Nuffnang Ads

Friday, March 30, 2012

vs jurujual

Topik aku ni ketinggalan. Kelmarin Rabu di hotchat ada tajuk ni;

 

Anda vs Jurujual

 

Caller cerita kisah berhadapan dengan jurujual. Kebanyakan yang negatif lah. Sebab kan banyak jurujual pen-tipu. Datang promote barang di siang hari, malam hari datang merompak. Jual barang di siang hari itu hanya mau survey market keadaan sahaja. Di kampung dan taman perumahan lah sasaran utama, sebab target surirumah kan.

 

Ada pula lagi kena tipu gores dan menang. Eh, aku memang tapercaya lah kes gores dan menang segala ni. Aku tidak percaya benda baik (duit terutamanya) datang bergolek-golek ke pintu rumah, in some case car.

 

Tapi aku kasihan lah kepada jurujual sebenarnya.

 

Perasan tak. Kita kalau nampak jurujual ni, nun dari jauh nampak sudah terus kita elak. Kecil tahu hati mereka. Satu patah pun keluar dari mulut mereka kita tak percaya, sebab kita tahu target utama mereka cuma mahu jual barang sama kita supaya dapat komisyen lah kan.

 

Aku dulu pun begitu. Tapi ada kawan aku pernah cerita. Dia dulu part time kerja jurujual. Nama post tu; Marketing Executive. Dia bilang, sengsara tau kerja tu. Sudahlah mau jalan jauh cari pelanggan, lepastu kalau ada lagi yang dari jauh larikan diri lepas nampak dia tu lagi lah dia kecil hati. Pernah dia naik bangunan kerajaan untuk jual barang (aku lupa barang apa, buku kot?), lepastu dia kena halau T_T Dia cakap, kerja tu pen-tipu, eh maksudnya boss dia tipu. Masa awal-awal dia bilang kerja marketing sikit saja, last-last satu kk dia pusing bawa barang jualan. Penat. Lepas tu, gaji basic cuma RM400. Selebihnya depend pada komisyen. Nah. Menangis bah begitu.

 

Sejak hari tu, aku tidak skeptikal lagi kepada profesion jurujual ni. Mereka pun mencari rezeki halal, bukan mencuri pun. Aku ni pun pernah pergi MPMS buat promo/briefing, boleh kena sangka budak baru grad terdesak mau dapat kerja sampai sanggup jadi promoter, padahal aku ni coordinator. Terngam masa tu aku pakai kemeja putih, slack hitam. Kak Tiny pakai mini skirt hitam, blous putih. Haha

 

Mujurlah kami ni mempromosi kelas komputer percuma. Aku dah jarang buat marketing sebetulnya, aku hanya pergi mana-mana kelab/persatuan/syarikat/badan kerajaan yang aku pernah kerjasama/handle last year. Yang baru starting mahu approach sekarang Fendy/Kok buat. Dulu aku benci keluar marketing, sebab malas jumpa potential market. Lebih lagi kalau kau datang main radak ja. Nah, tidak kena layan lah tu.

 

Lama-lama aku belajar pelan-pelan. Mau berdepan orang kena pasang banyak strategi. Lain orang, lain cara approach. Orang yang tinggi ilmu/ ada ilmu, biasanya lambat sedikit mahu respon benda percuma begini. Tapi, kalau di area luar bandar, ada senang atur sedikit. Lagi satu, kau kena tahu siapa kau mahu approach tu, level of knowledge dia, apa industry dia, supaya bila kau promote course senang sikit. Orang akan lebih respon bila kau boleh relate dia dengan benda tu. Contoh ah, kalau mahu approach accounting firm, haruslah kau sorong subjek myob/ubs macam tu, kalau semua sudah tahu itu, kau barulah bagi course luar bidang yang menarik, macam photoshop.

 

Biasanya, kami identify dulu jenis klien. Baru fax detail. Lepastu terus call bahagian HR/Training.. Baru set appointment. Begini ada effective sedikit lah. Kalau tak berminat, fine. Tinggalkan kad. Kalau mahu ikut, call saja.

 

Balik pada cerita jurujual tu, sungguhpun aku kasihan pada mereka, tapi aku pun tak berkenan dengan kehadiran mereka, kadangkala. Biasanya, kalau jurujual approach aku, aku just direct cakap ' sorry, saya tak berminat / atau, its okay, saya dah ada' dan mesti cakap thanks. Tapi yang bengang tu, sudah kau cakap tak berminat, dia lagi cakap 'bagi saya dua minit' ja untuk explain. Hush. Kau explain 4 jam sekalipun kalau orang tamau beli, memang tak lah tu. Jangan lah paksa-paksa kan. Kadang tu, dia cakap sampai 2,3 minit, explain sampai buka segala sample, kita ni pun just ambil hati je lah, last-last memang aku cakap TIDAK juga tu. Hehee

 

Kalau kamu pergi Karamunsing, sana depan pintu utama tu, kan ada satu kedai (or booth) yang sales person dia selalu tarik-tarik kau ni. Pernah sekali tu, dia terus bagi aku mug walaupun aku cakap tamau, bila aku pegang mug tu, terus dia suruh aku isi borang. Kasi balik mug, terus jalan. Terus budak tu tarik muka kelat sama aku. Ehh,kan dah cakap tadi tak mahuu…

1 comment:

"LeEn Jasary" said...

hehehe~ lain org lain cara !

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers