Assalammualaikum,
and hai.
Lama
nda write in something here kan? Lama eh? Entah-entah tiada orang perasan pun.
Hahaha. Perasannya awak ni.
Minggu
lepas aku agak busy. Konon lah. Padahal, Isnin kan cuti, Selasa pun aku cuti,
Rabu aku kerja, Khamis aku cuti lagi, Jumaat dan Sabtu kerja. Kiranya last week
dua hari setengah sahaja aku kerja. Khamis tu aku dapat MC. Doktor bagi muscle
relaxant, sebab bahagian dekat dada sakit bila tulang rusuk bergerak. Malah aku
selalu sakit kepala. Mungkin depresi terlampau banyak fikir. Walhal aku
rasa bebanan kerja bukan banyak sangat pun. Hrm. Hrmmm. Cakap macam ni baru aku
perasan sebenarnya kerja aku banyak last week. Mungkinlah kot. Beliau cakap
lagi, banyakkan minum air. Baiklah.
Jadi
ada dua perkara aku mau kongsi, satu pasal Ming Garden. Satu lagi pasal cermin
mata. Aku malas lah mau buat split entri, campur lah saja eh dekat sini. Kehkehkeh
Asalnya,
kami lakibini plan mau pergi Ming masa Sabtu atau Ahad tu. Tapi, Sabtu husb
sibuk dengan kereta dia. Ahad pula, aku terlampau sibuk berjalan, memula pagi
pergi Gaya Street dengan parent aku. Lama nda pergi, lagipun mum selalu bawa
aku pergi macam dulu-dulu tapi aku selalu balik Kawang kan L Bila Bob sibuk aku ambil kesempatan lah. Lepas Gaya
Street, lepak Karamunsing. Lepas Karam, baru je aku tarik nafas gembira sebab
balik rumah boleh rest and do some laundry. Sekali ipar-duai bawa jalan lagi
-.-" Jadi sementara tunggu mereka, mum bawa minum dekat Grace Court.
Barulah aku tahu Pacific Sutera ada buka booth sana jual pastry mereka.
Macaroons and Rainbow Cake pun ada. Sedappp. Eh, pendek kan cerita Isnin lepas
balik rumah mentua baru kami stay Ming. Itupun tetiba ja. Jam 7mlm check-in. Gila
kan?
Pagi
esoknya, lepas breakfast, survey kolam di tingkat empat, balik bilik tukar
baju, terus turun balik keceburrr (bunyi Achai terjun kolam). Tsk tsk. Aku nda
mandi. Jadi aku habiskan baca Mengapa Aku Jadi Pengetua. Lepastu Bob keluar
sekejap jemput Amoi. Baru jam 9.37 eh pergi jemput Amoi di Taska.
Faham-fahamlah kamu. Si Amoi escape. Lepas check out, kami direct pergi Wisma
Merdeka; cari makanan. Habis makan, aku pergi urut kaki di tingkat dua (RM22/40
minit). Next time mahu ambil urut badan lah, macam RM50/Sejam. Serius ah punya
sakit kena urut. Tapi lepastu rasa ringan kaki. Paling lucu, masa aku mengadu
sakit, tukang urut bilang 'Oh, yang ni sakit sebab kau banyak berjalan'. Aku
nda tahu mahu ketawa kah apa. Mestilah banyak berjalan kan, takkan berlari
pula. Astaga.
Pasal
Ming tu, hotel dia okay. Just nice. Kami ambil (dapat) Deluxe Room 643 di
tingkat enam. Seronok sebab tingkap mengadap KK, aku suka. Suka tengok KK dari
pelbagai view. Rasa macam bukan di KK. Rasa macam eh disitukah aku selalu stuck
jem pergi office. Hahaha Room rate 243MYR ++ termasuk breakfast for two
(government rate). Budak bawah 6 tahun tidak di caj for breakfast. Deposit
RM300.
Good
things of Ming :
- Pool dia agak besar. Tidak ada diskriminasi baju mandi disini, bermaksud tak semestinya pakai bikini. Pakai tudung, tshirt biasa pun okay. Eh, bukan aku, tapi ada sorang lagi guest tu. Aku nda tahu lah kalau nda boleh tapi dia tidak juga dilarang mandi tanpa bikini.
- Buffet Breakfast ia sedap. Banyak pilihan. Ada western, dan timur punya juga. Aku suka banyak pilihan makanan. Ada cereals. Jus pun sampai 4 jenis (Mangga, Jambu Batu, Oren, lupa lagi satu). Ada nasi lemak, mee goreng, bread, toast. Eh memang banyak lah. Nasi lemak dia pedas tapi sedap. Aku memanglah suka sesi makan-makan, tapi bawa Bob ni rugi. Dia makan sikit je. Makan buffet, kena lah sikit-sikit tapi ter-merasa semua. Bukan makan satu banyak-banyak sampai kenyang. Rugi macam tu.
- Staff friendly. Nda sombong kalau kita tanya bukan-bukan. Akulah tu, suka tanya benda merepek dan mencabar minda.
- Parking banyak dan tidak dicaj. All you need to do is just minta chop di kaunter bila drive out.
Spoilt
of Ming :
- Bilik dia sederhana. Nothing special. Aku nda tahu lah kan bilik lain. Mungkin ada design lain bagi bilik lain yang harga lain.
- Washroom, no lock feature, plus it use glass wall. Tandas yang tidak berkunci adalah tidak sesuai bagi guest yang bawa budak, macam kami. Imagine, sanggupkah kamu mau buat nature call number two, dengan perasaan tidak tenteram. How to tenteram if you know bila-bila ja pintu tu boleh kena tolak easily from outside? Macam mau focus meneran begitu? Satu lagi, dinding tandas kaca mengadap katil. Glass wall tu pula hanya blurred dari atas sampai ke paras lutut. Kalau orang luar tunduk ke bawah dapat lah tengok urusan kau di dalam. Wohh. Lakibini ja okaylah kot. With a kid? Kena tunggu budak tu tidur to do nature call. Or in our case, one of us standbye diluar dengan Achai -_- But, I dont know, maybe different room different design kot kan.
- Jalan masuk ke Ming is scary, and I dont feel safe. Kamu tahu kan masuk Ming kena lalu bulatan tu, banding sebelum ni terus masuk simpang. So, malam yang kami check-in tu, di bulatan tu full with scary people. Mungkin villagers berdekatan (rumah atas air Sembulan). Masalahnya, we saw them sniffing something inside black plastic. Hisap gam mungkin? Bukan seorang, tapi ramai. Berkumpulan. Bikin takutt tahu.
Thats
all. Fair review lah tu kan. To book, boleh contact 270681.
Dua : Cermin mata baru
Kan
aku cakap aku selalu sakit kepala. Jadi aku syak sebab mata lah ni. Lama sudah
aku nda pakai cermin mata. In fact, aku nda tahu dimana keberadaan spek lama
itu. Aku pakai sebulan je kot. Sebab kalau aku pakai cermin mata tu aku rasa
aku macam Saloma. Entah apa taste SA kedai dulu tu, aku kan first time buat
specs, dia suggest aku pilih warna ceria di bingkai, supaya menaik seri konon.
Padahal intention aku memang mau bingkai hitam. Last last tu aku pilih bingkai
kuning pula. Ciss.
Jadi
kali ini, aku tidak akan tertipu lagi. Aku tekad mesti bingkai hitam. I dont
care what this time punya SA punya suggest ke recommend ke apa. I want it may
way. Eceh. Mujur SA kali ni (kedai lain) memberi kebebasan. Ada juga aku minta
pendapat (saja mau tengok jawapan dia) , tapi SA tu bilang terpulang pada
citarasa masing-masing, sebab kamu yang pakai nanti, bukan saya kan.
Aku
buat di Pearl Optic Karamunsing. Macam aku ada silau terlampau, jadi lens mahal
sikit. Teringin juga pakai contact lens, tapi rasanya nda sesuai kot untuk
wanita comot dan capi-capi seperti daku. Nanti pasti (aku yakin) aku tergosok
mata. Pakai eyeliner pun boleh comot, contact lens nanti entah apa pula
kejadiannya mataku ini. Yang aku suka sangat, cepat je siap tau. Macam aku
check mata, pilih bingkai, tulis resit, lepastu cucuk duit di ATM sebelah, pergi
McD, tengah makan terus kena call 'siap dah'. Eh. Betulkah ni. Sampaikan aku
bersangka negatif, ni mesti orang punya order tapi nda jadi ambil dia pass aku
sebab nda mau rugi. Boleh pula pikir camtu?
Harga
bingkai RM128, after discount RM100. Lens RM130. Jadi RM230. Kalau mau lens
transition, yang boleh tukar pergi gelap tu, harga dia RM400 (lens plus
bingkai). Tapi, aku bilang aku try yang biasa (with no transition lens) ni dulu,
nanti aku tukar lens lah kalau rasa mau transition lens tu. Sebenarnya, untuk
orang yang ada silau melampau ni, digalakkan pakai transition lens. Untuk
lindungi mata dari cahaya terang.
Ada
satu aku mau share sama kamu. Dulu, aku selalu dengar orang cakap, jangan
terlampau pakai spek, nanti tambah cepat naik degree tu mata. Sebab tu aku
pakai bila perlu ja. Rupanya, bukan begitu. Kena pakai selalu, supaya nda cepat
degree naik. Ohh. Baru saya tahu ni.
No comments:
Post a Comment