Nuffnang Ads

Saturday, September 29, 2012

Berhati-hati dengan pelaburan anda

Assalammualaikum, dan hai.
 
Cakap pasal pelaburan, aku banyak kali juga jumpa kawan-kawan yang promote join macam-macam, dalam erti kata lain melabur wang sama mereka lah.
 
Well, I am no economy or financial expert. Tapi satu paling pasti, sebelum kamu melabur tidak kira lah pelaburan apa, pastikan ianya diperakui atau at least orangnya reliable. Kemudian, check sistem / prosedurnya bagaimana. Kalau kena cari orang atau mungkin juga takperlu cari orang sebab dia (orang atasan kau) yang akan cari atau konon auto finding, nasihat aku baik jangan lah.
 
Pernah ada kawan promote ni business baru. Dia kata kawan dia yang asaskan ni business. Sekarang kawan dia itu pakai sekian sekian kereta mewah, padahal masih muda eh. Yuran sekali je seumur hidup, sekian sekian amaun. Bersama pendaftaran juga ada diberi satu produk istimewa (konon lah). Tapi aku terus terang, kalau kau mau pinjam duit kali aku bagi juga, namun untuk melabur benda begini, tidaklah.
 
Juga ada satu lagi kisah benar ;) Orang terdekat promo ikut pelaburan emas. Sekian-sekian gram, sekian-sekian keuntungan bulanan (dividen kah itu?). Tapi aku bercakap ni berdasarkan diri aku sendiri lah, tiada hujah tetap okay. Cuma, cuba kamu fikir, kalau dia bilang pelaburan emas 10 gram bayar RM1500. Nanti dapat bulanan ratus juga. Fikir logik, kalau beli emas di kedai rasanya dengan amaun itu boleh dapat emas melilit di leher. Pandai pilih, boleh dapat satu set cincin rantai gelang kot. Tapi thats just my opinion, aku orangnya realistik. Aku nda suka fikir melampau batas yang tiada asas. Dont hate me k ;)
 
Ada juga kenalan, ehem, ikut pelaburan emas ni. Dijanjikan macam-macam lah kan. Dividen begitu begini. Tapi, sorry to say, aku kasihan sebab macam tiada dapat apa pun. Sebab orang janji bulan bintang segala, mesti lah orang yang dijanji kan ni mau menagih kan. Tambah pula, kan sudah dibagi duit. Ramai yang macam tunjuk perasaan sama upline ni. Dijadikan cerita, tiba-tiba satu surat rasmi dari syarikat ni dibagi sama pelabur. Mention that, sesiapa yang menyusahkan syarikat atau upline tidak akan diberikan dividen langsung. Pelaburan akan batal. Burn. Eh, mana boleh begitu. Lainlah kalau pelaburan batal, duit dikembalikan, bukankah begitu? Tapi namanya pun pelaburan kan. Pelaburan emas yang kau nda nampak mana emas kau tu. Sebab itu pelabur diam. Ugutan kan. Boleh kah begitu? Kamu fikir lah sendiri.
 
Jadi, biarlah aku berkongsi sedikit tips supaya kamu nda terjebak atau menjebakkan diri;
 
1 Siasat syarikat sampai lubang cacing
Upon approach by upline (yang akan bermulut manis sebelum mendapat duit anda), tanya lah apa-apa yang patut sampai kau puas hati. Tanya syarikat apa, nombor pendaftaran, siapa CEO/Director, minta sekali number phone dan alamat penuh syarikat itu. Biasanya ia akan based di KL. Kita di Sabah ni susahlah mau korek kesahihan syarikat kalau begitu. Minta nama penuh Pengarah. Jangan sekadar tahu, macam 'entah siapa nama tu tapi Datuk lah'. Hmm.
 
2 Google sebelum join
Terima kasih kepada dunia tanpa sempadan hari ni. Semua bebas memberi pendapat di laman masing-masing. Cuba taip nama syarikat atau nama Pengarah syarikat, tengok dan baca apa hasil carian anda. Dari situ, nilaikan. Biasanya, kalau orang sudah pernah terkena / join, dia akan tulis untuk share pengalaman.
 
3 Tanya dari mana duit diperoleh
Contoh, melabur 1200 dapat RM300 sebulan. Tanya from where come that figure. Apa kiraannya. Kenapa 300 bukan 500. Tanya dan tanya. Juga tanya akan dapat 300 sebulan tu sampai bila, takkan forever kot. Kalau forever, ketara lah tipu. In case ada yang masih naif, biasanya duit yang kamu dapat itu, yes that dividend / untung, adalah duit pendaftaran ahli baru yang mendaftar selepas anda.
 
4 Pastikan ada hitam putih
Yes darling. Sign up nanti pastikan ada kontrak ke apa ke yang boleh dijadikan bukti untuk selamatkan diri anda. Kalau bayar tu, pastikan diberi resit. Jangan percaya orang tengah (upline) dengan sebulatnya. Ada orang tengah begitu, bagi ja duit, aku urus semua. Nahh, fikir logik, kalau dia ambil duit kamu, bagi syarikat bilang itu tambahan pelaburan dia, bagaimana? Kalau lah.
 
5 Kalau pun mau gamble juga coba nasib, ambil nilai terendah.
Contoh kau gatal hati juga mau coba, ambillah nilai terendah. Kalau rugi nda lah rugi sampai bergolok gadai. Hati-hati, biasanya pihak syarikat akan cakap, ada promosi lah harga sekarang kalau tambah nilai pelaburan, boleh dapat sekian-sekian diskaun. Konon
 
 
Sedikit itu sahaja lah tips aku. Macam aku cakap, aku nda pernah join. Daripada aku bagi RM1500 ke orang yang aku nda kenal, baik aku simpan atau beli barang. At least duit habis aku nampak hasilnya. Tapi kalau aku ada sejuta sekalipun, aku takkan melabur. Kalau aku ada sejuta baik aku buka business ku sendiri, khen?
 
Ini senarai syarikat yang didapati menjalankan aktiviti pelaburan tidak sah, maklumat dari laman web Bank Negara Malaysia. Tengok balik, ada syarikat pelaburan kamu disitu? Hmm, silap-silap, nama syarikat yang kamu bagi duit tu pun kamu nda tahu ni kan.
 
 
 
 
*PS :  Sengaja kasi besar gambar kedua. Eh, kalau aku nda silap, macam ada artis yang ikut VGMC (No 84) tu. Hmm.
 
View disini untuk lebih jelas Senarai Dari Bank Negara Malaysia
 
Tapi ada juga kes, saudara terdekat yang promote benda ni. Dan adakala kita terjoin pun sebab mau ambil hati saudara tu je. Kesian punya pasal kan. Susah sudah kalau ada hubungan kewangan dengan saudara sendiri. Nanti kalau pelaburan nda dapat, memang berantakan lah. Sebab tu juga, aku nda sesuai ikut business cari orang begini, aku nda sampai hati bawa saudara sendiri ikut skim begini, nanti aku kena tipu, nda pasal-pasal saudara ikut tertipu. Lagi teruk, aku pula disangka saudara, penipu. Jadi, aku nasihatkan sekiranya kamu jatuh dalam kes ini, iaitu ikut sebab saudara bawa, ikhlas kan lah sahaja duit tu. Anggaplah sedekah. Dia menipu nda apa, tapi kamu sudah dapat pahala ditipu. Wallahualam.
 
 
Sekian dan okbai.
 

1 comment:

Lina said...

ada kawan br nih jg minta pendapat psl itu, aku ckp sma dia. aku tidak pernah percaya easy money nih, aku selalu percaya money yg dtg hasil kudrat..hahaha..

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers