Nuffnang Ads

Tuesday, July 03, 2012

Kedai Makan Paling Teruk

Hai.


Aku baca ini : Amirun Licious by Miszirdawati. Dapat link dari Aima di FB. Memang aku tunggu-tunggu sebab aku nampak diorang cerita pasal ni di twitter. Hah, kantoi eavesdrop cerita orang. Kehkehkeh  


Aku bukan mau cerita pasal kedai teruk yang kawan Aima ni pergi, aku takpernah pergi. Tapi, jika aku pun di situasi itu, aku juga buat benda yang sama. Aku pernah kena dulu. Sekali. Di Sri Rahmat, Segama dalam 4-5 tahun lepas. Masa tu blog, FB, Twitter nda hangat macam sekarang. Sekarang ni, dapat je service buruk, terus tweet suruh kawan-kawan avoid tempat teruk tu kan kan.


Masa tu aku pergi makan dengan husb (masa tu masih couple). Husb beria-ia makan disitu, dia bilang sedap sup dia sebab pakai ayam kampung. Okay, cerita dia begini, aku order Nasi Goreng Seafood, husb minta Sup Ayam Kampung dengan Nasi. Minuman aku tidak ingat. Aku sangsi juga sebab pelayan itu tidak tulis. Aku ingat dua order ja mustahil nda ingat kan.


Bila sampai makanan, aku punya tiba-tiba jadi Nasi Goreng Ayam, tapi aku pun tak perasan sangat apa aku order, aku nda bising sangatlah. Tiba-tiba, husb punya sampai. Soto Daging. Terus aku teringat apa order asal, sebab aku notice kami minta yang berlainan, dia ayam aku seafood. Terus aku sound pelayan tu, nicely of course, 'saya minta Nasi Goreng Ayam tadi, tapi tidak apalah saya boleh makan ini juga. Tapi dia minta Sup Ayam KAMPUNG sama nasi, bukan soto daging.' Pelayan tu cakap okay. Sebab aku nampak budak ni macam bengong-bengong, jadi aku tanya, 'kenapa kamu tidak mau tulis, nanti salah lagi.' Dia cakap, tidak tidak, saya ingat ni.


Beberapa minit kemudian, kamu dapat agak apa yang sampai? Ya, yang sampai SOTO AYAM ah. Terus aku mau start bising lah. Aku panggil budak lelaki tadi. Terus dia nda mau datang ni. Dia suruh kawan dia datang ni. Dia bertapuk-tapuk sana di dapur. Aku boleh nampak dia curi-curi tengok kami ni dari belakang kawan dia. WTH..? Terus aku kasitau kawan (another waiter) yang attended kami neh, aku bilang kawan kamu ni dua kali sudah salah. Jadi ni makanan macam mana.


Husb bilang, tidak apa lah. Makan saja. Ok fine. Makan je lah. Part bill yang paling awesome. Sampai bill, aku check lah (tipikal aku mesti check apa aku bayar). Kamu tau itu dia ada cas RM8 untuk Sup Ayam Kampung tau. Padahal sudah lah lain kami order, lain kami dapat, tiba-tiba kau cas ikut yang kami nda dapat, tengok tu mahal lagi. Bila aku tanya, waiter lain ni cakap apa tahu, macam mana dia mau tahu yang husb makan tu bukan Sup Ayam Kampung. Terus aku bising lah mau clarify benda itu sama staff bil tu kan. Tapi, husb termalu sudah, sebab aku bising disitu. Macam kami nda mau bayar. Eh, bukan aku takmau bayar, tapi fikir lah sendiri kan. Terus aku tanya mana manager. Manager dia di kaunter cashier tu.


Terus aku pergi bayar di kaunter. Aku bayar dulu, dapat duit baki baru aku cakap sama pacik tu, 'pacik, tadi saya order Sup Ayam Kampung tahu, tapi yang sampai Soto Daging. Dua kali dia salah hantar. Tapi last-last waiter pacik cas saya harga Sup Ayam Kampung pula. Tidak apa lah, sudah makan juga, tidak ada bukti saya order apa, kan. Tapi pacik punya pelayan tu memang kurang ajar, saya tanya dia baik-baik dia tapuk-tapuk pula.' Terus pacik tu tanya pelayan mana satu. Aku tunjuklah.


Terus aku tarik tangan husb jalan. Itu lah last aku makan sana. Sedap mana pun kalau service macam siot orang takkan pergi juga kot.


Jadi, para pengusaha kedai makan, pastikan lah pelayan anda;


1- memahami order dan merekod order dengan baik (kadang-kadang kita order daging secara spesifik, tapi dibagi juga ayam. Benda ni menyusahkan sebab ada orang memang tak makan ayam. Exhibit, mum)


2- tolong jangan berlagak mau hafal makanan orang. No one would give you credit for memorizing the order, all we want is our food arrive safely and menepati kehendak kami.


3- Bila kena tegur, tolong jangan masam muka atau balas balik. We are customer. We pay the food, bukan dapat percuma. Kau sakit hati pun, suck it. Jangan kasi lepas sama customer okay. Jarang aku rasa customer yang tidak bayar makanan biarpun salah, biarpun nda sedap, biarpun lambat, kita bayar juga biarpun kita nda selera sudah mau makan. Appreciate that!


1 comment:

N.Aima K said...

teruk bah drg kan..

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers