Nuffnang Ads

Friday, December 13, 2013

Oh Melaka!

Salam dan hai,

Ni entri tertunda gila okay. Sebulan lalu punya cerita bah. Alkisahnya lepas balik dari KL tu kan sibuk urus delivery barang, pastu booth UMS, pastu Expo 1B, pastu urus Domestic Helper. Kahkahkah Sudahnya sekarang baru terfikir mau tulis neh.



Ha ah you, aku baru ja jejak kaki di Melaka di usia 28 tahun. Kesian sangat homaigad kan. Macam ni 7-11 Nov haritu kami satu family turun KL. Ada dua sebab, satu untuk attend konvo Ainal di PWTC. Satu lagi untuk lawat adik bungsu di Batu Pahat. Ha ah, adik aku yang konvo poli April lepas tu, dia sambung degree di alma matter cinoi dot com. 

So memang plan mau lawat dia, tapi apa kejadahnya budak bertuah ni seminggu sebelum tu pulang KK bagi surprise dekat mum aku. Aku ni time tu dekat Gaya Street belikan souvenir bagai untuk kawan dia di BP sana konon, sekali rupanya masa tu dia jejak kaki di kk sudah. So, jadilah trip tu trip hantar dia pergi balik kampus. 

Trip kami mula dengan Ainal duluan sampai KL. Dia memang duluan gerak dalam sehari dua awal dari aku mum dengan bapa, 7 hb tu pagi baru kami tiga sampai, jam 10 ahai sampai, jam 3 bob sampai. Mula-mula memang fokus urus konvo sama rehearsal ainal ja. Sabtu tu lepas ja konvo terus kami gerak pergi Melaka. Sebelum tu singgah makan kari kepala ikan dekat entah dimana tu. Hahaha

Nda pernah lagi aku on road trip sebenarnya ni, boleh tahan kematu juga. Macam Tawau KK tapi KL Melaka lagi syok sebab nda bosan. Kejap kejap ada RnR ya. Kalau di KK ni -- hahahahahahahaha! 

So, sampai lah Melaka. Nda banyak gambar (atau memang tiada langsung?), sebab fon low bat masa tu. Cuma terasa feel sebab macam 'oh sini pula yang dalam gambar tu', begitu saja. Malam tu kebetulan aunty Bob bawa jumpa. Memang Bob ada aunty di Melaka, nenek Bob pun memang selalu pergi Negeri Sembilan tengok another aunty there. First time lah diriku jumpa Aunty Faridah tu. Dia pun memang dekat 10 tahun nda balik KK ah.

Hah, masa ni lah kami naik Menara Taming Sari ni. Ya Allah-- aku ni memang penggayat jangan cakap lah okay. Masa dalam tower tu, aku asyik subhanallah subhanallah ja, cantik ciptaan Allah di Melaka ni, tapi tangan bergagar-gagar sudah kecut perut. Seronok juga sebab tiket tu termasuk dengan refreshment. Sempatlah kami bergambar ini ja diluar tu.




Cantik. Nantilah, Insya Allah pergi lagi Melaka. Ahai ada lagi 3 tahun sebelum grad, so memang kami jangkakan a lot of trip ke Melaka Johor lah this few years. Hohoho

Nah gambar. Tapi semua google. Hahaha





Midnight tu kamu pergi Jonker Walk. Tapi memang Insya Allah kami akan pergi lagi. Sebab a few thing we want to do tapi keadaan tidak mengizinkan seperti, mom was so eager to eat Cendol Durian Pulut kah apa tu di Big Clock tapi ramai orang, pastu kejam lagi orang sana tu, sudah nampak visitors luar stay lagi lama-lama sana, more than 30mins, apa salahnya bagi chance dekat orang kan? Sungguh tiada timbang rasa. Lepastu mau naik tu cruise kah apa tu tapi hujan T_T

Lepas tu aku lagi si bimbo -- 'Melaka ada pantai?'

Rasa mau ketuk diri sendiri. Kau dah kenapa? Sejarah tingkatan 3 kau dah lupa kah. Empayar Kesultanan Melayu Melaka noks. Bukankah Melaka maju ketika itu kerana adanya Selat Melaka -- banyak pedagang asing? *bitchslap*





Wednesday, December 04, 2013

Hi Arianna!

Salam dan hai,

Last two weekends aku open booth di UMS sempena Tamu Gadang.
Kedudukan booth area tu berdepan/next to Kompleks Sukan UMS.
Lepastu aku terbayang ;

Eh, di sini eh Ariana tu jumpa Kevin masa main bola tu?

Terbayang-bayang aku diorang lap-lap peluh konon selepas Kevin main bola,
tiba-tiba..

Damn! She's fake kan.
Lupa lupa lupa.
Aku masih ingat its a real story.

Arianna of Bvlgarigirl, you are such a talented writer.
I have to admit, I kinda miss your writing.
How was your 100 recipes challenge? Dah success eh?

Kalau cerita tu sebenarnya real, it would be awesome to know her personally.
I just wish it was real, maybe.

// The Truth Behind Arianna //

Tuesday, December 03, 2013

#Curhat #dakumohon

Salam dan hai,

Rupanya hati nda kebal mana
Pandai juga terasa bila orang berkasar
Pandai juga hati berkecil bila orang berkasar

Puas juga pujuk hati
Kasi sedap hati
Mungkin dia nda sengaja
Mungkin dia terlepas
Mungkin dia stress
Mungkin segala mungkin
Maafkan saja lah ya

Memanglah
Tapi hati tu tetap hati
Sekali terguris punya susah mau gilap balik
Macam mana pujuk pun hati tau itu hanya pujukan penyedap
Hakikatnya tetap hakikat

Daku minta hati ini redha lah
Daku minta hati yang tuhan beri pinjam ni bersabarlah
Daku minta lah tuhan jaga hati ini supaya jangan berburuk sangka
Daku minta lah tuhan lembutkan hati ini

Tuesday, November 12, 2013

Perasan menteri sekejap.

Salam dan hai,

Semalam jam 9 malam baru sampai rumah. Letih. Demam. Balik masuk bilik ampai beg mandi terus flat. Pastu terjaga kejap sebab Bob bagi Cool Fever sama Maggi yang aku craving sejak LCCT. Haha

Rupanya demam dan flu dalam flight ni sengsara gila kan. On flight kan nanti telinga akan berdengung dan sakit bila sudah take off, bila flu dan berhingus, tekanan tu macam stuck di situ tau. Ni hah telinga kanan aku ni masih tersumbat lagi. Jadi kalau bercakap dengan aku sila berdiri di sebelah kiri ya. 

Suara pun sarut (macam comel je) sekarang. Pening-pening lagi. 
Tapi aku ada appointment tengahari di Asia City, so mana boleh cuti.

Schedule penuh ja, macam perasan menteri diriku sekejap.
Last two weeks kan aku straight kerja sabtu ahad (dengan OT, of course)
Minggu ni aku ada teaching on Sunday. Then minggu depan ada booth di Tamu Gadang.
Minggu depan Ahad ada ekspo kerjaya di 1B. 

So aku mau buat checklist dulu.

15/11 Sunday : Blogging Skills at 8 am. 
16/11 Monday : Briefing Booth UMS
20-26 / 11 : Tamu Gadang - rarebyrara 
  • AMC Full time / Part Time
  • List out sellers with lot
  • List out sellers without lot
  • Check rbr stock
  • Order more blender
  • Layout booth
  • Meet rbr manpower


24/11 : Powerpoint Level 1
30-1 : Ekspo Kerjaya 1B

Okay sekian. Bulan 12 Ranau Trip sama family, syukurlah. 
Kerja kuat-kuat cari duit hoi.

PS : Siapa ada tips kasi hilang telinga tersumbat after flight ni? Share pls dong.

Monday, October 21, 2013

TipsInterview : Jangan Tidak Hadir


Hello,

Perkara don't paling basic sebenarnya bila kamu kena panggil interview ialah ;

1. Jangan lambat.
2. Jangan absent.

Jangan Lambat ya. Ada company sangat pentingkan punctuality. Aku ni nasib ja terlepas 3 tahun lalu. Kahkahkah Boss kami pentingkan ini. Dia boleh tunggu 5 minit tapi kalau more than that memang dia nda minat lah tu. Decrease point kalau lambat. My tips supaya tidak lambat;

(awkwardnya dengar ni dari orang yang tiap bulan kena potong gaji sebab lambat T_T Kahkahkah)

a. dua tiga hari before interview tu coba lah check balik tu tempat. Google kah, call kah minta full address. Kalau nda sure, pergi lah buat lawatan sekejap ke tempat tu supaya nda sesat kah apa nanti. Janganlah harini interview jam 9, jam 8 kau baru google kah apa kan. ehem.

b. bangunlah awal masa hari tu. interview jam 10 kalau boleh jam 6 bangun dah, jam 7 gerak dah. kalau boleh setengah jam sebelum tu kena ada sudah di tempat tu. sejuk juga hati interviewer tu.

c. jika ditakdirkan lambat juga, at least telefon lah balik syarikat tu, minta extend masa, atau inform terlewat. lebih baik inform daripada orang tertunggu-tunggu.


Ada lagi teruk. Langsung tidak hadir.

Nda tau lah macam mana mau cakap kan. Masing masing ada hal sendiri. Mungkin last minit boleh berubah fikiran, tiba tiba not interested kah apa kan. Its okay. 

Cumanya, inform lah bah kan. Be profesional. Aku sometimes bengang juga lah, penat penat kita telefon, arrange interview bagai, pastu sehari sebelum pun kita remind, sampai hari kejadian langsung nda hadir -- tanpa sebab dan alasan.

Lepastu seminggu kemudian baru call inform nda dapat hadir, asking for second interview.
So, kalau kamu lah, letak diri kamu di tempat kami, patutkah kita bagi peluang kedua? Atau kita kasi jadi rough paper ja resumenya ni. Kalau aku, kalau calon sudah call bagitau nda dapat hadir sebab blablablablabla, I think I can digest that, so bila you call back asking for second chance, aku pun nda lah malu bagitau boss ; ms, ni saya arrange for si polan, remember the other day she couldnt make it because blablablabla..? Now, she's ready. Nah, kan senang begitu.

So remember ya ; jangan lambat dan jangan tidak hadir tanpa sebab. Kbai :)

Wednesday, October 16, 2013

Terima Ja Semuanya.

Hello,

Pagi tadi aku cerita sama Bob pasal candidate yang datang interview ni ;

Me : Jangan lah bah sememeh macamtu kalau pergi interview, kan..
B : Jadi dia kena terima ka?
Me : Mana saya tau, tapi saya remark not recommended.
B : Ih. Nda boleh la begitu.
Me : Kenapa pula?!
B : Orang kalau calon datang patut awak terima ja semuanya. Jangan reject.
Me : Eh eh kenapa pula? Mana boleh.
B : Hish. Awak tu mau attend interview, nanti awak reject reject orang awak pun kena reject.

T____T


Ya Allah. Sabar ja lah aku. Kelakar gila hokay.


Takkan 10 orang datang 10 orang diterima. Kalau layak, Insya-Allah ada rezeki dia lah tu.
Kalau nda berkelayakan, kriteria nda ditepati, mana boleh di recommend.
Kalau aku recommend, aku nda adil lah begitu.


Pula tu untuk kerja together dengan aku, takkan aku pilih orang nda berkemampuan.
Ikut kan kesian memang lah kan, ada yang ada degree tapi kerja stesen minyak,
Ada yang ada diploma kerja cashier, kalau kriteria matched, memang kita bagi peluang.
Aku nda sekejam itu. Kalau ada yang tiada pengalaman tapi minat dan attitude kita boleh nampak sesuai, kita bagi chance juga. Boss quiry tapi saya ada justification kukuh kan.


Ni kalau terima semua sebab takut aku pula fail interview spa, agak-agak lah kan.

Laki siapalah kelakar betul ni? Plis lah.





PS : Doakan bah untuk interview daku hujung bulan ni. F41 PTM. Kalau ada tips, silalah share ke noorhidayah@amc.edu.my dong. Terima kasih. Mihmihmih :)

Monday, October 14, 2013

TipsInterview : Be presentable


Hello.

Aku ingat mau share lah benda-benda remeh macam ni di belog (kalau teringat). Haha

Hmm. Orang kata dari mata jatuh ke hati. Apa yang first orang nampak boleh lead kepada evaluation seterusnya dia terhadap kita. For me, nda salah invest sikit dan put some effort dari segi pemakaian untuk attend interview.

Apa kita pakai memang refleksi siapa diri kita.
Apa kita pakai di hari interview, show to future employee the effort we're willing to do.

------

Pertama. Baju.

Pakailah yang selesa, tidak menjolok mata lelaki mahupun wanita. Kalau private, nda lah formal sangat tapi jangan juga kasual sangat macam mau pergi piknik.  Sesuaikan dengan core business bakal majikan. Kalau pergi interview post guru tadika, pakai lah baju sopan yang kalau ibubapa nampak anda dia jadi yakin hantar anak ke tadika itu. Kalau apply post marketing, tahu skop kerja ada pergi keluar jumpa client, pakailah yang bila client nampak dia jadi yakin dengan produk kita. 

Tidaklah semestinya 3 pieces ; blouse, blazer, skirt ya. Bolehlah bagi nampak relax sikit. Kalau baju cantik, kamu pun auto-confident juga bercakap. Cobalah untuk pastikan baju nda kusut. Aku malas iron baju, hari hari pergi kerja pakai kasual sebab malas seterika. Tapi kalau interview apa aku nda lah sebongoks itu pakai kusut masai. Kahkahkah



 





Kedua. Kasut.

Selesa sudah pasti. Jangan terlampau tinggi. Again, kau bukan pergi club. No sandal please. Pakai flat boleh, tapi jangan lah too plain. Show some fashion sense juga bah. Kalau boleh, kasut senyap lagi bagus. 




Ketiga. Face and hair.

Hrm. Try to put some powder, blush and gloss on. Wanita lah, terutamanya. Eh memang wanita lah bah pakai mekap kan. Kalau mau bare face, ya boleh dong -- tapi pastikan mukamu flawless dan seriously ada natural beauty. Other than that, I dont think you should give any excuse. Penting ke pakai mekap? Ni hah aku cakap k, nda penting selagi muka kau sedap dipandang, tapi kalau muka kau jenis perlu banyak 'renovation', maka renovation lah sebelum ke interview. Bila kau mekap, it show yang kau jaga appearance, so it show juga yang kau ni marketable dan presentable. Kalau muka kau nda meyakinkan, macam mana kau mau yakinkan orang untuk kerja/deal dengan kau.

 




Rambut. Eh plislah. Do something asal kemas. Colour hair aku boleh digest lagi, biarpun warna dia colourful ada hijau merah sikit kuning sikit hitam -- asal saja masa interview kau kasi bun kah dia kasi ikat kah, nampak kemas, rasanya okay. Tapi kalau tahap rambut pun nda bersisir kusut masai, ditambah dengan bare face perlu banyak paitung, alahai.

 

 



-----

Pakai yang sopan dan kamu selesa. Bukan pakai mahal mahal atau cantik cantik, cukup asal presentable ya. Hrm. Ada bah satu calon part-time ni datang interview. First time aku tengok dia, hati aku berbisik (fuh berbisik tu), bukan domestic helper sudah full quota kah? Aku ingat dia datang untuk interview kursus amah. Tanjat macik. Rupanya untuk trainer. Pastu hati berbisik lagi, macam mana dia mau mengajar dengan keadaan yang nampak nda terurus ni? Ini kisah benar tau. Ada kah pernah kamu nampak cikgu sekolah pakai cincai. Kau cakap muka nda penting eh, appearance nda penting eh, tapi in reality aku yakin kalau lecturer kau pakai selipar jepun ja pun sudah kah rasa mau keluar dari lecture hall. Mihmihmih

Unless kau apply untuk post researcher kerja dalam hutan sinun seorangan diri nda jumpa sesiapa, maka yeah teruskan dengan keselekehan mu itu. So yeah -- be presentable. Nda perlu datang interview pakai baju branded. Asal kemas dan rapi, kira kalau kena ampai tepi jalan orang nda sangka kau cleaner kira okay lah tu. 





PS : Seriously aku hairan sama calon tadi tu. Meski lah ini part time. Tapi cant you dress any better than that? She's just my age okay. Aku ada lah hint tadi, persediaan dari segi apperance tu penting bila jumpa orang, aku harap she gets what I meant. Aku betul ni nda sangka. Dia ada degree tau. Tapi dress up level SPM macam tu, tak silap aku most univ/college sekarang memang ada bagi kursus grooming atau additional courses untuk interview/appearance ni semua. 

PSS : Aku pun bukanlah jenis kemas manjang. Ada masa muka memang sememeh juga. Tapi itu dirumah. Keluar rumah ja -- be presentable. Sebab teringat kalau tetiba terjumpa macik-pacik yang baru ja aku jumpa masa marketing minggu lepas dalam keadaan macam baru lepas beranak ni karang boleh tahan scary juga.  Lagipun kalau bini sememeh terlampau, malu encik suami dong. Sebab isteri adalah cerminan suami. Sekian. 


Credit Photo : Some grom Google. Yang lain by polyvore.com.


[ This is for sharing info je tau. Orang kata kalau benda tu rezeki kita, macamana pun tetap jadi milik kita. Tapi berusaha and buat more effort apa salahnya. Hihi Untuk ubati kecewa juga, kadang-kadang when you tried hard tapi still tak dapat the post, bukan bermakna u tak cukup baik, tapi mungkin apa company mau tu tiada pada kamu. Atau kamu nda fit untuk situasi kerja tu. No hard feeling. ]


Friday, October 04, 2013

Bolehkah lelaki dan perempuan jadi bff?

As Salam dan Hai,

Kawan aku cakap, perempuan mana boleh ada best friend lelaki. Memang takkan boleh. 
Aku gelak ja. Eh boleh lah. Siapa cakap nda boleh?

Tapi betul kah boleh?

Lemme share with u one story. Aku dulu memang ramai kawan lelaki. Masa-masa bujang bah. Minta pendapat, sharing story, gurau senda tepuk tampar. Macam adik abang. Tapi bila aku sudah kahwin, kesedaran sudah datang sedikit. Memang ada yang rapat. Tapi mana boleh aku sebagai wife somebody bercerita perihal diri (dan masalah, well who doesnt have one, right?) kepada orang yang lain. Membuka aib namanya. Lalu aku meminta pendapat seorang ustaz dan beberapa orang cerdik agama. Katanya, mana ada istilah kawanbaik antara lelaki dan perempuan, apatah lagi lelaki bujang sama wanita berstatus isteri. Gulp.


Ada benarnya. Akan menjurus kepada banyak perkara dikemudian hari yang kamu fahamlah sendiri. Jadi, aku berubah. Aku jarakkan friendship. Aku nda mau lagi mendengar cerita si kawan dengan gf nya. Kenapa? Sebab kenapa juga konon aku mau sebok hal orang, kan? Dia minta pendapat, aku bagi secara general. No more ym. No more email. No more whatsapp. Kenapa? Aku nda juga cheat. Tapi apa lah si Bob akan pikir kalau dia baca. Sebenarnya bual kosong saja pun. Bual macam masa bujang. Cerita pasal life kerja dan perkara macam tu. Bual kosong kawan kawan. Tapi aku bukan bujang. Jadi mana boleh begitu. 


Kepada yang faham, alhamdullilah penerimaan nya bagus. Ada yang sentap bahahahaha, terpaksa aku beritahu secara baik dan jujur. Nda mampu aku jadi kawan rapat kamu macam dulu huhahuha sebab aku berubah. Apa aku boleh tolong cuma doakan kamu dipermudahkan urusan, berharap kamu berdoa yang serupa untuk aku. Some of them (or most of them) sudah berkahwin kini. Kalau jumpa pun kami masih bertegur macam biasa. Nombor di telefon masih ada, tapi nda lah contact lagi. Masing masing pun sudah berubah jadi better person dan sama-sama mencari keredhaan.


Sekian.


Tapi still perkara yang bahaya adalah the exes. Sebolehnya janganlah berkawan baik (atau rapat) dengan ex. Sebab takut akan dikalahkan oleh kenangan lalu kalau iman goyah. Kalau berpisah secara baik, mungkin tiadalah masalah besar sangat. Kalau berpisah secara kurang baik, nah kemungkinan dendam tu masih ada. Kalau cerita dulu nda kesampaian?! Nahh, itu lagi bahaya. Peratusan besar sparkle akan tercetus. 


Elakkan. Ingat diri. Kalau nda boleh ingat diri, ingat Allah. 



Mau juga bah tapi..

As Salam dan hai,

Sekarang aku jeles betul. Jeles lah sama kawan-kawan yang sambung master. Uwaa, sa pun mau bah. Tapi nah ada sudah tapinya.

Bidang kerja aku sekarang buat aku rasa degree tu macam rendah masih. Semua orang ada degree. Banyak yang ada dan sedang ambil master. Ada yang baru umur 24 sudah tengah tengah Master. Ada yang sebaya aku habis phd sudah. Aku sedih lah.

Sebab aku banyak jumpa trainer yang apply part time sini currently tengah ongoing master dan phd. Seronok tengok diorang masih bergelumang sama research, library, assignment sebagainya. Banyak ja yang ambil part time teaching sini. Gaji nda besar tapi kalau pengalaman yang kamu cari, Insya Allah ada lah. Lagipun mengajar ni macam kau give back to society bah. Sharing benda yang orang mungkin nda tahu.

Aku voice out benda ni sama Jani. Terus Jani  macam jomlah Dayz. Sama-sama kita. Okay fine. Blahlah kau Jani. Kau bujang okay lah. Lagipula kau cikgu. Diriku ini cuma kerja private yang semua sedia maklum berapalah sangat berbanding kudrat kau kerah. Eh eh why so emosi one.

Setelah dikenalpasti, inilah halangan dalangan nya (?);

1. Prioriti. Halatuju dalam hidup buat masa ini bukan ini kot.
2. Sibuk coba bina keluarga.
3. Financial. Sebab #2 banyak guna ni.
4. Kekangan masa.

Aku coba lah menyelitkan tapi nda nampak ruang kosong. Sibuk tidak juga tapi occupied it is.

Tapi sokay lah. Diucapkan selamat majujaya kepada kawan-kawan yang sedang dan akan sambung master phd. Didoakan semoga lancar studynya. Doakan juga aku pun ada chance :)





Wednesday, October 02, 2013

Rambling Selasa

As Salam dan hello,


Tadi balik dari outing baca nih sikit ; Mia Sara sudah 8 tahun pula. Eh eh dah besar. Samalah macam Amoi. Aku lupa people do grow up. Haha


Last week aku kan bercerita sama Nurul.


Nurul : Pasni aku mau register Amoi sekolah sudah.
Me : Oh. Dimana lah lepas dia SmartReader ni?
Nurul : Darjah 1 sudah tu Dayah. Terpaksa urus cepat.
Me : Wha..? Berapa umur Amoi tu? Kenapa dia Darjah 1 pula?
Nurul : 7 tahun bah sudah dia tu tahun depan.
Me : Eh, bukan 5 tahun ka baru? Oh itu tahun lepas.
T_____T


Foine. Patutlah mulut dia potpetpotpetpotpet ja selalu macam orang tua.


Cakap pasal Mia Sara pula. Beberapa minggu lepas aku baru potong rambut.
Rimas okay panjang dan lebat. Bila pakai tudung rambut tu membonjol besar.
Aku potong pendek sikit. Sampai rumah mentua, budak-budak nampak Aunty Yaya diorang ni,


Amoi : Eh eh Aunty Dayah macam Mia Sara lah. Kenapa potong rambut?


Vavavava, kemain pembodekan cakap diriku seperti Mia Sara. Rambut je kot. Pastu kemain tanya kenapa aku potong rambut. Dah macam boss aku pula. Plis lah Moi.


Cerita lain lagi. Kamu tengok AF? Aku jarang. Firstly tengok aku memang nda berkenan sama Aishah. Sibuk sangat bagitau dia adik Aliff Aziz. *tangan di bahu mata ke atas* Tapi setelah tertengok berapa kali, ok fine suara dia sedap. Better dari abang dia. Hahaha Yang okay sana tu Aishah sama Nona kali kan. Irmisa macam tergelincir juga kadang-kadang. Tapi ehem yang Nabila kah tu yang nyanyi lagu Tomok tu, alahai menyanyi macam kita nyanyi nyanyi di karaoke tu. Macam tiada passion mau menang T_T


Sekian terima kasih.


Tuesday, October 01, 2013

The Other Exam Day

As Salam dan hai,

-cerita bulan lepas ni-
(update mana tau boleh membantu orang lain yang baru mau attend exam)

Just my random ramblings of them exam I attended lately. Quite worry of the result actually :

1. Section A is scary. Dalam part ni touch banyak pasal IT. I am not IT practitioner. My job is not 100% IT based, so I honestly angkat bendera putih lah. I really dah lupa banyak benda (theory) since grads -.-'

2. During my uni days, our lesson, assignment, project, exam or any course related were in English. So, having this exam in Malay was very challenging. Terms memang kelakar and confusing bila di melayukan.

3. Tips di seksyen A : 50qs in 40mins. So, try jawab soalan yang kamu tahu dulu. Skip yang nda tahu. Bila sudah sampai qs 50 bru start balik soalan yang kiv tadi.

4. Seksyen B is math. 40qs in 30mins. No calculator are allowed. So, macam A tadi, jawab yang senang dan kamu tahu dulu, skip dan tandakan yg susah dan perlukan pengiraan.

5. Seksyen C adalah esei English. Pilih satu tajuk yang kamu ada banyak point. Try to jot at least 6 points. Start elaborate from the point. Insya Allah cukup.

Ni perbualan aku sama KakTiny;

Me : Kak pergi exam tu?
KT : Ih nda lah Noor. Macamana kau tau aku ada?
Me : Aku kan ada detail semua di SPI. Mihmihmih
KT : Hahaha siapa lagi pergi?
Me : (sebut sebut nama)
KT : Oh. Susah bah tu. Kau tau soalan dia memang susah gila.
Me : Macamana kakak tahu?
KT : Aku ni tiap tiap tahun kena panggil exam. Memang susah, Noor. Kau pernah?
Me : IT nda pernah. Antidadah ja.
KT : Memang bikin bingung lah. Tanya coding sikit, database sikit. Aku ni berapa tahun sudah ikut.
Me : Jadi kakak pass la?
KT : Kalau aku pass nda lah tiap tiap tahun aku kena panggil kan.
Me : Ya juga. Hahahaha

UPDATE : Out of more than 15 my close friends attending this exam, only 2 of us passed it. 

saya rasa.

Just now,

Mr P : Noor, selasa better kita buka booth Gaya Street. Macam dulu itu.
Me : Hah?! Selasa? Selasa bila? Gaya Street Sunday mah.
Mr P : Haiya. SAYA LASA bah bukan selasa. Saya lasa saya lasa bah.

T____T

Monday, September 30, 2013

Niat Baik Tapi..

As Salam dan hello,

Aku suka sebenarnya tengok Astro Channel 720 tu, betv ka apa namanya tu, selain 393 la. Tapi tiada sudah channel tu sekarang. Jadi masa scroll scroll info tu selalu la ternampak channel guide 726 juga. Baru ni ter tengok tu cerita A Better Life.

Lelaki tu imigran Mexico kali, tinggal sama anak dia. Hidup diorang memang susah tapi ada rumah lagi. Part yang aku tengok tu, mula mula dia kena buang kerja. Dia ni pekerja rencah ja. Boss dia buang dia sebab boss dia mau tutup business diorang and jual trak tu. Masa jobless tu dia sama-sama jobless-man lain lepak di satu simpang tu untuk tunggu kerja. Nanti kalau ada yang perlu pekerja diorang akan ambil mana-mana dari sana. Sampai petang dia tunggu tiada pun orang ambil dia kerja. Dia pulang, lepastu dia pergi loan sama adik dia untuk beli trak bos dia tu, niat buka business sendiri. Adik dia bagi pinjam la duit simpanan anak dia. Pastu, esok dia pergi la start cari kerja (offer trak service) sama orang. Dapat lah job ambil buah. Dia ajak lelaki tua yang dia jumpa di tempat jobless kemarin tu. Sekali masa dia panjat naik pokok tu, lelaki tua bawa lari trak dia. Oh My.

Ya Allah. Sedih gila okay. Susah payah dia cari duit beli trak tu sekali kena curi oleh orang yang dia trust. Sudahlah niat dia baik, mau kerja trak service supaya boleh bagi perhatian sama anak lelaki dia.

Another story. Channel 729. Lelaki ni jobless juga. Dia sama anak lelakinya. Mula-mula dia call kawan dia mau pinjam duit, tapi kawan dia just hang up je. Anak dia lapar. Pastu dia masuk 7E dan rompak bun. Pastu kena tembak. Niat dia baik tapi itulah.. cara salah.

Terus aku rasa;

1) bersyukur gila. Terima kasih Allah. Hidup ni banyak cabaran tapi selagi kita meletakkan kebergantungan hanya pada Allah, semua jadi mudah.

2) doa dan harapan ja nda cukup. Usaha kena ada. Harga minyak naik sekarang, aku nda boleh paksa kerajaan kasi turun harga minyak, so usaha aku setakat ini adalah kurangkan perbelanjaan lain dan tambahkan income. Instead of blaming, I'm changing.

So, aku berdoa semoga urusan aku, kamu dan kita semua dipermudahkan. Kurangkan mengeluh. Mengeluh tu memberatkan perkara-perkara kecil. Kalau nda mampu senangkan urusan orang, jangan pula menyusahkan. 

Semoga kita semua diberkati selalu :)

PS : Kawan aku pernah cakap. Hidup ni dan komen komen kita melambangkan diri kita. Pernahkah kamu jumpa orang yang dia rasa semua orang tu baik ja? Kenapa dia rasa begitu? Biasanya mesti sebab dia pun baik juga, so perkara pertama dia nampak dari orang lain ialah perkara baik. 

Friday, September 27, 2013

Resolusi Konon.

As Salam dan hello,

kalau tengok sekarang kadar kekerapan aku mengupdate belog ni memang hazab lah kan. Berselang sampai 10 hari gitew. Sebab-sebab tu ada lah seperti berikut ;

(ceh macamlah ada orang kisah T_T )

1. ultimate reason adalah sibuk. entah apa yang disibukkan tapi memang occupied selalunya. di ofis lagi lah sibuk, dirumah buat buat sibuk. haha

2. ms office aku di rumah adalah collapsed ye kawan-kawan. dek kerana kebongokan dan kegelojohan 11 tingkat diriku yang tanpa sedari menginstall ms 2010 dan ms 2013 di laptop sama jadi selepas few months baru dia collapsed. masa collapsed baru perasan ada dua version ni. last last both nda boleh buka dan terpaksa uninstall. belum sempat install balik lagi. so, no ms word at home and tak dapat ai nak buat stock write up macam selalu. dedikasi sungguh ya siap ada buat stock write up lagi konon untuk belog sendiri. *_*

Itu saja pun alasannya.

Cakap pasal #2 tu, sebenarnya aku selalu dapat idea mau menulis tu dirumah. so adamasa aku memang karang dirumah dan publish kemudian ( tempat mempublish tidak dinyatakan untuk keselamatan kerjaya dimasa akan datang). jadi, tanpa ms word tu aku memang sedih lah. sebenarnya boleh ja pun kan install writer buat sementara. tapi belum install lagi. 

aku memang kagum dengan entry si Lina sebenarnya. dia selalu tulis kisah hidup dia dulu-dulu. kenangan-kenangan gitew. aku pun banyak juga mau tulis tapi idea ada tapi nda tertulis tulis lagi. mungkin jadi rahsia lagi bagus? tapi benda tu bukan rahsia pun. kahkahkah

aku pun nda pernah tulis lagi macamana aku jumpa si bob. perlu ke? siapa lah mau baca? siapalah diriku ini.  hahaha jarang bob buat penampilan di belog ni, aku pun jarang tulis perihal rumahtangga atau how we live our life. tak seronok kot. having people judging on my life..? err i dont think its cool. :)

because, based on apa yang orang nampak masa orang jumpa aku sekejapan pun sudah orang nilai diri daku dengan tidak adil. so apa lagi kalau baca belog ini dan cerita merapunya oh. cuma, adalah yang aku dengar dan sedikit tertawa kerana agak lucu -- tapi aku rasa ianya agak comel gitu -- ; that we're not planning of having baby because i dont want to (because they think i am workaholic). erm, but dont you think its the other way around? I am (trying to be) workaholic because its so stress to think of what you're missing, so you turn out to the things you enjoyed the most? That is WORK.

Well I dont expect you to understand :)

Okay. back to the original story. so, aku plan untuk buat segmen lah. setiap hari isnin aku akan (mencoba untuk ) tulis sedikit tentang my past time. aku pernah mengajar tuisyen selama hampir 6 tahun. kamu nda tau kan?  pernah sekali budak bergaduh bertumbuk tampar, pastu aku join sekali lempang dua-dua. ohmai, harap-harap parents diorang nda terbaca belog ini. that was 7 years ago kot. aku rasa budak haziq qayyum sama daemon tu pun belasan tahun sudah sekarang. aku tunggu tunggu juga masa tu kot lah esoknya bapamama diorang datang saman aku kah apa, tapi tiada pula. alhamdullilah diriku selamat sejahtera.  tapi budak tu sayang aku kot, lepas kena lempang dia bertapuk dalam tandas, tapi dia mau cakap sama aku seja. dia say sorry cikgu saya tak sengaja bergaduh tadi. 

aku memang garang, aku tahu. tapi aku penyayang kot. amboih, kemain puji diri kan. pernah juga aku marah diorang amoi aling achai tu tapi belum pula lagi diorang benci aku. tapi yang aku perasan, lepas tu sejak tu diorang nda berani mau nakal sama aku.  hahaha 

okay sekian. kamu tunggu lah isnin depan kot kot aku ada taip kisah tu. *konon*

selamat berhujung minggu.

Beat my score pls.

As Salam dan hai.

Biarlah simpan ja dalam hati. Malass mau cakap.

Skipped. So... kamu tahu ka harini GOOGLE ada bagi game di google search.
Game dia senang;

Pukul bintang guna kayu [space button] untuk kasi keluar gula-gula.
Sesuai untuk stress reliever. Sebab boleh imagine bintang tu kepala orang yang kita teringin mau ketuk.

So, selepas entah berapa kali mencoba, ini score aku;




Pastu mengadu domba la sama colleagues konon I champion, beat me please, konon. Sekali diorang punya score lagi tinggi-tinggi. Kong hajo sangat kan. Menipu lagi bilang 300. Konon konon lah sangat ah Man.


PS :  Game pukul benda ni aku rasa macam asal dari Jepun kot. Ada pernah aku baca dalam Shin Chan. Tapi nda tau apa nama.


Friday, September 20, 2013

Cobaan Buka Kereta

Salam dan hai,

Semalam aku temankan mum pergi Giant. Bapa outstation. Sebelum Giant, singgah makan di warung-warung open space sebelah Giant Putatan tu. Lepas makan, aku suruh mum masuk dulu, aku mau simpan tapau dalam kereta.


Sampai di kereta, aku tekan alarm. Bunyi tapi nda terbuka. Eh? Cuba lagi. Bunyi tapi nda juga buka. Aku try lagi. Eh kenapa ni. Alah, nda kan alarm rosak. Bunyi pun sayup ja. Olohh janganlah rosak :( Aku pergi belakang kereta mau tengok lampu hidup nda bila tekan alarm. Mungkin bateri problem ni. Eh eh. Wait a minute..


Tengok sebelah kiri. Eh?!


Ok bai lah. Ini bukan kereta aku. Kereta aku selang satu kereta lagi. T________T 


PS. Patutlah aku rasa pelik kenapa ada kereta di tepi aku ah. Bukan aku park paling hujung kah tadi. 
PSS : Yang aku coba buka tu kereta orang lain. Gila. Sumpah sebiji kot. 
PSSS : Syukur Alhamdullilah kejadian di malam hari. Harap-harap lah semua orang butakan mata masa tu.



Friday, September 06, 2013

Hello Sept (lah sangat)

As Salam dan hai,

And so, mum and dad balik sudah from KL sending the little brother. Their trip was like KL-Melaka-Batu Pahat-Melaka-KL. I'm sad that I missed the trip. :(

Reserving the AL for Nov.

So, I keep kasi ingat mom ; dont cry there lah. Nanti the brother will feel sad (?). The truth is, none of us ever stay from home this far. Aku belajar dulu pun tinggal hostel tapi di Lintas je kot. Gila dekat hokay. Pergi shopping groceries di Wawasan pun siap terjumpa bapa aku. Haha Didi pun rumah sewa di area Menggatal during Poli years, but yes masih area KK kan. Ainal ja nda pernah stay hostel, dia memang home-type. Nevel rebel of trying to live away from parent. Dia memang peliks. Takpe.

Tapi ini Johor kot. One week before tu, my dad memang bising lah, sebab dia masih lagi sibuk di restoran. So bapa bising lah sebab dia belum packing, apa-apa dokumen pun entah siap kah sudah belum. Jadi bapa aku warning dia mesti balik rumah at least 2 hari sebelum jalan. Terpaksalah dia pulang. Kahkahkah

Ni one week sudah dia mulakan kehidupan baru di BP. Harap-harap dia okay. Aku rasa dia okay. Cuma aku risau dia belum switch on student mode dia. Dia kan lepas habis study sempat kerja construction few months, lepas tu convo last April terus tolong di kedai. Aku dengar dia yang selalu pergi pasar urus bahan mentah di pasar, buka dan tutup kedai hari-hari. Jadi aku rasa dia memang susah mau switch on student mode dia. Yang aku lucu (dan kasihan), masa dia di sini, dia memang driving. Aku nda rasa dia pernah pun naik bas. Ni di sana terpaksalah naik bas. 

Semalam mak tanya. Ada Ahai telefon kah? Aku cakap tiada. Ada juga diorang mom call, tapi dia nda sambut kalau sambut pun cakapnya kejap ja. Aku bilang mungkin busy dan mau sesuaikan diri kot. Tapi dia call adik aku, terus mak aku terkejut. Kenapa dia call? Didi bilang, Ahai call dia kasi ingat aku untuk bayar bil Astro restoran, sama bil karan, bil air semua. Itu ja.

Jauh-jauh dia sana dia call kasi ingat suruh bayar bil astro restoran?!
Nda apa lah. 4 tahun bukan lama. Insya-Allah nda terasa. :)
Macam Ainal lah. Dulu 4 tahun lepas dia pegang beg aku masa aku convo.
Tahun ni dia pula convo. Memang nda terasa pun.

Jadi aku tinggalkan kamu dengan gambar dipinjam dari FB bapaku. Bapa sama mak memang kuat main FB. Kuat update status. Sepanjang di KL, malar mentag aku sama bungsu. Mau kasi jeles minum coconut shake ah tu. T_T

See, padahal aku nda ada pun ikut. Ipar aku betul betul ingat aku di KL.


Ni aku perasan adik post tengah malam. Rindu main wifi di shesa lah tu. 
Perasan hot ramai orang mau add wechat dia. Please lah. * tangandibahu, matakeatas*




Wednesday, September 04, 2013

Lelaki tolong pegang beg?

As Salam dan hai,

Kehkehkeh

Pagi tadi bah, di hotfm ada topik ini ; lelaki pegangkan beg wanita, macho or hancus?
Antara komen best-best;

Isteri dah jaga kita sepanjang hari. Takkan jagakan beg dia pun kita tak boleh?
Saya ok je. Takde masalah. Kadang-kadang bila isteri beli handbeg, dia siap tanya saya lagi, ngam ke tidak. Isteri cakap, nanti abang juga yang pegang kan kan.
Awak pegang beg isteri tu pegang kat tangan ke kat bahu? Eh, kat bahu lah.

Okay. Gila sweet kan.

Tapi aku honestly nda pernah suruh Bob pegangkan. Gila lawak hokay. Bukan sebab apa. Kesian tau. Macam aku, isi beg aku memang banyak dan berat. Bob pernah pegangkan sekali, dia bilang berat macam beras satu kampit. Isi beg juga poket doremon. Beg kecil, isi tak terkata. Bob memang give-up kalau aku suruh ambil barang dari dalam handbag. Nda dia terjumpa barang tu. Hoho. Kadang manas dia.

Tapi. Purse aku kan ladies girly girly habis. Hello Kitty punya kepala besar tersembul. Haritu, masa aku masuk hospital, Bob pegangkan purse. Pastu, dia cakap lah, purse ni bah, bikin malu saya saja. Besar betul kepala hello kitty ni.

Kesimpulan aku, Bob jenis nda kisah if he has to. Tapi pastikan nda berat, nda penuh dan beg nda corak yang memalukan dia. Kehkehkeh



Friday, August 30, 2013

Severely : Hongki & Mina

As Salam dan Hai,

Aku terminat tengok We Got Married (Global) ni sebab si Mina ni comel.
Pemalu ni.

I dont know tapi dont you think this is sweet?
Tengok video ni.
Aku rasa Hongki ada suara yang sedap dap dap

Oh lagu ni tajuk dia Severely by FT Island.
Mina ni artis Jepun, Hongki pula Korean's FT Island
Nda, FT Island ni sebuah band, bukan yang menari-nari ya
Diorang dikahwinkan olok-olok dalam rancangan WGM
Bukan serius kahwin lah, cuma diorang live together dan buat aktiviti sama under one roof,
I dont think they sleep in the same bed, rancangan ni dirakam ya,
Yang kita nampak berdua ja, tapi jangan lupa ada cameraman dengan crew sekali sana :)

Lagu ni sedap dan touching.
Ni lirik yang telah diubahsuai oleh Hongki untuk last day diorang as husb-wife.
Mina pun pernah bagi surprise main piano lagu ni.

Enjoice.
Jangan fall in love ya.

Hongki sang to Mina on last day

Mina sang to Hongki as a gift 


--
When Mina was born
I didn’t exist in this world
When Mina was growing up
I lived without knowing
When she heard my song
She didn’t know who I am
When I was going to meet Mina
I didn’t know you
I feel like you’re the only one who finds me
I’m always looking at you
What should I do? I can’t live without you
Terribly so terribly
I loved you
The word goodbye is so difficult
That makes me to hesitate
Without opening my mouth
Terribly so terribly
I’m getting over you
Deeper than the wounds
You stay in my heart

I can’t erase you
--






Tuesday, August 27, 2013

Pengambilan Terbuka Pelatih JPSM - Pembantu Domestik





As Salam dan Hai,

Ambil ruang sedikit untuk ini :)



Generally;

Tempoh Kursus : 2-9-13 hingga 31-12-13 ( 4 bulan sahaja)
Masa kelas : 9 am - 4 pm sahaja
Peluang Pekerjaan : Domestic Helper or Hospitality
Venue Kelas : AMC The School of Business, Likas Square
Tempat Tinggal : Likas Square Condotel
(AMC and LSC under one roof je)








Benefits (personal opinion) :
1. Elaun RM500 sebulan. Dibayar setiap hujung bulan, bukannya selepas tamat.
2. Tempat tinggal disediakan. Likas Square Condotel tu. Siap ada swimming pool. Jeles ah.
3. Set uniform disediakan. Lawa uniform neh. Ada aku nampak. Macam chef punya. Jeles lagi.
4. Medical checkup is on AMC. Maksudnya, med checkup ditanggung pengendali kursus.
5. Makan minum disediakan. Seriously disediakan.
6. Silibus menyeluruh dan siok. Aku sudah baca jadi memang best. Ada ajar masak lagi. Cara jaga baby lagi.
7. Jadual kelas tidak ketat. Ni aku pun sudah go-through. Memang nda stress kursus ni. ICT 7 jam lagi stress kot =.="

Pandangan peribadi (coba untuk tidak bias)
1. Walaupun dalam bahasa harian, domestic helper ni consider maid, tapi peserta tidak wajib jadi maid after tamat. High possibility boleh diserap ke sektor perhotelan.
2. Jangan pandang rendah pada maid ; ada yang gaji 500 tapi makan pakai tempat tinggal ditanggung, banding gaji 800 tapi mau bayar rumah motor makan pakai semua, siapa untung kamu rasa?
3. Tukar pandangan sisi kamu. Kalau tidak jadi maid, offer jadi helper di tiap hujung minggu pun boleh. Banyak sudah kita yang ambil pembantu rumah untuk weekly atau monthly basis sahaja (macam kami, hahaha). Sekali datang RM50 tu, 10am to 4pm lagi.

Jika anda berminat, atau boleh tolong spread dengan saudara-mara, ini yang anda perlu;

Bawa bersama dokumen asal/salinan berikut;
1. Mykad & Surat beranak
2. Sijil Akademik & Sijil Kemahiran (jika ada)
3. Salinan Mykad & Surat Beranak Ibubapa
4. 1 keping gambar passport

dan hadirkan diri anda dan kenalan anda pada / ke ;

Tarikh : 28/8/2013, Rabu
Masa : 8.30 am - 4.30 pm
--
Tempat : Tingkat 13, Wisma Bandaraya
Kota Kinabalu.

(Wisma Bandaraya sebelah King Hotel di Bandaran, tempat banyak bas area Padang Merdeka tu) 

Tips : Pastikan dokumen lengkap / bawa alatulis / pakaian sopan dan kemas pls :)


Wisma Bandaraya


 Untuk pertanyaan boleh call office : 088 235 218 (Ieda or Anita or Noor)
Atau kalau malas bercakap, silalah sms/wechat/line : 014 958 4245

Thanks in advance :)
Mungkin ini tiada manfaat bagi kamu, tapi mungkin sangat bermanfaat bagi orang lain, jadi spread kan :)




 


Monday, August 26, 2013

Are you sure you wanna hear the answer?

As Salam dan hai,

The other day, during kenduri, the grandma asked me :

" kenapa kau nda sambung belajar di KL dulu, macam Ahai? "

Hahaha aku gelak dulu berabis k.

Isn't you were the one yang dissapproved me? As far as I can recall, I was thinking to do packing that time, ready to kickstart my life in a new environment, and you came and said NO. Bukan kah?

You said to me, belajar dimana pun sama sahaja, that we didnt have much money to send me there. Bukan kah?

I remember that.
I always remembered that.

Because I remember how I cried at night looking at my shattered dream. Keep on thinking, why am I the one yang selalu kena sacrified to satisfy your heart.

And that lead to my rebellious days and grumpy face when you were around. Because I just think that someone whom left us to be with another man doesnt deserve to get a piece of my life, and even my heart.

But its okay.
The past is done.
It doesnt matter now.
Thats the reason for the fake-smile and less-smile faces of mine.

Itu saja.
Jadi aku memang malas mau cakap hal lepas secara berdepan. Jadi, aku bermohon janganlah tanya soalan yang kamu pasti nda suka dengar jawapan dia. Janganlah coba menyemarakkan api yang sudah malap ya.

My bad. My mistake.
I sincerely apologize.
And youre forgiven.

:')

Ps. Janganlah judge saya. Anda tak  walk in my shoes :)

Thursday, August 22, 2013

MustReadBlog: Ondscene.my

As Salam dan Hai,

Kalau kamu mau tau betul betul raw article dari journo,
Especially wartawan bahagian Kemalangan/Jenayah,
Kamu boleh refer satu belog ni ; ondscene.my
Blog abang sham ni banyak bagi maklumat berguna tentang pemanduan.

Gambar pun terang sebab dia sendiri yang ambil, unless stated otherwise.
Kamu baca dan nilaikan. Semoga kita semua lebih berhati hati di jalan raya.
Abang Sham ni kalau tulis memang ringkas padat tapi menusuk kalbu.
Memang menginsafkan.

Lepas tu, kamu jangan ketinggalan baca komen.
Komen dia kebanyakan semua menarik dan bernas.
Nampak sangat yang reader blog ni matang.
Kadang kadang keluarga mangsa pun komen disitu.

Insya-Allah tiada gambar ngeri ngeri sangat.

Aku paling ingat satu komen tu, lupa exact entry nya.
Dia bilang, satu cara berhati hati di jalan raya adalah dengan
mengenalpasti tabiat pemandu lain.
Walaupun nda kenal, tapi dari cara dia memandu, kita boleh agak pattern pemanduan.
Contoh, kalau kereta tu dipandu tersangat laju potong sana sini,
baik kita jauhkan diri, tendency terbabas tu 0.001% ada.
Wallahualam tapi kita berhati hati.
Begitu juga, kalau kita nampak kereta ni potong kita tiba-tiba tanpa signal, baik kita jauhkan diri
dan letak extra alert ; sebab pemandu ni akan ada tendency masuk mengejut dan brek mengejut.

Yang ni aku setuju.
Beberapa tahun lepas, sebuah wira dipandu laju memotong aku di hadapan LSC secara berbahaya,
aku nda jiwa muda, jadi nda lah aku berminat mengejar, masa tu hujan,
dalam pikiran sudah ada analisis ;
driver ni sudahlah hujan bawa laju lagi memotong lagi, macam bahaya ja dia ni,
beberapa minit kemudian, aku limpas depan Sabah Port,
aku nampak kereta wira merah tu di tepi belukar terbalik ke atas berasap,
pemandu dia sedang merangkak keluar dari kereta tu,
aku berhenti pun aku boleh buat apa kan,
jadi aku teruskan jalan sampai depan bulatan tu ada trafik,
aku bagitau trafik tu sana ada kereta kemalangan
itu saja

Jadi, sama-samalah kita hati-hati.
Lagi satu, elakkan menyumpah orang di jalan raya.
Kena potong sikit, terus menyumpah,
hrmm no good no good.

Lagi satu,
Nanti kalau kamu sudah baca blog abang sham tu,
dan kamu rasa blog tu baik, berguna dan berkualiti,
bolehlah transfer sedikit sadaqah untuk pembangunan blog tu ya.

Nanti lama-lama bila kamu jadi pengunjung setia,
kamu akan perasan tu mid-month memang akan bandwidth exceeded,
ondscene.my tu blog persendirian,
harap kamu boleh lah bantu sedikit untuk kebaikan bersama ya :)

My Thoughts : Genting Highland and Mesir

As Salam dan Hai,

Kemalangan di Genting tu memang scary.
Aku pernah sampai GH 2 kali.
Satu kali bermalam, satu kali return trip.
Tapi both times pakai kereta sendiri.
First tu sama diorang Elma, Kerel drive.
Second tu May lepas, dua kereta kami, adik sama Boy yang drive.

Jalan sana memang curam bah kan.
Kalau tengok bas pun memang seriau ja rasa.
37 nyawa tu terkorban.
Semoga keluarga yang ditinggalkan tu tabah.
Betul betul tabah.

Semoga yang cedera tu cepat sembuh dan pulih.
Semoga yang terkorban tu tenang di sana,
Takziah dan mari kita sedekah Al-Fatihah kepada dua mangsa yang beragama Islam tu.
Semoga diampunkan dosa dan diterima semua amal kebajikan dimuka bumi ini.

Its a sad night last night for us Malaysian.
Juga tidak lupa, titipkan doa kita buat saudara seagama kita di Syria dan Mesir,
marilah berhenti menghentam kerajaan kerna
kita rasa mereka tidak memberi bantuan (macam yang kita mau),
kita nda belajar lagi bagaimana menghadapi krisis begini,
mungkin keutamaan kerajaan sekarang adalah untuk menyelamatkan rakyat kita disana.

Ada pula ajak berdemo membantah keganasan di Mesir,
Tapi itu bukan penyelesaian, sayang.
Nanti sana bergolak, sini ikut bergolak,
patut kita kukuhkan saf dan berdoa banyak-banyak

Aku baca rakyat disana sangat menginginkan Syahid :')
Macam ini .

Wednesday, August 21, 2013

gdsjht is getting married

As Salam dan Hai,

Selain bvlgarigirl, aku minat baca gdsjht.

Serius aku suka. Sebab selalu orang brag di blog about their so called perfect life, ootd, boyfie semua yang best best. Jarang sungguh ada yang brag kesusahan mereka. But, gdsjht is one of them.

Kalau baca kisah gdsjht ni memang kesian. Datang dari keluarga berantakan. Kehidupan seharian memang berkais-kais lagi, aidilfitri tu apatah lagi. Tapi tengok dia survive memang best. Dari zaman dia rebel, gig, club sampai habis study, kerja dan sekarang mau kahwin dah. Dari zaman cinta kecundang, mentally physically abused sampai sekarang jumpa si lelaki hebat. Ya, u heard me. Gdsjht is getting married. How time flies.

Ni blog Awin : gdsjht. Bacalah. Ambil iktibar. Bukan semua orang hidup sempurna jalan hidup lurus dapat apa semua dia mau. Paling penting, dont look down on others. Hari ni jalan hidupnya mungkin tak sebaik kita, tapi sekelipan mata dia boleh jadi jauh lagi sempurna dari kita, jika Allah mengkehendaki.

Best of luck Awin. Mungkin mimpi buruk Awin sudah berakhir. Mungkin ini masa untuk Awin hidup bahagia. May God bless you, Awin :)

Awin - FynnJamal - Juna - Err (bf awin kot?)
Source : Instag FynnJamal


Friday, August 16, 2013

FridayRambling : Si Miskin dan Si Kaya

As Salam dan Hai,

Kita ni manusia memang nda lepas dari masalah. Dan kesilapan. Mungkin kesilapan tu lead to masalah. Masalah tu juga ujian kecil. Allah mahu kita ingat Dia. Mungkin kita terlupa Dia kan,

At times,  I do really feel LIKE I wanna give up. I wanna quit. But I cant. Usually, when I emotionally unstable, I turn to my girls. Bercakap, curhat, giggles macam dulu-dulu buat aku lupa we're a big girl now. Though semuanya adalah bff, tapi aku nda boleh tipu ada certain favourite girls. Ehem. Sebab ada benda ada certain girls ja yang paling faham. Why? Baca sini. So, hahahaha..

Few weeks ago. I remembered I called some of them for help. Less in 3 hours, I got all I need. I would never forget those who helps me when I'm at bottom. Forever. 

Tadi, aku terbaca di melvister, lepastu terklik yang ini, baca komen komen tu betul betul aku rasa kerdil lah diriku dan masalahku ini. Rasa macam aku ni drama queen gila. 

"Tanah yang kami duduki adalah tanah perkampungan.saya seorang surirumah suami saya bekerja sebagai buruh gaji sebanyak RM300,saya ada 2 orang anak.Anak saya pertama dah habis sekolah manakala anak saya seorang masih tadika."
"salam saya ibu tunggal..dan mempunyai anak 11 orang..tapi tidak mempunyai rumah. "
"ibu tunggal kepada 3 orang anak.pendapatan kasar saya ialah RM600 sebelum.saya belum mempunyai rumah dan hanya menyewa sebuah bilik"
"Saya sebagai warganegara malaysia yang telah berumur 57 tahun sudah tidak tahu lagi bagaimana hendak memohon untuk memiliki rumah lagi kerana sudah beberapa kali memohon tetapi tidak berjaya"
Sumber: melvister.com 

Hrmm. :(

Syukur alhamdullilah, aku masih ada kerja, masih ada suami, masih ada ibubapa dan keluarga, masih ada kawan-kawan yang boleh bantu bila aku jatuh.
Syukur alhamdulillah, ada rumah berteduh ada kenderaan untuk mencari rezeki.
Syukur alhamdullilah ya Allah. Kami manusia ni kadang terlupa.

--

Teringin juga jadi macam Pak Rozak sama Bu Saroh. Hidup sederhana tetapi kaya agama. Cuba kamu tengok Si Miskin dan Si Kaya di Astro Prima tu. Lucu tetapi banyak pengajaran tu. Keluarga kaya tu kaya gila tapi tamak dan cetek ilmu agama. Keluarga si miskin memang miskin tapi solat nda tinggal, mulut menyebut Allah nda lekang. Nenek si kaya di selamatkan keluarga si miskin, jadi dia bawa si miskin tinggal bersama si kaya, dan coba terapkan nilai agama dalam keluarga sendiri. Easy approach tapi berkesan. 

Ada satu babak awal-awal tu, masa nenek si kaya hilang, anak nya cuba untuk kasi pindah warisan keluarga tanpa si nenek tu. Tapi peguam tu nda mau bersubahat :

keluarga si kaya : pindahkan saja, pak peguam. bukan ada sesiapa tahu.
peguam : saya ngak mau subahat. tiada yang tahu tapi Allah tahu. saya tidak mahu dipersoalkan di akhirat kelak.
keluarga si kaya 1 : loh, urusan akhirat itu belakang. yang dunia didulukan.
keluarga si kaya 2 : ya pak, lagipun akhirat itu belum tentu ada.

Kelakar tapi astaghfirullah hal azim. Coba lah tengok.

Keluarga miskin ni keluarga Pak Rozak dan Bu Saroh lah.
Beberapa hari lepas, babak dia camni :

si nenek kaya tu pergi melawat saudara di singapore. jadi si miskin ni dihalau oleh keluarga si kaya. baliklah diorang pergi rumah lama, dirutin asal. ingat, diorang ni simiskin kain pagi makan pagi. anak dia empat orang, kerja biasa ja. jadi bapa dia kerja jual kaligrafi keliling kampung. lama sudah diorang nda makan, satu hari ada rezeki jualan, diorang pun beli lah makanan. baru mau makan, ada jiran datang. jiran pun miskin, jadi diorang ajak jiran sekali makan. tapi si jiran cakap kalau dia makan kesian anak-anak dia dirumah. jadi diorang bagi semua makanan sama jiran tu. haha tapi aku kurang setuju pula. patut bagi dua lah kan, sama-sama dapat. lagipula, aku pernah terbaca lah, lebih besar pahala kalau bagi keluarga sendiri. (betulkan jika aku silap ya). habis keluarga tu tanggungjawab pula kan. macam, nda berapa sangat pahala sedekah kalau ada hutang belum lunas (?). betulkan jika silap.

tapi keluarga diorang memang hebat.
jualan nda laku, tiada orang beli, bapa dia ucap alhamdullilah.
kena buli kena apa semua, alhamdullilah.
anak-anak kena tindas keluarga kaya, alhamdulillah.

hebat dugaan bagi orang yang hebat imannya kan?





Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers