Hai,
I read this [Woman claims assault over honking, 2012] and this [Annoyed driver fires shot at motorist who honked, 2008] and decide to write this personal story of mine.
Kamonlah. Mustahil kamu tidak pernah meng-hon orang/kenderaan lain kan. Aku pun pernah. Tapi jarang. Sebenarnya, kalau kamu mahu tahu aku neh consider berhemah di jalan raya. I dont overtake (seldom sebenarnya, but I never overtake di jalan sehala, eh itukah namanya jalan itu?), I wear seatbelt all the time. Yesss all the time, I tak tipu. Perjalanan yang 100 meter pun aku pakai seatbelt. Setiap perjalanan ada risikonya. Hiks. In fact, kalau aku bawa passenger, aku akan bawa sangat slow dan akan berada di lorong kiri most of the time.
Dan aku lah orang yang jarang hon orang. Kalau aku hon sekalipun, bunyi hon tu ditekan pendek, sayup-sayup ja. Macam malu-malu neh. Tett tett. Begitu ja. Sebulan sekali ja guna hon. Takut juga kalau hon tu rosak sebab nda diguna.
Jadi aku mau share cerita ni sama kamu. First time satu hari tu aku hon orang 3 kali. Entah aku pernah tulis atau tidak pasal ni. Bulan lepas (maybe?), aku on the way pergi kerja. Normal route. Kamu tahulah kalau kita di normal route, jalan yang kau lalu 6 hari seminggu, kau tahu dimana mau slow (sebab ada traffic dan speed trap), dimana mau kasi laju kenderaan (sebab jalan agak lengang), dimana mau tukar lane kiri atau lane kanan, dimana mau drive extra careful sebab banyak kenderaan bodoh yang akan tiba-tiba masuk lane kau tanpa signal, ya perkara semacam itu lah. Jadi, haritu depan traffic light interjunction Wawasan Plaza, Bangunan UMNO, Flyover tu, aku berada di lane ketiga dari empat lanes. Lane ketiga dan keempat untuk masuk kanan, menuju Flyover Karamunsing. Lane empat memang untuk left turn sahaja, lane tiga (lane aku) untuk straight atau kanan sahaja. Kamu faham kah ni?
Aku kereta kedua di lane tu. Bila lampu hijau, kereta depan aku nda jalan. Aku pun hon lah tett tett pendek-pendek. Bukan marah, tapi kasi ingat dia lampu hijau. Mana tau dia tengah khayal ka apa. To my surprise, dia speed sambil race minyak. Kancil. Aku jalan macam biasa. Baru mahu turn left (signal on), tiba-tiba kereta dari kiri (lane dua) terus masuk dan buat left turn juga. Aku nasib nda laju, tapi aku hon lah juga. Sebab salah lane sudah dia kan. Bila aku sampai depan Razz, tiba-tiba ada kereta masuk dari simpang pergi lane aku. Aku kan di lane kanan. Kereta tu masuk slow slow lagi. Terus aku hon lah panjang-panjang. Yang ni aku marah sudah. Sebab kamu imagine lah aku dekat sudah baru dia masuk, aku brek mengejut tahuu.
Okay, ini aku tanya kamu, tiada kaitan sama cerita aku ah Aku saja ja mau kasitahu kamu aku pun pandai hon, sebab ada kawan aku cakap dia takpernah nampak aku hon orang kan kan. Hahaha
Kalau kamu di lane kanan (laju) , kereta depan slow macam gila, apa kamu buat?
a - masuk lane kiri, overtake dia, masuk lane kanan balik
b - terus drive macam biasa, kereta belakang pun jadi bersusun
c - cucuk cucuk dia mengharap dia ke tepi
d - hon dia, supaya dia lajukan kenderaan atau masuk kiri
Mana satu mana satu??
Aku pernah buat semua ini. C tu pun kalau keluar gila aku kadang-kadang. Kamu pun kan. Tapi selalunya, di kebanyakan masa, aku akan buat A. Masuk kiri, overtake dia, masuk depan dia balik. Itu kalau jalan dua hala. Kalau nda, aku akan buat D dan B.
Dan, kalau aku orang yang di-hon sebab slow, aku akan masuk lane slow bagi jalan sama kenderaan rakus di belakang. Hehehehe Atau, aku akan berhenti je tepi jalan. Kasi limpas dulu semua kereta rakus yang hon aku tadi. HAHAHA
Tapi, kalau lelaki, mesti dia akan kejar balik orang yang hon tu kan kan? *wink
4 comments:
mcm2 kan orang sekarang..kdg2 hon tu utk ingtkan bkn nk marah pn..
are_lin@yu; haah. tu pun nak sentapkan. padahal orang mengingatkan je.
haha..dayah. aku pernah kena hon dari belakang (tatau apa sebab).jadi bila dia dapat overtake, aku cucuk dia balik. heh! kadang bikin panas orang begitu.=)
haha..cerita ko macam penah pula aku lalui.=)
Post a Comment