Nuffnang Ads

Saturday, June 04, 2011

MISS THE MOMENT edisi office =')

#1  Pergi lunch di UMS dengan Lane,K Tiny, dan supir Herman. Kahkahkah Sesi makan dan gosip akan bertambah jadi 2,3 jam. Keluar 11.30, masuk 2.30. Hohoho *wink wink*

#2 Lanjutan dari #1, bila sudah lambat, haruslah sneaky-sneaky masuk office, kehkehkeh Jadi Teknik Split akan diamalkan disini, dimana Herman turunkan kami dan pergi parking, Lane masuk pintu depan, saya masuk pintu belakang, K Tiny masuk selepas kami masuk, lepastu harus buat muka sibuk. Hihi

#3 Bergosip di pantry. Dulu, saya,Lane rajin makan di pantry. Pastu, makannya sikit, bualnya sikit, gosipnya banyak.

#4 Tengok Vic bergayut di telefon. Ini biasanya terjadi apabila Management Meeting berlangsung, maka kami yang non-management staff harus tunggu di bilik dengan penuh debaran bagai menanti hukuman. Yang saya hairan, si Vic boleh memujuk-bercanda-bergurau-bermesra dengan gf dia walaupun saya di sebelah dia. Please donk Vic. Geli sia.

#5 Sesi chit-chat dengan Elmo bila balik kerja. Woo, ini baru bff, masa kecil pergi tadika bersama, pergi first date bersama, accident motor bersama *dia ahh kena langgar, I selamat woo* kemudian kerja di tempat sama, pulang pun sama-sama. Gila besties betul. Pastu hari-hari jimat bil telefon sebab bila nak curhat je takperlu call Elmo, cakap je. Dah dia duduk sebelah saja. Tapi sebulan saja lah T_T Gila rindu. Bila dia resign dan balik KL, masa saya balik kerja dia call minta number Ms Ginny as reference, saya bilang nanti saya sms. Tapi saya sms dia tanya life dia la, apalah. Sekali Elmo call bilang 'oit, aku depan interviewer ni,gila.Dia tunggu number tu mau call Ginny.' Hahaha

#6 Refer #5, penah sekali Kerel si bf Elmo fb-chat tanya Elmo. Saya cakap Elmo dah 5 hari tak pergi kerja, MC, BUASIR. Hahaha Pastu dia kata Elmo taksambut call dia, saya kata ehh jadi yang selalu bergayut dengan Elmo time office tu siapa?? Hahaha I gurau je,Kerel. Sebenarnya kitew saje mainkan awak. Elmo yang izinkan. Wahh awak..bertrip cakap KL. Habislah Elmo hempuk saya T_T

#7 FB-ing di office. Bila ada benda lucu, officemate yang semua gila-gila pergi upload kat FB dan tag semua yang lain kecuali para boss. Lepastu, mula lah sesi komen-mengomen sampai tiada kesudahan. Yang paling saya ingat; keluar ads kat tepi 'Kamasutra Oil' tiba-tiba dekat bawah KeiKeiKei likes this. Kantoi Kok. Lagi satu, Kok terlebih kreatif create new album d FB bilang semua AMC staff ada part time job. Kak Tiny tiba-tiba ada restoran, Jack jual kereta, Bea ada syarikat runcit. Paling kaya c Grace lah, dia ada Grace Court.

#8 Masa saya mula-mula masuk, meja saya berdepan dengan Herman, cuma terhalang oleh monitor. Selalu lah dapat nampak dia. Lepastu kan, ni part sedihh tauu. Satu hari tu, saya TERpandang dia, kebetulan lah saya TERtengok dan dia pun TERtengok saya, lepastu boleh dia alihkan monitor dia tutup ruang penampakan itu. Sampai terblock lah. Punya siut si Herman. Dalam hati saya, sampai hati oh dia alihkan tu masa saya terpandang dia, nampak sangat dia benci ni. Kot iya pun, tunggulah saya tak nampak. Saya dendam ni sampai hari ni.Hahaha

Itu sahaja paling dirindukan saat ini.Yang lain kemudian sahaja lah saya rindu.Hihi

The first 10 TC's. Photo taken during moving to Likas Square in 2010.


No comments:

Hubby-Wifey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Been together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers