Nuffnang Ads

Monday, July 23, 2012

Ramadhan #3 : Bazar Putatan Papar Lokkawi Sabindo

Buka broadband. Buka blogger. Buka new post. Lepas tu..

BLUR!

Nda tahu mau cakap apa sebab lama nda post. Kamu tahu lah kan kenapa. Jadi,

Hi.

Hari neh hari ketiga ramadhan. Aku sempat puasa di hari pertama saja. Lepas itu angkat bendera. Hoho. Setakat ni, tiga bazar kami sudah pergi. Aku dan husb lah. Sabindo, Papar dengan Putatan tadi. Eh eh eh empat lah. Sempat singgah Lok Kawi lagi.

Biasa saja. Aku rasa mungkin aku sudah cukup dewasa (atau tua?), pergi ke bazar membeli makanan tidak lagi mendatangkan keterujaan. Cuma beli kuih 2,3 jenis, dish macam laksa (hey, aku sukaaa laksa!), lepas tu air. Kadang-kadang, tidak sampai RM10 pun. Husb pun. Dia yang penting ada air (samada ABC atau Lo Han Ko (itukah namanya air warna hitam kadang kadang ada telur puyuh tu?)), buntut ayam (itukah nama yang sesuai?) dan mungkin soto. Aku suka beli dan mahu beli benda yang rare. Yang hanya muncul tika ramadhan. Setakat martabak jawa hari-hari aku pulang kerja pun boleh beli jo.

Bazar Sabindo boleh tahan lah. Mungkin sebab biasa disitu, jadi makanan apa kita mahu dan kita makan tiap tahun kita sudah tahu dimana gerainya. Tapi tahun ni tiada pacik yang jual sotong bakar tu? Hrm. * Bazar Sabindo dekat dewan masyarakat tu, parking senang cari

Bazar Papar pula ya ampun gila sesak. Oh mungkin sebab kami pergi tu Ahad kan. Cuti, ramai ambil kesempatan ke bazar. Kuih dia biasa-biasa saja. Sampai ada 3,4 gerai jual martabak jawa. Aku nda teruja. Lauk pun banyak dijual, tapi aku kurang berkenan. Kalau aku mau beli, aku mesti lah mahu beli benda yang aku nda pandai masak kan. Bukanlah semua aku pandai masak, tapi kalau setakat dia jual mee goreng sama ayam goreng, bagus aku goreng sendiri di rumah kan. Dia jual pun nda alang-alang, seketul ada yang sampai 2.50MYR, uii kenyang aku dengar terus. *Bazar Papar terletak dekat area Restoran Menang tu. Parking gila susah mau dapat. Kami parking saaaana library. Phuhh.

Bazar Putatan, ada meriah sedikit. Mungkin sebab aku orang Putatan jadi jiwa I mesra di situ. Eceh. Padahal. Putatan punya ada kepelbagaian sikit lah. Banyak choice tapi boleh tahan sesak. Paling best sebab Syikin ada berjual di situ. Saja je I bodek Syikin neh, manatahu nanti dapat free kuih. Sempat lagi catchup cerita. Dia ni tutor UiTM, sekarang dia cuti sambung Master. Syoknya. Boleh jeles kah ni ah. Cemburu ilmu apa salahnya kan. *Bazar Putatan di belakang Standard Market tu. Senang lagi aku rasa parking di area Sri Keningau, lepastu jalan kaki. Tapi husb lah, kalau boleh dia parking sebelah gerai tu ja. Order dari dalam kereta  T_T

Kalau kamu mengharapkan ada gambar-gambar bazar disini, memang kempunan lah ah. Tiada nya aku sempat bergambar segala. Aku kan stress kalau tengok tempat ramai orang. Rasa macam mau mengamuk ja. Eh kalau kamu jumpa aku dimana-mana bazar tolonglah tegur (bertrip ada orang perasan muka aku, astaga.). Jangan pula kamu nda tegur dan mengharapkan daku menegur dulu ya. Harap maklumlah aku ni kadang rabun jauh rabun dekat rabun ayam semua tu. Nampak orang sengih sengih siap buat muka runsing lagi. Macam mau kena tampar. Aku neh muka ja samseng tapi hati aku rapuh tau tau.

Last sekali, sebab rasa masih ada banyak masa, kami singgah Lok Kawi. We were like eh bukan kita round cari parking cari makanan cari minuman tu ambil masa sejam kah, ingatkan tadi pulang ja terus sungkai, rupanya ada sejam lagi. Aku pulang jam 4.30 ah.

Bazar Lok Kawi ni pula memang banyak jual makanan semenanjung. Jadi husb tidak suka. Sebab lidah dia kan lidah tanak kampung. Lidah peranak Kawang. Western pun dia pandang sipi-sipi, makanan semenanjung apatah lagi. Boleh pitam dia tengok nasi warna biru. Aku minum Vanilla blue yang biru pun dia jeling jeling macam lah I minum air longkang. Pffttt. Aku pula suka sebab aku suka cuba makanan pelik. Laksa lah paling banyak di sini. Tapi, pastikan kamu pandai cakap slang semenanjung. Atau at least lidah nda pelat Sabah keras macam yours truly neh..

(Aku tengok Ayam Masak Merah. Macam sedap. Kamu tahu lah kan semenanjung punya Ayam Masak Merah memang sluuurrrrrpp.)
Me : Macam mana jual neh, macik?
Macik : Ye ye dijual dijual! Nak beli ke?
Me : Ya. Berapa satu ah?
Macik : Nak berape?
Me : Erm. Bagi harga 5 ringgit.
Macik : (instructed anak dia) Dia nak 5 ketul.
Me : (Terkejut sikit. Murahnya? Mustahil!) Berapa harga seketul ni? (Sambil cuba melembutkan lidah bercakap key-ell yo)
Macik : RM2.50 seketul.
Me : T___T (Damn!)

My bad. Tapi bukan begitu kah conversation kita kalau mau membeli? Bukan kita tanya begitu kah sebagai pembuka bicara? I do. My mum pun akan tanya begitu. Tapi, aku memang surrender lah mau cakap KL ni. Macik ni pun satu, takkan aku cakap dia takfaham kan. Aku, sanggup aku speaking dari coba-coba cakap slang KL. No offend, tapi kalau kamu dengar how fake when non-sabah try to speak like us, rasa macam mau berdarah telinga. They put 'bah' everywhere! So, I can feel how fake if we, non-kl one try to speak KL slang.

So, thats it. Any suggestion bazar yang best?? Husb suka Bazar Sembulan ;) Insya Allah nanti pergi. I heard Bazar Indah Permai pun best. Is it??! OkBye.







1 comment:

Eca Dwinky Asha said...

when non-native sabah try to speak sabah,they always put 'bah' n wrong place.wakakaka..

fyi,i always speak KL slang when talk to my KL friends..but with sabahan,I muntah by myself...hahaha.

bazar sembulan GREAT tpi biasa2 jak..some of the dish u can make ur own..paling suka sana bazar sembulan sotong kangkung ka apa nama dia tu...something like that.my cousin selalu beli sana...klu bazar IP,mostly mknn semenanjung la.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers