Nuffnang Ads

Saturday, July 14, 2012

When Fuel Tank Lights On

Biasanya, kalau lampu minyak kamu menyala, berapa lama kamu tunggu before refill? Eceh. Refill macam refill air pula.

Ada orang, ye ada orang tu memang tak kasi can tu lampu marak kan. Maksudnya, asal tinggal 2 bar isi, 2 bar isi. Sampai tahap aku rasa dia nda tau dimana signal fuel tu.

Tapi aku. Aku kan semulajadi mengada. Kadang kalau sudah marak, aku boleh rilek je selamba bawa kereta.. ermm lagi satu trip ke KK, maybe?

Aku pun taktahu berapa jauh lagi boleh pergi selepas lampu minyak menyala. Malah aku pun nda tahu what will happen after that, after minyak seriously habis di tank maksud aku. Macamana kereta tu akan stop? Tiba tiba je ke, atau dia akan slowly off? Anyone?

Haha merepek as ever kan?

Normally, aku akan isi minyak seminggu sekali tau, isi penuh. Untuk Saga, biasanya RM62 macam tu. It lasts one week. Satu bar, satu hari. My daily trip adalah from Kinarut to Likas Square and return. Sometimes, lunch hour kami jalan lagi cari makan :)

Selalunya juga, kalau fuel tu marak, aku bukan nya cepat cepat cari stesen minyak pun. Steady je jalan. Pernah sekali, lampu menyala dari Putatan lagi, masa aku on my way home. Lepastu, aku belasah saja drive ke Kinarut. Nanti kan esoknya, aku bukan isi di stesen terdekat (Kinarut), kamu tahu aku isi dimana? Saaaaana Kepayan. Hebat nda hebat?! Hahahahaha

Ada sekali lagi teruk. Aku terlajak stesen Kepayan. Lepastu, aku kasi sedap hati sendiri, nda apa isi di Jalan Tuaran Lama lah. Yang sana dekat Gunthers tu. Sekalinya, yang itu pun aku terlajakkk. Ahh, direct ja lah pergi ofis. Malaslah aku mau u-turn segala. Pulang kerja baru aku isi di Jalan Gaya.

Itu cerita aku. Kamu macamana? Pernah kah kereta termati sebab tiada minyak?

Aku ingat, cinoi pernah tweet, kalau viva punya fuel menyala dari Penampang, sempat kah isi di Kepayan tu, tapi mau singgah KKIA dulu? Aku cakap, sempat bah. Sempat sampai KKIA, tapi mau sampai Esso kena main tolak lah.

Sorrylah bakal pengantin baru, I gurau je time tu. Viva tank aku taktahu. Tapi kalau Saga aku yakin sangat.

Orang cakap, kalau lampu tu menyala, ada emergency fuel lagi dalam RM 10 begituuu.

Okbai.


3 comments:

Nurul Says said...

pernah..banyak kali..dan bikin panas sebab orang yg bawa kereta sengaja nda isi sebab pok aku byrkan minyak padahaaaaaaal dia yg ajak jalan..tahap smp berhenti nda bergerak stranded tepi jalan..bodohkan?

Dayz J said...

Aima; yaka? Dia mati pelan pelan eh? Dulu masa aku pakai kereta mak pun aku begitu. Pok silap mak yg isi, aku tggal pakai je. Skg, kenalah responsible sama kereta sendiri. Aku pn malas orang cam gitu tau, tiada commin sense kan, sudah dia bawa jalan pandai pandai ah kan. Jadi ending dia macam mana? Siapa pergi beli minyak?

Dayz J said...

Aima; yaka? Dia mati pelan pelan eh? Dulu masa aku pakai kereta mak pun aku begitu. Pok silap mak yg isi, aku tggal pakai je. Skg, kenalah responsible sama kereta sendiri. Aku pn malas orang cam gitu tau, tiada commin sense kan, sudah dia bawa jalan pandai pandai ah kan. Jadi ending dia macam mana? Siapa pergi beli minyak?

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers