Nuffnang Ads

Saturday, September 01, 2012

Of Zara's and Taman Khidmat

 
Assalammualaikum. Big Hai ;)
 
 
Sebenarnya, aku baru je mau cakap, is it okay for me to blog about Ona's open house, tapi guna gambar pinjam dari facebook and instag orang? HAHAHA Bukan apa, sebab sudahlah gambar semua dari phone, fb, twitter, instag orang, lepastu aku pula update dulu pakai gambar diorang eh. Haha
 
Mujur lah, bila aku buka blog Lina, dia dah update first ;)
 
Satu je aku cakap eh. Kalau kamu pergi meetup blogger lain, be prepared to be in their next writing. Oh oh, and please fully charged you phone, camera or just bring your extra camera, in case your phone buat hal merajuk tetiba lowbat sampai takboleh snap photos. In my case, phone lowbat, menyesal nda bawa tab. Sungguh menyesal.
 
Okay. Kemarin tu my schedule agak pack. Night before (Merdeka Eve) kami sleepover di Zara's Hotel, Harbour City. Mum's complimentary room. Khamis tu pergi kerja dah siap packing baju awal-awal, husb hantar pergi kerja, nanti dia yang check-in kan dulu. Pulang kerja, kami singgah makan di Karamunsing before went to Zara. Seram sejuk juga takut kena tangkap basah, lupa bawa kad nikah. Bhahahaha
 
Stay in hotel, kami lakibini punya style, kami mesti top up makanan banyak-banyak. Sebab suka duduk makan dalam bilik tengok tv. Well, kami pun area KK, takkan mau lawat tourist attraction bagai pulak kan. Lawak tau mau bawa husb lawat Bukit Bendera, hari-hari I lalu sana kot. Haha Jadi, lepas makan aku dah bagitau beli lah McD, lepas makan RCH nanti. On the way pergi ATM, boleh bumped into husb punya mami dadi. Nda perasan tau. Sudahlah kami jalan pegang pegang tangan, lepastu mentua nampak pula. Malu taww. *tapukbawahmeja
 
Malu sampai lupa beli McD. Hahaha. Tapi seronoknya stay Zara di malam minggu (or eve), ialah banyaknya kereta-kereta club ada sini. Kereta yang telah di modified. Sempat lagi nampak 4,5 kereta yang orangnya berbaju kuning semuanya. Ada perhimpunan ke apa kan? Lepastu pagi Merdeka tu ampit nampak lori, teksi, IMW punya barisan depan jalan tu. Mungkin diorang tengah tunggu giliran perbarisan kot. Tu baris depan Harbour City. Sambil breakfast sambil tengok kereta eh. Tourist lah sangat. Lepas tu lepak bilik tengok kereta-kereta tu kumpul dekat belakang. Sempat nampak Datsun/Honda lama buat drift eh. Lepastu bingit motor besar lagi.
 
Masa ni aku get prepare sudah mau pergi tempat Ona. Sebelum pergi rumah Ona, ada temujanji sama  family di KKBox. Husb nda join, sebab dia balik Kinarut for Solat Jumaat and amik Nuar. Dia cakap kalau ada Nuar ada juga kawan cerita kalau Kodop sibuk layan tetamu.
 
 
Cerita pasal rumah Ona ni, ada benda kelakar tau. Haritu, masa kami makan di Kg Nelayan, aku kestau dia rumah Ona-Kodop (Taman Khidmat) somewhere sini. Husb denied. 'Eh, nda lah. Rumah diorang dekat Penampang apa. Ada Kodop tunjuk haritu.' So, aku biar je lah dia dengan anggapan dia kan, mengandaikan memang ada Taman Khidmat selain dari Taman Khidmat yang aku tahu.
 
How do I know Taman Khidmat? Dulu, aku kan study Unitar Lintas. Rumah sewaku di Apartment Luyang tu, disimpang Jalan Kolam tu. Kalau kamu pernah naik bas area sana, kamu tahu lah betapa tricky nya mau naik bas sana, sebab route dia lain lain tau. Ada sekali aku naik dari KK, dia bawa aku lalu masuk Taman Khidmat tu. Aku nda tahu nama taman tu, tapi aku nampak Khidmat Supermarket tu. Bas tu hantar orang pergi SMESH, masa tu kuarters tu baru dalam pembinaan macam tu. Aku ingat sangat, sebab dulu kan kecoh kes pemandu bas pakat sama konduktor mau rape penumpang. Ada kan, dia bilang perempuan naik bas dia nampak ramai, lama-lama semua turun tinggal dia ja, terus dia kena bawa pusing kampung kena cabul nih. Jadi, aku takut lah sebab dalam bas tu cuma aku dan dua penumpang wanita lain. Aku mau alert di area mana aku berada ketika itu. Limpaslah macam macam taman di situ. Hhahahah
 
Dua, aku selalu pergi area sana sama Kak Tiny. Kami kan selalu pergi marketing NGO sama sekolah. Aku biasa pergi sana sebab ada urusan sama ST Francis Convent tu. PS : Kak Tiny bilang nanti dia ada anak dia mau kasi masuk disini sebab budak sana semua sopan santun. Masa nampak kami diorang letak tangan di dada (macam pramugari tu) cakap Selamat Petang Puan. Kami bukan cikgu diorang pun. Dan, masa student cuba interrupt perbualan aku sama cikgu dia, budak tu kena sound ' Dont interrupt while teacher are talking', terus budak tu jawab I am sorry, teacher. Gila sopan. Bukan cakap apa, aku pernah pergi satu sekolah SK ni, bebudak dia poyo jeling aku tau. Sekolah rendah
okay. Tapi nda heran lah, sebab cikgu dia pun sama poyo.
 
Eh? Jauhnya melalut. Haha
 
Jadi, aku agak confirm Taman Khidmat aku betul. Aku biar je husb cari google maps sendiri dimana rumah Kodop. Last last baru dia tahu Taman Khidmat yang sebenarnya. Kehkeh TAPI ada tapi, taman tu gila besar tahu. Aku ingat Ona tulis alamat rumah ada No 18, ada lorong 1, ada Seraya, macam tu lah. Aku nda pay attention sangat, thinking that apalah susah mencari rumah di kawasan perumahan yang bernombor kan. Cari je lah no 18. Hah, amik kau. ada dalam 15 minit juga sesat. Phone aku nda leh buka sebab lowbat kan. Phone husb pula tiada reload ya. Nasib ada Anuar Hakimi. Peh.
 
 
Okay. Sambungan nya di next entri ya. Kehkehkeh




1 comment:

N.Aima K said...

salah naik bas sudah kau...itu bas pg bukit padang..kalau p kolej kita dl guna bas tulis "taman jindo" bas dlm sejuta ja tuh

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers