Hai.
Ehem. Semalam masa kami on the way balik kampung, dalam kereta tu ada talk by satu ustaz. Kereta MIL pasang radio Ikim.fm mungkin. Kurang pasti.
Topik dia pemakaian tudung. Dia bilang pemakaian sekarang bukan mengikut ajaran sepatutnya. Fesyen semata. Dia menjawab persoalan, kenapa ada yang pakai tudung tapi masih buat onar. Kenapa ada yang pakai tudung, perangai jauh lagi teruk dari yang tidak bertudung. Kenapa ada yang pakai tudung tapi baju transparent -.-'
Masa talk tu, aku sibuk cari phone dalam bag. Eh, biasalah wa punya bag kan poket doraemon, macam macam ada. Terlampau macam macam sampai mau cari satu barang could take forever.
Sambung cerita. Tiba tiba aku perasan husb toleh arah aku. Lama. Aku tengok pastu dia tengok depan balik. Masa part di radio bilang tudung untuk berfesyen, dia tengok lagi sambil senyum senyum. Okay. Aku dapat tangkap sudah. Pastu aku cakap, kenapa pula?
Lepastu bila ustaz tu cakap, part tudung tu seharusnya menepati syariat dan seharusnya menutup aurat bukan membalut. Terus husb kuis kuis tangan aku. Ini sudah lebih lah ni. Terus husb ketawa ketawa.
Nah, dengar tu, dia bilang.
Baiklahh. Aku cakap pelan pelanlah. Kita slow slow. Mana boleh terus lari pecut. Sebenarnya aku pakai pun bukanlah macam NajwaLatif Hana Tajima Yuna ke apa sangat. Kadang kadang saja. Mungkin 2 minggu sekali. Kebanyakan masa adalah bawal biasa dan tudung masuk biasa sahaja. Tak koser I nak lilit lilit pin pin patbelas ratus kali, jo.
Sebab tu, aku kasitau Ieda. Aku nda larat lah buka youtube tengok cara pakai yang macam macam tu. Dengan pin segala lagi. Kamu imagine lah, aku pakai yang lilit shawl kerongsang 2 biji pun dia bagitau kakak dia yang dia kesian tengok aku pagi pagi pakai tudung macam mau bunuh diri. Lilit sana sini. Kurang asam kan?
Dia tu kan memanglah. Apa pun takboleh. Dia nda tau aku ni sekarang selalu lambat datang ofis, mana lagi paitung muka ambil masa 15 minit, tudung 15 minit, pilih baju 15 minit, pfffft.
Kadang tu penat penat aku pilih tudung sama baju, lawa lawa aku pakai, tiba tiba dia buat muka geleng kepala cakap persalinan hari itu nda sesuai. Nda awesome. Tukarlah juga. Suami sudah bilang kan kan.
Ada aku kasitau kah dia bilang kalau tudung hijau mesti pakai baju hijau juga? Pfffffft. Sabo je lah.
Nasib sayang.
No comments:
Post a Comment