Nuffnang Ads

Tuesday, November 15, 2011

Kenapa Peminjam Susah Nak Bayar Balik Pinjaman?

Kalau tengok tv, mesti ada iklan part kacang lupakan kulit tu kan. Asking peminjam untuk bayar balik pinjaman. Selalu kita tengok PTPTN side sahaja yang bagi statement. Kata peminjam malas, tak mau bayar balik lah, peminjam lupa diri lah, bla bla bla. Why don’t they do some research KENAPA PEMINJAM TAK NAK BAYAR BALIK?!

Bayar perlahan-lahan, sedikit sedikit, pasti lama-lama langsai kan, I tak rasa pun peminjam ralat nak bayar.So here are my list on

KENAPA PEMINJAM SUSAH
NAK BAYAR BALIK PINJAMAN?!

1. Belum bekerja.
Kalau belum kerja, mana nak dapat duit kan. Sudahlah kerja susah nak dapat sekarang ni. Eh kerja senang nak dapat, tapi kerja sesuai tu yang susah.


2. Belum ada duit.
Tiada kerja, confirmlah tiada duit. Tapi ada yang dah kerja, juga tidak berduit. Banyak benda lain nak dibayar, contoh rumah sewa, ccm motor kereta semua tu. So, memandangkan belum berduit sangat, tangguhlah dulu. Kalau dah RM500 bulanan untuk bayar PTPTN, takkan after 20 puluh tahun, baru lah peminjam nak fikir kumpul aset beli rumah dan kereta. Kalau di KK neh, dapat gaji RM1200 tu kira bersyukur sudah tu.


3. Tidak Mampu
Ada kerja, tapi yang tak sesuai dengan kelayakan. Contoh, belajar ijazah tapi nak dapat kerja guna ijazah pun bukan senang. Tak tahan menganggur lama-lama, ambil saja mana-mana kerja, last last jadi salesgirl. Gaji salesgirl, kalau dekat area KK neh, baru RM300-500, mana lagi bayaran lain, keperluan diri lagi. Untuk survive kan, yang dulu didulukan, at last pinjaman PTPTN lah paling belakang di bayar. Kau sanggup ke makan bubur tiap hari sebab bajet makan dah salur ke bayar PTPTN. Sanggup?!


4. Pengurusan tidak mesra peminjam
Pengurusan patut buat satu unit (selain dari Unit Kutipan Balik,), bagi memantau dan menyelia bekas peminjam. Untuk menjawab persoalan peminjam. Jangan lupa anda menaja mereka yang belajar tinggi-tinggi, banyak yang tahu cara nak escape neh semua. Jangan pula sampai satu surat pun ambil masa bertahun nak di balas. Itupun boleh jadi alasan juga.


5. Sistem Pengurusan Kurang Cekap
Untuk memudahkan kutipan balik, PTPTN haruslah agresif sedikit dalam mencari peminjam dan minta mereka bayar balik. Contoh, mungkin PTPTN boleh jemput semua peminjam dari satu-satu negeri hadir ke satu seminar, di seminar itu ada bagi tahu macamana nak buat bayaran balik, ajar the first time dulu, selepas tu for sure tiada masalah dan alasan lagi. Buat satu session dimana peminjam dapat bersemuka dengan pihak PTPTN dan adakan sesi soal jawab.


6. Kesukaran Berhubung
Dalam era serba pantas ini, pihak PTPTN masih amalkan notis melalui surat. Kalau surat taksampai? Takkan terus saman kot? Sepatutnya hantar surat, trigger email, juga sms sebagai reminder dan sebagainya. Manusia memang mudah lupa. Lagi satu, kalau boleh PTPTN tolong lah buka cawangan di setiap negeri, untuk mempermudah sebarang urusan. Ni apa-apahal semua nak kena pergi KL. Saya nak tukar alamat surat menyurat pun di suruh download, print, isi dan pos ke KL. POS? Ada ke orang pos surat lagi? Dia kata tak boleh email, mesti pos juga. Kenapa nak kena kemaskini data lepastu nak pos lagi? Tak cool lah. 


7. Website Kurang Membantu Bekas Peminjam
Kalau tengok dekat website, tidak begitu mesra peminjam. Saya cadangkan PTPTN buat satu portal untuk bekas peminjam juga, seperti bakal peminjam. A portal where they can monitor their payment, a reminder if lambat bayar, monitor balance of payment, I think its crucial. For sure bekas peminjam urgently needed this portal since they’re gonna make the payment for a long period, I mean boleh sampai bertahun-tahun kan. So, nak pastikan peminjam bayar dan stick membayar to the end tu, PTPTN really need to work out the scheme.


Eh! No offend ya. Tolong jangan ada yang terasa. Saya berniat baik. My brother never get any letter too from PTPTN, he just happened to know dia kena saman dan blacklisted one day before dia pergi China hari tu. He already made full settlement for his diploma loan before the flight. Itu nasib lah orang mampu bayar THAT BIG AMOUNT in one go. Kalau tak?!


That is another point. Tapi hutang memang wajib di bayar.

2 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

ya mcm aku lah tu..hi hi laki ku nda mampu byrkan aku tunggu dia punya setel dulu..nah ini pn msk dlm azam aku jg byr sedikitsedikit tp nsb aku MARA seingt ku tiada bunga

Dayz J said...

Nah itu lah. Yang penting membayar kan. Aku pun start membayat pelan-pelan. Aku ada guna ptptn satu sem dulu, jadi aku kena bayar balik.

Yang aku kesal, aku email minta statement tapi nda dilayan neh. Tiba-tiba tengok web aku dah kena saman, sebab ignore 3notis.Masalahnya aku tapernah dapat apa-apa notis pun.

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers