Nuffnang Ads

Monday, October 31, 2011

Pete's Corner: Cheapest Chicken Chop In Town.

Hi Peeps.

From now on, I decided to do some improvement on this belog, less-crap thingy and more informational stuff to share. But with a condition. Kalau saya rajin lah, that is the condition. Peh, macam tipu je.

If I bought something, especially food, instead of saying it delicious yummy sedap dap dap, I'll try to mention its price too. I figure out this, because saw several belog mentioning food but did not mention the cost. So, when we try to go to the place recommended as delicious yummy sedap dap dap itu, we kinda pulled-back. Kita takut harga dia mahal tak masuk akal. Takmau lah bila dah gulp gulp telan liur tapi taktau harga tempat dan how to get that.

Fine Dayz we get it. =.=

Okay okay. Just now we had lunch at Pete's Corner. As usual, I ordered the same meal lah. I dah pernah dan selalu pergi sana sebelum neh, somewhere in this belog I did mention about this.

Nescafe Shake : RM 2.50


Chicken Chop Set with Black Pepper Sauce, RM 10.50.

Besides this, actually ada banyak lagi affordable western food here. Macam Beef Burger with Cheese, Mushroom Cream Soup, Lamb Chop. Fish juga ada. Price range for food is from RM 3.50 to RM 20. As for drinks, RM 1.50 to RM 3.50, juice pula RM 5.50. If you eager for juice, try the banana or mango. Gila sedap. Pfft. Gulp.

This place is easy to find; Next to Pasar Tani Asia City, behind Happy 2 (kedai sup paling sedap selepas Sofa). Dekat dengan Kedai RM2, berdepan dengan office ASB.

Is it informational enough? =)

Rambut Pendek & Face Mask.

Take a look at this.
.
.
.
Spot any different?


I just cutted my hair lah. Cutted it quite short. That was good enough, at first aku nak potong lagi pendek tau. Macam rambut Irma Hasmie sebelum dia berhijab tu. Rasa dah sangat rimas berambut panjang. Walaupun itu bermaksud no more haniszalikhawannabe hair, okay. Fine with me.

And this one.
This photo, haih, I sepatutnya jadi doktor nurse pharmacist saja.
 Or any job that required a face mask.
I look good okay with it.
I randomly wrote this, but I wore those facial mask sekejap tadi,
sebab Kok dah batuk batuk nak demam, and I tak hairan kalau kami semua di sini terjangkit.
Saya pakai sebab takmau virus pergi tempat saya.
Virus. Shuh. Shuh.
*Sneezing!
T_T


Recipe For A Blast Sunday.

Location : 1Borneo and CP.
Pelaku : Me, Bob and Guest =)
Mission : To have our blast Sunday.

Yang terpilih mengikuti rombongan. Haha

A C H A I

Bawa dia pergi sini..


dan sini..

Eh kejap kejap.
Neh sapa siapa punya blast sunday neh sebenarnya??

Chick-a-licious at MarryBrown adalah sangat sedap dap dap =.=

Pulang kemudian, harus berdepan dengan si gadis ini.
A M O I

Habis. Kalau dua neh bersatu, aku give-up weh.


FAKTA #1 : ACHAI tidur di awal perjalanan. Sampai KK masa lagu Lelaki Seperti Aku on air tibatiba ada suara tambahan di belakang. Dia bangun ngam-ngam untuk nyanyi lagu itu.
FAKTA #2 : Masa dia main dekat playground di tingkat atas 1B itu, ada budak cina bawa dia cakap cina. Chinese look so obvious meh?
FAKTA #3: Di MB, dia terjatuh dari kerusi. Kepala kena sikit meja, terus terduduk bawah meja. Dia punya nangis gila gila gila macam perasaan saya satu mall boleh dengar =.= Nasib masa tu sudah habis makan, terus bawa dia jalan sambil pujuk-pujuk dia.
FAKTA #4 : Masa balik, tibatiba dia menyorok di tempat kaki di belakang. Kami tertanya kenapa. Rupanya, itu semua mesti sebab kami asyik bercerita sampai dia rasa disisihkan. Dia memang begitu. T_T
FAKTA #5 : Sebenarnya idea jalan neh adalah dari saya. Saya memang ingin membeli barang. Bila Bob bilang bawa Achai, I have no offend tapi Bob tahu lah. Dia punya cadangan, saya setuju, maksudnya dia lah jaga. Dia yang volunteer jaga. He prefer to look after a kid than to follow me around looking for stuff T_T I am super cerewet. Saya sanggup pusing satu mall sampai jumpa yang saya mahu. When Ahchai cried, I suggested pergi tempat main kuda-kuda tu to calm his down. Bob asked me to continue by myself, biar dia jaga. Fine with me. Tapi tajumpa juga lah barang yang saya mahu. Geram.


What's Your Song?

Hai peeps.

This gonna be short opening entry. Been thinking it the whole weekend, but too lazy to post via bloggeroid. Blame me lah =.=

Here in office, in our staff room, everybody has their own playlist of music (read: mp3). But, we all ada satu rules of which; only a person entitled to play their song at one time. Ehem.

Man : Cinta MukuBuku.
Itu saja lagu dia pasang. Macam lagu favourite lah. Tapi ada masa bila dia datang gila, dia pandai pasang lagu 80 an dan 90 an. Macam dari Search, Dinamik dan sebagainya lah. Macam mengimbas zaman kegemilangan muda mudi lah agaknya =.=

Fendy : Macam Di KK.
Ah. Ittttuuuuu saja satu-satunya lagu dia pasang. Dan itu saja satu lagu dia ada, kot. Sudah habis, repeat lagi sampai dia bosan kena tegur.

Mas : Right There by Nicole S.
Mula mula ingat kan lagu J.Lo =.= Lagu neh memang lucah eh.

Saya : Playlist-bajet-bagus
Ah. K-Pop sudah semestinya lah. Takkan mode kerja nyanyi lagu sedih putus cinta kot. Takkan lah takkan lah. Mesti lah dengar fun fun up to the beat punya lagu kan kan. Tapi kalau datang mood mahu dengar lagu zaman Uji Rashid, atau zaman Feminin, I pasang earphone dengar dekat phone lah. Tahu malu. Ehh bukan malu lah, nak lebih feel kan. Earphone boleh pasang sekuat mungkin.

SO,

What's Your Song??



Sebenarnya. Tujuan entry ditulis adalah begini. Tolong bagi saya lagu untuk di dengar, plis. Bosan lah dengan lagu mentioned di atas neh. Tak berkembang fikiran. Bagi suggestion lah ah.

Saturday, October 29, 2011

Khalil Gibran: 1883-1931

Jangan menangis, kekasihku
Janganlah menangis dan berbahagialah
 karena kita diikat bersama dalam cinta.

Hanya dengan cinta yang indah
kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan
pahitnya kesedihan dan duka perpisahan

Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini
pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada


 Khalil Gibran
January 6, 1883 – April 10, 1931

Friday, October 28, 2011

Header Above : 28/10/2011

Hai. Notice that header above ? *wink wink. That's the most I can do for now. No photoshop installed here due to licensing stuff. Plus I'm no graphic designer hence what the hell nak install dekat my pc =.=


Above header cuma guna Publisher. That's the simplest kan. Nak guna photoscape, illustrator or coreldraw. Memang dah tiada masa lah weh. Plus tapandai sangat lah, nanti minta Rose ajar. Ah Rose ah ah?? =.=

So, sampai ada photoshop installed dan sampai ada masa buat baru, untuk sementara ini that's the one you'll see here. Feel free to comment ya. Before this, there's a commentator gave advice untuk tukar comment guna pop-up, kemudian Ona juga ada kata susah nak loading that part. Taking both comment seriously*ehem saya tukarlah ke pop-up style. Ada juga yang suggest letak widget top commentator supaya orang suka nak komen, ehem neh belum sampai tahap belog-komersial-nak-tarik-user lah dik.  


This belog is my own territory. Field for me to express my random thoughts. So buat masa neh saya tidak ada planning sebegitu lah. Hrrm. Tapi I keen to put that top commentator widget lah, sebab saya nak tengok juga siapa yang rajin comment =.= Haha  


Pada pendapat kamu, patutkah saya letak widget top commentator atau tidak?


*Ingat nak letak POLL tapi malas nak create one.*
=.=

Deepavali Filled With Family' Joy

Hey. Guess what we're doing in deepa's holiday? PICNIC..! Been ages sudah saya tidak join my family's activity. Biasanya cuti balik Kawang =.=

Terlalu lama sudah tidak hangout dengan semua cousin. Kami memang close. Malam terakhir sebagai gadis pun saya spent dengan cousins T_T


Tapak kejadian.
Tiga tikar terlibat dan sebuah khemah. (Tiada di paparkan)

The cousin : Ira.
Kau jangan duduk bawah pokok malam malam
dengan rambut kerinting kau tu, gila. Seram okeyh.


The little cousin: Hairee.
Tiada kerja sampai main kasi-mati-penyangat.


The cousin : Ika.
Ya, kami memasak di beach. Bawa kuali. Undescribable.

Ika & Aunt G : See. I tak tipu. Memang memasak serius.


Ainal, Bob & Ahai.
Adik I sama besar dengan Bob =.=

Saya nak tunjuk satu gambar neh.
Paling tak puas hati.
..
..
..

Damn. Am I that fat chubby ?
Dang..!


Masa mahu balik. Kereta bapa pula tayar pancit. Oh my =.=



Wednesday, October 26, 2011

What's On Your Mind?

Hey peeps.

Sebenarnya saya wondering.
See, bila kita post status perihal diri,
Di bilang berlagak.
Update check in, dibilang kita sengaja mau tunjukkan kita neh ada life,
Tulis iktibar dengan niat baik,
Ada juga salah faham menunjuk nunjuk.

Ada pula yang bila dia post dia kurang sihat, lalu makan ubat,
Tibatiba ada sirajinkomen tulis lainkali kau update jugalah kau pergi tandas.

Jadi sebenarnya apa??
Apa lah paling sesuai di post di fb.

I believe, despite what we say,
Most of us akan baca yang lebih personal,
Lumrah manusia kan suka ambil tahu.

You all bagitau. Apa yang patut ditulis di status fb seseorang?

Come on lah. Dont be shy to write into the comment part. I wanna know.

Ps: kisah benar neh.

Tuesday, October 25, 2011

Tanya Kawan, Lagi Cepat.

Okeh. Fine.

Satu cara untuk dapat'kan maklumat dengan cepat dan mudah, selain google, adalah tanya rakan. Cepat dan mudah, tapi belum tentu tepat. Kena lagi kalau tanya dengan kawan yang sawan-- yang goofy. Jawapan belum tentu betul. Auta sahaja banyak T_T

Sebelum teruskan pembacaan, alert lah bahawa politik adalah topik paling saya epik failure. Jadi sebarang perkara berkaitan itu aku memang selalu outta nowhere punya lost in space. Bukan bimbo, rambut tidak blonde langsung. Lebih kepada tidak peka. (Kalau entertainment, nombor satu tapi.)

Insiden 1 : Muammar Gadafi Death. Last week.
Me : Hey, siapa Gadafi neh?
Kok : Dia kira macam PM Libya.
Me : Kenapa dia kena tembak? Siapa tembak dia?
Kok : Dia kena tembak pemberontak.
Me :  Kenapa dia kena tembak? Ehh kasihan lah dia.
Kok : Memanglah. Dia tu diktator. Lama betul sudah perintah Libya.
Me : Jadi? Dia neh jahat kah baik??
Kok : Jahat lah. Dia jahat sama rakyat.
Me : Jadi? Maksud kau dia memang patut mati?
Kok : Hmm. Begitu lah mungkin.

(Masa heboh he was shot dead, his face terpampang di semua media utama, and I was kinda blur - who the heck this person is?? Muka dia macam Gene Simmons lah wei, vokalis KISS. Tengok?! Entertainment field kau nombor satu.)

Insiden 2 : Rumah Mesra Rakyat
Me : Apa itu Rumah Mesra Rakyat?
Kok : Rumah mampu milik. Tapi susah mahu dapat. Selalu nya orang ada kabel saja dapat.
Me : Maksudnya?
Kok : Ya lah. Gov buat rumah dengan kos murah, bagi penduduk pendapatan sederhana. Tapi punya susah mahu dapat. Itu lah bla bla bla bla.. (membebel)
Me : Ya kah. Eh mana boleh begitu kan sepatutnya adil.
Kok : Ya, saya try langsung tidak dapat neh.
Me: Ohh. Kau kutuk-kutuk rupanya kau apply juga T_T

Insiden 3 : Gosip Binocular 
(Baca dulu link di atas neh. Eh politik juga ada ruangan gosip seperti hiburan lah.)

Kok : Harga begitu kena mark up sampai berapa puluh ribu. Gila. Masuk poket sendiri lah tu.
(Tiba-tiba seorang graduate ekonomi masuk topik.)
Man : Biasa lah tu. Business kan. Takkan jual harga sama.
Kok : Ya lah tapi sampai begitu banyak meh.
Man : Eleh. Kau jual hardisk sama Fendy sampai double. Second-hand lagi.
Kok : Biasa lah saya mahu untung.
Man : Nah, kau buat boleh pula.

Hahaha =.=

Eh! Neh cerita kosong saja lah. Cerita kosong, bear in mind. Kok neh memang rajin layan saya bercakap (read : tanya soalan bodoh.) Hey, being with me you have no idea how silly my question is. Selalu lah saya tanya perkara tidak masuk akal. Perkara yang buat orang kata 'tak kan itu pun tak tahu', well I memang tak tahu. Kena terima hakikat bukan semua particular kita tahu. Kena lah jadi macam kanak-kanak, yang curious yang selalu bertanya, even sekecil perkara. Kau akan regret kalau kau tidak tahu. Heart will get itchy tahu bila ada benda yang kita betul rasa nak tahu tapi tak tahu.


Tagal on Retreat 2011

PS: Being in a room filled with bunch of crazy adult yang kids-alike most of the time is challenging, you know. Hari hari ketawa. Hari hari tidak jadi mau marah. Hari hari cubaan serius tidak menjadi. Hari hari mengumpat tapi pastikan pintu tutup dulu. Ahh tekanan kalau terlampau ketawa begini.

PSS : Just now punya dialogue. 'Kami nda berkawan suda sekarang. Nda bertegur sudah kita, kan Kok?' Nda bertegur, tapi bercakap.

PSS: Oh! Those crazy adult yang kids-alike most of the time age ranging from 23 to 29 ah. Maka betul lah, people never grow-up, they just learn how to behave in public.


Canopy Walk on Retreat 2011 : Masih jantung tidak keruan. Baru tahu diri neh gayat.




Monday, October 24, 2011

SheilaOn7 di hati ku.

Tidak pernah saya mem-belog sesuatu berdasarkan keratan akhbar semata.
Tapi kali ini, I MUST.

I blame myself lah. Kata diri peminat Sheila On 7.
Tapi kalau sungguh peminat, kenapa tak tahu S07 is coming?
Kenapa tak tahu?
Kenapa?
Kenapa??
T_T

Kini sudah terlewat.

Datang lah lagi. Plis plis plis.
Datang lah ke KK macam 2008 haritu.
I still have those excited feeling for you.

hahaha weirdo.


SO7, my love.
I feel young and dangerous, suddenly.

Sunday, October 23, 2011

Macam Angry Birds?

Perbualan pagi tadi.

Bob: pacik mau bagi b burung. Syg tahu burung telibas?
Me: tidak.
Bob: badan dia hitam tapi ada taris putih. (Explaining.)
Me: macam angry birds?
Bob: adalah sikit.
Me: oh. Syg kenal burung tiung dan burung layanglayang saja.
Bob: dulu b kecil b ada pelihara burung tau. Warna dia merah, kaki dia camni, bulu dia camni, kepala dia camni. (*camni is akulupaapadiacakapsebabtakbagiperhatian) (padahal bob sungguh sungguh explain)
Me: ya? Dimana b simpan?
Bob: simpan di pokok lah. Nanti dady marah. Syg tau kah burung tu? Kecil ja dia.
Me: macam angry birds??
T_T

Sedih nya cakap pasal burung dengan orang yang taktahu differentiate kan burung.

Burung is burung lah, ada sayap boleh terbang to my definition. Mana aku ambiltahu warna bulu dia apa. Lagi sedih ambil perumpaan dari angry birds.

Dayah, kau aware kan yang angry birds itu cuma games. Eh eh eh ada orang tag saya di facebook yang burung dalam angry birds tu memang wujud lah. Di china, tapi. Pffft.

My point is; jangan cerita pasal burung dan spesiesnya dengan saya. Fakta nombor satu, saya adalah penggeli kepada burung, ikan dan katak.

Saturday, October 22, 2011

Mission Accomplished: Finally!!

Hah!! Got it bebeh. Mission accomplished!..

Say me pathetic exaggerating ridiculous whatever, yes you named it peeps. There is nothing that could cheers me up than the fact that a 15,719 has been trained here. HERE.

15,719 (lebih 9 pax but that is fine.). A number is just a number, for you. I saw everything in this number. Tears, effort, laugh, cry, crazy, drama, June, Kak Tiny~ Gosh, I just extremely happy. Penat lelah keluar marketing, the drama dan semua nya kini flash back into memory.

Many thanks to all and the teams.
The staffs, the trainers, the assistant trainers, the participants.
We have this another 2 months to get enough rest, before start over for 2012.
We'll busy scheduling for 2012 classes already =.=


Friday, October 21, 2011

Semalam Memang Hangat.

Semalam. Yaa, semalam malam jumaat.
Ceritanya begini.
Saya balik lewat sikit, lewat 30 minit saja.
Hujan kuat lagi kan =.=
Gila. Kilat lagi.
Eh aku memang cuak kalau kilat enterframe cuaca =.=

Masa driving home, hati gembira sudah, ingat pulang dapat terus tidur.
I really mean sleeping, peeps. Tolonglah baca dulu.
Bob lagi sms bilang dia lewat sedikit balik. Yeay.
Boleh tengok 391 dan 701, kalau dia ada asyik nak tengok tv1 saja.
Old school betul.
Boleh cuci baju. Boleh sambung kerja translating buku.
Ehh banyaknya boleh buat.

Seperti yang di-tweet, singgah membeli martabak, burger cheese keju juga ikan bakar.
Sebab saya memang lapar time tu. Lupa lunch.
Sampai tahap driving sambil memakan burger T.T
Timun jatuh di baju pun saya tidak peduli.

FINE. Sampai rumah. Terbayang my sweet bedland.
Pergi bilik. Eh eh kunci?!
Tidak apa, biasa Bob kasi tinggal kunci di tepi neh.. ehh tiada?
Check phone, masa neh hati bengang 10% sudah,
Ada satu kunci pelik (means tak pernah nampak), terus saya try.
FINE- Bukan kunci bilik.

Sms Bob. Mana kunci bilik?
Dua minit kemudian sms lagi.
Lain kali tapayah kunci lah.
Pending? Pending!?
Geramnya aku.

Saya sms sampai 12 kali.
Semua pending.
Eh pesal kau sms walau kau tahu pending ahh? Entah.

Okeh fine.
Saya memang pantang lah kalau masih pakai baju office sampai tengah malam.
Lepas tu mengantuk lagi.
Ehh untuk makluman, saya memang cepat ngantuk okay,
Jam 9 mata bengkak kalau tidak tidur.
Serius neh. *Muka serius.

Tak tahan mengantuk, saya baring di sofa.
Dalam hati, adalah yang tidur luar neh malam.
Taklama kemudian dia balik.

Dia ingat saya sakit saya tidur luar.
Dia pegang kepala, tanya kenapa tidur luar.
Ewah. Buat lupa nampak.

'Baby kunci bilik kan?'

Terus dia pergi pintu.
Saya dengar dia pusing tombol.
Lepas tu dia datang balik.

'Sayang, kunci bilik tinggal di rumah pakcik Uda.'

DANG!!!!!!!!

'Kita tidur luar lah malam neh.' Sambil dia sengih-sengih.

Saya tarik muka. Baju kerja saya esok?
Bantal saya selimut saya tilam saya??
I cant sleep without my sweet blanket and pillow T_T

Last last, start kereta jalan pergi Kawang ambil kunci kereta.

Malam tadi.
' Eh sayang tapayah lah baca sms tu semua.'
' Kenapa? Apa sayang tulis.'
' Eh tiada apa-apa janganlah baca.'
' Hahaha (lepas dia baca 12 sms tadi) '
' Esok tapayah kunci lagi lah. Apa juga barang berharga di bilik neh?'
' Eh laptop sayang. Galaxy tab lagi.'
' Hish, manada orang nak curi lah.'
' Ehh, nanti dia curi bantal-bantal kita.'

Please lah.
T_T

Survive Office Life For Dummy.

DISCLAIMER : This article have nothing to do with me and my job. This also does not reflect me or the company I represent. Harap maklum. Ehh I tipu je neh.



1. Always typing on something.
Kalau boleh bunyi ketik-ketik-ketik itu harus kuat didengar satu office.
Ketik lagi biar dengar macam stress menaip.

2. Always open work related document in maximum screen.
Ohbulan,beautifulnara,hmetro semua kasih minimize screen (kecil sedikit dari yang work related document). In case boss tiba tiba masuk, direct click any area di bigger screen, jadi yang smaller skrin akan auto ter-hide.

3. Use different web browser for work and fun stuff.
Mozilla for office, IE for blogspot. That case, you wont accidentally open the fun stuff di masa-masa genting seperti ketika boss tibatiba ada di belakang. Ahh, you know the boss just want to check us out.

4. Dont smile at work, especially bila terserempak boss.
Happy face means, tidak banyak kerja. Tidak banyak kerja means, harus ditambah kerja. 

5. Mesti sentiasa buat muka runsing.
That way, dia akan sentiasa fikir 'ahh dedikasi nya pekerja ini, begitu runsing perihal kerja.'

6. Sentiasa buka fail di atas meja.
Kalau boleh biar sampai penuh tidak nampak meja itu.

7. Meja harus sentiasa penuh dengan pen, dan mana mana stationery even tidak berkaitan.
Ini memberikan impresi bahawa sedang tekun bekerja.

8. Sentiasa buat muka berkerut dalam meeting.
Seolah-olah berfikir sangat panjang dan dalam.

9. Always jot down any note ketika meeting
But the note does not have to be relate to the meeting.

10. If you're out from the work station in a while (read: more than 30 minutes, eg jalan-jalan cari makanan), dont hibernate/sleep your pc. Let it on. Open the work document (if possible, sampai 3-4 document bertindih di skrin), buka fail-fail, leave your phone on the desk, now you boleh jalan-jalan sampai jumpa jeruk mangga idaman. When they see this, they thought you keluar sekejap take a break. They dont even realise you've been out for 2 hours =.=


Retreat Photos : You Got It!


PS: Eh! Dont act innocent sana, I know some of YOU done this. Tipu tipu tipu.

PSS : ExtraTips; When you don't know what to do, walk fast and look worried. The last person that quit or was fired will be held responsible for everything that goes wrong. If you are good, you will be assigned all the work. If you are really good, you will get out of it. To err is human, to forgive is not our policy. Everything can be filed under 'pending'. When the bosses talk about improving productivity, they are never talking about themselves. Don't be irreplaceable, if you can't be replaced, you can't be promoted. If you don't know how to do something, 'empower' someone else to do it for you.

Why Company MUST Keeps Staff Busy?

In private, a staff would always be assign with a job. A task. Any thing. Kalau kerja itu tiada, sila ada kan. Walaupun tidak termaktub dalam kontrak (read: job description), selagi ada klausa ' pekerja mesti mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan syarikat'. Nah disana kau check-mate. Cant say no. So, jadilah kau IT degree holder tapi buat kerja marketing. Ehh contoh lah contoh. Tapi tidak mengapa, at least dapat enhance my communication skills,kan. Eh tadi bilang contoh?  =.=


Reason why company must keeps their staff busy all the time, the ultimate reason: meng optimum kan tenaga pekerja agar lebih effisien, dalam kurungan memaksimumkan tenaga kerja agar company untung besar. EHH?? Bukan kisah benar tauu =.=

Here's the list on WHY A COMPANY MUST KEEPS THEIR STAFF BUSY kalah menteri :

1. Menjimatkan kos. Kerja untuk 3 orang harus dihandle oleh satu staff sahaja. Mana tak busy. Kemudian staff penanggung 3 kerja itu being paid based on 1 staff salary. Jimat sangat.

2. Mengelakkan staff bersatu sampai boleh buat kelab kebajikan. Eh, mana boleh. Staff bersatu padu is  a big no no tauu. Macam alergic kepada syarikat. Nanti semua bersatu padu minta naik gaji?? *geleng kepala* Ingat ya matlamat utama syarikat adalah menjimatkan kos.

3. Elakkan staff banyak cakap. Kalau staff sudah bersuara, nanti majikan nak buat apa. 
Company is, majikan bersuara staff mendengar. Majikan bagi arahan, staff buat.
Dah company dia kan.

4. Elakkan staff buat komuniti sembang. Nanti semua asyik berbual bila tiada kerja. Lepas tu TERtanya pasal gaji. Lepas tu TERperasan kenapa gaji dia lebih saya kurang. Lepastu BERfikir macamana supaya dapat sama. Masuk bilik bos. Lepas tu kantoi breach employment contract. Baca klausa ' Salary adalah Private and Confidential', plis.  =.=

5. Elakkan staff masuk malaysiajobs, spa.gov.my, atau google 'Vacancy at Kota Kinabalu'. Bila tiada kurang kerja, mestilah cari kerja lain. Mana ada company nak macam tu. Ingat senang kah nak cari graduate staff yang sanggup dapat gaji less than seribu dua ratus. Dahlah sanggup gaji begitu, sanggup pula kerja lebih masa untuk menunjukkan kesungguhan dia. Ehh taboleh taboleh taboleh. I must keep this 'innocent' dedicated staff.

That's all I can think of now. Eh I buat neh bukan sebab tiada kerja nak buat. Take a break kan.
What's your sincere thought?


Eh! We're one big happy family. Tinggi tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi lagi sayang sama kamuuu.. Cant stop singing everytime saw this kinabalu pic.

PS: Instead of those 5S regimes and strict disciplinary stuff, I have no offend to my current workplace okay. I do appreciate my job. If you happen to see me cursing, oh blame the hormone ahh.
Please blame my hormone.

PSS: Colleagues are busy scheduling the inspection to training center around Sabah. I was super excited when I heard of Tawau and Semporna. Ah, menyesal pula in-charge KK sahaja.
No outstation for me. This sounds weird but Tawau = refreshing/rejuvenating =.=


Thursday, October 20, 2011

Forgive My Ignorance, Please.

Pertama sekali.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’una wa inna ila rabbina lamunqalibuna. Allahummaktubhu ‘indaka fil muhsinina, waj’al katabahu fi ‘illiyyina wakhluf fi ahlihi fil gabirina.
Artinya: “Sesungguhnya kami milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya dan kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tungkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi.”

Ceritanya begini. SIL (read:Wada) call, bertanyakan gambar di fb bapa saya.' Siapa yang meninggal? Jenazah dari kargo. Famili kau semua ada di sana (dalam gambar)' Saya kata, belum tengok lagi. Ehh bapa mama saya memang rajin upload gambar pergi FB okeh. More frequent than me =.=  Boleh friend request Jinal Jumat dan Faridah Masi if you want to stalk our life. Joking.

Saya buka dan terus shocked. Siapa? Bila neh?? Dalam gambar neh, most of family (when I say famili means saudara mara yang tinggal sebelah rumah. Juga boleh jadi jiran.) Saya dapat rasa ini gambar baru sebab Ila pakai tudung di situ. Jadi saya call Aunt G. Tamau call mum atau bapa, nanti dia bilang 'itulah kau tidak prihatin.' =.=

I have an uncle, pangkat saja uncle tapi lebih kepada sepupu sebab hampir sebaya. Membesar bersama. Few years back, he married to Lisa, who happens to be my uni-mates. Jenazah itu, adalah anak Bb' dan Lisa. Last saya dengar, Lisa's baby lahir tidak cukup bulan. Last saya dengar, that baby ada masalah jantung. Last saya dengar, Bb' dan Lisa kena pergi IJN to operate the baby. And now, the baby's gone.

Ahah~ I remembered now. Saya ada visit the baby masa Lisa baru delivered. And it was 3 years ago.
Three years ago. Three years ago. THREE YEARS AGO?! Astaghfirullah hal azim.

Where have I been this few years?! I am so sorry, lil baby. I guess your aunty was too busy amending her own life. Saya sungguh sibuk mengatur hidup sendiri sehingga lupa pada orang lain. I stop caring of anyone else, since 2009. The saddest and challenging year. The year that little baby was born. =.=

And I guess, I forgot to switch on my caring-mode, since that =.= Saya rasa this few years, hati begitu kebas dan kebal. Hati tidak mahu menerima manamana perasaan di dalamnya. Yang ada cuma perasaan dan dunia sendiri. Tidak mahu mengambil tahu perihal orang lain, selain hidup sendiri. Bila masa saya begitu selfish? SEE, even I sendiri tak tahu =.=

Dan semua perkara ini berlaku di sekeliling saya tapi saya tidak tahu. Again, I was too busy amending my life. I guess, when I stop caring, people will stop hurting me =.=

I just talked to a colleague, how tired I was everyday. I come home everyday after work, dinner, terus masuk tidur,esok bangun terus pergi kerja lagi. Sometimes, I even have to work on weekend. I thought I enjoy my work. I enjoy my work,because I dont have anything else to be enjoy in life, maybe.

Sebab saya tidak mahu dengar orang cakap cakap lagi, saya penat. Short cut, saya stop mengambil tahu. So, this thing (perkara seperti di gambar fesbuk) berlaku ketika saya deep in my sleep, dan saya tidak tahu, semacam satu tamparan besar kepada saya. Kenapa saya tidak tahu? Kenapa saya tidak mengambil tahu??

Hari ni, saya kena start buka balik caring mode saya. Perlahan-lahan ya. Takboleh juga terlampau taktahu. Takboleh juga terlampau meng-isolating kan diri dari dunia lain. Some times I do feel like; its only my body here and there, but my mind my heart my soul is somewhere else. Left behind.

When was the last time you really laughing out loud gila-gila punya, dayz??
..
..
..
I dont know.
..
..
..
But I can recall the last time I cried dengan sepenuh hati =)



PS: Al-fatihah.little baby. SEE, nama dia pun aku tak tahu T.T

Wednesday, October 19, 2011

Tujuh Tahun?!




Hey-hey. Hari neh 19-10-2011.
Genap 7 tahun kami couple.
Aww malu nya buat confession begini.
Tua tua begini pun masih mengira anniversary =.=

Eh. Funny story last week.
We both not the type of couple yang sms-es & call every second.
Our phone bills charged with friend's call or work related stuff,
Sometimes (very few time),
dia akan sms ingatkan untuk makan.
Same goes with me, very few time sms him.
Tak mahu kacau dia kerja lah, macam saya juga,
tak suka receive call during working mode.

So, receiving each other sms during working hours was odd okay.
Last week, he sms-ed me;

'Kenapa macam tiada mood tadi?'
' Tiada lah, ada report mahu buat. Lagipun perut cramp.'
'Ohh okeh. Jangan lupa makan.'
'Okay B, love you. Mmmuah.'
..
..
..
(Dia sms balik)
'Lain bunyi sms tu. Syg sms orang lain kah?'
DANG!!

Who the hell aku nak sms macam tu. Gila kelakar lah.
Saya sms macam tu, sebab tibatiba touching dia tergerak tanya kenapa saya moody =.=
Dia jawab macam tu, sebab dia tak biasa saya sms begitu, I guess.

Saya jarang sms. Jarang sms cakap I Love U. Hahaha
Weh! Taip I Love U pun dah rasa semacam T_T

Ohh!! Terima Kasih lah, Bob.
Masih mengira sampai tahun ketujuh.
I never thought we'll make it this far.
But, hey we made it.

Happy 7th Anniversary, Baby.




ps: ehh. Saya giv-up dah dengan dealer kereta xxxx neh. Takkan it took these long for me to get a new car. Plis lah. So, I changed into new dealer(s). Dia boleh blame saya pula tak sambut bank's call. Ehh whatthehell saya tak sambut, I AM APPLYING FOR IT(!). Ahh emosi jadinya bila cakap pasal neh.



Tuesday, October 18, 2011

Unfit.

Hai.

Last week lepas jadi naughty sikit pergi kbox dan pizza dengan rakan,
Isnin terus dapat mc.

Tak percaya I dapat MC.
Ingat saya beli kot.
The truth is; saya ada allergic kepada sejuk.
Bila terlampau sejuk, saya boleh selsema.
Dicampur dengan depresi, nah lagi lah.

Last week saya memang headache terlampau sudah,
I knew my limit,
Sebab itu I paksa kawan-kawan temankan jalan,
I knew they're my cure. Haha tipu.

Monday, bangun memang sneeze tak habis,
headache naik sampai kepala,
So pergi lah Dr Dilly.

Saya kata I was not feeling well,
Doc checked. Ambil temperature segala.
And finally said, something inside my nose is swollen,
semua neh sebab terdedah kepada benda yang menyebabkan allergic,
Sejuk, Habuk dan Asap.

Saya tanya, ada tak ubat untuk hilangkan terus allergic neh,
Dia kata tiada.
Sekiranya kau masih terdedah kepada tiga di atas itu,
maka kau akan sentiasa caught with these.

Ah. Meaning benda neh will always be with me.
The headache, the dizziness, it all may be repeats every month.
Saya tahu. And, saya tak pergi klinik kecuali betulbetul tidak tahan,

Doctor advised;
Jangan terlalu kena sejuk. So, kena keluar cari tempat panas each hour.
Jangan terlalu minum caffeine. Speechless.
Jangan kena asap. Now you know bila ada smoker mengapa saya tutup hidung.
Sebab asap buat saya lemas.

MC kemarin berbunyi begini; Tension Headache.  There was one tu dapat super-awesome punya sakit tapi saya lupa nama tapi ada perkataan Nausea, Repeatitive dan Headache. Peh, bunyi macam siyes je.

That was for today. I extremely busy now. Tibatiba baru notice esok ada GBT meeting, petang pula ada PostMortem ICT Meeting. Dan, I have feeling today's gonna be super-duper busy day.

Eh, lunchour ada appointment dengan car dealer. Ingat tuh.

Friday, October 14, 2011

Refill Bank Lagu : 70,80 an.

Semalam saya ambil (read: download, but if Chang is reading, please read 'ambil' back) banyak gila stok lagu 80 an, 90 an. Ehh you tengok I hip hip ala club girl one begini ingat I tak layan lagu JulieRemie ke Spoon ke Screen ke?? Ehh plis la plis la.
Saya suka dengar lagu dulu-dulu. Terasa kembali keremajaan  diri. Pfft. Tipu. Sometime I wish bila saya tengok cerita lama-lama neh, I hope when the movie end saya masuk bilik bersiap nak pergi sekolah makan eskrim esok, wishing yang saya masih 10 tahun dan semua neh adalah imaginasi saya bahawa sesungguhnya saya dah dewasa.
Malangnya menjadi 10 dan pergi makan eskrim di Kin Kiau esok itu hanyalah imaginasi gue,kok. Dan dewasa itu adalah realiti. Dan dewasa datang bersama tanggungjawab. Ahhh mencinya kena start apply for the car again...! Ehh maaf maaf saya teremosi pula =.=

Berbalik kepada lagu di atas, semuanya lagu melayu lah pastinya. Ada beberapa lagu disko saya suka, tapi saya tak ingat tajuk. Masa tu saya baru darjah 1 lah, walaupun dah pandai baca tapi english caya bayu bewajar ai laik tu slip. Tapi irama kalau dengar pasti ingat lah, semua neh lagu masa sukan perform pompom. Mana boleh google irama humming kan? ps : Ehh I like google sebab it finish my words. Goggle macam boyfie yang tak pernah wujud. LOL
You tell me lah, how to forget 80,90 an? Even bila pandang sekeliling pun fashion dulu-dulu, the long skirt, the polka dot (sampai apam pun?!), the scruffy shirt, ehh banyaklahh.
Even sekarang pun saya tengah watch Adik di Ria. Ada Nor Albaniah dan Mustafa Kamal masa young and wild =)Tengok lah, Buzen pun dah besar, Tam pun dah besar. Bujen encem ahh. Hihi

 Serius sedikit. Something bothers me, actually. Professionalisms and friendships rupanya sukar seiringan. Getting harder when relationship step-in into the frame, macam adding salt into injury. And people do change. I hate be in THIS SITUATION now. Lepastu terbayang lagi muka xxxxx, ahhh bikin panas. (tibatiba teringat semalam ada kawan mau search blue film-he's a non, and this stupid friend googled 'blue film' by the search engine. Exact word of 'blue film'. And of course you know what the google gave. I don't know, never try, never been that stupid before. Eh dont judge me plis, I am not ahh )
If your bestfriend asked you to dumped your beloved boyfriend; would you do it for the sake of friendship?? I would not. Bestfriend would not do that. But least you can do; make an effort to make both bestfriend and boyfriend happy. Let both like each other. If it does not come naturally, try to fake it, sampai akhirnya jadi natural juga.  Eh eh kenapa tiba tiba cakap begini neh =.= Astaga.
Ah. Time time begini lah rasanya patut minta ajar sampai khatam buat password protected entry =.=  

Baby best. tidak belum pandai judge,
tidak belum pandai marah, tidak belum pandai pms.
Aling jangan dulu jadi besar, aunty belum puas buli.




People change, even the person you thought you knew the most. And even though it hurts to see them go; you have to move on, for the memories are all you have, and things might never be the same.

Thursday, October 13, 2011

Polis Trafik Kena Hon.

Pagi Isnin tu,
macam biasa jalan pergi kerja,
Nenek ikut sekali sebab dia minta drop di KK,
So kena bawa slow and steady =..=
Tekanan okehh, bawa 60 pun kena bilang laju.


Masa dekat bulatan Kinarut,
trafik suruh stop bagi jalan dekat lalulintas dari Papar,
Kereta saya paling depan,
lepas tu ada 2,3 kereta baru sampai dekat belakang,
tibatiba baru ada motor sampai, berhenti sebelah kanan kami.

Tak lama lepas itu,
Tibatiba ada bunyi hon,
semua orang tengok.
Saya pun tengok, siapalah yang berani neh.
Boleh pula polis trafik kena hon =.=

Rupanya motorcyclist tu.
Terus trafik itu pandang sambil bagi isyarat sabarlah,
Penunggang motor itu boleh tunjuk jam dia,
bagi isyarat 'saya dah lambat',

Eh ehh.
Boleh macam tu??!

Tidak boleh diterima akal lah pacik motor itu,
Kalau dah tahu takut lewat, jalanlah awal.

Tapi masih tercengang memikir ada orang seberani begitu.
Mungkin dia pun polis lah itu kot??

PS : Eh, kalau pacik itu bertindak begitu, meng-hon polis trafik, adakah boleh dia di-klasifikasi kan sebagai menghalang penguatkuasa menjalan kan tugas?..


Menangislah Dengan Sepenuh Hati.

Hai. Mesti selalu dengar saya mention lagu best ever neh kan.

Kali pertama dengar, terus rasa curious sebab k-pop industri filled with either girls group or boys group, tapi ini mix of five. Selalu nya dance group with fast beat, tapi yang ini balada harmoni.

So, I was like; relevant kah CS Number (December & J-Cera Feat. Airin & Yoonmi) neh??
Worth it.
Bila dengar lagu ni mesti rasa terngiang-ngiang di telingan dan minda. Lepas tu maksud lagu tu, memang deep. Terus saya stuck depan tv untuk baca satu-satu translation itu.  Enjoice.




English Translation :

Cry Out With My Heart And Soul

My love dear, stop there
I'm coming to you right now
I can't live without you for a day
I cry out with my heart

The person that I really loved
The person that was more precious than anything
The person whom I thought would stay next to me forever
Is leaving me

My heart hurts to death
I still only worry about you
The only person for me in this world
That person is leaving me

Things that I loved about you
The heart that cared about me more than anyone
I feel like you'd be standing if I turn around
But when I do, you're not there

Foolishly, not know my heart
That person is leaving me

My love dear, can you hear my words?
I'm crying like crazy right now
I'm sorry, I can't forget a single moment of you so
I call out your name

The person that I won't forget
Dear person who can't hear me

Where are you? Come back to me
I'm coming to you right now
Cause I feel like I will regret while living if not now
Cause I feel like you're the last love


Sumber: lirik & mp3


PS: Bob bilang apa fungsi girl yang satu tu, sebab mau dekat habis dia belum nyanyi pun. Rupanya dia nyanyi part ending =.=

PS, PS: Susah betul mahu cari lirik neh. Haritu dapat yang chinese seja. Nasib masih pandai baca mandarin T_T

PS,PS,PS : A postscript, abbreviated P.S., is writing added after the main body of a letter (or other body of writing). The term comes from the latin post scriptum, an expression meaning "written after"(which may be interpreted in the sense of "that which comes after the writing").

Wednesday, October 12, 2011

Belog: Cara Menulis Yang Baik.

There's lot lot lot belog out there.
How do you pick one to read, and follow??

Saya rarely follow belog.
Follow dan bookmarked yang betulbetul kena di hati saja.
Orang follow tak semestinya orang baca apa you tulis.

No, I dont think I would list it out here.
Senyum.

Nak kena tambat hati readers belog (macam saya) neh tak susah kot.
Ke paling susah??..

Ciri-ciri nya, mudah kok. This refer to personal belog lah ah.

Belog harus ada intipati original.
Taip sendiri, bukan copy pasta sepenuhnya. Cerita benar, bukan rekaan. Lagi geram kalau copy bulatbulat dari source lain. Takyah ah nak copypaste dari OhBulan, I pun boleh buka OhBulan tau.

Cerita ada isi, bukan kosong saja.
Tulisan mahu ribuan perkataan tapi point dia kita masih taknampak. Aiyoo.

Font mudah baca.
Kalau banyak sangat tanda asterik, huruf kejap besar kejap kecil, terlampau banyak shorform, terlampau colourful macam budakbudak punya belog, give up saya. Perenggan pertama terus cabut.

Seadanya tapi menarik.
Ehh buka terus banyak widget. Memanglah cantik tapi loading lambat neh bukan semua orang penyabar untuk tunggu. Ada pula di setiap entri letak youtube video. Kalau satu dua, seminggu sekali itu masih boleh layan. Kalau tiap tiap hari tulis tajuk entri saja lalu letak video tanpa caption, kita pun bingung, ini belog dia kah belog youtube??

Menulis dengan matang dan sederhana.
Isi boleh membuai rasa, sederhana itu baiklah, tapi ada pula yang emosi. Tulis bukanbukan, marah orang sanasini. Kalau marah lepastu tulis dengan berhemah, fine. Kita faham you marah. Kalau marah lalu maki orang??.. Astaga. =.=

Betul betul menulis belog, bukan membuat belog sahaja.
Nama belog sudah cantik, layout pun menarik, tapi belog kosong tanpa isi tersendiri. Followers bersusun tapi apa yang readers ni follow ya. Ada belog banyak follower sebab dia pun rajin follow orang. Kejar SEO, kejar nuffnang =) Baguslah, I pun teringin, tapi taktau macamana, malu nak suruh orang datang kalau belog tak seberapa. Tapi tak semua fikir begitu.

Saya rasa; belog yang baik ialah belog yang mampu buat kau buka satu persatu older posts tanpa jemu. Buat kau rasa tak sabar tunggu entri seterusnya. =)

Sebab tu saya letak hit counter. Nak tengok berapa ramai visit setiap kali entri published =.=

Penyakit Di Rumah Kenduri

Saya ada satu penyakit.
Penyakit gugup buat task depan orang.
Tak faham??
Tak faham eh??

Mesti kamu pernah alami juga.
Takkan I je kot.
Kamon lah. Join my penyakit club.
Taklah I malu sorang sorang.

Exhibit 1
Pergi rumah kenduri.
Seperti biasa ada kitchen chores nak buat.
Kena lah buatbuat offer diri nak potong bawang,
nanti pelik pula duduk goyang kaki main twit-twit saja.
Lalu yang selalunya di rumah potong bawang tu macam celah gigi punya kerja, tibatiba jadi cuak.
Takut cara kau potong bawang tu salah.

Exhibit 2
Juga dirumah kenduri.
Tibatiba macik dapur suruh buat air.
Terus kau terkaku sebab tibatiba keluar kebodohan
tibatiba tanya buat nescafe mau campur apa?
Terus macik macik disana pandang kau macam kata
Hek eleh budak ni takkan tak tau buat air??

Exhibit 3
Masih dirumah kenduri tadi
Lalu kali neh di suruh potong tembikai
Kau nganga
Bukan tidak pandai
Tapi tembikai kan banyak jenis potong
ada yang potong kulit dulu bulatbulat baru belah
ada yang belahbelah dulu baru buang kulit

Nah. Jadi kalau kamu jumpa saya di kenduri, lepastu saya macam raguragu buat kerja,
bukan sebab saya tidak tahu,
tapi sebab saya takut cara saya buat tak menepati cara macik kenduri lah itu, hahaha

Untuk rekod;
dirumah saya tepak saja bawang putih dengan parang besar sebelum hiris.
dirumah saya buat nescafe 3 in 1 untuk gelas, campur susu kalau di jag, campur gula dan krimer bila di tempat MIL,
dirumah saya potong tembikai belahbelah dulu baru potong kulit,
ehh tak, saya tipu,
dirumah tak potong kulit, makan saja isi, nanti kulit dia buang lah sendiri.


Anda pula bagaimana??

Outdated Photo(s): Iftar Ramadhan di Windbell.

Ahahaha. Punyalah. Weh ini Oktober lah sudah, yang kau pergi post iftar lagi kenapa? Even kau post Entri Raya pun sudah tidak relevan lah weh. Neh mau masuk raya haji sudah. Kehkeh

So, you all just watch watch this photos lah ahh. Kalau mata hebat mungkin boleh spot Ona juga sebab dia pun ada bersama Kak Dimple (trip sebut Kak Dim macamlah kakak saya, macamlah dia kenal saya T.T Ehh Hai Kak Dim, saya baca Ciptaan Kecil tau.)

Gambar je ni. Gambar je tauu. Takmau taip karangan =.=

Everybody's was snaping photos, but where are all the photos?
How come I takpenah nampak??


Pengantin agak-baru-sedikit in the team.

Ehh. I memang suke amik gambar camni. Gambar tiada motif.


The Husbands Club. Except 2nd right; in future.
Spot Kodop??

Iftar for 13 pax costs us these. =.=

The Girls (minus 1); Mana Adeq masa neh?? Ohh dia pergi kereta. Why Adeq, whyyyy??

PS: Semalam tengok Running Men, lepastu part Yoona nak perform dengan SNSD boleh dia sambung pergi next episode pula =.= Penat I tunggu lagu Oh! tu. Kejam punya RM produser.

WW: That Raya, That Faces

First Trial. Spot the face??
.
.
.
Dont get what I mean??
.
.
.
Zoom.



Ahaa. The muncung.


Proper one.

=)

Tuesday, October 11, 2011

Aku Takkan Sedari Kau Tak Lagi Disini

(If you just lost somebody, this one is for you. I read Cinoi yesterday and this Sheila's song came across my mind. I dont know him, but if they're Cinoi and Ona's friend, they must be good people. Bertabah lah. "Apa yang Allah ambil dari kita di dunia ini akan diberikan kepada kita di Akhirat kelak. Al-Fatihah.)

Ketidakwarasan Padaku
Membuat Bayangmu Slalu Ada
Menenteramkan Malamku
Mendamaikan Tidurku
Ketidakwarasan Padaku
Membuat Hidupku Lebih Tenang
Aku Takkan Sedari
Bahwa Kau Tak Lagi Di Sini
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Aku Mulai Nyaman
Berbicara Pada Dinding Kamar
Aku Takkan Tenang
Saat Sihatku Datang

Ketidakwarasan Padaku
Selimut Tebal Hati Rapuhku
Berkah Atau Kutukan
Namamu Yang Ku Sebut

Aku Mulai Nyaman
Berbicara Pada Dinding Kamar
Aku Takkan Tenang
Saat Sihatku Datang

Suara Hati Takkan Mati
Jika Jiwa Terus Menari Dan Bermimpi

Aku Takkan Sedari
Bahwa Kau Tak Lagi Di Sini


Lirik dan mp3

Adakah Saya Menjengkelkan?

Peeps.

If you get to know me,
Would you think of me as annoying?

If you get to know me, personally,
Would you still think of me that way?

I can be quite annoying and irritating most of the time,
I know.
I can be quite a pusher too.
If I want it that way, then it is that way.

When some thing are on my shoulder, my responsibility,
Yes I will be very calculative and strict, and not complying,
Sebab it's me yang akan diheret sekiranya something happened.

So please dont blame me if I act that way.
That annoying way.
You should know I carry a lot of burden in my shoulder.

I dont want to be blame for something not mine.
I hate to answer something beyond my knowledge.

Plus, I hate it much when people arguing with me,
When you know it's wrong, please admit it,
please do not act as you know everything,
There are some thing we dont know,
even I too still have a lot to learn.

Please open your mind to suggestion and criticism,
We know there is always a room for improvement.

Have A Nice Day.

Sunday, October 09, 2011

Resolusi Hujung Tahun.

Eh. Peeps.
Semalam saya mood swing agaknya.
Emosi betul. Kan?

Fine. Saya rasa saya tahu kenapa.
Perfectionist mode.
Rasa mesti ingin sempurnakan sesuatu dengan 100% sempurna.
Rasa ketinggalan bila saya tidak ada apa yang sepatutnya saya ada.

Oh tiada kaitan dengan bajet 2012.
Semua orang sedar bajet sektor swasta bergantung sepenuhnya pada belas ihsan majikan.
Mahu minta gaji minimum dinaikkan? Ohh tidak mungkin terjadi.

Tapi mujur juga majikan portion naik ke 13%, ada juga simpanan hari tua. Last i checked mine baru 5k.

Berkaitan resolusi. Saya lama sudah tidak pasang azam tahun baru. Sebab saya rasa kalau kita mahu kan sesuatu tidak perlu tunggu 1 Januari untuk tulis dalam diari; Sepuluh Azam Mesti Capai 2011.

Bilabila pun boleh. Macam sekarang. Resolusi saya adalah Saya Harus Have Fun Sebulan 2 kali, bukan 2 Bulan Sekali. Dan kadar fun mandatori bertambah apabila jiwakacau dan depresi buat kau cakap sendiri dalam kereta setiap hari. SETIAP HARI.

Fikir balik, bila last sekali kau pergi kbox bersama the girls dan huhahuha ketawa kuatkuat tanpa perlu fikir eh kenapa kereta aku belum keluar lagi, eh berapa balance to train to date, etc etc dan sebagainya??

Girls, you know when I said funtime is with you. I can go anytime, but perasaannya tidak sama seperti bersama.

How I wish we were still 15.

Saturday, October 08, 2011

Curhat: burden is too much.

Peeps.
Belog-ing from phone.
Feel empty. Feel miserable.
Everything seems against me.
Very dissappointed with myself.
Why. What is wrong. Why me.
Why must me. What did I do wrong to deserve this.
Its unfair. Wasnt it enough what I been thru before. The stitches. The pain.

Now i feel sick. Headache. Depressed. Loser. Loser. And loser.

Tuhan. Maafkan kalau aku terlalu banyak meminta minta dalam doaku. Dalam hatiku.

Meanwhile, i stick to Plan A; fake the smile so no one know how it hurts inside. Semoga berjaya, dayah.

Shed your tears. NOW.

Friday, October 07, 2011

Bunuh Diri di Kinarut.

Eh. Janganlah.

You all neh kalau pun nak suicide tolong eh cari port lain. Nanti Kinarut neh banyak hantu pula. Dah lah saya selalu balik malam. I am no kidding.

Kalau baca paper semalam, mesti notice ada suicide lagi. A man jumped off 4th floor, di Kinarut residential area. Okeh fine- saya orang Kinarut but cant figure out which storey is that. Looking at the photos, hmm tak pernah nampak any flat/apartment yang berparking lot di bawah neh. Saya try google gambar untuk exhibit disini tapi none available T_T Boleh selak Daily Express dated Oct 6.

Fakta menarik. Menarik disini bukan bermaksud best atau happy facts okeh. Tahun ini sahaja saya sudah baca dua kes suicide(s) in my regular areas; Kinarut and Likas. Lagi menarik, Kinarut sahaja sebenarnya within this past years recorded 3 suicides cases, itu yang kita tahu dan dilaporkan lah.

Yang Likas itu bukanlah exactly bunuh diri disini. If you remembered, few weeks ago there's
 a guy jumped off 7th floor di 1B area kan. That guy, the late Ferdaus happened to be one of our MCITP/CCNA students. He was KKIPC staff.  His office di bawah neh sahaja. We I saw him most of the days. He usually hangout di luar Likas Square dekat BSN kiosk di bawah neh. LS kan no smoke building, so every noon shall see banyak lelaki stay luar sebab merokok, termasuk our staff.

At the first I saw the news when I am on my Sunday' shift. Was quite shock and bersungguh bagitau colleagues lain yang these man worked near here but I dont know which company. Harihari nampak tapi kita tahu kerja area yang sama cuma tidak tahu company apa, you know the feeling kan. Few days later baru Nonny pun ikut jerit sama cakap kenal this guy. Even Mr Paul shocked sebab dia pernah 'lecture' budak neh and his gang sebab selalu lambat masuk kelas, according to Nonny.

The sms-es he sent to his sister and girlfie.



The late Ferdaus in our system record. I pray he rest in peace. Al-fatihah.

Yang di Kinarut pula, as I mentioned earlier ada 3 cases kan. The latest one yang kes yesterday itu lah. Then the hardware company owner yang hang himself into the ceiling. Masa itu saya kerja sebagai tutor selang beberapa pintu sahaja dari kedai itu (read: the scene). Another one was in 2006. An eleven years old kid gantung diri di rumah di Kg Suangon and you can read this too.



His name, Donny. Bersekolah di SK Pekan Kinarut, only few metres from my homies T_T Its sad to know this things happen next to our home, whomever knew this could happen kan. His older brother is same age with my brother Ainal, and stayed in SMK Kinarut Hostel during the incident. From what Ainal told me, the brother manage to finish his schools. They all has moved to Penampang since the incident. From what I remembered, her mom pernah mention that she couldnt bear to stay in the house where his son has took his last breath. =.=

My point is; life is so damn hard. So, take it easy. Tiada masalah yang tidak boleh selesai. Jalan penyelesaian mungkin jalan panjang dan berliku tapi tetap jalan penyelesaian, kan?? Sometimes, kau kena tarik nafas dalam dalam, enjoy seketika, barulah dapat fokus kembali.

Kebiasaanya, kekecewaan yang mendalam lah yang buat orang sanggup bertindak begini. RIP.



Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers