Nuffnang Ads

Tuesday, September 27, 2011

Pelincir Di Stesen Minyak.

Semalam kami nyaris sesat mencari Taman Keramat. Nasib lah saya dengan Ieda. Malam saya memang buta jalan sedikit. Tambah lagi tahu sajalah area jalan di sana itu semua pemandunya pelumba formula one. Semua laju-laju seja macam mahu pergi mana entah. Tahu-tahu pergi Razz T_T

Kali pertama saya terlajak simpang terus ter-direct ke wholemart apa entah. Pusing pergi Karamunsing, dan cuba lagi. Ehh kalau kamu pernah jalan sana kamu tahulah betapa men-confiuskan nya jalan disana itu. Dengan u-turn lah, simpang lah apa lah, kali kedua pun saya terlajak simpang juga.

Terus teringat sesuatu. Tawakal sajalah. Bismillah..
Kali ketiga baru jumpa simpang dengan tepat dan selamat. Syukur alhamdullilah.. T_T

Masa kami caricari jalan itu, sempatlah singgah isi minyak di Esso itu. Lepas itu, lepas saya bayar di kaunter, isi minyak, teruskan perjalanan mencari arah, terus saya cakap dengan Ieda.

ME: Eh. Kau tau, di dalam kaunter ni gila lah. Ada jual pelincir.
IEDA: Oh memanglah kan stesyen minyak semua ada jual.
ME: Ya meh?.. Aku first time nampak neh. Adakah dijual di kaunter begitu.
IEDA: (Dengan muka hairan) Dayah, memanglah bah semua stesyen minyak ada jual minyak pelincir. Apa masalahnya pula??
ME: Bukan pelincir kereta itulah.
IEDA: Jadi??
ME: Pelincir untuk ****.
IEDA: Oh.

Nah, kamu faham?? Saya kepelikan sebab dijual di kaunter. Kondom memang lah dijual terbuka (tapi membeli tertutup, kot). Yang ini dalam bentuk tube gel, alah macam minyak rambut/pencuci muka punya tiub itu, tapi jenama DUREX. Nah, kalau Durex apalagi memang lah adult item brand kan. Dumex lain cerita lah kan.

Yang lagi weird, jenama KY Jelly pun ada T_T

Tiba-tiba saya teringat Esso itu berdekatan Razz-Ma-Tazz. Ohhhh okayyyyyy.
Kamu fikirlah sendiri apa maksudnya itu ah.


2 comments:

Cinoi Lavigne said...

Ohh Esso di depan Razz tu ke?? hahahaha

Dayz J said...

@Cinoi; iya T_T item itu pun pertama kali aku nampak, lepastu nampak lagi dijual secara umum begitu. Nahh surprise betul jadinya.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers