Nuffnang Ads
Monday, July 30, 2012
Ramadhan #10
Morning. Happy Monday all!
So, we passed satu pertiga ramadhan already. How was your ramadhan?
Aku baru buka facebook and nampak wedding invitation from cinoi.com.
Ye lah lepas kahwin nanti terpaksa panggil cinoi 'puan sri' kan. ehem. Untunglahh.
Haha Tapi wedding di Sandakan lah, hrmm. Hrrm. Insya Allah akan pergi jika tiada halangan.
Banyak betul orang mau kahwin menjelang hujung tahun neh.
Siti kahwin bulan 9. Bea bulan 10. Ieda pun somewhere end of year dalam 11,12 mungkin.
Who else? Lepas tu yang mau deliver baby pun ramai juga.
Gma dalam bulan 11,12. Ona pun. SIL pun deliver mungkin dalam bulan 10-11 macam tu.
Lagi 2 hari di Julai. Lepastu Ogos. Another months sudah masuk 2013. Masa cepat je berlalu bila jadi orang dewasa neh kan? Kann?!
Have a nice 10th ramadhan, peeps. Semoga amal kita diterima-Nya ;))
Thursday, July 26, 2012
Shoes Sales in Karamunsing
Hai.
Tadi aku teman Siti pergi Karamunsing. Dia ada urusan. Orang mau kahwin neh kan memang banyak urusan. Heh. Aku kan sakit kepala, sampai tahap mahu hantuk kepala laju laju pergi dinding office.
Magicnya, nampak kasut ada sales, terus hilang migrain daku -.-' Perempuan lah katakan.
Aku nda teruja pun sales tu. Kedai tu dulu kedai Doss. Masa Doss memang cantik cantik. Tapi sudah tukar kedai lain (aku rasa masih kedai dan barang yang sama, mungkin penjenamaan semula kali) neh macam bida' kasutnya. Bagi aku lah. Nda berkenan. Itu sebelum neh.
Bila aku limpas sana, aku ternampak kasut yang baruuuu ja aku tengok di agape. Di online boutique maksud aku. Terus daku rasa teruja. Tengok harga dulu sebelum teruja lebih lebih. Online selalu jual sampai 75 - 110 MYR nda masuk shipping. Aku andaikan di rack depan mata ni haruslah mahal gitew. Sekali harganya 59.90-79.90 MYR. Belum diskaun lagi tu -.-'
Ngam pula ada yang berkenan di hati kan, teruslah ambil dua, 49.80MYR only. Sebenarnya, ada lagi aku minat, tapi Bob mesti geleng ketawa kalau nampak dua yang nda terpilih tu. Satu kasut macam mau pergi clubbing, leopard print tapi sexyy yo. Satu lagi warna biru oren. Comel what?
Sebab tu yang terpilih cuma dua neh saja. Tu pun tak perasan both brown almost nude colour. Kan, husb kan nda suka striking colour. Dia nda paham seni colour blocking. Menyampah. *flipshawl
Jadi balik tadi aku cepat cepat kasi tapuk tu kasut. Ingat mau simpan di bonet saga. Tapi besar bah kotaknya mana sempat tapuk. Lepastu aku come clean ja lah bagitahu dia sebab dia nampak sudah tu plastik masa mau terawih tadi. Tapi dia bilang kenapa beli dua ja. Beli lah barang raya perlahan lahan ok, jadi nanti kita nda kelamkabut :)) Pheww.
Dia nda tahu together with that boxes ada long flare skirt purple lagi. Kalau dia tahu, hahahaha -.-' Harap harap dia nda baca neh.
Actually, husb bukan suka sangat aku pakai heels atau wedges. Kalau boleh dia mau suruh pakai flat, ballerina ja. Dia cakap bahaya. Tapi sebenarnya dia nda suka aku sama tinggi sama dia. Bare-feet, aku di paras bahu dia. Lebih sedikit. Kalau pakai heels 4,5 inci? Nah.
Aku pula nda suka pakai heels 1,2 inci. Macam nda ada feel. Bagus pakai flat terus kalau begitu. Sekarang ni okaylah nafsu membeli kasut tu terkawal. Sebelum ni tiap bulan beli satu. Pakai kejap lepastu jadi permanent tenant di bonet kereta. Di bonet ada 3, nanti di seat belakang ada lagi 2, depan ada lagi 2, sebenarnya kaki aku neh ada berapa juga -.-'
Sampai Amoi masuk kereta, dia kira kira kasut aku. 'Eii, banyaknya kasut aunty Dayah. Ada 6 semuanya.' Nasib baru Amoi ah, kalau Aling yang cakap? Pengsan aunty tau tauu.
Oh, kasut tu di kedai kasut di ground floor Karamunsing. Depan dengan booth jual vcd dan Takoyaki tu. Sesuailah untuk orang yang budget dan nda brand addict macam aku. But still, my white Vincci wedges are the best :) Tiba-tiba.
Till then. Kbai. Eh belum bye lagi, kalau kamu yang sudah kahwin neh, kalau beli kasut atau personal item masa jalan sendiri, kamu kasi tapuk kah tu barang dulu sebelum reveal? Atau siok selamba ja tayang sama husb?
Bukan apa. Kalau aku (sebagai wanita) pulang kerja terus reveal beli barang, aku rasa mesti dalam hati husb bermonolog, 'amboi, bestnya dia shopping, aku penat penat kerja.' Kamu rasa lelaki fikir begitu kah?
Tuesday, July 24, 2012
PAC Result: I Failed ;)
Those 3 ladies replying me tu adalah my sisters-in-law ya. Husb's kakak and adik(s). Even my mum also want to get a piece of this T_T
PS : Husb really said that; 'syukur lah sayang fail' T____T
Monday, July 23, 2012
Ramadhan #3 : Bazar Putatan Papar Lokkawi Sabindo
Sunday, July 15, 2012
Just saying
Hi.
Sorry ye kawan-kawan, sejak 3,4 entri belakangan ini kualiti agak terjejas. Puh, kualiti konon.
Maklumlah aku publish guna android *company temaha block blogger // tulisan paling kecil dan warna putih* . Aku nda jumpa setting option di telefon kecil ini. Ehem.
Jadi kalau gambar senget mereng segala tu, harap maaf saja lah. Pandai pandailah kamu kasi pusing kepala tengok itu gambar okay.
Tulisan pun nda kena kasi rata (justified). Nda jumpa mana setting nya. Salah taip typing error segala itu lagi lah kamu jangan cakap, mana kan lagi mau proof reading kalau menaip pun sengsara. Eh sengsara jo menaip di touchscreen. Pandai pandai lah kamu guna kekreativitian kamu fikir perkataan apa yang aku coba taip ya.
Semua ini, ahh kelakar betul tahu.
Boleh saja bah aku buka laptop on internet dirumah ni. HTC ni boleh kasi jadi wifi. Tapi aku yang malas. Malas dan sungguh malas.
Satu ja aku terfikir. Macam mana kita mau buat urusan peribadi di rumah, contohnya blogging ini dan online banking ya kalau sudah lebih 10 jam sehari kita di ofis, lagi 2 jam on the road, lain lain jam untuk makan tidur dan home stuff. Sedangkan, kalau kita di office, time lunch rest atau 5 minutes break dapat juga kita curi masa buat urusan peribadi ini. Kan lebih efisien.
Just saying :)
Ps, if you read mine, pls do not hesitate to tweet me kalau ada major error on my published post ya. Follow me on twitter, @noorhidayahj.
Pre-loved #2 : Dark Blue Palazzo
Hi.
You all know me lah kan, I am not a fashionista. So, semua seluar aku panggil seluar. I tak tahu the proper name for it. Yang ni I agak je lah nama dia palazzo, sebab masa online window shopping hari tu, nampak seluar sebiji macam ni nama dia palazzo. So, palazzo it is. Kalau salah, betulkan hamba okay.
Colour : Dark Blue with White stripes
Got left and right side pockets, bottom side adalah lebih lebar, so when wearing it, akan nampak macam A-line skirt (?)
Condition : very good sebab takpernah dipakai lagi kan. Sama macam prev pant, this one tak tutup ankle. Its not about fashion, tapi I kan pakai tudung, so ehem.. takkan lah pakai pendek camtu :) Tapi, ada sedikit printing problem kot, kalau u girls see dekat area tengah tu macam ada liquid line kan, actually printed macam tu. My bad sebab tak check properly masa beli dua bulan lepas :)
Price : RM 18 COD
Again, email me at noorhidayah@amc.edu.my if interested okay. Jarang tengok komen sekarang. You know why lah kan.
Okbai.
Pre-loved #1 : High Waisted Tappered Pant
Hi.
I'm doing some spring cleaning now. Decided to really really let go of this pant sebab almari penuh. Tipu. Sebenarnya, too pendek for me. Kalau aku pakai, ia akan hanging around my above ankle (?). Kamu fahamlah bah apa aku cakap ni kan. Jangan lah kasi ketawa beh.
Warna : Grey
Bought in Times Square, KL last May.
Condition : Tidak pernah pakai langsung
Saiz : maybe M, even bigger waist pun okay sebab pinggang ia jenis elastik
Price : RM 20 (COD)
Email me at noorhidayah@amc.edu.my if interested okay :)
PS : ada lagi satu mau letgo. Wait.
Saturday, July 14, 2012
When Fuel Tank Lights On
Biasanya, kalau lampu minyak kamu menyala, berapa lama kamu tunggu before refill? Eceh. Refill macam refill air pula.
Ada orang, ye ada orang tu memang tak kasi can tu lampu marak kan. Maksudnya, asal tinggal 2 bar isi, 2 bar isi. Sampai tahap aku rasa dia nda tau dimana signal fuel tu.
Tapi aku. Aku kan semulajadi mengada. Kadang kalau sudah marak, aku boleh rilek je selamba bawa kereta.. ermm lagi satu trip ke KK, maybe?
Aku pun taktahu berapa jauh lagi boleh pergi selepas lampu minyak menyala. Malah aku pun nda tahu what will happen after that, after minyak seriously habis di tank maksud aku. Macamana kereta tu akan stop? Tiba tiba je ke, atau dia akan slowly off? Anyone?
Haha merepek as ever kan?
Normally, aku akan isi minyak seminggu sekali tau, isi penuh. Untuk Saga, biasanya RM62 macam tu. It lasts one week. Satu bar, satu hari. My daily trip adalah from Kinarut to Likas Square and return. Sometimes, lunch hour kami jalan lagi cari makan :)
Selalunya juga, kalau fuel tu marak, aku bukan nya cepat cepat cari stesen minyak pun. Steady je jalan. Pernah sekali, lampu menyala dari Putatan lagi, masa aku on my way home. Lepastu, aku belasah saja drive ke Kinarut. Nanti kan esoknya, aku bukan isi di stesen terdekat (Kinarut), kamu tahu aku isi dimana? Saaaaana Kepayan. Hebat nda hebat?! Hahahahaha
Ada sekali lagi teruk. Aku terlajak stesen Kepayan. Lepastu, aku kasi sedap hati sendiri, nda apa isi di Jalan Tuaran Lama lah. Yang sana dekat Gunthers tu. Sekalinya, yang itu pun aku terlajakkk. Ahh, direct ja lah pergi ofis. Malaslah aku mau u-turn segala. Pulang kerja baru aku isi di Jalan Gaya.
Itu cerita aku. Kamu macamana? Pernah kah kereta termati sebab tiada minyak?
Aku ingat, cinoi pernah tweet, kalau viva punya fuel menyala dari Penampang, sempat kah isi di Kepayan tu, tapi mau singgah KKIA dulu? Aku cakap, sempat bah. Sempat sampai KKIA, tapi mau sampai Esso kena main tolak lah.
Sorrylah bakal pengantin baru, I gurau je time tu. Viva tank aku taktahu. Tapi kalau Saga aku yakin sangat.
Orang cakap, kalau lampu tu menyala, ada emergency fuel lagi dalam RM 10 begituuu.
Okbai.
Friday, July 13, 2012
Because husb said so..
Hai.
Ehem. Semalam masa kami on the way balik kampung, dalam kereta tu ada talk by satu ustaz. Kereta MIL pasang radio Ikim.fm mungkin. Kurang pasti.
Topik dia pemakaian tudung. Dia bilang pemakaian sekarang bukan mengikut ajaran sepatutnya. Fesyen semata. Dia menjawab persoalan, kenapa ada yang pakai tudung tapi masih buat onar. Kenapa ada yang pakai tudung, perangai jauh lagi teruk dari yang tidak bertudung. Kenapa ada yang pakai tudung tapi baju transparent -.-'
Masa talk tu, aku sibuk cari phone dalam bag. Eh, biasalah wa punya bag kan poket doraemon, macam macam ada. Terlampau macam macam sampai mau cari satu barang could take forever.
Sambung cerita. Tiba tiba aku perasan husb toleh arah aku. Lama. Aku tengok pastu dia tengok depan balik. Masa part di radio bilang tudung untuk berfesyen, dia tengok lagi sambil senyum senyum. Okay. Aku dapat tangkap sudah. Pastu aku cakap, kenapa pula?
Lepastu bila ustaz tu cakap, part tudung tu seharusnya menepati syariat dan seharusnya menutup aurat bukan membalut. Terus husb kuis kuis tangan aku. Ini sudah lebih lah ni. Terus husb ketawa ketawa.
Nah, dengar tu, dia bilang.
Baiklahh. Aku cakap pelan pelanlah. Kita slow slow. Mana boleh terus lari pecut. Sebenarnya aku pakai pun bukanlah macam NajwaLatif Hana Tajima Yuna ke apa sangat. Kadang kadang saja. Mungkin 2 minggu sekali. Kebanyakan masa adalah bawal biasa dan tudung masuk biasa sahaja. Tak koser I nak lilit lilit pin pin patbelas ratus kali, jo.
Sebab tu, aku kasitau Ieda. Aku nda larat lah buka youtube tengok cara pakai yang macam macam tu. Dengan pin segala lagi. Kamu imagine lah, aku pakai yang lilit shawl kerongsang 2 biji pun dia bagitau kakak dia yang dia kesian tengok aku pagi pagi pakai tudung macam mau bunuh diri. Lilit sana sini. Kurang asam kan?
Dia tu kan memanglah. Apa pun takboleh. Dia nda tau aku ni sekarang selalu lambat datang ofis, mana lagi paitung muka ambil masa 15 minit, tudung 15 minit, pilih baju 15 minit, pfffft.
Kadang tu penat penat aku pilih tudung sama baju, lawa lawa aku pakai, tiba tiba dia buat muka geleng kepala cakap persalinan hari itu nda sesuai. Nda awesome. Tukarlah juga. Suami sudah bilang kan kan.
Ada aku kasitau kah dia bilang kalau tudung hijau mesti pakai baju hijau juga? Pfffffft. Sabo je lah.
Nasib sayang.
Thursday, July 12, 2012
Almost weekend
Hi.
Good day everyone. Good day ke? Dah berapa hari takbuka blogger properly. Sebab company suddenly block blogger, instead of twitter and facebook juga. Whatever lah kan. Macamlah aku spend masa 24jam hadap blog kan. Pernah ke kerja aku taksiap.
Unlike before, aku dah malas nak cari jalan how to buka the blocked one guna proxy ke apa kan. Sebab dekat office kan guna entah berapa line, untuk support 5 lab sekali. Lagipun, nanti network ada masalah, culprit detected, no bonus oh.
Its okay. I ada smartphone apa. I hadap phone je lepas ni, unless management keluarkan polisi no smartphone lah. Haha
To me this is weird. We're in IT field, we need those social networking to promote our product. You block all our networking, we dont want to help promo this anymore lah like this. Buang masa tauu.
Staff are encourage (instruct) to follow all company's medium of networking, blog twitter facebook google+ and all, I have all that but I refuse to follow ya. Why should I?
So you guys can stalk my personal life? Puhlis..
By the way, siapa lagi pergi qpr vs sabah ah? Aku tahu cinoi.com pergi :)
Ps: aku guna twitter dan fb dari phone okay. Even youtube pun from phone. I dont play game in office, during or even office hours. All my entry are scheduled post, not written during or even office hour in office.
Pss: gambar diambil masa on the way makan tomyam. Kok's treat.
Monday, July 09, 2012
Hon Kereta
Saturday, July 07, 2012
Kombo : Backache, tonsil, demam
PS : Cobalah sakit hari Isnin. Ini hari Sabtu, esok lagi cuti. Dapat MC pun rugi taww.
PSS : Sekarang kalau sakit, aku mau kurangkan pengambilan ubat.
Friday, July 06, 2012
Favourite Series Dulu-Dulu
Lepastu aku cakap pula sama @paival ada watak nama Francine. Serius? Aku ingat ada student German beh. Terus aku google. Manada Francine, Anna lah Anna..
Ada satu lagi tu The Nanny. Gila aku memang suka sama Fran Fine. Kelakar. Aku boleh tengok episod sama lepastu ketawa di part sama. Mana lagi si Gracie tu cengeng-cengeng, Maggie tu baru mau bujang, si Fran tu lagi malar suka boss dia, Sheffield tu, berebut lagi sama Si CC Babcock tu. Last last CC tu sama si Niles pula. Famous bah ni cerita dulu. Cerita ni macam ajar tips parenting skills sikit-sikit.
Memang I Kaki Sentap, So What?
Swarovski Bracelet - RM108 only!
PS : Kalau ada twitter, followlah @kkcity okay. Dia baik tau tau tau.
Thursday, July 05, 2012
The SimKad Story
- Sekarang aku ada dua numbers; you may contact me through both numbers okay, whichever you like. Itupun kalau kamu ada dua-dua number aku. (So?)
- Tolonglah, DiGi makin hari makin sot aku rasa.
- Ada sesiapa mau jual secondhand phone, for my second phone? Email me ; noorhidayah@amc.edu.my atau DM di twitter aku ah @noorhidayahj. Aku malas lah buka yahoo mail aku.