Nuffnang Ads

Tuesday, December 25, 2012

Tips Menghadapi Monday Blues

Assalammualaikum dan hai,
 
Ehem. Perkara paling berat bagi yang bekerja pastinya masuk kerja pada hari Isnin. That's why ada term Monday Blues. Lebih lagi macam christmas dan new year tahun neh, both hari Selasa, so maknanya kena datang kerja Isnin tu lagi. Macam bikin geram kan kalau sudah sedap sedap cuti Sabtu Ahad tetiba Isnin kerja lalu cuti lagi Selasa.
 
Aku jarang juga ada monday monday blues segala. Di kebanyakan masa aku semangat ja mahu pergi kerja setiap Isnin. Isnin kan permulaan minggu. The beginning of new story of a week gitu. Ahh skemanya lah sangat. Kehkehkeh
 
Tipu ja. Kadang pun aku kena blues Isnin ni, sampai ada rasa mahu MC je. Hahaha Tapi, marilah kita share sama-sama tips mengelakkan kesuraman pada hari Isnin sekaligus to avoid Monday Blues :
 
Satu
Dress to kill. Pakailah baju cantik cantik. Kalau boleh, accesorize biar meriah sikit. Sikit ja tau. Jangan over.
 
Dua
Berpakaian luarbiasa. Maksud disini, pakai diluar kelainan. Kalau orang biasa nampak kau pergi kerja pakai formal pants with black blouse, ini masanya untuk bertukar(!). Cobalah padankan blouse itu dengan skirt. Kamon lah, you all punya fashion sense is definitely better than me. Titik.
 
Tiga
Pilih warna menyerlah. Pakailah baju kerja dengan stricking colour. Oren tu over lah. Try blue. Baby blue or turqoise. Jangan pilih warna gelap suram. No dark blue. Pilih warna segar okay. Sebab bila warna tu segar, automatik kau pun akan rasa fresh gitew.
 
Empat
Keep yourself interesting. Check jadual mingguan kamu. Pastikan kamu aware apa aktiviti kamu, emphasize pada aktiviti yang buat kamu gembira. Contoh, dalam minggu tu kamu ada 2 meetings dan 1 meet-up sama kawan, emphasize keseronokan meet up tu, supaya adrenaline kamu rushed sepanjang minggu.
 
 
 
Lima
Planning a week earlier. Jumaat sebelumnya tu, before balik kerja, list outkan kerja yang pending dan letak di tempat mudah lihat, supaya thats the first thing you see when you come back to work on monday. By keeping yourself occupied, kamu akan lupa kebosanan itu.
 
Enam
Buat buat lupa its Monday. Need to explain more?
 
Itu sahaja. Itu lah aku praktis. Kita ni manusia biasa ja pun, adakala seronok ja kerja, adakala malas juga kerja. Tu kalau hyper-excited work 24/7 sepanjang tahun tu aku rasa robot lah tu. Atau no social life.
 

 

Menegur Itu Ada Caranya

Assalammualaikum dan hai.
Baru baru ni, aku nampak lah dekat instagram ni, seorang user upload gambar seorang wanita berhijab, baju lengan panjang dan long pants tapi semuanya agak ketat dengan caption ; hanya membalut aurat bukan menutup.
Inapproriate.
Wajar kah kamu rasa cara itu? Mungkin betul kata kata dia, dan dia mungkin berniat baik, tapi aku rasa cara itu salah. Kalau niat baik mau menegur, silalah cakap baik baik dengan perempuan itu kan. Mungkin boleh berkata, ‘dik, saya rasa pakaian awak kurang sesuai sebagai wanita berhijab.’ Kalau segan, memadailah didoakan agar terbuka hatinya untuk menutup auratnya dengan sempurna.
 
Bukan dengan curi curi snap gambar si wanita, upload ke instag, ajak kawan ramai ramai kutuk kutuk cara wanita itu. Nonsense. Fikirlah, kamu sedang memalukan perempuan itu. Apa perasaan kamu kalau adik, kakak, ibu, saudara wanita kamu pula dibuat begitu.
Well, aku nda cakap nda boleh tegur, cuma ada caranya. Kalau dibuat cara begitu (upload ke instag dan kutuk), kalau perempuan tu nampak, pasti dia malu kan. Kamu nda rasa kamu buka aib orang kah begitu? Sudah tentu dia akan defensive, kalau yang baik hati sikit pun paling dia mesti cakap, ‘terima kasih’ in a sarcastic way.
Kalau di instag, fb, twitter dan sebagainya lagi senang cerita. Lets say, kamu nampak kawan kamu upload gambar yang kurang sesuai, what should you do? Immediately taip something harsh and comment ke? Let everyone know you so concern and clever to offend someone’s life? No way. Private message lah orang itu, katakan yang kamu rasa gambar dia agak kurang manis. Kalau dia terima, insya Allah dia akan remove gambar tu. Tapi kalau dia jawab kasar kasar atau lagi teruk screen-shot teguran kamu dan upload pula, let just say ini memang jenis orang yang ego dan nda suka ditegur, next time tak perlu tegur dia, cuma didoakan sahaja. Atau remove, unfriend, unfollow terus lagi baik. Daripada kamu sakit hati sendiri, nanti terkutuk dia pula, dapat dosa lagi, baiklah kamu jauhkan diri.
Sekian kbai. Tegurlah dengan niat yang baik, bukan dengan niat menunjuk-nunjuk baik okay.
 
PS : Lelaki yang menegur kepoh kemain di atas itu punya instag penuh dengan gambar dia dan gf freehair berpeluk sakan. Amboi.
 

Tuesday, December 18, 2012

Watson's Pore Pack

Assalammualaikum dan hai,

Aku ni punyalah suka pakai pore pack di hidung. Pastu kalau pakai, nda asi pakai satu kali. Mesti mau pakai sampai 2,3 kali berturut. Kenapa? Because I know that blackhead whitehead segala are still there! *kamon dont hide from me blek-hed wait-hed*

Irritating much tau tau.

Sudah pakai nanti aku mesti analisis tu sheet to look berapa banyak yang tertanggal. Paranoid betul kan. Nda tahu lah kenapa daku begini. 1 box (10 sheets) tu untuk 3 kali pakai ja. Aku ada stock sampai 30 sheets plus tau. Gila nda gila kan. PS : Aku pakai seminggu dua kali ja, tetapi sekali pakai sampai 3. Kahkahkah

Tapi paling bagus aku rasa Watson's yang merah bata tu. Cepat kering, dan kuat sikit dia tarik compare to Biore punya. Kadang-kadang aku pakai untuk letak di atas bibir bawah hidung dan bawah mulut sekali, sebab sana pun ada tu annoying blackhead.




I knowww, gila kan? Kahkahkah, harap harap tiada effect lah hoh.


Hey, aku baru tahu kalau mau lebih efektif, stim kan muka terlebih dulu. Hrrrm, will try after this . Review boleh dibaca disini : Watson's Deep Cleansing Pore





Saturday, December 15, 2012

Newtown School Shooting | 20 kids were shot

Assalammualaikum and hai.




That's what I thought. This is saddening ;(

Few hours ago, a 20-year old gunman came to a school (Sandy Hook, Connecticut) and shot 20 kids and 6 adults to dead. Sekolah itu adalah sekolah untuk kanak kanak berumur 5 ke 10 tahun, juga tempat dimana ibu suspek bekerja. Suspek terlebih dahulu menembak ibunya di rumah sebelum memandu ke sekolah tersebut dan menembak mati yang lain. Dua wanita (teman wanita dan rakan suspek) juga dilaporkan hilang. Suspek akhirnya menembak dirinya sendiri. Turut terkorban adalah pengetua sekolah (yang sempat menghidupkan alert systems) dan kaunselor sekolah tersebut. // source cited below
 
Sedih betul sebab mangsa nya adalah kanak-kanak yang tidak berdosa. Difahamkan, (most) kanak-kanak yang di tembak itu adalah dari kelas dimana ibu suspek sepatutnya mengajar. Kenapa lah macam tu kan. Apart from Gaza, lets pray for the parents who lost their childs in the massacre, semoga diberikan ketabahan luarbiasa hadapi semua ni. They said, nobody has thought that could happen in Connecticut, its the safest place in America.
 
My heart goes to the victims. Rest in peace. For whom has lost their family in the tragic massacre, stay strong.
"It's just a terrible tragedy. Twenty babies, along with six adults. I just wanted to come here and pray.I'm not a regular at this church at all. I'm not even Catholic, I'm a Muslim, but it doesn't matter right now." (Ergon Selmani, 23)
 
"We heard pops, you know, gunshots but we're not going to tell that to 5-year-olds so we said we're going to go to a safe place and we read stories, we kept them calm, we stayed in the room til there was banging at the door and that was the police. We said we're not really sure but we're going to be safe because we're sitting here and we're all together." (Janet Volmer, Survival) 
 
Untuk melihat live twitter report : click here | From Twitter Report

Source :
1, 2, 3


Kecilnya Dunia

Assalammualaikum and hai.

When I talked about my past, I hope nobody hurts.
I just want to share some story je.

Few years back, I had a big fight with this one girl.
For some, I guess you know why lah kan :)

Recently, I just found out something funny.
Lets just say, I know her and her family because we're quite related.

Case 1, during our Pizza Day Out, okay fineee not our, only me and another bff,
I happened to see her wedding photos (remember, we're quite related?)
So, I just spoke with Adeq, and show her the photos, she looked at me, puzzled.
She said a few infos, and I said yeah I think so, why?
She told me, that girl was her staff back in Bestmart days.
Whoaa! I shocked. My former hatred was my bff's staff before?
They knew each other?

Case 2, I saw a mutual friend of us 'like'd my another bff's photos (of us).
I thought maybe her schoolmate or what. The next day I saw bff's carrying that mutual friend kiddo.
Whoaa! Apa ini? It turned out, that mutual friend was my bff's husb' first cousin.
Whaaat? Apa ini apa ini apa ini??

Who would have thought these.
Who would have thought that these could happened.
Adeq was one of my big supporter during my down time.
Aku terkejut lah dia tak pernah nampak muka orang tu.
Seriously aku takpernah bagi nampak meh?
Tapi aku macam pernah tanya whether dia kenal or tak, since Adeq pun ada saudara di sana (me too, but.. ahh nevermind lah)

People in case 2, I am quite sure I never asked her, but I think she knew the story,
Sebab masa tu banyak yang pinjamkan telinga dan bahu untuk aku, banyak yang bagi sokongan sama aku, so aku pasti people #2 ni tahu.
Aima pun tahu ni, tapi ingat ingat lupa la kali, sebab lama sudah kan.

Aku pun terkejut lah sebenarnya. Sebab I did not expected this.
Banyak benda aku tahu after that, and sebenarnya kami ni dekat sahaja.
Tapi tak pernah berjumpa.

Paling kelakar, aku rasa macam ni,
I've seen her photos, she's saw mine,
We've known each other voice,
knows each other location, each other house, each other siblings,
but never bumped into each other?
Pernah plan mau jumpa tapi tiada 'rezeki' jumpa (kalau jumpa kali pasti berantakan, kahkah)
Hafal suara, sebab tiap minggu berteriak satu sama lain.
But yet we never met? Really?
I am so very sure that we have must been met before somewhere, tapi kita tak sedar.

Lagi kelakar,
it was four years later for me to know these.
My point is,
berhati-hatilah dengan siapa kamu membenci, memaki segala, you'll never know what's gonna happen in future :)

I've wrote about this kind of thing (with different girl) too before in What a small world.
Happy Reading. Eh eh eh, dont judge please. Alahh, just judge me je lah.
Siapa lah yang tak pernah messed up kan?

Tuesday, December 11, 2012

Macam ada secret admirer

Wah tajuk. Jangan gundah gulana, tidak ada sesiapa yang berskandal disini.
 
Assalammualaikum, dan hai.
 
Sebenarnya aku tertarik juga mau cakap pasal benda ni. Lama sudah. Tapi susah juga hati kalau kalau ter offend orang lain kan. Oh, kamu perlu tahu entry ni inspired dari blog Sepet, pasal jual beli online.
 
Aku neh suka juga lah beli online, perasaan masa parcel tu sampai macam ada secret admirer bagi kau hadiah, yang kau suka lagi tu. Ceh, padahal sendiri beli beh. Kahkahkah Tapi itu pun depend juga. Kan online ada postage fee lagi, murah pun kalau sudah campur postage fee tu aku rasa sama juga sama harga asal di kedai kali ah.
 
Balik pada cerita Sepet tu, dia tu pun menjual juga dari online, tapi aku faham maksud tulisan dia tu. Kadang-kadang kita ni (as a customer), rasa syok sangat dah nak beli barang dari si penjual online ni, add lah dia dekat facebook kan, nanti kita tanya 'berapa harga', dia jawab lah 'check pm k'. Pastu karang tetiba je update status macam ni,
 
Asyik tanya harga tapi tak beli
OR
Mau beli, beli ja lah, ni banyak songeh pula.
OR
Please lah customer, ingat kau sorang ja pelanggan aku.
 
 
Pffffft. Sombong siot der. Kau sudahlah jual barang, kutuk-kutuk customer pula. Kau memang lah nda mention, tapi sentap juga mana-mana buyer yang baca kan. Memang lah kan manusia ada hati perasaan juga, tapi kau penjual kau dapat untung, lain cerita lah kalau barang tu percuma giteww kan. Bagi aku kau sakit hati cemana pun dengan buyer kau, diam je sudah. Tak pun, create separate FB account. Satu memang untuk urusniaga, yang untuk add add buyer. Satu lagi personal punya, yang mana kalau kau memaki sekalipun cuma kawan-kawan kau yang faham diri kau je yang dapat baca.
 
Ada lah a few yang jual barang yang aku suka dan rasa ingin nak beli, tapi bila aku tengok how they merungut about their customer, segan pula aku. Ada yang terang-terangan tulis dia bengang bila customer takmau bagi testimoni, bagi aku itu kan hak masing-masing. Bukan semua suka publisiti. Yang paling bikin takut, kalau kau whatsapp ke sms ke apa, tetiba itu dijadikan testimoni tanpa pengetahuan kau. Entahlah. Kalau aku, aku taksuka kot macam tu.
 
Kadang kita ni kena beringat, bila buyer beli produk kita, maksudnya mereka percaya kita. Jadi, menjadi tanggungjawab kita sebagai seller untuk jaga kepercayaan itu dan nda buat sesuatu yang boleh aibkan buyer. Wahhh, KITA konon. Macamlah aku ada berjual online.
 
Tapi nda semua online seller begitu ya. Ada satu kawan ni berjual online juga, dari haritu which is lebih kurang dua bulan lepas aku ada nampak baju lawa dia jual. Murah lagi tu. Pastu aku kira (dan memang) mau beli. Aku janji mau pergi self collect tempat dia. Sekalinya masa tu aku busy futsal lah apa lah, langsung tidak terpergi tempat dia. Pastu aku lupa. Ni bebaru ja ingatan aku pulih baru tersedar ada membooking sama orang.
 
Astaga, punyalah aku rasa bersalah amat amat ni. Rasa mau kasi deactivate facebook deactivate twitter dan tutup blog sebab malu. Sudahlah dia baik hati reserve kan aku tanpa aku bayar pun ah. Pastu takpernah juga aku nampak dia post merungut pasal karenah buyer leceh bongok macam aku ni, not in twitter facebook or even in her blog. Aku harap dia sudah jual lah tu item aku tu. Kalau nda, rasa bersalah aku meningkat 300% ni. Terima kasih lah ya mami Hannah dan Dayyan.
 
Eh. Bocor rahsia aku bersalah pada siapa. Kahkahkah
 
Kbai.
 
 
PS : Kenapa eh kalau yang jual online tu, dia tak direct letak harga, sebaliknya bila kita tanya, dia mau pm pula. Adakah strategi perniagaan? Adakah harga berlainan mengikut customer? Marketing strategi ka? Mohon pencerahan.
 
 

Sunday, December 02, 2012

Mencari Sesuap Nasi


Assalammualaikum dan hai.

Sabtu lepas aku kan buka booth di Suria. Kami satu booth dengan ministry. Baiknya hati mereka sebab providekan makanan sekali untuk kami. Sedangkan dalam brief sheet, 'meals not provided'. I guess its for the urusetia and ministry booth bah tu kali kan.

Since kami sampai awal, kami memang sudah breakfast nasilemak dan kuih tu duluan. Tapi ada baki nda habis. Tengahari ada nasibiryani dengan buah. Pun ada baki sebab kami sibuk sangat sampai makan terpaksa kelam kabut. Petang pula ada kena bagi kek, buburkacang dan air untuk teabreak. Yang ni, kami belum sentuh langsung di masa kejadian ni ah.

Cerita dia macamni. Masa tu all 5 of us busy layan orang. Aku duduk dekat projektor yang shoot slide. Aku notice ada bayang-bayang, sekali aku tengok ada budak main-main disitu. Aku pesan lah, jangan main disini. Budak tu tengok aku lepastu dia gerak. Nda lama tu, ada lagi dia, ni kali dia cam try jalan terbongkok-bongkok ni. Aku sound lagi, ni kali keras sikit. Bukan apa, itu kan kawasan staff, kami simpan barang disitu, takut hilang.

Di masa yang sama ni, aku tengah handle satu pacik ni. Aku memang geram lah sebab pacik ni tanya soalan macam mau minta penampar, tanya dimana jual it lah ini lah. Balik-balik check fon, tapi mau juga register complete 4. Aku bilang satu saja lah kalau begitu. Sebab dia sendiri nda tau apa mau ikut, sudah aku brief benda sama mau 3 kali pun masih tanya lagi. Balik balik tanya Autocad tu apa lah, Excel tu apa lah. I wouldn't mind explaining, tapi kalau menjelaskan perkara sama sampai 3,4 kali dalam 10 minit, kau rasa patut nda darah aku mendidih. Kau cakap kau cakap?

Tambah lagi pacik ni asyik tengok arah belakang aku. Entah apa dia tengok. Aku ni busy pacikkkk oi. Belakang kau bersusun orang tu. Aku nda puashati aku ikut pusing tengok. Tiada apa pun. Tiba-tiba aku perasan ada budak perempuan merangkak di bawah meja tu lepastu hulur kontena sama budak lelaki tadi tu, yang kebetulan berdiri sebelah pacik tu. Dia hulur bubur. Ah sudah, ni bubur kami ni. Pastu aku geram, aku tanya pacik tu, bebudak ni anak pacik ka, dia bilang anak buah dia.

Okay fine. Baru semua make sense. Pacik tu tadi balik balik tengok belakang aku sebab dia signal budak tu supaya ambil makanan kami tu? Budak tu hulur di tepi aku ja, dan aku tengok muka pacik tu tiada rasa bersalah pun, bila dia perasan aku cam mau tanya, terus dia tetiba ubah topik tanya soalan lain. Terus aku suruh dia tunggu sekejap. Aku pergi tempat Siti, masa ni dia di bahagian depan. Aku bisik pelan-pelan suruh tengok-tengokkan area makanan tu sebab ada budak ambil tadi. Bila Siti tanya, yang mana, aku tunjuk, tau apa kami nampak? Budak tadi tu tengah duduk dengan beg dia terbuka, getting ready to kasi masuk our food into his bag!

Kami tengok dia. Dia tengok kami. Lepastu dia jalan buat nda tau. Aku geram sudah time tu, tambah lagi pacik dia nda pun larang kah apa. Pastu pacik dia tu sengaja kasi lambat-lambat pendaftaran. Aku sampai cakap, 'apa, kelas ini? saya kasi masuk sekian haribulan lah'. Random. Dia jawab, ' Eh jangan saya mau pilih betul betul.' Saitan.

Sepanjang aku tunggu pacik dia buat decision tu, perasaan aku menggelegak. Tiba tiba semua make sense. Patutlah pacik tu sengaja lengahkan aku. Patutlah dia asyik pandang sana. Patutlah patutlah patutlahhh.

Bila pacik tu selesai, aku cerita balik sama Siti. Masa ni kami ingat budak tu nda sukses ambil sebab kami nampak dia. Bila kami check stack makanan tu, budak tu sempat ambil semua minuman petang kami ah T___T Astaga. Boleh kamu imejin kah cerita aku ni?

Ruben bilang, biarlah bah. Aku memang nda kisah, kalau dia mau, aku bagi lagi makanan tengahari sama kfc aku, tapi yalah since dia ambil (curi), macam juga kan. Tapi aku sakit hati sama si pacik, sebab cara dia seolah dia meng-halalkan perkara tu. Budak tu baru umur dalam 4-6 tahun tau.

Aku nda tau lah. Bukan aku nda empati. Tapi we all worked hard tu, maksud aku kita semua kerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi. Tiada yang datang bergolek. In any reason sekalipun, mencuri adalah salah. Lebih lagi pelakunya budak kecil. Lebih menyedihkan si pacik biarkan saja. Apa akan jadi pada budak tu in future eh?

Tolonglah kamu jangan pandang ringan perkara ni. Percayalah kamu ada segelintir di luar sana sangat berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi. Kita kita ni masih okay lagi, bekerja keras pun supaya hujung bulan boleh beli beg Vincci baru sama kasut supaya satu set. Hahaha

 
PS : Pernah nampak seorang ibu hantar semua anak dia ikut kelas kami sebanyak mungkin, supaya diorang dapat makanan  T____T All the sons/daughters were forced to come, dalam kelas asyik main game, keep on evaluating us as poor.

SALE lah sangat


Assalammualaikum, dan hai :)

Ekspo baru tamat. Pheww. Am I stress throughout it? No. Mana boleh stress kalau booth di Suria derr. Am I tired? Hell yeah. Sangat. Ekspo atau mana-mana marketing booth pun memang lah memenatkan. What people see is a 2 days expo, but to organiser or booth owner, its a weeks (or even months) planning.

This time (like so many times) we're in the same booth with ministry. Kami kan run training for them, so selalu lah jumpa. Macam aku, kalau ada event KK punya, baru lah aku ikut, my area. Kalau outstation, TC lain yang in-charge. Tapi stress nya lebih kalau KK punya. Buka booth sama-sama orang yang sponsor projek kau, kenalah jaga perangai bebaik kan. Kehkehkeh
 
Tapi bagus lagi join sama diorang, terbela sikit nasib. Sudahlah kena bagi makan 3 kali.  Kalau sendiri punya, erkk malas lah ai. Cuma itu sajalah, buka booth di Suria, ketika gaji baru masuk dan most brands on Year End Sale memang mencabar. Gila betul. Nyaris boleh start survival mode lepas 2 hari gaji. Kahkahkah Tapi aku ni bukan jenis Sale-person beh. Nda ku larat lah membeli-belah tika sale.

Mana lagi mau berebut sama makcik sebelah, aku mau tu baju dia pun mau. Mana lagi khakis pant aku minat tapi saiz tiada, kalau saiz ada, colour pula nda ku berkenan. Apa lagi kalau Padini tu, mau selam ke longgokan barang nya tu untuk mencari saiz memang lahh nda seronok. Hah itu baru seluar tu, kasut jangan cakap lah. Cantik menarik I Like tapi saiz kaki gajah macam aku sudah habis.
 
Yang ada kaki comel punya saiz sahaja. Sudah tu aku sanggup lah berkompromi, colour lain pun nda apa asal jenis itu. Pun tiada. Paling saitan macam aku rasa mau tampar diri sendiri, saiz yang available tu mula dari 4,5,6,7,9,10 etc etc. Nampak kamu tu? Dia skip saiz aku weh. Tiga jenis berlainan aku minta, tiga-tiga tiada. Nangis. Sampai ada sudah keinginan aku mau ambil ja saiz 9, pakai nanti tambah ja sama gumpalan kertas. Mujur aku istighfar cepat cepat.

Tu belum campur lagi that mini electric-shock I got bila nampak barisan membayar. Phuhh sanggup aku nda membeli ah. Bukan apa. Aku ni, sudah lah membeli dengan jiwa separa tenteram, panjang barisan tu sempat aku fikir pro-kontra tu barang, nanti last last nda jadi pula aku beli. Nah. How lah if like that? Pingsan kan.
 
So, sekian saja lah buat masa ini. Aku mau update pasal cousin kahwin pun belum buat lagi. Oh, congrats ya to bff Gma and husb Dieyl for their new born baby-boy. New boy in the team :) Daniel Qaiser. Macam nama ex-ex bfs aku. Kahkahkah. Nda tipu.


Friday, November 16, 2012

Top 10 Lagu Mesti Nyanyi Di KKBox

Assalammualaikum, and hai hai

Weekend is coming. Manatau kamu pergi KKBox kan. Bolehlah buat Kursus Pemantapan Vokal di KKBox dengan lagu ni. Ni antara list wajib kalau aku pergi kkbox dengan the girls and the family :) Silakan.

1.       Someone Like You – Adele | Bertrip suara sedap, puiii!

2.       Mengapa – Nicky Astria | Mygals favourite

3.       Jadikan Aku Yang Kedua – Astrid | Mine!

4.       There You’ll Be – Faith Hill | Mine!

5.       Kembali Lagi Ke Sisimu - Farah Asyikin

6.       The One That Got Away - Katy Perry

7.       Thinking Of You - Katy Perry

8.       Teardrops On My Guitar - Taylor Swift | He's the reason for the teardrops on my guitar.. :)

9.       Mencintaimu - Kris Dayanti

10.   Begitu Benar Begitu Salah - Mahadewi

SO?? How about you? Mind to share ? : ) * wink

 

 

 

 

 



Lagu Pendrive Paling Hebat


Assalammualaikum. Dan hai.

Kalau kamu kenal aku, kamu tahulah aku ni jenis yang random saja orangnya. When it comes to song, aku boleh dengar apa saja. Betul ni. Apa saja. Tiada masalah. Dari KPop (haruslah!), jiwang 90 an kah 80 an kah even ke dangdut amelina sheeda segala tu aku boleh layan. Masyukk. Betul betul randomly random okay.

Britney pun ada. Sampai ke lagu famous zaman millennium yang maybe kamu pun hairan. Kehkehkeh

So. Kereta aku memang guna CD Player, tapi aku takpernah pakai sebab aku guna mp3 modulator dari Atoz dulu kan. Aku memang prefer guna mp3 (dari pendrive) banding ke CD ya. Sebab senang mau pilih dan delete lagu. Kalau CD ni kebarangkalian ia scratch tu memang tinggi. Nanti suka lagu lain terpaksa burn lagi baru. Leceh.

Dulu lagi aku hasut husb, janganlah guna cd player, guna lah modulator. Tapi dia degil. Alasan dia, tempat cucuh rokok (is where you insert the modulator) di Samat rosak. ELEH. Macam ah takboleh ganti kan. Alasan semata. Kena lagi dia pasang skrin di dalam, apa kelas guna pendrive dia bilang. Ceh.

Namun, tetiba dia tukar player dia, dia ambil yang ada pendrive hole. Aku cuma perasan bila dia mau pinjam pendrive. Aku tanya buat apa, dia bilang mau dengar lagu. Since aku ada 3 pendrive(s); satu untuk office, satu untuk lagu, satu tu dokumen lama entah bila. Jadi, jahatnya aku bagi pinjam yang pendrive lama tu. Hahaha

Husb never complaint, until last week masa kami naik kereta dia, aku berkaraoke sepanjang jalan sebab sedaplah sound kereta dia kan. Tetiba keluar lagu Amelina, Asyik. Aku next. Rindu. Next, Memori Daun Pisang. Next. Yang Tersayang. Next. Secangkir Daun Merah. Aku pun macam, eh? Banyak bah. Next next next pun masih lagi dangdut-dangdutan. Pastu,
 
Me : Eh, banyak juga dangdut ni.

B : Ya memang banyak. (Sambil muka marung)
Me : Ihh apa juga masalah saya dengar dangdut sampai mahu 20 puluh lagu ni. (Merungut sendiri)
B : Tu lah. Cuba awak fikir. Minggu lepas saya jalan sama Tayo. Sudahlah buka tingkap, pasang full volume. Tiba-tiba keluar dangdut awak ni. Balik balik tekan next pun ada lagi. Malu betul saya. Kereta rugged macam mau pergi drag, sekali lagu dangdut.
 
Aku ketawa berabis sudah. Lucuuu! Hahaha Imagine bah kamu, cuba dulu.

PS : Minggu lepas, husb bilang, 'sayang tahu, pendrive Epad lagi sandi, barang lagu hindi segala. Dia bilang lagu girlfriend dia' kahkahkah T_T



Thursday, November 15, 2012

From Kinarut To Tenom With Love

Assalammualaikum and hai.

Last friday, aku EL sehari setengah. Rare. Lil cousin nikah and sanding di Tenom, neh untuk majlis sebelah perempuan. Insya Allah majlis sebelah lelaki next week, 24th.

So, aku saja je lah ikut untuk release tension. Been a long time since last time I went there. Adalah dalam 11 tahun begitu. Imagine. Lama kan. Tahun 2001 aku pergi sana with family, pergi Lagud Sebrang. Kalau kamu godek godek FB aku mungkin kamu nampak tu kami naik trem sana. Kehkehkeh

Kami jalan with our big family. Nenek, uncles, aunties, cousins, ada dalam 8 kereta dan 1 van begitu lah. Bilik ja sampai 13 ah. Kami stay di Orchid Hotel, mau demand hotel yang bagus di situ pun susah, rasanya mau cari hotel pun susah. Paling okay pun Perkasa. Tapi jauh sikit dari pekan. Orchid tu okay lah, just nice. Ngam ngam di tengah pekan Tenom. Mau cari makanan pun senang sebab surrounded restoran di kiri kanan kan.
So that night memang kami satu family conquer habis hotel tu. Most kami dapat bilik bawah, 3 di first floor dan 2 di 2nd floor, which is bilik si pengantin. I guess I wasnt that fun cousin anymore, time bujang dulu kalau ada function family begini, memang banyak yang aku dapat bantu, compare to now.

Tenom pun macam sudah berubah. Ya lah, 11 tahun tu lama bah. Tetiba kawan aku yang bengong itu titip pesan, sampai Tenom beli UPT bebanyak. Murah sana. Aku tak lah se-teruja itu mau UPT tetiap bulan ken, awal kahwin dulu excitement memang over. Sampai boleh bikin down tengok line satu. Dah imune kot. Kahkahkah

Ada lagi si Gma tu pesan di whatsapp,' jaga jaga lah mana tahu terjumpa exboyfie kau sana  '. Hahahahaha thisss is funny okay. Funny konon tapi cuak juga. Cepat cepat reply 'dia di kampung mana?'.Bhahahahaha Tak takut. Tapi risau dia segan. Girls you know what I mean kan?  *Rollingeyes

Kami jalan ikut route Sipitang - Tenom. Mau tengok durian konon. Padahal aku prefer Kimanis - Keningau - Tenom. Macam lagi cepat. Sakit b*nt*t tau duduk lama lama dalam kereta.

Pulang tu kami singgah Sipitang lagi, di esplanade tu. Ada tu tandas awam yang mengadap laut tu punyalah awesome. Bayangkan keluar tandas terus pantai dan laut biru. Subhanallah, punya cantik.

Oh masa di Tenom mau balik tu, sempat lagi mum tunjuk, eh itu bukan sister company kamu kah?  Globinaco s/b. Ya lah tu. Syukurlah training outstation belum start, kalau nda mesti ada lah berkirim buku lah apa lah pergi center memasing di Tenom. Pfffffft.

Kbai. Sekian.

Salah Nombor Pula

Assalammualaikum dan hai.
 
Sedar nda sedar, setahun sudah aku pakai saga, setahun juga tanpa atoz. Nda terasa kan. Jadi roadtax kereta habis 15hb ni, minggu lepas lagi aku sudah renew. Sebab aku sibuk dengan pelbagai urusan, jadi aku minta tolong satu ejen ni buat. Bapaku biasa minta tolong dia ja. Jenny ni memang biasa renewkan roadtax kereta family kami.

Mau dijadikan cerita husb tanya mana polisi insuran tu. Aku sms lah Jenny, minta tu polisi. Mungkin dia lupa attach ka apa kan.
 
Syok je aku susun ayat di sms tu. Tetiba dia reply, siapa ni? Saya tidak faham apa kau cakap.
 
Whatttt?!
 
Terus aku explain lah siapa aku and how she helped me with the renewal and now I hope to have the policy whatsoever kan. Message sent.
 
Tetiba. Aku teringat sesuatu. Astaga astaga astaga! Ini Kak Jenney wartawan tuu. Ohmygad. Cepat cepat aku sms, sorry silap nombor. Dia reply, saya tahu kau salah orang tapi mana kau tahu nama saya?
 
Patutlah aku hairan kenapa aku save nama Jenny as Kak Jenney. Astaga. Salah rupanya. Terus aku explain lah.
 
Yang sebenarnya, Kak Jenney ni senior editor aku masa di Daily Express. Kami terjumpa balik awal tahun ni, masa dia quit SPH dan kerja di Insight Sabah. Office Insight ni sebelah AMC ja di Likas Square. So I wasnt sure she remember me or not. Tahulah kerja macam diorang ni hari hari jumpa orang, manalah mau teringat sama aku kali kan. Tapi to my surprise, dia ingat aku! Ah terharu saya.
 
Terima kasih kak sebab ingat saya dan doakan yang baik baik untuk saya. Thank you.
 
 


Tak Padan Umur

Assalammualaikum, and Hai
 
This is inspired by our 'tetiba-cakap-pasal-umur' tweets. Haha
 
Kawan-kawan tweets aku neh memang kawan-kawan dari belog juga. Aku baca belog kau, kau baca belog aku, eh eh kau ada twitter eh, okay sambung friendship di twitter. Haha
 
What? Facebook? That was soooooo 2010 -_-"
 
Back to the story. Sebenarnya, aku tweet bilang
 
" (Most) Orang sebaya aku sudah duduk diam diam di rumah jaga anak, aku masih lagi main futsal dan plan mau naik gunung lagi. "
 
Jadi, adalah kengkawan ni reply suruh have fun dulu, suruh jangan over lasak nanti peranakan turun, tetiba ada yang tanya umur berapa. So, aku jawab lah lahir tahun 85, tapi I am forever sweet 17. Kahkah
 
Joanne cakap, kita sebaya tapi dia selalu mistakenly assume as older.
 
So here my story goes ya. Opposite side of Joanne, aku pula selalu disalahfahamkan sebagai jauh lebih muda dari usia sebenar okay 0.o
 
Satu. Usia ketika kejadian ialah 21 ya. Aku pergi tukar myKad di JPN Papar. Tukar IC lama ke IC baru. Sampai turn aku, kakak kaunter tanya aku: ni sudah cukup umur 12 tahun ka? Baru buat IC? Kelakarrr gila tau. Terus cepat cepat aku potong cakap kakak tu, saya 21, kak. Mau tukar IC baru bah. Terus kakak tu kepisatan belek IC aku ah T_T
 
Dua. Mungkin masa tu umur aku dalam 20 ke 22 begitu lah. Aku dulu selalu after class, singgah lepak MUIS tunggu mum habis kerja baru pulang sama-sama. Zaman tiada kereta kan, zaman zaman bas gitew. Ada lah bebudak praktikal di ofis mum. Pastu diorang tegur lah aku kan, cerita punya cerita, terus diorang cakap, " Form 4 dimana, dik? " Terus mum aku ketawa jawab, " Hey, dia pun di uni macam kamu lah, ambil degree di Unitar. " Pastu terkejut ah diorang.
 
Dua kejadian inilah selalu buat aku curious (masa itu), dan terfikir mana salah aku? Mau cakap aku dress macam bebudak, I dont think so (kot). Standard ah pakai baby-tee, jeans, sneaker, masa zaman students kan? KAN?
 
Mau cakap muka bare face, eh ada juga pakai bedak sama gloss bah. Tapi tipis lah. Student should keep it simple kan?
 
Gaya ka? Tapi aku pendiam kan. How could they judge me in split second macam tu.
 
Nevermind. Nevermind lah. So, from that two funny questions, aku pun muhasabah diri. Kahkahkah Aku pun start pakai baju macam blouse, more to ladylike. Kasut, no more converse sneaker ya, tukar ke ladies sandal. Final year aku pakai heels 3 inci lagi pergi kelas ah. Masak kau naik tangga kalau kelas tetiba di room atas. Rambut pun cukup lah ponytail tinggi, tapi pandai pakai klip sudah, kasi lepas rambut lah, pakai cekak lah. Euuuw. Ladies lah sangat. Beg pun nda lagi bawa beg sikut atau sling, tukar pergi handbag ah. Kelakarnya. Tapi kadang-kadang aku pakai sling bag, especially bila kelas banyak, kan mau angkat laptop lagi.
 
Aku malas mau post gambar tika kejadian disini. Tapi mungkin kamu boleh start interview si Aima, apa kejadiannya aku di uni dulu. Kahkahkah 0.0
 
 
PS : Gma whatsapp air ketuban dia pecah sudah tadi subuh. Ya Allah, permudahkan lah urusan kelahiran baby Gma. Kamu pun doa sama ya :) Thanks.
 
 
 

Tuesday, November 13, 2012

Back In Action

Assalammualaikum and hai :)
 
 
The reason aku jarang update belog is because I sudah ada twitter, facebook, instag etc. Jadi laporan harian sudah disitu. Tidak nampak kepentingan menulis (atau mengulas) perkara sama dua kali. Ehem. Tetiba. Perasan sungguh ada orang tunggu di belog. Pffft.
 
 
Sibuk tu satu hal. Tiap hujung minggu ada pengisian. Macam aku cakap, aku neh nda sibuk, cumanya setiap masa itu sudah occupied. Menyampah kan.
 
 
Macam beberapa minggu lepas, ada event di Damai Community Hall on weekend. Minggu seterusnya tu event di Padang Merdeka. Minggu lepas aku cuti sehari setengah, pergi Tenom sama familia, cousin kahwin. Minggu ni pergi Damai Community Hall lagi, acara yang sama. Next week, kahwin belah lelaki cousin tadi tu. Phew. Lepas tu kahwin si Mel lagi. Adik Ona lagi (Insya-Allah, jika dijemput). Nah, anak Ona pun belum ku tengok lagi. Eh, tahniah Ona & Kodop for the new born baby Eusuff Iman ya :)
 
 
Boleh ambil kesempatan neh untuk wish orang kah? Boleh lah eh. Satu, untuk my gals Gma (Bday, 12/11) Happy Birthday Gma, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga urusan deliver the baby nanti dipermudahkan. Soon kan. Juga ada beberapa lagi virtual friends yang expecting their baby (Ted, Aima Kaim, BeatyJ, Nonny Nurlin )Tahniah eh you girls. Have a safe pregnancy. Eh begitukah ucapan wishing untuk expecting mommies? Aku doakan kamu semua bertahan sampai the baby is out. Yak ampun, nda menahannya ucapanku begitu kan. Lempang plis. Okay lah okay lah ini ucapan yang betul betul punya, semoga urusan me-mengandung-kan dan melahirkan nanti dipermudahkan ya :)
 
 
Itu saja. Kbai. Hopefully rajin buat entry pasal Tenom Trip dan AMC Annual Dinner. Tapi kalau kamu nda sabar, silalah cubuk di instagram dulu.| @mrsdayz | Kahkahkah
 
 
Selamat Hari Deepavali :)
 
 
P/S : Cant wait to watch Kuch Kuch Hota Hai 14/11/12, at 10pm, hrmm macam di TV2. Macam lah. I love Tina. Hey Tina!

Friday, October 26, 2012

I want that cats.

Assalammualaikum dan hai,

This is sad tau. Sebenarnya camni, aku nampak di twitter ada orang tweet pasal kucing yang mau dibagi. Without even looking at the picture attached, I immediately respond. I want it.

Selepas beberapa kali berbalas tweet sama vivy, dia inform itu kucing kawan dia. Mau disedekah atas masalah kesihatan. Terlampau banyak kucing sudah. So aku pun atur lah masa mau ambil the cat di Inanam. Masa ni baru aku perasan ada gambar kucing tu attached. Comel.

Sepatutnya sekarang ni aku bawa kucing tu balik dah. Tapi banyak betul halangan mau dapat kucing tu. Mula mula baru perasan kandang kucing tiada. Mak aku beli untuk Bon, Bon sempat satu hari ja dalam kandang tu, esoknya dia mati. Terus Dayat datang bawa Lela. Lela yang pakai.

Dua minggu lepas Lela sudah dibawa pulang. Kandang tu kena bawa sekali. Mau beli tapi petshop tutup. Ainal bilang nda payah kandang lah. Main lepas ja.

Lepastu, masa aku mau jalan, hujan lebat kaw kaw punya. Aku bilang sama adikku jalan ja. Mau singgah beli makanan kucing pun semua tutup ya. Hujan lagi tambah kuat. Last last aku akur,  Ahad ja aku ambil lah. Sedih.

Sebenarnya kucing tu aku mau bagi mom. Sebab dia selalu bilang rumah sunyi sejak Bon sama Lela tiada. Kalau kamu kenal aku personally, kamu tahu lah how much I dislike cat. Aku taksuka kucing pun. Tiada chemistry sama pet pun.

K lah. Sedih sampai mau pergi makan ni. Ps, balik dari jalan tu, kereta tetiba ada warning signal ah.


Thursday, October 18, 2012

Oh Futsal!

Assalammualaikum and hai.

Lama nda tulis tulis boleh kah kali ni bersiaran dari HTC daku je?  Boleh lah kan.

These few weeks, aku agak busy dengan latihan futsal. Nda pandai main kan kenalah hari hari training. Futsal ni aku join sesaja lah represent AMC kan. Ceh. Sesaja?  Terpaksa!  Sebab tiada female. Tak I tipu je. I daftar sendiri. Haha

Pastu sandi betul lah ayeen cakap aku kapten female. Aku bukan kapten  female. Aku tukang urus je. Tak tak bukan manager juga. Yang kau nampak di instag attend meeting tu sebab aku wakilkan je bah.

Oh. Futsal tournament ni inter company punya. Sesama subsidiaries. Female ada 5 groups je:  AMC, Globinaco, Dunco, Likas Square dan CP Form.

While male teams ada 10 teams:  AMC, Globinaco HQ, Globinaco Kudat, Likas Square A, Likas Square B, Planetary Corp, CP Form, Dunco, Ming Kiang dan KKIPC sebagai jemputan.

Yang best kalau inter company ni, dapat jumpa kawan dari company lain. Sebab kami akan contact each other juga, contoh Glob akan hantar staff attend training, contact Likas Square kalau pintu pergi lobi tutup, hahaha so, mostly we knew each other.

Ada tu pernah dengar nama lah selalu cakap di fon lah beremel lah tapi nda kenal rupa. Kenal gambar dari sistem ja. Hahaha

Match tu Ahad ni. Di City Futsal Menggatal. Aku teruja lah mau main. So far Likas Square lah kawan kami training. Kami kan jiran senang runding. Kehkeh Nda pasal pasal aku add whatsapp Naseer Likas Square sama Sandra CP Form ah semata mata mau arrange match. Tetiba ada number Hasbi Dunco ah pasal match.

Paling kelakar. Kemarin Dunco bawa main di BSA. Tetiba tengok orang sebelah, Glob. Diorang okaylah office dekat dekat je.

Till then. Doakan kami menang plis,amin . Kecuali kau Yeen. Kalau kau baca ni mesti kau nda aminkan kan kan kan?  Kbai.




Sunday, October 07, 2012

Be Considerate With Mommies : Edisi Majlis

Hai. Tertarik untuk tulis ni / share sama kamu tips bertimbangrasa sama para mommies. Ada banyak edisi tau. This one is event edition.

I bet, orang selalu ingat mentang mentang aku belum ada anak, aku nda tahu apa apa pasal perasaan ibu. Mungkin tapi bukan hundred percent clueless okay. Jangan kamu cepat jatuh hukum sama orang. Rezeki ni kuasa Allah. EH.

Berbalik pada isu, aku ada ramai kawan sedang expecting, juga yang ada baby / toddler sudah. Ada masa bila outing, mau nda mau kena fikir pasal diorng juga. Contoh, pergi majlis kahwin, dia bawa anak kiri kanan (syukur alhamdullilah kalau terkawal ), tapi kita tahu for young mother, bawa yang seorang itu pun boleh jadi the worst nightmare kalau silap percaturan.

Sebab tu kalau anak ramai, pilih yang paling behave je. Pastu, tamau jalan tanpa suami, takut kid uncontrollable kan. Haha Okay. Nah disini penting kamu sebagai kawan untuk come to rescue. Tolong lah weh, jangan kau dok bercantik disana dengan attitude eh bukan anak saya. No no no. Kena tolonnng lah. Kata kawan. Apa yang boleh dibantu?

1 sebelum pergi, tanya kawan, dia pergi dengan siapa? Kalau dia seorang dengan anak, offer lah fetch dia atau carpool. At least the kid attended.

2 tolong angkat beg mommy ni. Samada beg susu or tolong payungkan or tolong pegang the kid.

3 masa makan, ask the mommy how she wants her food. Mau tolong dikautkan kah atau dia ambil sendiri? Kalau dia minta kaut, tanya apa lauk, kautkan dia dulu, lepastu baru makanan kau.

4 kalau dia mau kaut sendiri, cepat cepat lah kau mengaut makananmu, balik ke meja, tolong pegang / tengokkan anak dia while she get her food.

5 tapi before food, pastikan kau sudah ada tempat duduk. Kasi duduk dulu mommy sama anaknya baik baik.

6 time makan, tengok tengok adakah mommy hadapi kesukaran untuk makan. Jika ya, coba lah makan sedikit cepat, dan offer untuk jaga agar mommy can eat comfortably.

7 time balik bantu mommy ni pakaikan kasut anak or anything that can help mudahkan si ibu.

8 bila tahu kid ada, cobalah bawa umpan macam gula gula atau coklat untuk pancing perhatian anak anak bila dah bosan.

9 elakkan gurausenda melampau yakni teasing kepada anak anak kecil ini. Kalau selalu jumpa dirumah sukati lah kau mau tease dia sampai nangis berguling takpe. Itu comel. Tapi di majlis kau jangan coba coba ya.

Itu saja. Kalau ada teringat boleh tambah di komen. Semua ni dari experience sendiri. Kawan kawan atau cousins punya case. Macam aku, hairee sama cece masa kecil begitulah kami buat. kami makan sama aunty g. Sekarang sama adeq. Kalau attend openhouse mesti aku tengokkan keira kalau bapanya absent. Wahh absent giteww.

Pastu satu tips lagi, dont be the nice aunty to the kid masa tu, nanti bila diorang selesa sama kau, diorang akan start buat perangai. Mahu jadi that sweet aunty, tunggu sampai rumah.

Kbai. Hope this helps :)

Tuesday, October 02, 2012

Ingatkan hilang

Assalammualaikum, dan hai.

Kelmarin pagi aku cari pendrive lagu aku. Sikit mau marah sebab aku syak husb yang ambil dan kasi pindah pergi kereta dia. Tahu lah sekarang Samat ada USB based player. *flipshawl

Aku tak lah tanya dia, terus ja pergi kerja. Dalam hati terfikir juga entah entah tertinggal di ofis. Sampai ofis, check, tiada. Okay, dirumah lah ni.

Tetiba petang Herman datang bagi pendrive tu. EH? Terus dia cakap pendrive tu kena simpan di laci dia. Mungkin diorang jumpa dan ingat dia punya. Sebab diorang tahu dia ada satu macam tu. Lepastu Herma teringat, pendrive dia ada tali tali. Dia check lah pendrive tu, ada nama Dayz. Terus dia terperasan itu aku punya.

Yang sebenarnya, pendrive gold tu ada dua ja pakai di ofis. Kami lah tu. Kak Tiny bagi. Hahaha Kbai. Tu je.



Monday, October 01, 2012

Saya - Awak ;)

 
Assalammualaikum dan hai.
 
Masuk Oktober sudah. Oktober ni genap 8 tahun kami together-gether. Kehkehkeh
 
We've been through so many ups and downs. Sobs. Macam-macam, which I dont wish to remember. Maksud aku 8 years of ups and downs including in marriage section. It aint easy to pick up the pieces after the fall. It aint easy to trust after a heart was broken. If you know me before, you know my story lah kan. That was such a good story, because after the fall, the pain, and the tears (like many), we end up married to each other. Syukur alhamdullilah.
 
Now, when everything looks okay from the surface, we battled inside. But this time, its better, because we're in this together. Bukan lagi kau-kau, aku-aku. No no, this aint like before. Nda macam kisah cinta orang lain, cinta cinta elok elok, tunang, bahagia, kahwin, dapat baby, dapat baby lagi and on and on. Mine is not so unlucky one, but I am thankful for that. Being husb and wife for more than two years, and not yet having baby is errr like challenging? Very challenging.
 
Seeing one by one friends getting pregnant (easily without even trying hard) is like a knife been stabbed in my heart ;) Eh, dont get me wrong. I am very happy for you all. No heart feeling bah. Tapi, aku manusia biasa sahaja ;) Takboleh tipu cakap hati nda sebak dengan semua ni. The persons that I really concern about ; husb and my parent. Really feel bad for them ;'| Tapi, nda apa lah. Ini bahagian aku. Ujian aku. Jadi, aku sabar.  You just dont have the idea how many times it struck me. Good thing is, it made me close to The Almighty. Syukur.
 
Eh, jauhhhh nya merepek. Kahkahkah Enough sad part. Meh aku cerita lucu sikit.
 
Do you know that we used to call each other, Baby and Sayang? Yes, geli please. Muntah please. Since almost 8 years ago, itu lah panggilan masing-masing. After married, ada juga keinginan panggil dia Abang, okayyy ini lagi geli, sebab nenek suggest. Nenek bilang (masa baru kahwin), eh patutnya kau panggil lah Bob tu Abang. Pastu, aku pandang Bob, dia pandang aku, dua-dua buat muka. Like derrr, abang?! Yayy. Yuckkss. Nanti bila bila aku mau kacau dia, aku panggil dia abang. Kalau dia mau gaji sudah, aku panggil dia Abang Handsome. Bhahahahaha LOLs
 
Tapi, entah sejak bila kami pandai panggil each other saya-awak. Ermm. Terutamanya formal session. Macam depan kaum keluarga giteww. Mungkin dalam tahun ni kali. Pernah sekali, dia call aku time di office, cerita punya cerita, letak phone. Tetiba;
 
Siti : Oh, Noor, laki mu orang Semenanjung pula?
Me : Huh? T_T Kenapa pula?
Siti : Jadi kamu cakap Saya - Awak?
Me  : Hahahaha Sajaaa.
 
Nanti kan  esok-esok nya lagi, (penceritaan semula dari husb)
 
Kak June : Bob, kenapa bah kamu sama Dayah panggil saya awak saya awak ni?
Husb : Biasalah, kami kan romantik.
Kak June : Gete'.
 
HAHAHA!
 
Gila betul. Not like other husb-wife yang betul betul macam husb and wife style. Kami dua more to rock punya style. Some friends always asked me silly question. Things macam kenapa aku nda ikut husb jalan (ekori dia wherever he go), kenapa aku nda tanya dia pergi mana, nda larang dia itu ini, nda marah dia jalan, my feedback was ; perlu kah? Well, dia bukan budak. Plus, guys is weird. The more you ask, the more they being secretive. The more you larang, the more dia buat. So, aku bagi kebebasan. Pandai-pandailah.
 
First year of marriage, aku selalu tanya macam macam, concern kan. Kalau aku suruh dia balik awal, lagi lambat dia balik. Jadi in that time, I already cope with the situation. Dia lambat, aku tengok movie di laptop, buat kerja, surf internet, you know, try to have me time, kehkehkeh So when I stopped asking, he feels weird. Tetiba dia pulang awal. Nanti bila dia balik awal, aku tanya lagi kenapa balik awal? Stay lah lama sikit, saya ada kerja. Bhahahaha Bila aku cakap camtu, automatic dia balik awal. Bhahahaha
 
Cakap balik pasal ujian tadi. Aku yakin, semua ujian ni nanti ada kemanisannya. Macam kes sekarang, dulu masa kami ada krisis tunang, memang hari hari jiwa kacau. Hari hari ragu ragu. After that, Tuhan bagi aku dan husb rasa ragu yang berpada-pada. Means, no massive jealousy, esp husb. Lelaki kan penjeles. Dulu, husb, yes. Now, not so. In my line of business, I dealt with male trainers, male assistants, male colleagues, male potential students, male potential trainer, male male male male, dalam phone pun banyak messages from guys. I dont hide. I dont delete. Because there are nothing to be hide or to be jealous kan. Haha tapii, kadang-kadang husb serkap jarang juga coba korek manatau ada cerita lain, dia bilang. Hahahaha Husb adalah sangat super cute bila cuba jealous ;))
 
Tu je. K bai.
 
 
PS : We might not been lucky with baby thingy, tapi kami murah rezeki dari sudut lain ;) Allah Maha Adil ;) Syukur alhamdullilah.
 

Saturday, September 29, 2012

Berhati-hati dengan pelaburan anda

Assalammualaikum, dan hai.
 
Cakap pasal pelaburan, aku banyak kali juga jumpa kawan-kawan yang promote join macam-macam, dalam erti kata lain melabur wang sama mereka lah.
 
Well, I am no economy or financial expert. Tapi satu paling pasti, sebelum kamu melabur tidak kira lah pelaburan apa, pastikan ianya diperakui atau at least orangnya reliable. Kemudian, check sistem / prosedurnya bagaimana. Kalau kena cari orang atau mungkin juga takperlu cari orang sebab dia (orang atasan kau) yang akan cari atau konon auto finding, nasihat aku baik jangan lah.
 
Pernah ada kawan promote ni business baru. Dia kata kawan dia yang asaskan ni business. Sekarang kawan dia itu pakai sekian sekian kereta mewah, padahal masih muda eh. Yuran sekali je seumur hidup, sekian sekian amaun. Bersama pendaftaran juga ada diberi satu produk istimewa (konon lah). Tapi aku terus terang, kalau kau mau pinjam duit kali aku bagi juga, namun untuk melabur benda begini, tidaklah.
 
Juga ada satu lagi kisah benar ;) Orang terdekat promo ikut pelaburan emas. Sekian-sekian gram, sekian-sekian keuntungan bulanan (dividen kah itu?). Tapi aku bercakap ni berdasarkan diri aku sendiri lah, tiada hujah tetap okay. Cuma, cuba kamu fikir, kalau dia bilang pelaburan emas 10 gram bayar RM1500. Nanti dapat bulanan ratus juga. Fikir logik, kalau beli emas di kedai rasanya dengan amaun itu boleh dapat emas melilit di leher. Pandai pilih, boleh dapat satu set cincin rantai gelang kot. Tapi thats just my opinion, aku orangnya realistik. Aku nda suka fikir melampau batas yang tiada asas. Dont hate me k ;)
 
Ada juga kenalan, ehem, ikut pelaburan emas ni. Dijanjikan macam-macam lah kan. Dividen begitu begini. Tapi, sorry to say, aku kasihan sebab macam tiada dapat apa pun. Sebab orang janji bulan bintang segala, mesti lah orang yang dijanji kan ni mau menagih kan. Tambah pula, kan sudah dibagi duit. Ramai yang macam tunjuk perasaan sama upline ni. Dijadikan cerita, tiba-tiba satu surat rasmi dari syarikat ni dibagi sama pelabur. Mention that, sesiapa yang menyusahkan syarikat atau upline tidak akan diberikan dividen langsung. Pelaburan akan batal. Burn. Eh, mana boleh begitu. Lainlah kalau pelaburan batal, duit dikembalikan, bukankah begitu? Tapi namanya pun pelaburan kan. Pelaburan emas yang kau nda nampak mana emas kau tu. Sebab itu pelabur diam. Ugutan kan. Boleh kah begitu? Kamu fikir lah sendiri.
 
Jadi, biarlah aku berkongsi sedikit tips supaya kamu nda terjebak atau menjebakkan diri;
 
1 Siasat syarikat sampai lubang cacing
Upon approach by upline (yang akan bermulut manis sebelum mendapat duit anda), tanya lah apa-apa yang patut sampai kau puas hati. Tanya syarikat apa, nombor pendaftaran, siapa CEO/Director, minta sekali number phone dan alamat penuh syarikat itu. Biasanya ia akan based di KL. Kita di Sabah ni susahlah mau korek kesahihan syarikat kalau begitu. Minta nama penuh Pengarah. Jangan sekadar tahu, macam 'entah siapa nama tu tapi Datuk lah'. Hmm.
 
2 Google sebelum join
Terima kasih kepada dunia tanpa sempadan hari ni. Semua bebas memberi pendapat di laman masing-masing. Cuba taip nama syarikat atau nama Pengarah syarikat, tengok dan baca apa hasil carian anda. Dari situ, nilaikan. Biasanya, kalau orang sudah pernah terkena / join, dia akan tulis untuk share pengalaman.
 
3 Tanya dari mana duit diperoleh
Contoh, melabur 1200 dapat RM300 sebulan. Tanya from where come that figure. Apa kiraannya. Kenapa 300 bukan 500. Tanya dan tanya. Juga tanya akan dapat 300 sebulan tu sampai bila, takkan forever kot. Kalau forever, ketara lah tipu. In case ada yang masih naif, biasanya duit yang kamu dapat itu, yes that dividend / untung, adalah duit pendaftaran ahli baru yang mendaftar selepas anda.
 
4 Pastikan ada hitam putih
Yes darling. Sign up nanti pastikan ada kontrak ke apa ke yang boleh dijadikan bukti untuk selamatkan diri anda. Kalau bayar tu, pastikan diberi resit. Jangan percaya orang tengah (upline) dengan sebulatnya. Ada orang tengah begitu, bagi ja duit, aku urus semua. Nahh, fikir logik, kalau dia ambil duit kamu, bagi syarikat bilang itu tambahan pelaburan dia, bagaimana? Kalau lah.
 
5 Kalau pun mau gamble juga coba nasib, ambil nilai terendah.
Contoh kau gatal hati juga mau coba, ambillah nilai terendah. Kalau rugi nda lah rugi sampai bergolok gadai. Hati-hati, biasanya pihak syarikat akan cakap, ada promosi lah harga sekarang kalau tambah nilai pelaburan, boleh dapat sekian-sekian diskaun. Konon
 
 
Sedikit itu sahaja lah tips aku. Macam aku cakap, aku nda pernah join. Daripada aku bagi RM1500 ke orang yang aku nda kenal, baik aku simpan atau beli barang. At least duit habis aku nampak hasilnya. Tapi kalau aku ada sejuta sekalipun, aku takkan melabur. Kalau aku ada sejuta baik aku buka business ku sendiri, khen?
 
Ini senarai syarikat yang didapati menjalankan aktiviti pelaburan tidak sah, maklumat dari laman web Bank Negara Malaysia. Tengok balik, ada syarikat pelaburan kamu disitu? Hmm, silap-silap, nama syarikat yang kamu bagi duit tu pun kamu nda tahu ni kan.
 
 
 
 
*PS :  Sengaja kasi besar gambar kedua. Eh, kalau aku nda silap, macam ada artis yang ikut VGMC (No 84) tu. Hmm.
 
View disini untuk lebih jelas Senarai Dari Bank Negara Malaysia
 
Tapi ada juga kes, saudara terdekat yang promote benda ni. Dan adakala kita terjoin pun sebab mau ambil hati saudara tu je. Kesian punya pasal kan. Susah sudah kalau ada hubungan kewangan dengan saudara sendiri. Nanti kalau pelaburan nda dapat, memang berantakan lah. Sebab tu juga, aku nda sesuai ikut business cari orang begini, aku nda sampai hati bawa saudara sendiri ikut skim begini, nanti aku kena tipu, nda pasal-pasal saudara ikut tertipu. Lagi teruk, aku pula disangka saudara, penipu. Jadi, aku nasihatkan sekiranya kamu jatuh dalam kes ini, iaitu ikut sebab saudara bawa, ikhlas kan lah sahaja duit tu. Anggaplah sedekah. Dia menipu nda apa, tapi kamu sudah dapat pahala ditipu. Wallahualam.
 
 
Sekian dan okbai.
 

Monday, September 24, 2012

Emcee Challenge : Accepted!


Assalammualaikum, and hai. 

Ceritanya macam ni. Aku masuk je office Rabu tu tetiba ada meeting. Bukan lah exactly tiba-tiba. Tapi aku nda perasan GBT Meeting tu ada jam 2.30pm. Buat slide report pun kelam kabut. Lepas tu ada discuss pasal CPC pula. Eh, ada CPC sudah? Oh, CPC tu Certificate Presentation Ceremony, penyampaian sijil kepada wakil persatuan atau penerima sijil bagi yang telah mengikuti kursus. Biasanya yang big scale punya ada Datuk Dr Yee lah, dia yang akan sampaikan. Lain lain tu macam biasalah KPSKTM punya officer, press macam tu lah.  [CPC will be held on 24 Sept, Mon 10 am  - 1pm, venue; Meeting Room Tingkat 13 Wisma Bandaraya ]

Setahu aku yang CPC untuk AMC KK bulan 12 macam tu. Yang ini ni untuk Chinese Schools, MCITP and CCNA. Okay. Aku tiada kaitan. Kbai. Terus buat nda tahu. Bhahaha Calculative enough.

Ya lah, nda terlibat maksudnya Isnin nanti aku duk diam-diam di office hokay. Informal punya CPC bilang Mr Paul. Seperti biasa bila ada CPC, memang ada committee akan di bentuk, to split the task. Siapa pegang tray, siapa urus reception, guest, sijil, semua lah. Aku diam lah, tiada kaitan kan. Tetiba Mr Paul bagitau, tiada Emcee sebab informal. Aku rasa pelik. Macam mana majlis tanpa Emcee? Pelik kan you? Emcee penting, dia yang kawal smoothness and flow event. Biasanya CPC formal memang akan hired Emcee.

Jadi, bila Mr Paul tanya okay kah tanpa Emcee, informal kan. Aku dengan lurusnya memberi pendapat seperti di atas. Siap Ms G perakui, siapa mau announce apa semua tu kan. Last last setuju perlu ada Emcee. Tapi siapa? Last minute begini susah mau cari orang. So, guna staff sendiri lah. Masa ni aku tutup mulut sudah. Tiada kaitan kan. Tunjuk punya tunjuk, semua nda berani, last last kamu teka siapa kena suruh jadi Emcee? Yeah, orang yang paling celupar bilang perlukan emcee untuk smoothness majlis tu. Aku. -__-"

HAHAHAHAHAHA Jom gelak ramai-ramai -_-'
 
Tapi peliknya, aku nda pula bersungguh mau reject. Aku tolak sekali je, lepas cakap-cakap sikit, aku setuju pula. Hairan. Maybe sebab I take this as a challenge?? Aku so far nda lah ada  stage fright ke apa. Tapi bukanlah juga berani sangat. Setakat bagi briefing sama students okaylah. Tapi aku berani juga mahu ambil cabaran ni. Bila lagi? Aku kan, sepanjang aku di AMC, aku berani ambil risiko buat benda yang nda pernah dibuat. Aku rasa sebab aku ni selalu jadi anak burung yang belum bersedia mau terbang, lalu ibunya tolak, dan tak semena-mena pandai terbang. Sebab kalau nda kasi kembang sayap untuk terbang, nanti jatuh pula.Maksudnya, aku rasa nda ada apa yang nda boleh dibuat. Especially bila kau terpaksa dan terdesak. Nanti tiba-tiba saja pandai. Kalau salah pun, at least I tried.

Banyak kali aku begitu di AMC. Ada benda aku nda mahu dan nda suka buat, tapi dek kerana terpaksa maka aku buat lah. Macam marketing. Aku nda suka weh pergi sekolah jumpa guru briefing bawa student dia pergi join ICT, aku nda suka pergi company approach HR Manager bagi staff dia ikut kursus free. Kau ingat aku suka ka? Aku nda suka. I never liked it. I hate rejection. I hate those annoying look macam lah aku ni mencuri. Tapi, ianya kerja, aku paksa diri. Perlahan-lahan aku belajar lah buat. Lama-lama jumpa lah cara mau suka benda yang nda di suka tu. Begitu.

Sambung balik cerita emcee tu. Aku nda lah panik terlampau. Sebab aku dulu setiausaha bapa ku. Dia kan Pengerusi PIBG. Jadi aku selalu jadi tukang buat ucapan dia, tukang buat skrip emcee dia. Bukan lah blur mana.  Tapi jujur, aku nda pernah jadi emcee dimana-mana. Pegang mic masa di kkbox je. Hahaha

PS: Mula-mula aku cool lah sebab in BM bilang boss kan. Apalah sangat. Tetiba bilang boss, in English. Duh, kelam kabut buat teks. Aku nda mau malukan diri sendiri esok eh. Ada menteri tu. Walaupun lah bah informal event kan. Wish me luck.

PSS: Besok pagi mau lobi / pujuk Ms G, minta supaya in Malay lah bah. Sudahlah pertama kali khenn. Again, wish me luck.

PSSS: Aku lagi takut terpeleot kaki daripada tersalah cakap -.-"





Of Ming Garden and Pearl Optic


Assalammualaikum, and hai. 

Lama nda write in something here kan? Lama eh? Entah-entah tiada orang perasan pun. Hahaha. Perasannya awak ni.

Minggu lepas aku agak busy. Konon lah. Padahal, Isnin kan cuti, Selasa pun aku cuti, Rabu aku kerja, Khamis aku cuti lagi, Jumaat dan Sabtu kerja. Kiranya last week dua hari setengah sahaja aku kerja. Khamis tu aku dapat MC. Doktor bagi muscle relaxant, sebab bahagian dekat dada sakit bila tulang rusuk bergerak. Malah aku selalu sakit kepala. Mungkin depresi terlampau banyak fikir. Walhal aku rasa bebanan kerja bukan banyak sangat pun. Hrm. Hrmmm. Cakap macam ni baru aku perasan sebenarnya kerja aku banyak last week. Mungkinlah kot. Beliau cakap lagi, banyakkan minum air. Baiklah.

Jadi ada dua perkara aku mau kongsi, satu pasal Ming Garden. Satu lagi pasal cermin mata. Aku malas lah mau buat split entri, campur lah saja eh dekat sini. Kehkehkeh
 
Satu : Ming Garden

Asalnya, kami lakibini plan mau pergi Ming masa Sabtu atau Ahad tu. Tapi, Sabtu husb sibuk dengan kereta dia. Ahad pula, aku terlampau sibuk berjalan, memula pagi pergi Gaya Street dengan parent aku. Lama nda pergi, lagipun mum selalu bawa aku pergi macam dulu-dulu tapi aku selalu balik Kawang kan L Bila Bob sibuk aku ambil kesempatan lah. Lepas Gaya Street, lepak Karamunsing. Lepas Karam, baru je aku tarik nafas gembira sebab balik rumah boleh rest and do some laundry. Sekali ipar-duai bawa jalan lagi -.-" Jadi sementara tunggu mereka, mum bawa minum dekat Grace Court. Barulah aku tahu Pacific Sutera ada buka booth sana jual pastry mereka. Macaroons and Rainbow Cake pun ada. Sedappp. Eh, pendek kan cerita Isnin lepas balik rumah mentua baru kami stay Ming. Itupun tetiba ja. Jam 7mlm check-in. Gila kan?



 Lepastu, Bob patah balik ambil Achai, sebab dia kesian Achai nangis masa kena hantar pulang. Ikutkan hati semua tiga sekali kami angkut. Tapi mama diaorang nda kasi, dia bilang susah mau handle diorang kalau sudah tiga-tiga bersatu. Very true. Jadi, Achai adalah yang terpilih. Ahmoi, kami janji ambil dia esok. Diorang ni mahu mandi kolam saja.


Pagi esoknya, lepas breakfast, survey kolam di tingkat empat, balik bilik tukar baju, terus turun balik keceburrr (bunyi Achai terjun kolam). Tsk tsk. Aku nda mandi. Jadi aku habiskan baca Mengapa Aku Jadi Pengetua. Lepastu Bob keluar sekejap jemput Amoi. Baru jam 9.37 eh pergi jemput Amoi di Taska. Faham-fahamlah kamu. Si Amoi escape. Lepas check out, kami direct pergi Wisma Merdeka; cari makanan. Habis makan, aku pergi urut kaki di tingkat dua (RM22/40 minit). Next time mahu ambil urut badan lah, macam RM50/Sejam. Serius ah punya sakit kena urut. Tapi lepastu rasa ringan kaki. Paling lucu, masa aku mengadu sakit, tukang urut bilang 'Oh, yang ni sakit sebab kau banyak berjalan'. Aku nda tahu mahu ketawa kah apa. Mestilah banyak berjalan kan, takkan berlari pula. Astaga.

 

Pasal Ming tu, hotel dia okay. Just nice. Kami ambil (dapat) Deluxe Room 643 di tingkat enam. Seronok sebab tingkap mengadap KK, aku suka. Suka tengok KK dari pelbagai view. Rasa macam bukan di KK. Rasa macam eh disitukah aku selalu stuck jem pergi office. Hahaha Room rate 243MYR ++ termasuk breakfast for two (government rate). Budak bawah 6 tahun tidak di caj for breakfast. Deposit RM300.

Good things of Ming :
  • Pool dia agak besar. Tidak ada diskriminasi baju mandi disini, bermaksud tak semestinya pakai bikini. Pakai tudung, tshirt biasa pun okay. Eh, bukan aku, tapi ada sorang lagi guest tu. Aku nda tahu lah kalau nda boleh tapi dia tidak juga dilarang mandi tanpa bikini.
  • Buffet Breakfast ia sedap. Banyak pilihan. Ada western, dan timur punya juga. Aku suka banyak pilihan makanan. Ada cereals. Jus pun sampai 4 jenis (Mangga, Jambu Batu, Oren, lupa lagi satu). Ada nasi lemak, mee goreng, bread, toast. Eh memang banyak lah. Nasi lemak dia pedas tapi sedap. Aku memanglah suka sesi makan-makan, tapi bawa Bob ni rugi. Dia makan sikit je. Makan buffet, kena lah sikit-sikit tapi ter-merasa semua. Bukan makan satu banyak-banyak sampai kenyang. Rugi macam tu.
  • Staff friendly. Nda sombong kalau kita tanya bukan-bukan. Akulah tu, suka tanya benda merepek dan mencabar minda.
  • Parking banyak dan tidak dicaj. All you need to do is just minta chop di kaunter bila drive out.

Spoilt of Ming :
  • Bilik dia sederhana. Nothing special. Aku nda tahu lah kan bilik lain. Mungkin ada design lain bagi bilik lain yang harga lain.
  • Washroom, no lock feature, plus it use glass wall. Tandas yang tidak berkunci adalah tidak sesuai bagi guest yang bawa budak, macam kami. Imagine, sanggupkah kamu mau buat nature call number two, dengan perasaan tidak tenteram. How to tenteram if you know bila-bila ja pintu tu boleh kena tolak easily from outside? Macam mau focus meneran begitu? Satu lagi, dinding tandas kaca mengadap katil. Glass wall tu pula hanya blurred dari atas sampai ke paras lutut. Kalau orang luar tunduk ke bawah dapat lah tengok urusan kau di dalam. Wohh. Lakibini ja okaylah kot. With a kid? Kena tunggu budak tu tidur to do nature call. Or in our case, one of us standbye diluar dengan Achai -_- But, I dont know, maybe different room different design kot kan.
  • Jalan masuk ke Ming is scary, and I dont feel safe. Kamu tahu kan masuk Ming kena lalu bulatan tu, banding sebelum ni terus masuk simpang. So, malam yang kami check-in tu, di bulatan tu full with scary people. Mungkin villagers berdekatan (rumah atas air Sembulan). Masalahnya, we saw them sniffing something inside black plastic. Hisap gam mungkin? Bukan seorang, tapi ramai. Berkumpulan. Bikin takutt tahu.


Thats all. Fair review lah tu kan. To book, boleh contact 270681.

 

Dua  : Cermin mata baru

Kan aku cakap aku selalu sakit kepala. Jadi aku syak sebab mata lah ni. Lama sudah aku nda pakai cermin mata. In fact, aku nda tahu dimana keberadaan spek lama itu. Aku pakai sebulan je kot. Sebab kalau aku pakai cermin mata tu aku rasa aku macam Saloma. Entah apa taste SA kedai dulu tu, aku kan first time buat specs, dia suggest aku pilih warna ceria di bingkai, supaya menaik seri konon. Padahal intention aku memang mau bingkai hitam. Last last tu aku pilih bingkai kuning pula. Ciss.

 

Jadi kali ini, aku tidak akan tertipu lagi. Aku tekad mesti bingkai hitam. I dont care what this time punya SA punya suggest ke recommend ke apa. I want it may way. Eceh. Mujur SA kali ni (kedai lain) memberi kebebasan. Ada juga aku minta pendapat (saja mau tengok jawapan dia) , tapi SA tu bilang terpulang pada citarasa masing-masing, sebab kamu yang pakai nanti, bukan saya kan.

 

Aku buat di Pearl Optic Karamunsing. Macam aku ada silau terlampau, jadi lens mahal sikit. Teringin juga pakai contact lens, tapi rasanya nda sesuai kot untuk wanita comot dan capi-capi seperti daku. Nanti pasti (aku yakin) aku tergosok mata. Pakai eyeliner pun boleh comot, contact lens nanti entah apa pula kejadiannya mataku ini. Yang aku suka sangat, cepat je siap tau. Macam aku check mata, pilih bingkai, tulis resit, lepastu cucuk duit di ATM sebelah, pergi McD, tengah makan terus kena call 'siap dah'. Eh. Betulkah ni. Sampaikan aku bersangka negatif, ni mesti orang punya order tapi nda jadi ambil dia pass aku sebab nda mau rugi. Boleh pula pikir camtu?

Harga bingkai RM128, after discount RM100. Lens RM130. Jadi RM230. Kalau mau lens transition, yang boleh tukar pergi gelap tu, harga dia RM400 (lens plus bingkai). Tapi, aku bilang aku try yang biasa (with no transition lens) ni dulu, nanti aku tukar lens lah kalau rasa mau transition lens tu. Sebenarnya, untuk orang yang ada silau melampau ni, digalakkan pakai transition lens. Untuk lindungi mata dari cahaya terang.

Ada satu aku mau share sama kamu. Dulu, aku selalu dengar orang cakap, jangan terlampau pakai spek, nanti tambah cepat naik degree tu mata. Sebab tu aku pakai bila perlu ja. Rupanya, bukan begitu. Kena pakai selalu, supaya nda cepat degree naik. Ohh. Baru saya tahu ni.

 So, kalau kamu pun mau buat cerminmata, boleh try Pearl Optic Karamunsing. Dekat pintu masuk utama tu je. Sebelah E-Noveal sama Pancake International tu. Contact number, 215686. Ada juga branch lain di Segama (221300). Sekian khidmat pesanan sosial dari saya. Eceh. Selamat Memakai Cermin Mata.


Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers