Nuffnang Ads

Monday, September 24, 2012

Emcee Challenge : Accepted!


Assalammualaikum, and hai. 

Ceritanya macam ni. Aku masuk je office Rabu tu tetiba ada meeting. Bukan lah exactly tiba-tiba. Tapi aku nda perasan GBT Meeting tu ada jam 2.30pm. Buat slide report pun kelam kabut. Lepas tu ada discuss pasal CPC pula. Eh, ada CPC sudah? Oh, CPC tu Certificate Presentation Ceremony, penyampaian sijil kepada wakil persatuan atau penerima sijil bagi yang telah mengikuti kursus. Biasanya yang big scale punya ada Datuk Dr Yee lah, dia yang akan sampaikan. Lain lain tu macam biasalah KPSKTM punya officer, press macam tu lah.  [CPC will be held on 24 Sept, Mon 10 am  - 1pm, venue; Meeting Room Tingkat 13 Wisma Bandaraya ]

Setahu aku yang CPC untuk AMC KK bulan 12 macam tu. Yang ini ni untuk Chinese Schools, MCITP and CCNA. Okay. Aku tiada kaitan. Kbai. Terus buat nda tahu. Bhahaha Calculative enough.

Ya lah, nda terlibat maksudnya Isnin nanti aku duk diam-diam di office hokay. Informal punya CPC bilang Mr Paul. Seperti biasa bila ada CPC, memang ada committee akan di bentuk, to split the task. Siapa pegang tray, siapa urus reception, guest, sijil, semua lah. Aku diam lah, tiada kaitan kan. Tetiba Mr Paul bagitau, tiada Emcee sebab informal. Aku rasa pelik. Macam mana majlis tanpa Emcee? Pelik kan you? Emcee penting, dia yang kawal smoothness and flow event. Biasanya CPC formal memang akan hired Emcee.

Jadi, bila Mr Paul tanya okay kah tanpa Emcee, informal kan. Aku dengan lurusnya memberi pendapat seperti di atas. Siap Ms G perakui, siapa mau announce apa semua tu kan. Last last setuju perlu ada Emcee. Tapi siapa? Last minute begini susah mau cari orang. So, guna staff sendiri lah. Masa ni aku tutup mulut sudah. Tiada kaitan kan. Tunjuk punya tunjuk, semua nda berani, last last kamu teka siapa kena suruh jadi Emcee? Yeah, orang yang paling celupar bilang perlukan emcee untuk smoothness majlis tu. Aku. -__-"

HAHAHAHAHAHA Jom gelak ramai-ramai -_-'
 
Tapi peliknya, aku nda pula bersungguh mau reject. Aku tolak sekali je, lepas cakap-cakap sikit, aku setuju pula. Hairan. Maybe sebab I take this as a challenge?? Aku so far nda lah ada  stage fright ke apa. Tapi bukanlah juga berani sangat. Setakat bagi briefing sama students okaylah. Tapi aku berani juga mahu ambil cabaran ni. Bila lagi? Aku kan, sepanjang aku di AMC, aku berani ambil risiko buat benda yang nda pernah dibuat. Aku rasa sebab aku ni selalu jadi anak burung yang belum bersedia mau terbang, lalu ibunya tolak, dan tak semena-mena pandai terbang. Sebab kalau nda kasi kembang sayap untuk terbang, nanti jatuh pula.Maksudnya, aku rasa nda ada apa yang nda boleh dibuat. Especially bila kau terpaksa dan terdesak. Nanti tiba-tiba saja pandai. Kalau salah pun, at least I tried.

Banyak kali aku begitu di AMC. Ada benda aku nda mahu dan nda suka buat, tapi dek kerana terpaksa maka aku buat lah. Macam marketing. Aku nda suka weh pergi sekolah jumpa guru briefing bawa student dia pergi join ICT, aku nda suka pergi company approach HR Manager bagi staff dia ikut kursus free. Kau ingat aku suka ka? Aku nda suka. I never liked it. I hate rejection. I hate those annoying look macam lah aku ni mencuri. Tapi, ianya kerja, aku paksa diri. Perlahan-lahan aku belajar lah buat. Lama-lama jumpa lah cara mau suka benda yang nda di suka tu. Begitu.

Sambung balik cerita emcee tu. Aku nda lah panik terlampau. Sebab aku dulu setiausaha bapa ku. Dia kan Pengerusi PIBG. Jadi aku selalu jadi tukang buat ucapan dia, tukang buat skrip emcee dia. Bukan lah blur mana.  Tapi jujur, aku nda pernah jadi emcee dimana-mana. Pegang mic masa di kkbox je. Hahaha

PS: Mula-mula aku cool lah sebab in BM bilang boss kan. Apalah sangat. Tetiba bilang boss, in English. Duh, kelam kabut buat teks. Aku nda mau malukan diri sendiri esok eh. Ada menteri tu. Walaupun lah bah informal event kan. Wish me luck.

PSS: Besok pagi mau lobi / pujuk Ms G, minta supaya in Malay lah bah. Sudahlah pertama kali khenn. Again, wish me luck.

PSSS: Aku lagi takut terpeleot kaki daripada tersalah cakap -.-"





1 comment:

Cinoi Lavigne said...

Kamon dayah. Haha. Kau berlatih depan cermin.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers