Nuffnang Ads

Friday, July 06, 2012

Favourite Series Dulu-Dulu

Hai.

Sebenarnya tadi aku nampak @paival tweet pasal OhMyEnglish! di twitter. Dia bilang OME ni macam cerita Mind Your Language. Terus aku teruja. Sebab aku pun tahu sitkom Mind Your Language tu. Aku nda sangka ada orang masih ingat dan tahu pasal cerita tu.

Kemon lah. Berapa kerat je tahu kan. Aku tengok cerita ni masa aku Form 1 (1998). MYL ni cerita dia memang macam OME cuma students MYL ada international student dari serata dunia yang ambil part time english di college. [wikipedia MYL]




Lepastu aku cakap pula sama  @paival ada watak nama Francine. Serius? Aku ingat ada student German beh. Terus aku google. Manada Francine, Anna lah Anna..


Lepas google search baru tahu ni cerita rupanya dari tahun 1977 lagi. Wohhh lamanya. Tua dari aku. No wonder pelakon dia semua masa aku google image tua amat. Nda sudah cekci macam time aku tengok. Kehkehkeh 

Aku neh kan memang klasik dan jiwa veteran sikit. Suka tengok cerita lama-lama. Balik-balik tengok nda bosan. Kenapa lah namratus kali tengok. Okay tipu.

Sekarang aku memang jarang tengok tv. Busy kan. Semalam pun tertengok cerita hantu Waris kebenda apa tu, ehh semak lah hati aku. Aku suka sitkom bah. Yang senang dan simple. Nda runsing. Aku ingat dulu masa zaman study, sekitar tahun 2007 (mungkin) camtu tiap pagi kalau tiada kelas aku tetap bangun awal sebab mahu tengok sitkom neh ; McLeod's Daughter dan The Nanny. Main di channel 702 (sama channel sama Oprah) dalam jam 7 - 9 am. Lepastu Oprah. Lepastu jam 10 am, movie. Eh hafal sudah. [Wiki McLeods, Wiki Nanny]

Nah, mesti kamu nda tahu McLeods Daughter tu yang mana kan. Ala yang adik beradik perempuan tinggal di ranch tu bah, ada pelihara kuda ternakan apa tu, tapi dressing macam koboi. Cerita ni dari Australia. Yang ni yang ni cast dia..



Ada satu lagi tu The Nanny. Gila aku memang suka sama Fran Fine. Kelakar. Aku boleh tengok episod sama lepastu ketawa di part sama. Mana lagi si Gracie tu cengeng-cengeng, Maggie tu baru mau bujang, si Fran tu lagi malar suka boss dia, Sheffield tu, berebut lagi sama Si CC Babcock tu. Last last CC tu sama si Niles pula. Famous bah ni cerita dulu. Cerita ni macam ajar tips parenting skills sikit-sikit.



 Ah lepas ni mahu download lah The Nanny. Paling best, aku jumpa artikel ni - Apa Jadi Dengan Cast The Nanny selepas cerita tu habis. Fran tu aku tau dia berlakon juga, aku pernah nampak dalam cerita entah apa lah yang kononnya anak dia ni ada masalah gemuk tapi mahu jadi Miss Teen USA. Yang si Maggie, aku pernah nampak di cerita Cold Case dengan ada lagi satu tapi aku lupa. Hebat juga lakonan dia. Gracie tu ada berlakon dalam Hillary Duff punya movie The Cinderella Story jadi kakak tiri yang jahat. HAHA 




3 comments:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

rasanya the nanny tu mcm penah tgk hehee

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

the nanny tu rasa mcm penah tgk hehee

Dayz J said...

@wanieys : Ha'ah. Faymes juga Nanny tu dulu. Thanks for visiting my humble blog =)

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers