Nuffnang Ads

Saturday, September 01, 2012

Life's Priority.

 
Assalammualaikum. Hai.
 
 
Priority. Apa yang menjadi keutamaan diri. Ada orang pernah cakap sama aku, prioriti kamu lah yang akan tentukan apa kamu buat, apa kamu pilih untuk buat.
 
I have never understand that, walaupun I've been practising that long time. Tengok masa kita sekolah, prioriti kita kawan-kawan kita kan? Famili ajak beraya pun kita takmau ikut. Sebab apa? Sebab mau beraya sama kawan-kawan.
 
Masa aku bujang waktu jiwakacau, keutamaan aku adalah kerja. Aku boleh kerja straight 3 minggu 8-5 ulang alik Likas Kinarut tanpa penat. Komited kerja itu satu hal, prioriti is another thing. Sebab masa itu aku bujang. Aku fikir untuk diriku. Dan diriku perlu duit banyakbanyak untuk gembirakan hatiku. Jadi apa yang aku pilih untuk buat (bekerja to earn more and more money) adalah untuk gembirakan hatiku sendiri (dan keluarga, sedikit)
 
Bila kahwin, tetiba semua hal mau interfrem. Aku keliru mahu dulukan apa. Kerja yang aku suka? Husb yang bari dikahwini? Keluarga sendiri yang menjadi tanggungjawabku? Atau keluarga suami, yang jadi tanggungjawabnya? Aku sudah tentu mahu keluarga ku jadi keutamaan, husb pun begitu. Kerjaku pun.
 
Di awal perkahwinan, bulan-bulan pertama, yang paling aku dulukan adalah kerjaku. Sebab aku nda mahu prestasi terjejas, nanti kena buang kerja. Tapi paling penting, aku nda mau prestasi terjejas, boss marah, aku nda suka suasana kerja penuh hatred. Lepastu aku rasa husb terabai. He never said, but I just sense that. Suami, manalah mau sekat kerja kita, nanti di bilang mengongkong kan. Pelan-pelan, aku reshuffled. Husb keutamaanku.
 
Lama-lama, bila asyik mau beromantika d'amor sama husb, jadi malas mau pergi kerja, hahahaha. Ini dunia materialistik, serba-serbi perlu duit, manalah kami mampu survive dengan pendapatan sebelah pihak sahaja. Eh kisah benar tau. Apa lagi nanti kalau ada anak kecil.
 
Anak kecil? Okay, lepastu keutamaan pergi ke 'mendapatkan anak kecil'. Ini lagi parah. Bila terlampau fikir fikir fikir fikir pasal itu, bila nda dapat, macam hatiku terhempas ke lantai. Stress! Bila stress mula fikir macam macam, lama-lama husb-wifey jadi gaduh. Bodohnya lah dahku.
 
But then, bila aku pergi berubat tempoh hari, sampai aku cuti kerja beberapa hari itu, aku tersentak. Aku rasa aku ni memang lah long-lost-soul. Aku rasa masalah ini (jiwa yang nda tenteram), adalah pada hati ku. Hati yang merajai fikiran, kan. Hati nda tenang, fikiran pun kacau. Dan, obat hati adalah Allah :')
 
Kalau kita balik pada akarnya, Insya Allah kita jumpa jawapan pada apa yang dicari.
 
Eh, jadi apa kaitan sama priority? Maksud aku, dari tadi aku list kan prioriti aku, tiada pun unsur rohaniah terselit disitu. Begitu juga dalam wishlish aku selalunya, mahu kereta mahu rumah mahu itu mahu ini, tapi tiada impian disitu mau mendalami agamaNya. Kesian betul.
 
Dan, terima kasih lah kepada 'sakit' hari itu. Aku kini belajar mengenal diri. Belajar melihat dunia dari sudut berbeza. Belajar percaya tiada apa yang mustahil di dunia ini dengan izin-Nya. Belajar muhasabah diri. Belajar men-shuffle kan apa kah perkara yang seharusnya jadi keutamaanku. Dan, dalam mem-prioriti-kan perkara itu, aku belajar letak 'ajaran Islam' padanya.
 
Kalau kita asyik dengan duniawi, hati memang nda kan puas. Belajar lah cari keredhaan.
And its true, people never changes, but their priority does ;)
 
 
 
PS : I wrote this for myself. As a note for myself to be remember in future. Tiada niat untuk apa yang orang lain fikir, kalau ada yang fikir begitu lah. Hahahahahahah
 
PSS : Pergelangan kaki aku selalu sakit lah, macam terseliuh. Both.  Adakah aku ni ada gout? Hahaha Mesti sebab aku selalu olo'-olo' si Fendy. Kehkehkeh
 
PSSS : Mum cakap, 'eh, kau tiada bagitau mentua kau yang kau pergi berubat kah?' Me, 'Eh, ada bah aku tulis di blog, dia tiada baca mungkin.' Amboih. Plis lah. Kau ingat blog kau ni apa sampai mentua kau baca. Puih.

1 comment:

Nurul Says said...

hmm..ingat ja syurga kita di telapak kaki suami hehe jd kita tau lah mana yg kita perlu dahulukan hehe..

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers