Nuffnang Ads

Tuesday, June 05, 2012

KisahSeram # 1 : 89608 Papar


As promised tahun lalu punya sepatutnya-entri, di forward ke tahun ini.


Cerita Nombor 1
Ehem.
Ini berlaku masa tahun pertama kami kahwin. Rutin aku dengan husb, setiap hujung minggu balik rumah mentua, yakni di Kawang. Masa tu, husb memang di kampung sudah sebab balik kerja direct balik Kawang kan. Aku kan balik 6.30pm masa tu, jadi aku kena drive sendiri balik lah. Eleh dari Kinarut je pun.

Husb sudah sms awal-awal, cakap dia stay tempat pacik dia, minta aku singgah sana hantar charger phone. Rumah pacik dia tu beberapa ratus meter saja pun dari rumah mentua aku. Memang dekat.

Cara aku untuk familiriaze jalan atau simpang, aku akan ingat apa-apa mark dekat simpang tu. Contoh, mark simpang mentua aku adalah rumah Datuk Maznah, Esso lama kemudian ada sign biru, jadi sampai Esso lama aku akan pasang signal. Mark simpang rumah pacik dia adalah selekoh, jambatan dan kelip-kelip kecil merah (menunjukkan bahaya, sebab jambatan tu rosak separuh). Jadi lepas saja selekoh, nampak kelip merah aku terus pasang signal. Lepas jambatan terus aku masuk simpang.

Tapi, mujurlah aku masuk simpang dengan slow. Sebab, yang aku masuk itu bukan simpang, TAPI tepi jalan raya sahaja, Sebab, tiba-tiba simpang tu tiada. Bila aku berhentikan kereta, aku jenguk luar tingkap, oh my tepi aku tu macam cerun (mini gaung). Aku nampak simpang tu beberapa puluh meter di belakang aku. Bila aku terlimpas tu simpang eh?

Ok fine. Aku pun fikir, kalau aku u-turn sini memang bahaya, sebab area selekoh kan. Aku putuskan untuk jalan terus di road dan cari tempat untuk patah balik. Bila patah balik, sampai simpang tu lagi, aku betul-betul slow sudah, aku tak mau terlajak macam tadi. Signal. Masuk simpang. Ni kali aku termasuk simpang menuju sungai. Padahal aku betul-betul pasti sudah tadi. Its okay, aku pusing, dan masuk simpang yang sebenar (sebelah saja pun). Dari simpang menuju rumah pacik dia tu ada dalam 100m juga lah. Sepanjang jalan 100 meter itu, baru lah aku teringat;
Satu, aku period
Dua, aku ada bawa makanan (KFC)
Tiga, its Maghrib and malam Jumaat

Sampai tempat hubs, aku terus bagi charger dan bagitau, ‘ih, saya tidak nampak simpang ni oh. Dua kali saya terlajak pergi cerun sama sungai, nasib slow’. Terus husb dengan pacik dia saling berpandangan ni.

Last-last, husb hantar aku pulang. Kereta dia pacik dia hantar lepas tu.

Sejak hari tu, husb tidak galakkan aku drive sendiri ke tempat pacik dia tu. Kalau kami balik kampung, kami satu kereta saja, kecuali tidak dapat elak sudah. Husb never worried about me before, sebab dia tahu wifey dia ni bukan jenis penakut. Aku boleh je satu orang stay rumah malam-malam. Balik kerja jam 7-8 sendiri. Jarang aku takut. Mungkin tidak pernah kot? Yang paling menghairankan; how come I missed that simpang? Hrmm.

Cerita Nombor 2
This time, it happened bila kami keluar malam (lupa pasal apa). Dalam 10 lebih macam tu lah, kami stay area rumah pacik dia. Masa ni awal-awal kahwin juga. Aku nda suka melarang kemana husb mau jalan, sebab sebelum kahwin punya habit bukan sekelip mata kau boleh ubah kan. Bila dia ajak, aku ikut lah. At least I know where he’s going, aite.

Malam-malam sebelumnya, aku memang kemengantukan dalam kereta. Jadi, malam itu aku siap-siap bawa selimut untuk tidur dalam kereta. Hrm, mungkin kami pergi tengok racing lah tu. Husb parking kereta dekat tepi rumah pakcik dia. Jarak 3,4 meter saja dari tempat dia duduk. Kereta di park menghadap jalanraya besar yakni sungai.

Aku tertidur. Dan aku rasa aku bermimpi (mungkin).

Kan aku tidur di kerusi penumpang depan mengadap sungai tu. Tiba-tiba aku ternampak ada lembaga berbaju jubah putih, rambut panjang di sisi kanan hadapan kereta. Aku kan mamai masa tu. Aku tengok saja lembaga tu bergerak perlahan ke arah hadapan, seolah-olah dia mahu menuju ke sungai tu. Dalam hati aku cakap, syukurlah dia tidak nampak aku dalam kereta. Tiba-tiba, lembaga tu berhenti betul-betul depan kereta, dia toleh ke arah aku, terus aku terkejut betul sebab mata dia merah betul. Dia tidak berjalan, dia macam terbang perlahan ni. Lepas tu kan, aku kan panik, aku cuba baca ayat Qursi (mungkin, aku tidak ingat), tapi ended up aku cuma cakap apa tau, ‘baca ayat qursi baca ayat qursi baca ayat qursi’, sikit aku nda terbaca apa yang lain. Lepas tu aku pejam mata kuat-kuat. Aku cuba teriak panggil husb, tapi suara tidak keluar. Aku dapat dengar suara husb di sebelah kereta bercerita masa aku diganggu tu.

Lembaga tu bergerak menjauh kereta, perlahan-lahan terbang ke satu tiang dekat sungai tu. Dia duduk atas tiang tu, betul-betul di hadapan kereta kami. Tidak lama kemudian, aku terjaga bila husb masuk kereta. Tiang tu ada disitu. Semua tu macam real, sebab pemandangan kejadian tu serupa dengan pemandangan hadapan aku masa tu.  Aku diam saja. Balik Kinarut, lepas dari racing tu, masa mau tidur baru aku kasi tahu mimpi tu dengan husb. Husb comforted me, saying it was only a bad dream. Yeah.

Beberapa hari kemudian, husb cerita balik dengan aku. Dia bilang pacik dia pergi berubat. Kenapa? Sebenarnya, lama sudah ada gangguan begitu, lama sudah pacik dia diberitahu ada benda tu, tapi dia tidak percaya. Sampailah bila aku termimpi, baru dia terfikir kebenaran benda tu. Terus dia pergi ‘bersihkan’ rumah tu. Memang diberitahu ada seorang wanita ‘menunggu’ di situ. Eh, wallahualam.


PS : It was said; there’s a pregnant woman been killed and threw under the jambatan before. No one knows she’s there, until one night she came and knock a villagers near there and told them her body was under the bridge. =.=’

2 comments:

Nonny Atika said...

ok seram.aku kdg2 balik after work,jem sana sini, ngam2 gelap sdh lalu dpn kubur b4 smpi rumah.. apalah juga kubur kan, asyik2 d kaitkan sama hantuss..so berani kunuk tp pernah kena something d sana..lps tu,asal limpas mesti pecut hahaha

okayh, balik ni mesti seawal mungkin..

Dayz J said...

Samalah. Urm, boleh kah bagi reason sama DC minta pulang awal sebab takut hantu? Haha

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers