina pun aku rasa aku tetap tegur bercakap sama dia. Sebab dia ja duduk seorang diri tiada kawan. Aku pun tiada kawan. Thats make us two. Jadi two is definitely better than one. Haha
 
 
Cerita punya cerita, dia pun bilang mau makan tapi tunggu Az. Aku pun terkejut juga bila Az sampai dia terus kaut makanan ya. Hahaha Tapi bukan salah dia pun. Mana dia tahu kami tunggu dia. Hehe Nda lama lepas Az baru si Aima sampai. Serius aku cakap lah, diorang ni nampak lagi cantik face to face and lagi kurus dari dalam gambar. Aku je kot opposite. Lagi bida' dan gemuk, kot? Fine. Pergi main jauh-jauh.
 
 
Macam Lina cakap, cerita pasal mask semua tu. Aku pakai mask juga. Mungkin boleh try brand yang diorang cakap ni nanti. B'Liv kah apa kan. Dari Sasa bah tu kan. Tapi sorry lah girls, aku memang nda banyak cakap kalau baru kenal ya. Aku nda tahu kenapa. Its in my gene. Tapi once nanti kalau dah biasa, aku lahhhh yang paling susah diam. Always have thing to say.
 
 
To be honest, Lina je aku takpernah jumpa *wink ;)  Yang lain tu pernah jumpa dan ada kaitan sedikit. Aku kenal Aima, Ona, sama Az terlebih dulu sebelum kenal diorang melalui blog dan tweet ni. Hah, aku je kenal diorang, diorang for sure nda kenal aku. Kehkeh
 
 
Macam si Aima, dia senior aku from UNITAR. Aku pernah cakap sebelum ni kan. Kenal dia macam tu je, tapi nda kenal rapat sampai bertegur. But, Ayeen does. Aku pernah guna report Aima as reference for my paper. Pernah baca blog dia di friendster (masatu dia masih suka tulis guna (!), macam ni '!pengalaman hari ni'. Cenggitu lah kiranya.) Malah dia juga anak kepada kawan bapaku. Itupun aku tau sebab bapa pergi majlis kahwin anak si Kaim di Dewan Sri Mustika. Baru ku tau disitu. Hehe Kadang-kadang ber-DM juga. I need advice from mature-married-woman too ;)
 
 
And then ada Az. Az pun aku kenal lama sebelum aku kenal dia di social networking. Husb dia, Noel adalah schoolmate aku masa sekolah menengah. Aku pernah tuition rumah Noel juga dulu masa PMR, sama abang dia. Dulu Noel (sometimes be known as Bob, or xl) ni belajar di semenanjung, kadang time puasa dia ikut berjual popia di bazar, hah masa tu lah aku jumpa-jumpa dia balik. Jadi, Az ni aku kenal sebagai 'bini si Noel'. Pernah juga follow diorang di Friendster dulu. Masa tu Azam belum ada lagi. Aku ingat Az pernah cakap dia rimas orang tanya tanya ada sudah kah isi belum, terus Noel bilang jawab je, ada ba isi sudah, isi lauk semalam yang dimakan lah. Haha
 
 
Ona pula, sama macam Az, aku terlebih dulu kenal dia sebagai 'bini Kodop'. Kodop ja aku kenal. Kodop adalah cousin kepada husb aku. Kodop ni schoolmate juga, antara yang biasa juga masa sekolah dulu. Rebutan bah Kodop neh masa sekolah. Kiranya, aku kenal Kodop sebagai kawan dulu, baru aku kenal dia ni budakkampung husb. Dulu Kodop ni sama-saa belajar juga sama husb. Malam malam kalau aku call husb nda dapat, aku selalu suruh Kodop yang check dia. Haha
 
 
Sebab tu aku cakap, semalam pergi rumah Kodop, Bob kot paling gembira. Panjang je cerita diorang macam nda mau pulang. Menyampah. Gediks tau. Over dari kami. *jeling
 
 
Husb tanya, Noel tu sekolah Kinarut juga ka? Apasal Kodop nda kenal pun? Eleh, husb pun schoolmate kami apa, dia sendiri nda kenal Noel T_T Noel masuk masa kami Form 1, kami kelas 1Cekal. Dia masuk tengah tahun. Tahu lah masa sekolah kan, budak baru yang masuk pertengahan tahun lebih dikenali. Tapi aku kenal sebab dia anak pacik Matharis. Kira sepupu Pye. Noel keluar masa after Form 3 kot. Lepastu baru si Kodop pula masuk SMK. Noel out, Kodop in. Sebab tu diorang nda berkenal.
 
 
Sebenarnya, ni first time aku jumpa-jumpa orang dari laman social ni. Selama ni tweet-tweet saja. Mau jumpa ni pun segan sebab entahlah. Macam first time mau pergi dating ni. Takut nda diterima?! Okay. Itu melampau. Last week pun Ila (binikedek.com) invite ke openhouse. Tapi aku nda ter-pergi sebab kereta ku penuh sama mini playground diorang Achai. Niat memang mau pergi, pakai baju selawa mungkin sudah. Tapi melihatkan keadaan kereta yang penuh berselirat sama buaian lah, slide lah, terus cancel hajat beraya.
 
 
Sebenarnya sebelum ni, aku selalu hairan, eh macamana lah diorang ni dapat update gambar lawa-lawa di blog ni ah hasil dari openhouse / meetup nih. Mau cakap curi-curi amik gambar sendiri, full body pula tu. Kalau Az tu logik juga, mungkin dia suruh anaknya si Azam yang snapkan. Tapi, bila sudah ku jumpa rupanya diorang ni memang ada sesi bergambar ya. Suruh je laki sesiapa tolong snap gambar kumpulan. Jadi, a piece of advice from me is, when youre going to an event with a blogger, be prepared to be feature in their next post! Muka sama baju pastikan lawa-lawa. Bhaha
 
 
Lagi satu, kalau mau gambar sendiri cantik, prepare lah kamera masing-masing ya. Macam aku, HTC ku punya camera shot memang cantik, tapi yang nda cantiknya bateri habis di saat cemas ya. Jangankan sekeping gambar, mau on phone pun nda dapat masa tu. Geram. Menyesal.
 
 
Lagi satu tips; kalau kau mau paling cantik dalam gambar tu, suruh laki kau sendiri gambar. Gerenti dia tekan shutter waktu bininya paling cantik. Peduli apa orang baju purple nda sempat tarik nafas cover perut macam dalam gambar ni. Bhahahaha
 
 
Me, Aima (wit Danish), Lina (wit Dayyan), Ona (wit lil baby inside) and Az
 
 
Me, Ona, Lina, Aima (Danish) and Az (Mira)
 
Kbai. Eh, thanks Ona [http://fionadeadlylove.blogspot.com/] for having us. We (me, husb, Nuar)love your soto but regret tidak makan lauk di dalam (eh, ada bah kan?) Juga many thanks to these gorgeous mommies for accompanying me the whole event:
 
 
Perasaan jumpa orang yang selama ni kau baca je tulisan, adore gambar etc etc dan berjumpa face to face adalah macam mau jumpa artis. Rasa mau minta sign je. Boleh?
 
 
Credit photos taken from Az and Lina [FB/Instag]

Saturday, September 01, 2012

Of Zara's and Taman Khidmat

 
Assalammualaikum. Big Hai ;)
 
 
Sebenarnya, aku baru je mau cakap, is it okay for me to blog about Ona's open house, tapi guna gambar pinjam dari facebook and instag orang? HAHAHA Bukan apa, sebab sudahlah gambar semua dari phone, fb, twitter, instag orang, lepastu aku pula update dulu pakai gambar diorang eh. Haha
 
Mujur lah, bila aku buka blog Lina, dia dah update first ;)
 
Satu je aku cakap eh. Kalau kamu pergi meetup blogger lain, be prepared to be in their next writing. Oh oh, and please fully charged you phone, camera or just bring your extra camera, in case your phone buat hal merajuk tetiba lowbat sampai takboleh snap photos. In my case, phone lowbat, menyesal nda bawa tab. Sungguh menyesal.
 
Okay. Kemarin tu my schedule agak pack. Night before (Merdeka Eve) kami sleepover di Zara's Hotel, Harbour City. Mum's complimentary room. Khamis tu pergi kerja dah siap packing baju awal-awal, husb hantar pergi kerja, nanti dia yang check-in kan dulu. Pulang kerja, kami singgah makan di Karamunsing before went to Zara. Seram sejuk juga takut kena tangkap basah, lupa bawa kad nikah. Bhahahaha
 
Stay in hotel, kami lakibini punya style, kami mesti top up makanan banyak-banyak. Sebab suka duduk makan dalam bilik tengok tv. Well, kami pun area KK, takkan mau lawat tourist attraction bagai pulak kan. Lawak tau mau bawa husb lawat Bukit Bendera, hari-hari I lalu sana kot. Haha Jadi, lepas makan aku dah bagitau beli lah McD, lepas makan RCH nanti. On the way pergi ATM, boleh bumped into husb punya mami dadi. Nda perasan tau. Sudahlah kami jalan pegang pegang tangan, lepastu mentua nampak pula. Malu taww. *tapukbawahmeja
 
Malu sampai lupa beli McD. Hahaha. Tapi seronoknya stay Zara di malam minggu (or eve), ialah banyaknya kereta-kereta club ada sini. Kereta yang telah di modified. Sempat lagi nampak 4,5 kereta yang orangnya berbaju kuning semuanya. Ada perhimpunan ke apa kan? Lepastu pagi Merdeka tu ampit nampak lori, teksi, IMW punya barisan depan jalan tu. Mungkin diorang tengah tunggu giliran perbarisan kot. Tu baris depan Harbour City. Sambil breakfast sambil tengok kereta eh. Tourist lah sangat. Lepas tu lepak bilik tengok kereta-kereta tu kumpul dekat belakang. Sempat nampak Datsun/Honda lama buat drift eh. Lepastu bingit motor besar lagi.
 
Masa ni aku get prepare sudah mau pergi tempat Ona. Sebelum pergi rumah Ona, ada temujanji sama  family di KKBox. Husb nda join, sebab dia balik Kinarut for Solat Jumaat and amik Nuar. Dia cakap kalau ada Nuar ada juga kawan cerita kalau Kodop sibuk layan tetamu.
 
 
Cerita pasal rumah Ona ni, ada benda kelakar tau. Haritu, masa kami makan di Kg Nelayan, aku kestau dia rumah Ona-Kodop (Taman Khidmat) somewhere sini. Husb denied. 'Eh, nda lah. Rumah diorang dekat Penampang apa. Ada Kodop tunjuk haritu.' So, aku biar je lah dia dengan anggapan dia kan, mengandaikan memang ada Taman Khidmat selain dari Taman Khidmat yang aku tahu.
 
How do I know Taman Khidmat? Dulu, aku kan study Unitar Lintas. Rumah sewaku di Apartment Luyang tu, disimpang Jalan Kolam tu. Kalau kamu pernah naik bas area sana, kamu tahu lah betapa tricky nya mau naik bas sana, sebab route dia lain lain tau. Ada sekali aku naik dari KK, dia bawa aku lalu masuk Taman Khidmat tu. Aku nda tahu nama taman tu, tapi aku nampak Khidmat Supermarket tu. Bas tu hantar orang pergi SMESH, masa tu kuarters tu baru dalam pembinaan macam tu. Aku ingat sangat, sebab dulu kan kecoh kes pemandu bas pakat sama konduktor mau rape penumpang. Ada kan, dia bilang perempuan naik bas dia nampak ramai, lama-lama semua turun tinggal dia ja, terus dia kena bawa pusing kampung kena cabul nih. Jadi, aku takut lah sebab dalam bas tu cuma aku dan dua penumpang wanita lain. Aku mau alert di area mana aku berada ketika itu. Limpaslah macam macam taman di situ. Hhahahah
 
Dua, aku selalu pergi area sana sama Kak Tiny. Kami kan selalu pergi marketing NGO sama sekolah. Aku biasa pergi sana sebab ada urusan sama ST Francis Convent tu. PS : Kak Tiny bilang nanti dia ada anak dia mau kasi masuk disini sebab budak sana semua sopan santun. Masa nampak kami diorang letak tangan di dada (macam pramugari tu) cakap Selamat Petang Puan. Kami bukan cikgu diorang pun. Dan, masa student cuba interrupt perbualan aku sama cikgu dia, budak tu kena sound ' Dont interrupt while teacher are talking', terus budak tu jawab I am sorry, teacher. Gila sopan. Bukan cakap apa, aku pernah pergi satu sekolah SK ni, bebudak dia poyo jeling aku tau. Sekolah rendah
okay. Tapi nda heran lah, sebab cikgu dia pun sama poyo.
 
Eh? Jauhnya melalut. Haha
 
Jadi, aku agak confirm Taman Khidmat aku betul. Aku biar je husb cari google maps sendiri dimana rumah Kodop. Last last baru dia tahu Taman Khidmat yang sebenarnya. Kehkeh TAPI ada tapi, taman tu gila besar tahu. Aku ingat Ona tulis alamat rumah ada No 18, ada lorong 1, ada Seraya, macam tu lah. Aku nda pay attention sangat, thinking that apalah susah mencari rumah di kawasan perumahan yang bernombor kan. Cari je lah no 18. Hah, amik kau. ada dalam 15 minit juga sesat. Phone aku nda leh buka sebab lowbat kan. Phone husb pula tiada reload ya. Nasib ada Anuar Hakimi. Peh.
 
 
Okay. Sambungan nya di next entri ya. Kehkehkeh




Life's Priority.

 
Assalammualaikum. Hai.
 
 
Priority. Apa yang menjadi keutamaan diri. Ada orang pernah cakap sama aku, prioriti kamu lah yang akan tentukan apa kamu buat, apa kamu pilih untuk buat.
 
I have never understand that, walaupun I've been practising that long time. Tengok masa kita sekolah, prioriti kita kawan-kawan kita kan? Famili ajak beraya pun kita takmau ikut. Sebab apa? Sebab mau beraya sama kawan-kawan.
 
Masa aku bujang waktu jiwakacau, keutamaan aku adalah kerja. Aku boleh kerja straight 3 minggu 8-5 ulang alik Likas Kinarut tanpa penat. Komited kerja itu satu hal, prioriti is another thing. Sebab masa itu aku bujang. Aku fikir untuk diriku. Dan diriku perlu duit banyakbanyak untuk gembirakan hatiku. Jadi apa yang aku pilih untuk buat (bekerja to earn more and more money) adalah untuk gembirakan hatiku sendiri (dan keluarga, sedikit)
 
Bila kahwin, tetiba semua hal mau interfrem. Aku keliru mahu dulukan apa. Kerja yang aku suka? Husb yang bari dikahwini? Keluarga sendiri yang menjadi tanggungjawabku? Atau keluarga suami, yang jadi tanggungjawabnya? Aku sudah tentu mahu keluarga ku jadi keutamaan, husb pun begitu. Kerjaku pun.
 
Di awal perkahwinan, bulan-bulan pertama, yang paling aku dulukan adalah kerjaku. Sebab aku nda mahu prestasi terjejas, nanti kena buang kerja. Tapi paling penting, aku nda mau prestasi terjejas, boss marah, aku nda suka suasana kerja penuh hatred. Lepastu aku rasa husb terabai. He never said, but I just sense that. Suami, manalah mau sekat kerja kita, nanti di bilang mengongkong kan. Pelan-pelan, aku reshuffled. Husb keutamaanku.
 
Lama-lama, bila asyik mau beromantika d'amor sama husb, jadi malas mau pergi kerja, hahahaha. Ini dunia materialistik, serba-serbi perlu duit, manalah kami mampu survive dengan pendapatan sebelah pihak sahaja. Eh kisah benar tau. Apa lagi nanti kalau ada anak kecil.
 
Anak kecil? Okay, lepastu keutamaan pergi ke 'mendapatkan anak kecil'. Ini lagi parah. Bila terlampau fikir fikir fikir fikir pasal itu, bila nda dapat, macam hatiku terhempas ke lantai. Stress! Bila stress mula fikir macam macam, lama-lama husb-wifey jadi gaduh. Bodohnya lah dahku.
 
But then, bila aku pergi berubat tempoh hari, sampai aku cuti kerja beberapa hari itu, aku tersentak. Aku rasa aku ni memang lah long-lost-soul. Aku rasa masalah ini (jiwa yang nda tenteram), adalah pada hati ku. Hati yang merajai fikiran, kan. Hati nda tenang, fikiran pun kacau. Dan, obat hati adalah Allah :')
 
Kalau kita balik pada akarnya, Insya Allah kita jumpa jawapan pada apa yang dicari.
 
Eh, jadi apa kaitan sama priority? Maksud aku, dari tadi aku list kan prioriti aku, tiada pun unsur rohaniah terselit disitu. Begitu juga dalam wishlish aku selalunya, mahu kereta mahu rumah mahu itu mahu ini, tapi tiada impian disitu mau mendalami agamaNya. Kesian betul.
 
Dan, terima kasih lah kepada 'sakit' hari itu. Aku kini belajar mengenal diri. Belajar melihat dunia dari sudut berbeza. Belajar percaya tiada apa yang mustahil di dunia ini dengan izin-Nya. Belajar muhasabah diri. Belajar men-shuffle kan apa kah perkara yang seharusnya jadi keutamaanku. Dan, dalam mem-prioriti-kan perkara itu, aku belajar letak 'ajaran Islam' padanya.
 
Kalau kita asyik dengan duniawi, hati memang nda kan puas. Belajar lah cari keredhaan.
And its true, people never changes, but their priority does ;)
 
 
 
PS : I wrote this for myself. As a note for myself to be remember in future. Tiada niat untuk apa yang orang lain fikir, kalau ada yang fikir begitu lah. Hahahahahahah
 
PSS : Pergelangan kaki aku selalu sakit lah, macam terseliuh. Both.  Adakah aku ni ada gout? Hahaha Mesti sebab aku selalu olo'-olo' si Fendy. Kehkehkeh
 
PSSS : Mum cakap, 'eh, kau tiada bagitau mentua kau yang kau pergi berubat kah?' Me, 'Eh, ada bah aku tulis di blog, dia tiada baca mungkin.' Amboih. Plis lah. Kau ingat blog kau ni apa sampai mentua kau baca. Puih.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers