Nuffnang Ads

Friday, July 08, 2011

SAY NO TO BERSIH OR KOTOR!

BUKAN ENTRI KEPOLITIKAN. CUMA SUARA ORANG YANG SUKA KEAMANAN.
Saya berharap; esok 9 July tiadalah gerakan Bersih segala itu. Ia buang masa dan mengganggu aktiviti harian orang ramai. Saya tidak mahu Bersih kah, Kotor ka, apakah, saya cuma mahu rasa selamat berada di tempat sendiri.
Saya harap pihak penganjur hormat pada titah Baginda dan keputusan PBT. Janganlah kucar-kacirkan Malaysia ni. Saya kasihan pada rakan-rakan di KL, semalam TV3 laporkan beberapajalan akan  di tutup di KL kan. Nah, kesian lah kau Elmo tidak dapat berjalan. Kau duduk rumah diam-diam sahaja ya.
Semalam, selepas tengok Buletin Utama, saya terus sms Gma. Dia pergi KL 9 July. Book tiket sejak tahun lepas. Cuba kau imagine tuh. Nasib harga tiket murah, kalau ribu riban, mungkin kau boleh minta refund dengan penganjur Bersih tu, Gma. LOL
Even, kalau ada di Sabah pun, mungkin saya nak ketuk kepala penyokong tu. Tolonglah, kau mau merusuh ka, demo ka, pergi sana hutan. Kami mahu jalani hidup di KK ni, macam biasa, Bebas pergi jalan-jalan.
Kelmarin petang pun, saya cuak dah driving pulang. Dengar-dengar ada rusuhan kan. Doii, tidak pernah sayatengok rusuhan di bumi Sabah ni. Janganlah ada. Perkara pertama saya terfikir semalam, jalan mana kena tutup untuk rusuhan tu? Lepas tu saya fikir lagi, alahh terpaksa ikut jalan lain untuk pulang rumah.  Lepastu fikir lagi, ini kali fikiran mau celaru sudah, alah mesti dorang merusuh bawa parang kapak dan sebagainya kali kan. Palis palis. *Ketuk ketuk meja*
Ini bukan caranya, okay. Pembaharuan kau tidak akan dapat dengan cara kekerasan begini. *Geleng kepala*
Rem: Hairan. Macam tidak tahu berterima kasih. Kalau yang merusuh itu orang-orang kampung, yang jalan ke rumah tidak bertar lepastu tiada elektrik tiada air, itu saya faham. Ini yang tinggal rumah batu, kerja bagus, gaji besar. Hrmm. Mungkin tidak puas hati sebab bil karan naik lagi kali.HRMMM.

No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers