Nuffnang Ads

Wednesday, September 28, 2011

WW: Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu

Dreamworld, Kundasang


Sabah Tea, Nalapak

Pesan Seorang Pencinta Kepada Pencinta Yang Lain.

* Found this in TRASH. Comment disabled. Harap maklum. Hahaha*


Pencinta

Bila kau mencinta

Bersedia lah kau untuk terluka

Kerna cinta bisa saja buat kau terbuai

Namun ia lebih bisa buat kau terbuang



Pencinta

Jika kau mencinta

Usah beri sepenuh hati

Kelak saat kau merana kerna cinta

Aku risau kau tidak kuat untuk bangkit lagi



Pencinta

Saat kau mencinta dalam diam

Relakanlah jika cinta mengetuk pintumu

Namun akhirnya berpaling saat kau membukakan pintu

Kerna cinta memang selalu begitu



Pencinta

Sebelum kau berjuang demi cintamu

Tanyakan pada hati

Benarkah dia selayaknya di perjuangkan?

Aku khuatir kelak setelah kau berhempas pulas

Cinta pula maha tegar meninggalkanmu



Usah risau sang pencinta

Kita akan selalu mencinta yang salah

Sebelum akhirnya mencinta yang sejati

Kau harus mencarinya, bukan menunggunya

Kerna hidup terlalu singkat untuk satu penantian



Ku yakin

Cinta untukmu itu ada

Pasti ada

Kau carilah

Mungkin dia juga sedang mencarimu

Moga kalian akan bertemu

Cinta kan memang begitu?

tweet

Tuesday, September 27, 2011

Pelincir Di Stesen Minyak.

Semalam kami nyaris sesat mencari Taman Keramat. Nasib lah saya dengan Ieda. Malam saya memang buta jalan sedikit. Tambah lagi tahu sajalah area jalan di sana itu semua pemandunya pelumba formula one. Semua laju-laju seja macam mahu pergi mana entah. Tahu-tahu pergi Razz T_T

Kali pertama saya terlajak simpang terus ter-direct ke wholemart apa entah. Pusing pergi Karamunsing, dan cuba lagi. Ehh kalau kamu pernah jalan sana kamu tahulah betapa men-confiuskan nya jalan disana itu. Dengan u-turn lah, simpang lah apa lah, kali kedua pun saya terlajak simpang juga.

Terus teringat sesuatu. Tawakal sajalah. Bismillah..
Kali ketiga baru jumpa simpang dengan tepat dan selamat. Syukur alhamdullilah.. T_T

Masa kami caricari jalan itu, sempatlah singgah isi minyak di Esso itu. Lepas itu, lepas saya bayar di kaunter, isi minyak, teruskan perjalanan mencari arah, terus saya cakap dengan Ieda.

ME: Eh. Kau tau, di dalam kaunter ni gila lah. Ada jual pelincir.
IEDA: Oh memanglah kan stesyen minyak semua ada jual.
ME: Ya meh?.. Aku first time nampak neh. Adakah dijual di kaunter begitu.
IEDA: (Dengan muka hairan) Dayah, memanglah bah semua stesyen minyak ada jual minyak pelincir. Apa masalahnya pula??
ME: Bukan pelincir kereta itulah.
IEDA: Jadi??
ME: Pelincir untuk ****.
IEDA: Oh.

Nah, kamu faham?? Saya kepelikan sebab dijual di kaunter. Kondom memang lah dijual terbuka (tapi membeli tertutup, kot). Yang ini dalam bentuk tube gel, alah macam minyak rambut/pencuci muka punya tiub itu, tapi jenama DUREX. Nah, kalau Durex apalagi memang lah adult item brand kan. Dumex lain cerita lah kan.

Yang lagi weird, jenama KY Jelly pun ada T_T

Tiba-tiba saya teringat Esso itu berdekatan Razz-Ma-Tazz. Ohhhh okayyyyyy.
Kamu fikirlah sendiri apa maksudnya itu ah.


Monday, September 26, 2011

Have You Tried Search YOUR Name In Search Engine??

Hey.

Have you ever search your own name di search engine??
.
.
.
Mungkin tidak. Kan?
.
Untuk orang curious melampau seperti saya; jawapannya, Ya Saya Search Nama Sendiri di Yahoo.

Orang feymes tidak akan jakunlah pada perkara begini, sekali search beribu hits keluar. Orang kebanyakan macam saya ni ehem memanglah, what to say surprise dan ya jakunlah to say. Haha

Hasilnya..

Search Web dulu : Guna nama penuh lagi.
Taip nama sendiri, dan keluar dua saja hits yang relevan. Di facebook dan website office. T_T

Kemudian, search Noorhidayah Jinal by Images pula. OMG! Kenapa gambar poyo ini yang keluar? Rupanya, integrated dengan Facebook account. Ini gambar profile picture Facebook saya kan.




Tak percaya??!! Cubalah try test. Saya buat observation with several people's name too. 

Mula-mula, saya recall dulu
siapa rakan paling active dunia maya dan menggunakan nama sebenar??
..
....
......



LAGI BANYAK HITS!! Oh, Ona sangat active ber-tweet kan T_T
(Oh Ona, diharap jangan marah kerana menggunakan nama anda sebagai case study T_T )

Kemudian saya cuba another friend.
...
HARTINI ZAINUDIN
(Do not confuse her with another Hartini Zainudin itu. The other HZ was very popular oh. Even Kak Tiny said, most of people yang request friend di fb dia adalah rakan HZ yang vvip.)

Maybe that is why Kak Tiny tidak guna her real name di FB T_T

Bila saya search full name memang none at all. Bila guna nick name fb dia baru keluar image.
tny zdin


Nah, yang ini profile photo Kak Tiny.

Kesimpulannya; silalah letak profile pics fb yang gorgeous. Supaya bila future-boss search your name, in case he/she want to investigate your history, you are impressive enough to get the attention.

Ehem, I do search few names on my FB Blocked List. Eh eh ketara mem-block orang di facebook rupanya. And, I can view their photo(s). Okehlah kot.


Pstt, I just changed my digi prepaid plan into postpaid one. Remain using my current number. Number dah guna 10 years =) Sayang nak tukar. So, just wait it to be activate =) Semua ni sebab saya malas nak pergi reload, in case ada emergency memang susah T_T Rasanya saya takkan pakai lebih dari sepatutnya kot, I barely call people. Reload RM10-20 saja per month. Lepastu, ada tab case yang lawa sangat sangat sangat. Pink with white dots, adorable dan manis sangat. Tapi tak jadi beli. Bob mesti menyampah kalau saya tukar case tab dia pergi pink =( Pinky. Mana lelaki nak kan. T_T








Sunday, September 25, 2011

Eh Selebritik.

Hai.

Just short belog updates before going home. Tajuk saya tidak silap taip, anda tidak salah baca. Memang ini cerita selebriti dan itik. Ntah tidak dapat kasi kait sama itik pun tapi bunyi sedap. Bolehlah itu.

-------------------------------------

#1 : NH-MS

U know siapa saya maksudkan kan. Mana-mana belog pun cerita dia la, gambar nikah lah, gambar baju sponsor berjuta tu lah. Ehh who cares?.. One thing for sure, kalau pun happy sangat kahwin tajaan, takpayahlah announce satu malaysia 'saya satu-satunya yang pakai vera wang'. Yang NH bagi statement di Kosmo, 'Saya jadikan kegagalan perkahwinan pertama sebagai iktibar', selepas nikah terasa sebak ingat ketidaksempurnaan perkahwinan dahulu lah. Ehh speak for yourself itu kan. The failure was you, kan. Eh media pun jangan bagi publisiti sangatlah weh, bukan siapa-siapa pun. Tak faham apa maksud saya? Visit this, this, and this lah. Both faces are everywhere. Spoil my holiday mood saja.

BTW, ada rumours kata baju itu akan di simpan di muzium. Di muzium?? Like whattheapa lah kan. Its just baju. From an unimportant peoples on their unimportant wedding. A homewrecker and an unfaithful husband.

" The best revenge for a husband stealer is to let her keep him."


#2 : Si penjaga gol, si model dan si blogger.

Baca ini dulu.

Okehlah, ignore the fact yang KF left JR for DT. Saja tulis short-form. Ahh ada yang tak faham cerita ini kah? Okehlah fine, tulis penuh. KhairulFahmi tinggalkan EliaJejariRuncing for DahliaTeck. Nah, sekarang faham kan. Kau baca di tweet tu si Fahmi tweettweet si Dahlia konon. Ahh bekas tunang baca mesti rasa down.

Ehem, from my experience. Less is more. When thing mess up, lebih baik berdiam. Kita tidak tahu apa akan jadi di kemudian hari kan. Come on, tunang kau kedapatan oleh pihak media, seharusnya kau sebagai tunang berada di sisi. Kalau dia mess up pun kau harus sokong dan cover. Maksud saya, damaga control itu perlu sebelum kau tambah petrol di api. Tapi sebaliknya bila kau ikut sama siram petrol, nah beginilah jadinya. Sebab itu, kalau marah sangat cuba bertenang. Jangan terus lepaskan di fb, twitter atau belog. Kita ingat marah kita, tapi kita lupa orang lain juga ada perasaan. Begitu maksud saya.

Yang tambah menarik, selain dari 3 watak utama di atas, juga watak sampingan; para skandal(s) si penjaga gol, kononnya, kini ada extra dua watak tambahan. Boleh lawat dua belog ini untuk skrip mereka.


Bolehlah untuk jadi bahan bacaan lawak. Oh, saya tidak begitu berminat meneruskan pembacaan di belog kedua. Melanggar prinsip penulisan belog yang menarik. Font susah baca.
-------------------------------------

Bai. Jumpa esok. Selamat bercuti.



Harap boleh dapat kereta dalam minggu depan ni. Selamat bertunang, Elmo.



Friday, September 23, 2011

Saya Mahu Mengadu.

Stop sekejap entri Retreat. Tapi hati asyik teringat minggu lepas punya peristiwa indah. Pehh ayat. Macam skema gila.

Semalam ada cerita tough. Itu buat saya sedikit terganggu. This week, due to intensive marketing and schools visitation three weeks ago, we trained banyak primary school student. Banyak sampai kelas untuk public semua need to postponed or rescheduled. Most of these days, akan ada more than 90 students coming to AMC.

Setiap pagi bangunan akan rasa macam mahu runtuh sebab budakbudak ni akan datang kelas berlarilari macam tidak sabar mulakan pembelajaran T_T Bukan setakat datang kelas, pergi breakfast, pergi lunch, pergi tandas semua mereka akan berlari. Seolah kaki mereka telah di auto-running kan. Seolah ada marathon disini T_T

Sampai terpaksa tampal ini di semua penjuru.


Jangan Bising.


Dan tampal ini juga.

Dilarang berlari di koridor ini. Jadi dalam kelas boleh berlari, cikgu?
Dilarang Berlari, Langsung. Kalau lari juga, saya kasi patah kaki kamu semua.
Gurau saja. PIBG jangan saman saya.


Memang hectic.

Part makan, because we happen to handle this kind of things, so kita dah tahu how to coordinate with their makan style. Budakbudak. Meal Voucher kau kena pegang sekali, kena suruh beratur sekali, kena orderkan makanan yang sama untuk semua budak satu sekolah, makanan pula haruslah dari stall yang sama, jika boleh. Kalau tak, these bunch of kids will complaint eh kenapa si Abu dapat itu saya dapat lain? Ehh kenapa si Gegel punya sedap saya punya tidak sedap?.. Nah, that kinda thing.

So, as a coordinator haruslah kita alert kepada semua ini. Sebab customer(s) selalu betul.

Imejin kau ada 5 stalls. Setiap stall ada menu dan cara masingmasing. Dua stall serve no pork tapi still chinese owner. Kau kena arrange dimana these 90++ kids from 2 schools nak pergi makan. Dengan syarat, dua sekolah punya student mesti makan makanan yang sama. Dan stall itu semua mahu ada  portion student yang sama.

Here we goes, yesterday' incident..

I was confronted by the 5th chinese stall, in front of the students, their teachers, the other stall's owner and some public too. In the midst of me arranging the foods.
(ayat shorten supaya senang faham)

SA: Hey, macamana u bagi-bagi student?
Me: Hrm??.. (Remember I was confronted ketika busy.)
SA: How come u tidak bagi secara adil? Macamana kami punya bisnes oh begini?
Me: Miss, kami..
SA: Pagi bagi sana, tengahari bagi sana, jadi saya bila dapat?? Saya baru ada 15 voucher oh.
Me: Miss, begini. Ini sekolah melayu. Cikgu dia prefer makanan melayu. Next time bila ada sekolah lain, nanti saya akan bagi juga sama adil dengan miss dan stall sebelah ni.
SA: Itu murid ada cina kan? U bagi cina sama saya, melayu sama yang lainlah.
Me: Ehh, saya tidak boleh kasih begitu. Nanti balik sekolah student complaint makanan tidak sama. Kami punya deal sama sekolah semua student akan dapat fairly equal.
SA: Jadi macamana business saya?
Me: Miss, for this week, saya tidak boleh buat apa, ini cikgu dia yang tentukan makanan apa. Lagipun, ini nasib baik at least u ada juga 15 voucher dari student kami pergi gerai u, kalau tidak, macamana u mahu survive??
SA: U all should let the student choose their own stall mah.
Me: Eh miss, cannot like that oh. They're all KIDS. If they're given choice, they'll akan pilih lagi macamacam, nanti you akan serve lambat, nanti mereka lambat masuk kelas, it will ruins OUR PROGRAM. In the end, lagi tiada orang datang sini.
SA: So how?
Me: Macam ni lah. Next week, we have this St Joseph coming. We'll try to make a schedule that satisfy everyone. I'll hand u a copy of it once it finalized.
SA: Terus berlalu dengan muka tidak puas hati.

Ehh, dia tidak tahu saya punya tidak puashati macamana. ARE YOU SUPPOSED TO DO THAT?? APPRORIATE KAH BEGITU?? You confront saya di hadapan orang. At least, you should ask me first untuk cakap personal.

After that, saya cepatcepat settlekan food stuff tu. Naik atas terus mengadu sama HR Manager, 'Adakah patut dia cakap begitu dengan aku depan public, kak?'

Lepastu jumpa Za buat pengaduan sama juga, 'Adakah patut dia cakap begitu sama aku, Za?'

KakJima kata, abaikan saja. Buat kerja macam biasa. Dr Lawrence bilang pun jangan peduli apa stall tu cakap. Business is business mah. Za senyumsenyum suruh bersabar. Chill.

Sorrylah, you'll get no respect from me lah, aunty.

Ehh I malas nak cakap tahu pasal stall u, even public sendiri tidak pergi. If student are given the chance, they wont choose there juga, so what do you expect??

Ehh I malas ahh nak cakap hari tu I makan ChickenChop RM10++ tempat you langsung tak bagi pisau. Nak suruh I dengan Kak Tiny sliced isi ayam guna apa? Guna kapak??..

Ehh I makan dekat Pete's Corner baru RM9.50 lah weh siap dengan sauce sebenar lagi. Kau ada?? At the end saya dengan Kak Tiny bergilir guna pisau untuk makan T_T Boleh macam itu?

That was the last time I ate there. 3 Months ago.
I hope that stall success lah in the future. To my judgment, bukan salah kami kau tidak untung.

Oh by the way, the lady went jumpa our boss to complaint kelmarin. All KK Zone's TC was briefed. Yeah, we aware tentang ini. Saya explain/defend sebiji macam saya kata pertama kali kepada aunty itu. Petang, masa saya nak brief next week schedule, dia tiada pula. Eh, by the way aunty, me and the team tidak dirasuah atau dibayar untuk lebihkan mana-mana gerai, okay.

Kami bagi sekadar termampu, dan untuk menyenangkan kerja semua sahaja. Menfitnah itu dosa lagi besar dari membunuh, tahuu takk. Ehh lupa kau mana tahu.

K. Bai. Hati sungguh panas sampai pulang rumah sambung sesi pengaduan dengan Bob T_T




Thursday, September 22, 2011

Today Was Tough.

hey.

kau ada kawan?..
yang kau boleh cerita apa pun dekat dia.
apa apa pun.
even bila kau buat wrong choice.
dia masih disitu.
dengar dan menasihati.
bila kau jatuh, dia sambut kau.
bila kau rasa mau nangis, dia tenangkan kau.
orang yang kau boleh percaya.
cerita luar dalam.
cerita kenapa mengapa.
di akhir, dia senyum dan kata semuanya akan okay.
sooner or later.

semuanya akan okay.
semuanya akan okay.

aku janjikan kau hati aku.
bila hati kau rosak, feel free to use mine.


Ehh apa ni??..


Saya okay, insya-allah.
Harus kata insya allah di setiap apa pun,kan.
Jika Allah mengizinkan.
Jika Allah mengizinkan.

Semoga Dia mengizinkan.
Amin.

Retreat@Ranau:The Games [5]

16 SEPTEMBER : THE GAMES SESSIONS

First Game: Kick-a-goal. Tendang bola ke dalam gol.

 Second Game : Win,Lose or Draw, maybe that's the name.
Kena teka apa yang team member cuba sampaikan.

Third Game: Engage, Marry and Divorce. Participant need to do the action for categories mention.
Bila sebut Engage, buat macam gaya melamar. Marry, hand-to-hand macam second pic. Divorce, saling membelakang.

Ada forth and fifth games lagi; karom and caricari barang tapi saya tiada gambar yang itu. Phone lowbat kan. T_T Nanti saya try upload selepas dapat buka network Alung.

It was damn freezing outside. Gila sejuk.

Pemandangan luar restoran. Restoran ni tiga tingkat. Tingkat bawah ni lah semua aktiviti dijalankan, luas sangat. Pandangan hadapan menghadap seluruh Kundasang, sebelah kanan adalah tinggi tinggi Gunung Kinabalu =)

Kan dah kata sebelah kanan Gunung Kinabalu T.T HEAVEN.

CEO berabis suruh snap this photo and edit seperti dia sedang mengangkat Ieda di telapak tangan
So lame la, Mr Paul.

Keluarga bahagia nombor 3; Bea, Herman, Aimin. Pasal apa nombor tiga?
Nanti kau tengoklah sendiri, banyaaaak lagi gambar begini dengan 'keluarga' lain. T_T

Kasihan. Terpaksa ambil gambar sendiri. Berdikari betul.

Saya mahu cakap juga. Sesungguhnya gunung ini terasa begitu dekat di resort ini. Sampai nak kata, eh eh Lung macam dekat betul ni gunung kan? Jom jalan kaki pergi sana sekarang. SEKARANG!!..

WordsOfTheDay: Ehh, cantik kan cantik kan? Kagum tak? Tergoda tak?.. Rate saya kurang pasti lah, tapi maybe 286++ kot paling murah. Jalan menuju resort memang macam mahu pergi hutan, ehh memang hutan pun kan, tapi bila sampai tempat ni rasa berbaloi semua perjalanan kepala terhantuk di bumbung van itu. Owner restaurant pun tersangat helpful dan baik hati, sebab sangat bekerjasama dengan kami yang talkative-hyperactive ini.

:: Untuk lebih photo(s), boleh klik perjalanan menuju puncak, sesi photo, NationalPark dan Dreamworld.

After this, adalah entri/photos during bbq & karaoke sessions. =)





Retreat@Ranau: Dreamworld Here We Come![4]

16 SEPTEMBER: DREAMWORLD, HERE WE COME!!


Jalan masuk ke DW. The resort adalah di jalan yang sama dengan Mesilau itu.


Sesi menunggu untuk di check-in kan. Herman itu bertrip jadi bapa Aimin. Poyo.


Lunch time. Aimin tetamu kehormat.
Akan sentiasa nampak dia diapit, dipeluk, diangkat, didukung, di bawa bermain oleh sesiapa sahaja.


Saja saya bagi gambar yang menunjukkan bekalan makanan untuk satu malam itu.
Tapi sipi-sipi saja lah.

Bila Bob buka photo gallery, dia ketawa sebab most of the pictures taken saya akan buat mulut begitu. Macam si Alink. Well, if you can't make a cute face, make ugly one.

WordsOfTheDay: Ehh, tempat itu cantik lah. Sungguh!..*Buat muka convincing. Rasa bertambah perasaan tidak ingin pulang ke Kota Kinabalu. Rasa seperti ehhh aku ingin menjadi tanak kampung lah. Cewah.

:: Klik juga yang ini ya..
Boleh baca perjalanan kami disini,
our pit-stop photos disini,
National Park experience disini.




Wednesday, September 21, 2011

Retreat@Ranau: National Park[3]

16 SEPTEMBER: NATIONAL PARK.

Man, Daniel, Fendy & Edmund.

Hey, kau pernah pergi sini? I dont think so. Even saya pun BARU TAHU ada tempat ini.
It's a place macam information booth begitu lah.
But yang very interesting, it contains this..
.
.
.
A TIME CAPSULE YO!!..

Hanya boleh dibuka in the future. Ada dua capsule kan.
Yang dibawah itu buka tahun 2050. Kagum kan?..
Kunci box ini sekarang dalam simpanan arkib.
Damn. Terus saya teringat cerita 'Knowing.' T_T


Pergi breeze-walking di kaki gunung. Sejukkk.


Discussion di tengah hutan T_T


Sebelum meneruskan perjalanan ke Dreamworld.


Vun & Grace. The only photo yang nicely taken.


WordsOfTheDay: Ehh journey begini memang best. Semasa breeze walking itu terasa calm seja. Terasa seperti ehh saya tidak ingin pulang ke hutan batu sana. Konon T_T Ohh masa disini Aimin tidak ada kerana dia disimpan di dalam van sebab dia menangis dengan sangat kuat.






Retreat@Ranau: Photo Session [2]

16 September, Fri: Photo Session @ idontknowtheplacename

The idontknowtheplacename beautiful view.

Masa ni semua sibuk cakap; hey apesal panas?.. Bukan Ranau sepatutnya sejuk meh?
Jawapannya sebab kau belum sampai Ranau pun lagi.

Cubaan mengambil shoot gembira. Tapi tidak menjadi. Mungkin sebab tidak gembira. Hehe

Eh encik Kok punya pose. Hebat!..

Lepas shoot, semua busy tengok camera. Manatahu muka tersnap buruk T_T
Yeay, nampak gunung sudah.

Me, Ieda, Nita, Weedy,Kok, Za, Bea.

WordsOfTheDay: The buses team sahaja yang singgah sini. 13k dengan MrPaul lambat sampai. Mungkin sesat. Haha. This place awesome. Awesome lah sangat sampai kau tidak tahu nama dia kan? Masa ni semua asyik tahan si Aimin sebab takut dia ter-over excited melompat ke bawah T_T Tinggi bah tu.

: Boleh refer The Departure from Likas Square[1] juga.:

Retreat@Ranau: The Departure[1]

16 September, Fri

The luggage : Handbag and backpack.

Nita & Za : Waiting for budak lelaki untuk pick-up barang.

Lambat sangat datang, lastlast Nita angkat sendiri. Nita adalah SuperMom. Sungguh.

Berkumpul di Likas Square sebelum bertolak.

Nita sekali lagi jadi SuperMom."Budakbudak ni kalau kena suruh memang lambat" T_T

Cute little Aimin. Hey, dia hero trip ini.
You'll see his sweeeeet face everywhere, in every camera and photos taken (most!..)

Off to Ranau. Weehoo!!~

WordsOfTheDay: Eheh. We travel in 2 Kia Pregios and 2 4wd vehicles. Masa di Tamparuli, Mr Paul called KakJima ajak singgah minum tapi semua sudah breakfast terpaksa dia breakfast sendiri, bersama keluarga.

Ehh, all this photos taken from my phone. Belum transfer from tab lagi. Yang dari camera Alung and office punya saya tak larat nak tengok. Macam more than 500++, kot. Honestly, last year retreat punya photos pun saya tidak tengok sampai habis lagi T_T This trip's entry will be publish into 6 parts. Jadi, bersabarlah menunggu, okeh.

Jangan Beritahu Niah.

tolong jangan beritahu niah
bahwa kini tiada lagi cinta
yang kurasa pada sentuhannya
pada tiap buaiannya

tolong jangan beritahu niah
bahwa kini hatiku terbawa
pada sesesorang di sana
pada satu cinta di sana

bagaimana lagi yang harus kukatakan
bila aku tak mampu lagi berbohong untuk mencintainya
lalu apa lagi yang harus kukatakan
saat dia berjanji akan mencintai aku
untuk selama-lamanya
untuk selama-lamanya
untuk selama-lamanya

takkan sampai hati bila ku pergi..
meninggalkan niah melukai niah..
apapun yang akan terjadi nanti..
aku akan slalu ada disampingnya
aku akan slalu merawat niah di sini

semakin hari terbangun
aku memikirkanmu...

* Dengar lagu ni full blast volume di earphone memang WAJIB. Ingat zaman mudamudi teruss.* T_T

Tuesday, September 20, 2011

Irregular Participant(s).

Kok briefing student SK Penampang.

Saya ini memang penyabar. Paling sabar sebab itu mampu bertahan jaga zon KK dua tahun. Belum ada begitu lama neh.

Ada masa saya memang malas mahu jumpa orang. Rasa letih mau liaise face to face, by phone apa lagi. Lebih lagi kalau ada yang bercakap di telefon macam mau berbualbual sepanjang zaman neh. Ehh macam lah saya kerja befriender T_T

Kalau banyak sangat kerja, saya pass Fendy lah untuk jumpajumpa, walaupun public akan specified my name.

So, ada satu orang neh, last week dia ada datang cari saya, Nita interkom suruh keluar, saya minta Fendy urus sebab saya buat report. Masa Fendy consult dia, saya keluar pergi RC ambil kerusi sebab nak panjat ambil toner. Basically saya nampaklah muka orang tu kan.

Kemarin, dia call. Perbualan berlangsung dalam 10-15 minit. Berpeluh telinga saya. Macammacam lah dia tanya. Trainer siapa, apa qualification, sejukkah kelas, perlu bawa sweater kah, boleh suruh switch down air-cond kah T_T By this question, maka saya tahulah dia first timer datang kelas. Saya hint mahu quit the conversation, 'nanti after discussion with Fendy saya akan call balik', tidak pandai faham juga.

At the end dia kata petang nanti (kelmarin) dia akan cari saya. Saya kata saya habis jam 5 (padahal 5.30). Lepastu untuk elak terjumpa saya kata datang before 6.30pm pun still acceptable, terus dia kata outloud ehh tidak mungkin saya begitu lambat, I'll be there before 5.30. Oh My God.

Before 5.30, saya dah plan nak pergi punch out dulu lepastu keluar ikut pintu belakang. He he Bijak bijak. Ehh tapi nak pergi washroom dulu.

Lepas dari washroom, ter-automatic mahu simpan keys di RC, lepastu DAMNN ada sudah si Mr X. Remember I did mention saya ternampak dia haritu kan. So, saya cepatcepat jalan keluar RC, tapi sayupsayup saya dengar dia tanya..

Him : Oh semua sudah pulang ka? Fendy pun?
Nita : Ya, sudah.
Him : Si Noor pun sudah balik?
Nita : Ehh tu yang di sini tadi itu lah si Noor.

(Ahhhhh Nita niiiiiiiiii kannnnn.........Menci I..!!..)

As expected, terus dia panggil. Takkan I nak buat bodoh kan. Dahlah I rushing, bapa tunggu dekat bawah. Lepas tu, Mr L tanya mana lab, minta show tempat lah, minta direct tempat lah. Aduih, dalam 5 minit macam tu baru dapat lepas. Lepastu kunci saya terbawa masuk bilik, Nita interkom terus saya suruh dia masuk ambil, sebab saya mengelak lelaki tadi. Saya rushing mahu pulang.

Saya nice juga pada orang. But, bila orang wrong timing begini ni buat saya rimas. Tanya banyak soalan tidak berkaitan kursus. T.T Entah apa-apa.

Kesimpulannya; kalau saya curicuri pulang ikut jalan belakang tu maksudnya saya mengelak orang lah itu. Bukan escape okay.

Rem: Sometimes I dont feel safe with over-excited guy. Nasib ada Fendy. There was once, ada guy ni, a psycho guy I mean, dia sampai tunggu saya siap makan just untuk berbual. Scary ehh.

Third Accident In A Week.

Eh ini belum sampai entri Ranau Trip okeh..
.
Eh eh bukan entri raya juga.
.
.
Aduh banyaknya berhutang entri kan T_T

Sekarang project closure, sebab itu busy. Centre lain ended sudah, tinggal AMC saja. Apa-apa semua fokus AMC. Sampaikan report yang sebelum ini hantar 22hb pun bos tidak perasan, this month before 15 lagi dia tanya. Rupanya cheque sampai tempat dia sudah. Yalah, kan tinggal AMC Claim saja yang di proses T_T

Ohh sila abaikan perenggan di atas. Yang saya nak share ini tentang perkara lain. =)

Masa di Ranau, husband ada call bagitau Didi accident. Tapi tak teruk sangat. Masa tu dia naik Storm dia. Lepastu husband kata, nasib naik nenek kiput tidak tahu, kalau tidak memang dia marah lah itu kenapa cuai sangat.

Lepastu kelmarin, masa fetch mum dekat MUIS, mak kata Didi call. Dia mengadu nasib dia tidak baik minggu ni, dia kena langgar lagi. Nasib bukan Honda dia. Storm tu kena hit dari belakang. New Saga yang hit. Kereta dia okay cuma scratch sikit, tapi kereta si-pelanggar yang agak teruk. Lepas tu Didi kata dia tidaklah minta gantirugi, kasihan si-pelanggar. Si-pelanggar terharu sampai mahu peluk dia.

Lepas tu saya kata lah, suruh Didi sedekah-sedekah sikit. Dia kan running small business, manatahu ada hati tidak begitu baik selepas berurusan kan. Bersedekah lah. Sikit pun tidak apa. Saya pun selalu begitu. Walaupun duit kita cukup-cukup, tapi Insya-Allah jika hati kita ikhlas memberi, kita akan dapat ganjaran dari-Nya. Walaupun cuma RM1.

Once we reach Putatan, mum received call. (Oh kami siblings memang begitu, akan call mum sahaja jika ada emergency. Mum tempat mengadu, bapa tempat penyelesaian.) This time Ahai pula accident. Di Kinarut. Lebih kurang 500m before our house. Saya immediately call husband, mum call bungsu, bapa call Ainal, suruh pergi check Ahai. Sampaikan kami tidak jadi singgah beli ayam sebab risau.

Sampai Kinarut, yang pertama saya nampak husband pergi gertak budak yang langgar Ahai. Kereta Wira tu tersadai di tengah jalan. Begini, kereta Wira dan Kancil ni terlanggar dari hadapan sebelah kanan. That kid bilang adik saya makan jalan dia. Adik saya, being responsible, stopped immediately after the incident, on the same spot. That kid, teruskan pemanduan dalan 100m, before stop-reverse-and parking balik 50m from the spot.

Itupun dia stop sebab nampak adik saya berhenti. Kereta Wira adik saya masih di same spot, on HIS LINE. Okeh, cuma cermin sisi saja yang damage sebenarnya. Bila budak itu cuma larikan diri, nampak macam dia lah yang salah.

Husband protective betul dengan adik. Dia gertak budak tu sampai saya naik kasihan. Sampai bungsu pun ikut sama gertak, kalau kau tidak salah kenapa kau lari. Budak tu cakap dapat bayar RM30 saja. Imagine kau jadi budak tu, terlanggar kereta orang, lepastu dekat 10 orang ahli keluarga owner kereta yang kau langgar tu ada di situ soalsiasat kau, mesti kau pun panik gugup dan sebagainya kan.

At the end, bapa kata settle macam tu sahaja lah. Nasib both side safe. Bapa suruh Ahai and that kid bersalam. Supaya lepas ni tiada pula kes tidak puas hati. Kalau family kami, memang tidak adalah kes adegan pembalasan dan sebagainya. Let bygones be bygones kan.

The point is; Kalau tiada duit, jangan bawa kereta.

Monday, September 19, 2011

Satu Soalan Tentang Private Belog.

Hai peeps.

Happy Monday.

Seberapa reliable kah sebuah private belog??

Is it possible for anyone to view it unaccidentally??

Private sepatutnya hanya owner dan authorised user yang granted access to view kan??

Hopefully. I mean bila kita buat private belog, of course we have our own reason not to share with others kan?

Will update on Retreat's Report soon.

Ahh hate monday. T_T

Tambah hate lagi sebab tadi ada budak primary school di Lab 5 panggil saya aunty.

AUNTY??

AUNTY??

Goshh. Am I look that old??!!..

Thursday, September 15, 2011

Report Before Retreat.

Hi Peeps.

=)

Hari ini semua colleagues malasmalas sudah di office. Semuanya sebab RETREAT punya pasal lah.
Hew hew hew. Esok orang cuti, kiterang naik pergi Ranau seawal 7.30 am. Saya tidak bermasalah sangat sebab memang harihari pun kena reach office before that juga. 

The trip is for 2 days 1 night. We'll be staying at Dreamworld Resort, which I must admit I NEVER heard, seen this place before. You all pernah dengar? It's okay, boleh check the review here and here too.

Tentatively, esok kami akan singgah National Park before check in into hotel. The whole day will be spend at resort. Petang akan conduct games sedikit. Malam after dinner akan ada bbq and Karaoke. KARAOKE bebeh. Itu yang penting. Kami memang kaki-karaoke punya orang lah. Macam last year, sampai management of the hotel terpaksa advice kami suruh quit the singing activities =)

Just like last year, me and Za tidak tidur langsung. Kami borak sampai jam 4 subuh, kau.

On Saturday, we'll be visiting Tagal (been there before, tapi saya tak selamkan kaki sebab saya fobia ikan dan katak.) Wikipedia Ranidaphobia for details =) Will be head to Sabah Tea, Canopy Walk di Poring. Guess it would be so much fun. Ehh kalau tak fun pun I boleh buatbuat fun apa. I can be happy anywhere I go.

Dalam kemeriahan mahu ber-retreat pun sempatlah juga kami attend meeting. Macam tadi, saya agak busy prepare pre-management meeting report. Havent ate anything since morning. Tipu, I had Sausage McMuffin as breakfast bah pula tadi. Memanglah lapar juga, tapi tiada selera makan. Having sore throat and coughing since yesterday. Balik nanti takmau batukbatuk sangat, nanti husband tidak bagi pula pergi Ranau.

Happy holiday yang panjang, peeps. Have Fun.

It doesnt matter what place we go, it's whom we're with that matters. Ahh macam begitulah point entri saya kiranya.
Spot me do the shopping thingy T_T

I do look very pale without makeup T_T Mungkin harus ikut advice Hanis guna SKII (O_O)

Unbearable Desk : Full of workload and food.





Wednesday, September 14, 2011

Heart-throb Photo.


Gambar ni super kelakar. Rasa mahu gelak saja nampak =) Tolonglah ketawa bersama saya supaya saya tidak nampak gila ketawa sendiri. Plis plis.

Cute-cute little one.

Hai peeps.

Rutin harian encik suami adalah balik rumah keluarga di Kawang. Rutin mingguan kami adalah balik rumah keluarga di hujung minggu. It's fair kan, harihari we both meet our family =)

Bila balik Kawang, automatik saya dan Bob jadi uncle-aunty yang happy go lucky. Mana kau tidak terpaksa jadi happy-happy bila ada 5 kids disana yang craving gila for your attention. Kids by mean of 4 toddlers and one infant =) Memang hectic.

Introducing you the fabulous five. Eheh Boleh book jadi menantu ah.

Kak June & Abg Ilul's : Alif & Aqil


Nurul & Tola's : Amoi, AhChai & Aying.

Wada & Apek's : Afi


Amoi kata,'Aunti Dayah seja belum ada Afi kan? Nanti aunty kahwin lah cepat baru boleh dapat Afi.'



Husband's punya love.


Dibawah ini heart-throb saya. Sebab itu foto dia berskala jauuuhh lebih besar dari yang lain.

Aying is sangat ADORABLE. Dia jarang nangis and not so attention seeker. Bukan macam some toddler(s) yang kau kena layan main baba-chak selang 5 minit supaya tidak nangis. Aying, kau boleh letak saja dia depan tv, dia boleh steady duduk depan tv tengok program tv. Terutama BabyTV. Fuh, terus dia nganga khusyuk =) Tapi, lately dia dah pandai memanjat, so kena tengok selalu. Kalau tak nanti surpriseeee tiba-tiba seja di atas tangga. Ohmaigod.

Sudahlah dia ni pendiam seja. Nantilah bila sudah transfer photo dari tab baru saya show more of Aying pictures. Nanti dapat lah tengok muncung dia. Ohh sebab 2,3 menjak Aying ni suka buat muncung sama orang.

Yeah, if you cant make cute face, make ugly one. Kan, Ying?!

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers