Nuffnang Ads

Friday, March 30, 2012

vs jurujual

Topik aku ni ketinggalan. Kelmarin Rabu di hotchat ada tajuk ni;

 

Anda vs Jurujual

 

Caller cerita kisah berhadapan dengan jurujual. Kebanyakan yang negatif lah. Sebab kan banyak jurujual pen-tipu. Datang promote barang di siang hari, malam hari datang merompak. Jual barang di siang hari itu hanya mau survey market keadaan sahaja. Di kampung dan taman perumahan lah sasaran utama, sebab target surirumah kan.

 

Ada pula lagi kena tipu gores dan menang. Eh, aku memang tapercaya lah kes gores dan menang segala ni. Aku tidak percaya benda baik (duit terutamanya) datang bergolek-golek ke pintu rumah, in some case car.

 

Tapi aku kasihan lah kepada jurujual sebenarnya.

 

Perasan tak. Kita kalau nampak jurujual ni, nun dari jauh nampak sudah terus kita elak. Kecil tahu hati mereka. Satu patah pun keluar dari mulut mereka kita tak percaya, sebab kita tahu target utama mereka cuma mahu jual barang sama kita supaya dapat komisyen lah kan.

 

Aku dulu pun begitu. Tapi ada kawan aku pernah cerita. Dia dulu part time kerja jurujual. Nama post tu; Marketing Executive. Dia bilang, sengsara tau kerja tu. Sudahlah mau jalan jauh cari pelanggan, lepastu kalau ada lagi yang dari jauh larikan diri lepas nampak dia tu lagi lah dia kecil hati. Pernah dia naik bangunan kerajaan untuk jual barang (aku lupa barang apa, buku kot?), lepastu dia kena halau T_T Dia cakap, kerja tu pen-tipu, eh maksudnya boss dia tipu. Masa awal-awal dia bilang kerja marketing sikit saja, last-last satu kk dia pusing bawa barang jualan. Penat. Lepas tu, gaji basic cuma RM400. Selebihnya depend pada komisyen. Nah. Menangis bah begitu.

 

Sejak hari tu, aku tidak skeptikal lagi kepada profesion jurujual ni. Mereka pun mencari rezeki halal, bukan mencuri pun. Aku ni pun pernah pergi MPMS buat promo/briefing, boleh kena sangka budak baru grad terdesak mau dapat kerja sampai sanggup jadi promoter, padahal aku ni coordinator. Terngam masa tu aku pakai kemeja putih, slack hitam. Kak Tiny pakai mini skirt hitam, blous putih. Haha

 

Mujurlah kami ni mempromosi kelas komputer percuma. Aku dah jarang buat marketing sebetulnya, aku hanya pergi mana-mana kelab/persatuan/syarikat/badan kerajaan yang aku pernah kerjasama/handle last year. Yang baru starting mahu approach sekarang Fendy/Kok buat. Dulu aku benci keluar marketing, sebab malas jumpa potential market. Lebih lagi kalau kau datang main radak ja. Nah, tidak kena layan lah tu.

 

Lama-lama aku belajar pelan-pelan. Mau berdepan orang kena pasang banyak strategi. Lain orang, lain cara approach. Orang yang tinggi ilmu/ ada ilmu, biasanya lambat sedikit mahu respon benda percuma begini. Tapi, kalau di area luar bandar, ada senang atur sedikit. Lagi satu, kau kena tahu siapa kau mahu approach tu, level of knowledge dia, apa industry dia, supaya bila kau promote course senang sikit. Orang akan lebih respon bila kau boleh relate dia dengan benda tu. Contoh ah, kalau mahu approach accounting firm, haruslah kau sorong subjek myob/ubs macam tu, kalau semua sudah tahu itu, kau barulah bagi course luar bidang yang menarik, macam photoshop.

 

Biasanya, kami identify dulu jenis klien. Baru fax detail. Lepastu terus call bahagian HR/Training.. Baru set appointment. Begini ada effective sedikit lah. Kalau tak berminat, fine. Tinggalkan kad. Kalau mahu ikut, call saja.

 

Balik pada cerita jurujual tu, sungguhpun aku kasihan pada mereka, tapi aku pun tak berkenan dengan kehadiran mereka, kadangkala. Biasanya, kalau jurujual approach aku, aku just direct cakap ' sorry, saya tak berminat / atau, its okay, saya dah ada' dan mesti cakap thanks. Tapi yang bengang tu, sudah kau cakap tak berminat, dia lagi cakap 'bagi saya dua minit' ja untuk explain. Hush. Kau explain 4 jam sekalipun kalau orang tamau beli, memang tak lah tu. Jangan lah paksa-paksa kan. Kadang tu, dia cakap sampai 2,3 minit, explain sampai buka segala sample, kita ni pun just ambil hati je lah, last-last memang aku cakap TIDAK juga tu. Hehee

 

Kalau kamu pergi Karamunsing, sana depan pintu utama tu, kan ada satu kedai (or booth) yang sales person dia selalu tarik-tarik kau ni. Pernah sekali tu, dia terus bagi aku mug walaupun aku cakap tamau, bila aku pegang mug tu, terus dia suruh aku isi borang. Kasi balik mug, terus jalan. Terus budak tu tarik muka kelat sama aku. Ehh,kan dah cakap tadi tak mahuu…

Thursday, March 29, 2012

New Good Friend

 

Ehem. So, the other day aku duk kecoh that my keys hilang kan. Aku dah jumpa. Dalam kereta. Terjatuh dari beg atau poket seluar kah kot. Haha

IMAG2828

Nampak tu? Yang chain bear biru tu yang misplace tempoh hari. Yang pink tu di kunci kereta. It was bought Mar 28, 2 years ago. Got sentimental value bah. Sekarang, aku tambah key-chain baru, kasi kawan bear pink tu..

IMAG2825IMAG2824IMAG2826

Haloo! I am your new friend.

 

The reason why I bought this, is this miniature reminds me to someone. Siapa ah? Looks alike lah sangat.

THIS!!

IMAG0104

Kan??

 

PS: husb belum nampak ni keychain. pasti dia terkedu sebab it is too big yo. entah tahan berapa lama lah pada aku yang berjiwa ganas ni. Haha

Tuesday, March 27, 2012

I am not that strong..

 

People always see me as a strong girl. Paling kuat, paling tabah. Paling cool, paling steady. Because I never show them how I feel. My sadness, my problem, my feeling.

 

Aku tidak selalunya kuat. Ada masa aku ‘jatuh’ juga. Aku cuma tidak mahu orang lain tahu. Selagi boleh bertahan, selagi boleh simpan, selagi boleh bersabar, aku diamkan sahaja.

 

Because I never say NO, because I never cry in front of you, does not mean I don’t have feeling. Aku kuat, tapi bukan sekuat mana. Aku cuma percaya, menangis takkan menyelesaikan apa-apa. Risau juga takkan mengubah apa-apa. So, live it, take it, swallow it, keep it. Life is brutal, you know.

 

Ada masa hati aku sakit juga. Ada masa aku pandai kecewa juga. I’m not that bubbly all the times ;) Ada masa jantung aku degup kencang juga, sampai aku rasa satu masa nanti hati aku boleh pecah terlampau menyimpan.

 

Only those angri-ish status sahaja cara aku bagitahu supaya you guys back off. Leave me alone.

 

Those younger day, when I disappointed with myself, bila semua berlaku di luar kawalan, I used to rebel in my own way, tumbuk dinding, cermin, hempas apa sahaja yang boleh dihempas. Hati tidak puas selagi tiada yang pecah, hanya sedar bila bleeding. Tapi itu dulu. Lama dulu.

 

Masa mendewasakan. Pengalaman mematangkan. No more hurting myself. I want to live. Hidup aku banyak impian, banyak harapan. I want / need to achieve more. Untuk dunia. Untuk akhirat.

 

At the end of the day, kita akan sedar; hanya janji Allah sahaja yang pasti.

He’s Rock

 

While watching Mania last week,

 

Dad : Who is this Ahmad Dhani? Kenapa semua eager/excited dengan dia?

Me : Ahmad Dhani bah tu, pak.

Dad : Siapa tu?

Me : Lagu Dealova caller tune bapa tu, penyanyi dia dulu satu kumpulan lah sama Ahmad Dhani ni. Dewa.

Dad: Oh, Dewa 18, 17 tu.

Me : Dewa 19 lah, pak. Tu yang penyanyi Teman Tapi Mesra tu, yang dua orang tu, itu bini dia.

Dad : Yang mana satu?

Me : Dua-dua. Mula-mula dia kahwin sama Maia. Lepastu baru sama Mulan.

Dad : Oh, yang itu tu.

Me : Tu yang lagu famous dulu tu, ‘Aku bukannya Superman’ tu, anak-anak dia lah yang nyanyi.

Dad : Ohh.

 

That’s how I explained who Ahmad Dhani is.

And, last sunday, I saw him update his status on Facebook, yes both my mother and my father have Facebook account. My father and mother in laws too. They even asked me to teach them using Twitter. Oh my. Can you imagine that?

 

Oh by the way, wanna know what my dad posted last Sunday?

 

“Putatan jem gilerrr.”

 

Giler.

GILERR?!

My dad said ‘giler’?

 

Now, who’s the young-hearted one? =.=’

Monday, March 26, 2012

The DSOLG Chique(s)

 

image

Yeah, we (me and the girls) formed our own FB Group. Open only to the seven of us. Look at the pictures up there (showing the members), tinggal aku dengan Elmo je free-hair. Aku rasa dalam team kami ni pandai menjangkit-jangkit. Dulu, lepas Adeq engaged, berturutan kami engaged. Paling rapat, time kahwin. Adeq kahwin February 2010, followed by Gma a month later, aku kahwin May 2010, lepas tu Pye September tu. Hohoo Untuk makluman, Elma & Ieda dalam phase bertunang. Jani saja single, but not available.  Tapi, si Elma ni pun dalam fasa manis betul neh, lagi beberapa bulan mau kahwin. Bulan 5 ni. Belum dapat official card. But, who needs an invitation card, when you’re bestfriend. Oh, antara the girls semua, Elma adalah bff kitew sejak tadika. Wiwiit.

 

Satu lagi yang menjangkit-jangkit neh adalah hijab. Dulu, Jani saja yang berhijab. Lepas Pye kahwin, dia terus pakai juga. Januari baru ni, Adeq pun berhijrah, followed by Gma few weeks ago, and Ieda a week after Gma. Tinggal aku dengan Elmo sahaja. Insya-Allah. Perkara baik begini apa salahnya ikut-mengikut kan. Me and Elma, ya Insya-Allah. Doakan yang baik-baik.

 

Jadi, saya tinggalkan anda dengan gambar-gambar Once Upon A Time..

 

6014_1026966129790_1694419179_54140_8345824_n

Me. and Elmo. Bff cum childhood friend. Awww.

 

5414_1035585145260_1694419179_69502_2250118_n

Magic part ; we all married to the guy in this photo. This was taken back in 2006/07, maybe. How long was that?

And Jani is as lonely as that. STILL -_-  Hohoo

 

5574_1036136359040_1694419179_70787_582062_n

Full Set of DSOLG : (Back from left) Jani, Gma, Ieda. (Front from left) Adeq, Elma, Pye, Dayz

 

And this was the photo I love the most, sobs;

dsolg

WHY? Though my eyes looks like shit, and all faces looks oily, I can feel the energy and happiness here.

Taken masa Pye spent us for dinner di Grace Court in 2008/09. Maybe.

 

TAPI. GAMBAR PALING EPIK ADALAH INI:

5574_1036136399041_1694419179_70788_5929938_n

In case you’re wondering, why Ieda not in most of the photos; that’s because

SHE WAS THE PHOTOG!

Haha

 

PS : WHY SUDDENLY THE BIL WEDDING DATE DIAWALKAN? It clash with Elmo’s wedding tahu. T__T Pffft.

Tuesday, March 20, 2012

From One To Twenty

 

If you notice, last two weeks I did not posted much entri. I have been busy for the whole two weeks. Busylah sangat. Haha So, lets see what I did last two weeks ah..

 

Went to Rose’s Wedding at Kota Belud

( Eh, look at this picture. Simbolik tau tau. Side mirror adalah Bea dan tunang, di hadapan adalah Kok)

IMAG2543

IMAG2553-1

 

Kenduri  

( Dad’s got promoted. hey, I’ve heard bff dad’s too.)

IMAG2567

 

Entertaining E-Desa Marak-Parak person

(more to ‘jaga’ lah kot.These view from their room in Likas Square.

Our office adalah di bawah kolam dan taman itu. Cool!)

IMAG2585

IMAG2587

 

Lunch with colleagues at Pizza Hut, Damai

(Me, Za, Siti, Mas, Fendy and Kok)

IMAG2598

 

Lunch with family at Gayang Seafood

(they’re moving to a new larger space okay)

IMAG2665

IMAG2666

IMAG2671

IMAG2676

 

Report writing sambil watching Kal Ho Na Ho by Pretty Zinta and SRK

IMAG2700

 

Lunch with colleagues at Singapore Chicken Rice, Karamunsing

(Me, Siti, Kok and Fendy. I ordered a weird combination for lunch; Spicy Sambal Chicken Rice, Blackpepper Chicken and 3-layers Tea C. Who drinks Tea Tarik ketika lunch? Damn. Terus loya aku.)

IMAG2721

IMAG2723

 

Dating with husband

IMAG2736

 

Trying Tutti Fruity for the first time

(Nasib banyak baca review orang seperti disini, jadi mine only RM 10.30.  Only took Vanilla and Chocolate.

And put some choco chips too. Husb wasn’t into it. After that, we went for Chicalicious for two at MarryBrown. Gulp.)

 

IMAG2739

IMAG2740

 

Bowling With Colleagues

Preparation for Inter-Company Competition. Inter-company adalah our sister company, means our boss punya other company. Some of the staff, memang sudah biasa sebab selalu nampak kalau ada meeting ke apa kan.  Chinese are like that, that’s how they succeed. Eh aku pun baru notice Eaton, Dunco and Signature adalah boss punya adik beradik punya company. Ah, nantilah cerita pasal ni kalau rajin. Heehee The sister companies are; Globinaco, Arusawit, Planetary (Pernah dengar Insight Sabah?) and Likas Square Condotel. Tapi, kami berharap pada Nonny lah untuk kemenangan. Hohohoh

IMAG2742

IMAG2743

Alisha adalah good girl. Can sleep inside alley. Hebat!

IMAG2745

IMAG2746

 

Kerja-kerja-kerja..

IMAG2752

Last two week, I teached on Sunday. Last week and this Sunday I’m on Sunday shift..

IMAG2774-1

 

That’s all folks.

 

PS: Sometimes I feel like I’m a superwoman. Because, after I went back from shift last Sunday, the first thing I do is cleaning our bathroom and cooking. Wehh, hebat. Oh, jangan tanya laundry. Laundry is on husband. But the rest is on me.

PSS: But, yes sometimes I do feel tired.

PSSS: My Bff Ieda, has lost her abah on March 1 ;( She called me at 6am. I have not wake up masa tu. Bila bangun jam 7 (yes, saya bangun jam 7 pagi, hoho), nampak 4 miscall(s). Dua dari dia, another two from Gma, the other bff. I immediately called Ieda first, thought dia mau ikut pergi office. Tapi, dia sambut dengan teresak-esak, telling me ‘abah sudah tiada’. My tears dropped. Uncle was such a good person to us. Selalu sambut dan layan kami dengan baik when we went to their house. Aku selalu lepak rumah Ieda dulu, selalu bawa dia pergi kbox, and sent her home. Uncle always told me to send his regards to my dad. They’re friends too, schoolmate. T_T Tapi Ieda strong bah. Don’t cry.

Misplaced Again.

 

Kunci aku hilang.

 

Kunci tandas saja pun. Okay. Macam budak mengada pula aku rasa kunci tandas hilang pun tulis di belog. Mengarut betul. Bersama kunci tandas itu ada beberapa kunci lain seperti kunci loker (tapi tiada loker pun, sudah dibagi orang), kunci tandas lama (bukan tandas ofis lama tapi kunci lama sebelum tukar baru neh sebab ada orang lain ikut guna tandas ladies dulu), tapi paling penting adalah keychain itu yang dibeli tawau 28 Mar dua tahun sudah. Simbolik tau tau tauu. Keychain tu sepasang. Yang hilang ni yang warna biru, kawan dia warna pink disini sama kunci kereta. Eh eh apa aku mengarut ni.

 

Sebenarnya. Aku runsing kalau barang aku hilang. Tapi aku 120% yakin lah bukan hilang, lebih kepada aku lupa dimana aku letak. Hahaha Pikiran aku tidak tenteram tahu fikir dimana kejadahnya kunci itu. Dimana dia sekarang? Dengan siapa? Buat apa? Eh, kunci je lah kott..Melampau nya T____T

 

Aku yakin je akan jumpa kunci tu semula. Eh kejap kejap. Macamana aku tahu kunci tu misplace? Sebab aku orang yang rutin. Jenis rutin. Rutin adalah sama setiap hari. Kunci disimpan di poket kecil beg bila pulang, supaya senang masuk tandas kalau datang office. Hoho Kalau di ofis, kunci sentiasa di atas drawer supaya senang capai. Jadi bila di semua tempat itu tiada, aku suspek lah dia hilang. Hebat tak? Pffft.

 

Berbalik kepada keyakinan aku akan menemuinya semula itu, ya saya pasti! Sebab nanti aku mesti jumpa ia di tempat yang tidak sepatutnya lah tu. Mungkin aku tersalah letak dimana-mana. Meanwhile, patut kah aku menduplicate nya semula? Critical thinking betul lah kan.

 

Oh, aku bukan lah careless sangat. I might be careless in action, tapi kalau part kerja aku detail dan teliti. Okay, tiada kaitan. Kbai. Eh eh eh, sebelum ni aku pernah misplace pendrive juga. Baca di sini ya. Lepas tu jumpa balik. So, now aku attached semua pendrive aku bersama-sama, konon supaya tak hilang. Tapi nanti kalau hilang, terus hilang 3 pula.

IMAG2589

 

Okbai.

Monday, March 19, 2012

Kegilaan Seisi Keluarga: K-Movie

Tahu apa kegilaan kami laki bini dan juga keluarga di masa ini?

 

Cerita Korea. The whole family will be gather depan tv from Monday to Thursday, jam 8pm. Channel 393. Tidak pernah missed. Satu lagi, City Hunter. Terutama husb. Pffft.

fqcCITY HUNTER

Sebenarnya bukan itu aku mahu cakap. Hehee Sebenarnya aku dengan husb beza citarasa dalam pemilihan cerita tv. Contoh ya, aku suka cerita lucu-lucu, ringan dan santai. Husb suka cerita berat dan reality. Aku suka cerita komedi macam How I Met Your Mother, New Girl, paling jauh tune pun aku tengok adalah CSI. Jadi channel yang aku tekan pastilah 701, 393 dan sebagainya. While husb, dia suka tengok cerita perang, lumba kereta, cerita melayu tidak ketinggalan national geographic. Dan aku paling takkan tengok cerita fiksyen (macam 2012), ala yang macam cerita epik dulu-dulu, atau kereta-kereta. Trust me, aku tak pernah tengok cerita Kongsi, Gangster, KL Drift segala itu, percaya lah. Pendek kata aku tak suka tengok cerita isu berat. Contoh lepas habis cerita kau jadi takut, eh benci lah. Tapi cerita hantu aku layan. Sebab aku tahu hantu tu mesti balas dendam, dan aku tak buat salah dengan hantu tu pun. Tapayah takut. *eksen*

 

Okay ah. Mari kita lihat kenapa aku tasuka cerita dengan isu berat neh. Mungkinkah aku tidak suka dengan perkara membina minda? Jeng jeng.

 

Satu. I dislikes heavy movie sebab aku rasa sepenuh tenaga dan pikiran ku sudah dihabiskan dengan kerja mengurus kelas. Jadi, apa-apa aktiviti di luar waktu kerahan otak (yakni bekerja) adalah seharusnya jenis santai dan senang. Yah begitu. Semua aktiviti luar waktu memerah keringat adalah satu escapisme. Hey, otak dahku juga harus rest donk.

 

Dua. Cerita hebat dengan perlukan pikiran berat itu adalah merunsingkan. Bila aku tengok cerita begitu, emosi aku bisa terganggu. Tengok Final Destination buat aku was-was. Kau bayangkan, kalau kau terlampau takut dengan semua benda, jadi macam mana lah kau mahu hidup itu? Kalau aku takut memandu, jadi tiap-tiap hari husb terpaksa hantar aku lah? Eh cannot be lah.

 

Tiga. Aku tafaham cerita begitu. Kadang boleh menjejaskan akidah juga. Contoh, aku tertengok cerita Knowing beberapa tahun lepas. Eh entahlah susah mahu ku jelaskan cerita nya, tapi kalau orang jenis percaya membabi-buta, nah senang seja pikirannya terpesong.

 

Okay. Anda ditinggalkan dengan cerita lucu (bagi aku) ini,

 

Mum : Girl, ada bah bapa kau cari tadi lagu tu. Lagu yang selalu keluar lepas cerita First Wives Club tu.

Me : (was not paying attention sangat.) Cooking mode.

Mum : Yang lagu dia begini tu tettt tett trett tett tett tett, tett tett tret tett tett..

 

Lucu kan? Kamu tahu lagu apa itu? This..

Mr Simple, Super Junior T__T

 

PS : Aku tengok Gayo Daejon malam semalam. Over Msian Mania. Eh, kalau SNSD, 2NE1, Hyorin, Jyeon, Hyuna ada mana aku boleh missed.. Hoho

PSS : Kamu tau? Tiga kali sudah aku mimpi bestfie aku time di uni. Maybe I just misses him/her kot.

Wednesday, March 14, 2012

FromFBNotes: Cerita Tersangat Lama

 

image

( This story was taken from my Facebook Notes. Before I have this belog, I used to write in my Friendster Blog, sebelum FB, and baru lah this zyadhariz. )

 

In 2011

Ehem. Satu hari nan indah. Pada waktu off-day saya terima a call from a digi number. Miscal. Saya call number tu, dengan encek suami lay beside me and the speaker is on. The conversation went on like this..

me: helo.

caller: err, helo. sapa ni? ( perempuan picked my call)

me: err, u miscall i tadi.

caller: ohh, ermm ini dayah?

me: ya, saya. sapa ni?

caller: u kenal Rasyid?

me: Rashid mana? (Dalam kepala sedang mengingat mana-mana Rasyid)

caller: err, Rashid schoolmate u dulu..

me: ohhhh ya ya, i kenal. kenapa dia? (Was he dying? Or already died? Or what??!)

caller: saya ni tunang dia ba. saya mau tahu apa hubungan u dengan dia?

me: (WTH?!!) Err, hubungan apa tu ah? Kawan lah. Kawan sekolah. Kenapa tiba-tiba tanya?

caller: Tiada lah. Saya nampak ada number phone u d handphone dia, nama Dayah.

me: ohh, must be number lama. I never contacted him since, err since last 2 year kot, in 2009. Dont worry, saya sudah kahwin la. I think he didnt even knew it, saya pun tiada call bagitahu dia. Like I said, we're lost contact. I dont have his number.

caller: ohh, tapi saya ada terjumpa gambar kamu ba. (Masa ni saya terfikir, gosh bila saya ada jumpa dia ni? Amik gambar pula tu? Encek suami berubah wajah sudah.)

me: Hah. Gambar mana ah?

caller: Gambar kamu berdua masa sekolah.

me: EKK?? (Terus saya ter-ketawa, dan encek suami lagiiiiiilah ketawa!)

caller: ??

me: Hrm. Gambar masa sekolah bah tu. 10 tahun lalu punya cerita. Saya pun lupa sudah.

caller: Ohh tiadalah saya risau saja.

me:Janganlah risau. Nothing happens.

caller: Ok. Thanks ahh.

me: Okay. U take care.

 

What the heck?! Itu cerita masa usia 15, dear. Macam lagu Taylor Swift, fifteen tu. I dah 25 27 walaupun saya selalu cakap saya 17 forever. Wahh.

 

Walaubagaimanapun, inilah gambar yang dimaksudkan itu. T_T Enjoice!

167942_1288025976123_1694419179_524254_1831379_n

 

image

PS : Actually, before he was engaged to the-girl-yang-called-me, he first was engaged with another girl. I am so sure this new girl have no idea at all. Hoho. But, if you love someone, you should love (and accept) him for what he are/were.

Check Status BKNS

 

Masa aku buka twitter hati tu (few weeks ago); ada IPTA student bising-bising, claim that their BKNS not in yet. BKNS adalah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah. Under JPANS.

 

Dulu, aku pun penerima biasiswa ni. Masa awal-awal dapat, aku selalu sakit hati sebab kena berdebar tunggu bila lah turn duit aku masuk. Ada kawan cepat dapat, ada pula lambat. Lain cerita lah kalau kena barred, itu memang tak dapat-dapat lah ah. Aku tak pernah kena barred. Kebetulan, kawan aku nama Fanny selalu dapat awal seminggu dari aku, jadi aku ingat kan duit masuk ikut name list. Nama ku kepala ‘N’ pula. Dan, kebetulan juga lah, kawan aku Suzan selalu dapat lewat dari aku. Haha Tapi ada sekali dia dapat awal pula.

 

Kalau di Unitar, semester pembelajaran adalah 3 semester (2 long sem, dan 1 short sem). Long sem adalah 5 bulan, lebih kurang. Dan short sem adalah 2 bulan, lebih kurang. Pembayaran elaun sara diri BKNS (dan bayaran kepada Uni) adalah mengikut sem IPTA, iaitu dua long sem. Maknanya, hanya akan dibayar pada Jan/Feb/Mar, dan Jul-Aug-Sep. Jadi, sebagai pelajar uni di 3 sem, haruslah pandai manage duit tu. Baiknya BKNS ni, dia akan bayar yuran pengajian direct ke UNI, dan elaun sara diri ke akaun pelajar. Elaun tu besar juga, masa zaman aku RM 1800 setiap sem. Dan, ada sekali aku aku dapat dalam RM2275, masa tu elaun di naikkan sudah. Aku call lagi tanya kenapa masuk begitu banyak, aku ingat salah masuk, lepas tu staff cakap lah, elaun di naikkan =) Ada elaun buku juga, tapi aku tak pernah claim itu. Aku cuma claim elaun praktikal sahaja. Sebab DBKK tiada bagi elaun kepada praktikal student.

 

Jadi, sekarang ni, adik aku pula yang dapat BKNS ni. Sebab bangunan office aku bersebelahan sahaja dengan JPANS, aku lah yang tolong dia hantar selalu. Tiada komisyen pun, pfffffft.

 

Kadang-kadang bila kawan dia punya lambat masuk, dia selalu mengadu dengan aku (macamlah aku kerja JPANS ah). Aku cuma cakap, suruh lah kawan kau call tanya status pembayaran. Boleh tanya lah. Staff JPANS akan bagitau tu. Aku tahu semua ni pun dari bapa aku, bapa mentua aku, mak mentua aku. Eheh. Kebetulan, FIL aku kerja JPANS (bahagian exam tapi), dan MIL aku kerja Jabatan Bendahari. Ada kaitan bah tu. Bapa aku pula memang tahu flow ni semua. Jadi, aku ambil inisiatif call sendiri sebab tamau susahkan tanya PIL dan bapa ku.

 

Cara dia macam ni ye adik-adik (Ini bagi yang existing students UNITAR lah ah, yang baru aku tak sure)

 

Satu : Sebelum kau call tanya-tanya JPANS, kau kena tanya diri kau sendiri dulu; slip result exam lepas kau dah hantar ke JPANS ke belum? Result kau macamana? Kalau barred memang tak dapat tu. Kalau kau tak hantar result, elaun kau takkan kena proses (setahu aku, sebab dalam agreement ada tulis yang kau kena hantar result every sem).

 

Dua : Sebulan selepas kau hantar result, kalau tak masuk-masuk juga, kau call JPANS : 088 260 161. Kau bagitahu dengan sopan yang kau mahu check STATUS PEMBAYARAN ELAUN BIASISWA kau. Mungkin akan ditanya bila kau hantar result, dari Uni mana (lain uni, lain staff in charge). Nanti dia akan bagitahu status elaun tu. Kalau belum, kau tanya lah ‘kenapa belum ada ye, puan?’. Kalau ada, dia akan bagi number voucher supaya kau boleh follow up ke Jabatan Bendahari.

 

Tiga : Bila ada number voucher seperti xxxxx-xxx, kau boleh check kedudukan baucar kau dimana sudah. Kau boleh call Jabatan Bendahari: 088 272 112, dan bagitahu kau mahu check status baucar. Nanti, dia akan bagitahu samada baucar sedang diperiksa atau sudah di proses (bank-in). Biasanya, 4 hari untuk diperiksa, and another 2 days untuk bank-in. Depend pada bank penerima juga.

 

Ini semua (terutama yang process time tu) hanya lebih kurang sahaja okay. Jangan jadikan isu pula. Yang penting, kau kena rajin follow up. Dan, jangan lupa ucap TERIMA KASIH PUAN/TUAN pada mereka sebab bantu kau.

 

Sekian. Berkhidmat untuk negara. Haha LOL

Tuesday, March 13, 2012

When All Collides

 

1

Nampak tu? Eh betulkah tajuk aku tu. Macam grammatically error je.

 

Minggu ni minggu paling busy. Sebab tiba-tiba je GBT Meeting, Claim Report, Upload Schedule jatuh pada minggu yang sama. Meeting tu esok, so kena update and buat report. Claim Report pula minimum 15 muka surat. Pastu aku kena buat Trainer Rating report lagi. Dan, suratan atau kebetulan, all these jatuh pada minggu ni – Minggu Cuti Sekolah!

 

Cuti sekolah begini memang busy lah. Sebab banyak group in for courses T_T Kena monitor students (read: kids age 10-12 years old). Nota, mereka panggil aku aunty tahu. AUNTY. Aku begitu tua meh? Damn kids nowaday are so talkative. Where' all the shy and polite one? No ah?! Haiya.

 

Cuti begini, aku biasanya mengangkut cousin datang ikut kelas. So, kereta memang akan penuh dek mereka. Awal-awal aku sound, siapa buat perangai lari-lari di sini aku tumbuk ahh. Keh keh garang lah konon. Tapi lepastu time pulang belanja aiskrim. Hohoh

 

Dan, aku kena balik tepat 5.30pm bila mereka ada. Haih. Ehh, 5.40 dah??! Okbai.

 

Rem: Dua hari sudah masuk ofis pakai slipper. Kaki sakit.

Tuesday, March 06, 2012

Bawa Ku Pergi

Kamu tahu kan lagu Bawaku Pergi? Dinyanyikan oleh Kaka feat Zizan. Kah Zizan feat Kaka?! Hrmm.

 

Aku suka lagu neh tahu. Catchy. Macam best je dengar sambil memandu, rasa boleh goyang-goyang badan. Tapi, mula-mula dengar aku sudah rasa pelik, macam lain ah lirik dia. Lepas tu bila dengar betul-betul, macam dia ajak bercuti. Ini fikiran naif aku lah. Sebab dia ada cakap aku dah teruja segala kan. Tapi beautifulnara punya persepsi lain sikit; lagu galakkan remaja lari dari rumah pergi sempadan. Baca disini.

 

Yang aku tak tahan tu, komen-komen pembaca. Kelakar gila okay.

Komen 1 : Hmetro type.

1

Komen 2 : Perli lagi..

2

Komen 3 : Sarkastik..

3

Komen 4 : Pasal bukumerah..

4

Lirik sebenar untuk analisis;

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

 

Kbai. Tu je. Aku dalam mode pasang earphone dengar lagi kuatkuat neh. Jangan kacau. Baibai.

Friday, March 02, 2012

You Say

 

You say that you love rain, but you open your umbrella when it rains.

You say that you love the sun, but you find a shadow spot when the sun shines.

You say that you love the wind, But you close your windows when wind blows.

This is why I am afraid; You say that you love me too...

 

bored

Gambar Hiasan semata-mata. *Please don’t click for tumbesaran. You’ll see my bimbo and annoying face.*

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers